Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN MINGGU AKADEMIK

DAN KO-KURIKULUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
TARIKH: 30 SEPTEMBER 2013
MASA: 8.00 PG
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA IPGM KAMPUS PEND. TEKNIK



MASA QUE PENGUMUMAN

7.55
pagi

Tetamu
masuk dan
mengambil
tempat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Hadirin sekalian, Majlis Perasmian Minggu
Akademik dan Ko-Kurikulum akan
bermula sebentar sahaja lagi. Oleh itu
dipersilakan tetamu- tetamu jemputan
mengambil tempat masing-masing.
Bagi melancarkan perjalanan majlis pada pagi
ini, berikut dibacakan beberapa pengumuman:
Sila matikan telefon bimbit tuan-tuan dan
puan-puan atau letakkan pada mod
senyap agar tidak menganggu
kelancaran majlis.

2. Hadirin diminta berada di tempat duduk
masing-masing dan
mengurangkan pergerakan bagi
melicinkan perjalanan majlis
sehingga majlis selesai.




3. Hadirin diminta berdiri semasa
pengumuman ketibaan
VIP dan ketika VIP meninggalkan
dewan.

Terima kasih atas perhatian dan kerja
sama hadirin sekalian.


8.00
pagi

Ketibaan
Pengarah/
Tetamu-
tetamu VIP

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dr.
Muhammad Bin Abdul Rahman, Pengarah IPG
Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek,
diiringi
Yang Berusaha,
Dr. Mahmud Bin Yahya, Timbalan Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek,
____________________________________
____________________________________
____________________________________

Hadirin diminta berdiri.

8.02
pagi

Nyanyian
Lagu
Negaraku



Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu
Negaraku..
Hadirin sekalian diminta berdiri dan bersama
sama menyanyikan Lagu Negaraku.



Terima kasih atas nyayian sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.



8.05
pagi

Kata Alu-
aluan
Pengerusi
Majlis

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam
1 Malaysia,
Yang Berbahagia,
Dr. Muhammad Bin Abdul Rahman, Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar
Enstek,
Yang Berusaha,
Dr. Mahmud bin Yahya, Timbalan Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Teknik
Yang Berusaha,
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________,
Yang dihormati,
Ketua-ketua Jabatan,
Para Pensyarah,
Seterusnya Putera Puteri IPG Kampus
Pendidikan Teknik Bandar Enstek sekalian,


SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN
MINGGU AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK








8.10
pagi

Bacaan Doa

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah
sama-sama kita menadah tangan memohon
doa dan keberkatan ilahi semoga segala urusan
mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan ini
menjemput Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahman
untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahman atas bacaan
doa itu tadi.

8.15
pagi

Ucapan
Setiausaha
Akademik
Puan Normah
bt Abdul Aziz

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan
Puan Normah binti Abdul Aziz selaku
Setiausaha Akademik IPG Kampus
Pendidikan Teknik Bandar Enstek untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dengan
segala hormatnya, Dipersilakan.



Demikian tadi ucapan oleh Puan Normah binti
Abdul Aziz selaku Setiausaha Akademik IPG
Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek
Terima kasih diucapkan.


8.30
pagi

Ucapan
Perasmian
Pengarah

Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis tanpa ucapannya.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang
Berbahagia Dr. Muhammad bin Abdul
Rahman untuk menyampaikan ucapan beliau
dan seterusnya merasmikan Minggu Akademik
dan Kokurikulum IPG Kampus Pendidikan
Teknik Bandar Enstek bagi Tahun 2013.
Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Dr. Muhammad bin Abdul
Rahman atas ucapan itu tadi.


8.45
pagi

Gimmik
Pelancaran
Minggu
Kokurikulum


(Gimmik Persembahan berlansung)





Dengan berakhirnya persembahan gimmick
pelancaran Minggu Akademik dan Kokurikulum
itu tadi, maka berakhirlah majlis perasmian kita
pada pagi ini.




8.50
pagi

Nyanyian lagu
IPGM

Kita sudah berada di hujung majlis.Diminta
semua hadirin semua berdiri untuk bersama-
sama menyanyikan Lagu IPGM.

9.00
pagi

Majlis
Bersurai

Mengumumkan keberangkatan tetamu-tetamu
VIP keluar dewan. Dipersilakan.
Majlis Bersurai. Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai