Anda di halaman 1dari 13

Pengurusan

Pendidikan Jasmani dan Sukan



Bekerja dengan Sukarelawan
Amy Low Lee Hsa
Definisi Sukarelawan?
Perkataan sukarela, bermakna dengan kehendak
sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan
dengan rela hati. (Kamus Dewan)

Kerja sukarela (volunteer work) atau khidmat
sukarela (volunteer service) ialah kegiatan yang
dilakukan dengan rela hati, ikhlas, tanpa paksaan
daripada mana-mana pihak, tanpa
mengharapkan ganjaran atau balasan material
dan dapat memberi manfaat kepada golongan
atau pihak sasaran. (Azizan, 2009)


Siapakan Sukarelawan?
Mempunyai minat dan terlibat dalam sesuatu
kegiatan sukarela.
Mempunyai sesuatu yang hendak
disumbangkan atau dikongsikan dengan pihak
sasaran/ komuniti seperti pengalaman, fikiran
dan ilmu, kemahiran dan kebolehan, dan
tenaga fizikal.

Peranan-peranan Sukarelawan
Melancarkan perjalanan program yang akan dijalankan.
Memudahkan pengurusan dan pengelolaan acara atau
program
Membantu menyediakan persediaan yang rapi dan
melengkapkan kekurangan program.
Membantu menyelesaikan masalah kecil yang timbul tanpa
perlu melibatkan pihak pengurusan
Menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat.

Mengapa Menjadi Sukarelawan?

Berkhidmat untuk masyarakat
- menyumbangkan khidmatan bakti untuk
pembangunan masyarakat dalam bidang
sukan.
- menerima ganjaran dalam bentuk biasiswa
semasa belajar.
Penglibatan keluarga
- penglibatan keluarga dalam sesebuah
persatuan sukan juga mendorongkan mereka
untuk menyertainya.
- perpaduan dan kerjasama

Keperluan bergaul
- mempunyai kesempatan untuk berintegrasi
dan bergaul mesra dengan anggota-anggota
masyarakat.
Kepentingan kebendaan
- diberi peluang untuk menguruskan sukan di
peringkat antarabangsa.
- mempunyai kesempatan, ganjaran dan
kemudahan untuk mengiringi rombongan
sukan.

Penghormatan
-memperolehi pingat dan surat penghargaan
sebagai mengenangkan jasa baik.
- diberi anugerah cemerlang.
Prinsip-prinsip Kerja Sukarela
Sedia berkongsi
Berkhidmat tanpa pilih kasih, atau diskriminasi.
Menyumbang/melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan balasan atau ganjaran material.
Bermula dari keadaan dan keperluan komuniti
(kepentingan komuniti, bukan kepentingan
sukarelawan atau pihak lain)
Melibatkan kumpulan sasaran dalam sesuatu
keputusan dan tindakan.
Akur bahawa manusia/insan merupakan sumber utama
dalam kerja sukarela.
Percaya bahawa setiap orang boleh menyumbang.
Kaedah Bekerja Dengan Sukarelawan
Buat satu rangka kerja untuk sukarelawan.

Memberitahu objektif.

Menerangkan tentang tugas dan prosedur.

Memberi latihan sebelum melakukan tugas.

Beri peluang berkongsi idea/pendapat.

Beri pengiktirafan

Kriteria Pemilihan Sukarelawan
Keperluan kerja
- Sukarelawan yang dipilih hendaklah tahu
menguruskan dan melakukan kerja yang
diberikan.
Jangka masa
- Pemilihan sukarelawan mestilah berdasarkan
tempoh masa sesuatu program sukan
Sikap kerja
- Mempunyai sikap dan sahsiah yang baik agar
kejayaan program sukan dapat dicapai.
BSMM
Menggalak dan memajukan
kerja kemanusiaan dan
kedermawanan tanpa
membeza-bezakan bangsa,
kelas, warna kulit atau
kepercayaan.
Memberi pertolongan kepada
orang-orang sakit dan tercedera
ST.
JOHN
Memberi kesedaran tentang
sikap tolong menolong,
bekerjasama dan bertimbang
rasa sesama ahli dan bukan ahli.
Pengantaraan atau sumber
untuk menghulurkan sumbangan
dan pertolongan terutama
semasa kecemasan.
Menanam rasa
keperimanusiaan.
KRS
Mengawal keselamatan
dan ketenteraman
program
Sumber sukarelawan
Pelajar yang mengikuti latihan profesional seperti
guru pelatih maktab perguruan dan universiti
yang mengikuti Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.
Pesara kerajaan atau swasta
Askar, polis, pegawai kerajaan atau swasta
Ibu bapa, saudara-mara, rakan-rakan
Bekas atlet, ahli sukan atau jurulatih
Guru/ pentadbir sekolah dalam bidang sukan dan
permainan.