Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN REFLEKSI PEMBELAJARAN KULIAH 1 ( 21 JANUARI 2009 ) : YXGA

6112
KEBERKESANAN & PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH : TEORI & PENYELIDIKAN
D!"#$%$& O'"( )
MOHD* KHURAINI BIN KHU+AIMAH , YGA 0-0021 . 690629 / 11 , 01-1
Konsep sekolah berkesan dan penambahbaikan merupakan konsep yang sungguh popular
kini sekurang-kurangnya dalam kalangan warga pendidikan. Pelbagai program dilaksanakan oleh
pelbagai pihak institusi pendidikan di pelbagai peringkat untuk meningkatkan pemahaman dan
kemudiannya merancang dan melaksanakan segala usaha ke arah merealisasikan kewujudan
sekolah berkesan dan penambahbaikan secara berterusan. Penulis melihat perkembangan ini
sebagai satu proses anjakan paradigma yang menarik. Namun penulis melihat keghairahan
kepemimpinan sekolah untuk mencapai keberkesanan sekolah kadang-kadang mengundang salah
faham terhadap konsep sekolah berkesan itu sendiri.
Penulis melihat masih terdapat sesetengah kepemimpinan sekolah kurang memahami ciri-
ciri sebenar sekolah berkesan sehingga memberikan tekanan kerja yang berlebihan kepada guru-
guru semata-mata untuk mencapai kelulusan penuh, 100 peratus. alah dalam mengejar cita-cita
yang kadang-kadang lebih bersifat peribadi menghasilkan persaingan yang kurang sihat, dan sekali
lagi mengorbankan para pelajar yang dikategorikan lemah sehingga sanggup !menasihatkan"
kumpulan pelajar ini berpindah ke sekolah lain atau berhenti sekolah. #ituasi sebegini sebenarnya
telah gagal menepati konsep sebagai institusi pembelajaran dan jauh sekali untuk memenuhi
konsep sebenar dan ciri-ciri sekolah berkesan sepertimana yang kita bincangkan dalam slot kuliah
hari ini dan sebelumnya.
Keberkesanan sekolah hanya dapat dicapai apabila kepemimpinannya berjaya
mengimbangi tekanan pihak atasan dengan keperluan dan kebajikan warga pimpinannya.
Pengetua yang berkesan semestinya menghayati $alsafah Pendidikan Negara yang tidak hanya
mementingkan egonya sahaja. Pemahaman tentang perbe%aan kecerdasan emosi dan keperluan
indi&idu serta keperluan perkembangan pelajar yang menyeluruh dan seimbang mampu
mewujudkan iklim sekolah yang harmoni dan meningkatkan moral ahli-ahli di dalamnya.
Pengurusan konflik di dalam organisasi seharusnyalah ditangani secara bijaksana untuk
mewujudkan win-win situation dan meningkatkan !morale" guru-guru.
$aktor kritikal pembentukan sekolah berkesan ialah kapasiti kepemimpinannya.
Kepemimpinan yang berkesan mampu menerajui warga sekolah untuk merancang secara
kolaboratif dan kolektif segala sumber yang ada dalam sistem organisasinya secara optimum dan
menggerakkannya agar berfungsi secara berkesan. Keberkesanan hanya akan tercapai dengan
terhasilnya penambahbaikan kepada !outcomes program-program sekolah khususnya prestasi
!core bussiness iaitu pengajaran dan pembelajaran dan klien utamanya iaitu murid-murid. Para
penyelidik mengutarakan corak kepemimpinan pengajaran dan transformasional sebagai corak
kepemimpinan yang paling sesuai untuk mencorakkan keberkesanan sekolah, di mana pengetua
perlu bersifat refelktif, kreatif, berino&asi dan bertindak secara profesional.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa kepemimpinan yang berkesan mampu membentuk
pembangunan sosial dan budaya yang produktif di sekolah. Penguasaan pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran mendengar, mengenalpasti kepelbagai kekuatan
dan kelemahan warga sekolah, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran interpersonal
penting aset untuk membentuk iklim sekolah yang konduksif untuk seluruh warganya. #ekolah
berkesan biasanya mempunyai barisan kepemimpinan yang mempunyai kuasa rujukan dan kuasa
pakar yang sentiasa bersedia berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman mereka dengan staf,
guru-guru mahupun para pelajarnya.
$ungsinya sebagai kepemimpinan pengajaran perlu diutamakan sesuai dengan
pembangunan sekolah sebagai komuniti pembelajaran. Kepemimpinan pengajaran mampu
memberikan input, sokongan dan dorongan kepada guru-guru untuk meningkatkan profesionalisme
dan selari dengan matlamat penambahbaikan berterusan sekolah. Pengetua yang berkesan
biasanya seorang bersifat humanistik, melaksanakan proses pengupayaan tetapi jelas halatujunya.
Proses penambahbaikan perlulah menyeluruh ke atas semua input yang ada pada sekolah sebagai
sebuah organisasi sistem sosial. Kepemimpinan sekolah yang berkesan perlu mengenalpasti
semua elemen secara kolaboratif dengan keupayaan untuk menarik minat pelbagai pihak dalam
dalam komuniti, !stakeholders dan warga sekolah berkongsi sama melaksanakan segala usaha
untuk mencapai matlamat sekolah.
Penulis mempunyai keyakinan yang tinggi sekiranya kepemimpinan sekolah berjaya
mengembeling seluruh tenaga dalam sistem organisasi sekolahnya menjadikan sekolah sebagai
komuniti pembelajaran, matlamat untuk merealisasikan sekolahnya sebagai sekolah berkesan akan
mudah dan cepat tercapai. Namun, pengetua yang berkesan juga tidak mudah untuk berada dalam
situasi yang ! selesa " dan mudah berpuashati. Proses penambahbaikan perlu sentiasa diteruskan
kerana sekolah berkesan akan hanya terus berkesan apabila sentiasa berlaku peningkatan,
pembangunan dan perkembangan ke atas seluruh elemen di dalamnya.
'umusannya penulis percaya sekiranya konsep dan ciri-ciri sekolah berkesan dihayati
sepenuhnyan oleh seluruh warga pendidik dan diseimbangkan dengan pemahaman yang sama
serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pelbagai peringkat, matlamat melonjakkan
institusi-institusi pendidikan ke arah keberkesanan akan dapat dicapai. (leh itu, penulis berharap
proses penambahbaikan kepada segala elemen di dalam sistem pendidikan kebangsaan dapat
direalisasikan secara kolektif. #alah satunya daripadanya ialah penambahbaikan ke atas proses
perlantikan kepemimpinan sekolah yang sebenarnya telah sekian lama diperdebatkan dan
dibincangkan oleh pakar-pakar bidang pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai