Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Etika merupakan prinsip moral atau nilai


akhlak, tingkah laku yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan.
Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak
boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjadi
penghubung sosial dengan orang lain.
Secara ringkasnya etika adalah falsafah,
tingkahlaku manusia yang dilihat dari aspek
lahiriah dan batiniah.
ETIKA DALAM PENDIDIKAN
LUAR
1. ETIKA TERHADAP DIRI SENDIRI
Mengutamakan keselamatan, kesihatan dan
kecerdasan diri.
Memelihara kebersihan, kekemasan dan
keceriaan diri.
Berupaya membuat keputusan yang rasioal
dan kestabilan mental terhadap tekanan.



Mempunyai perilaku yang mencerminkan
akhlak dan budi pekerti yang luhur serta
saling hormat menghormati.
Berkomunikasi yang berkesan dan
kesantunan berbahasa dengan semua
pegawai dan peserta.
Menghindarkan diri dari apa-apa tindakan
yang boleh mencemarkan nama baik dan
imej maktab.
Bertekad dan berusaha meningkatkan kualiti
dan prestasi diri sepanjang program.


2. ETIKA TERHADAP RAKAN PESERTA
Bekerjasama dan bermuafakat sesama
rakan peserta
Menjaga kesejahteraan, perpaduan dan
keselamatan rakan peserta.
Memberi nasihat dan menolong rakan
peserta dalam mengatasi masalah yang
dihadapi
Menjadi ahli yang aktif dalam semua aktiviti
dan sebagaimana yang diarahkan.

3. ETIKA TERHADAP ILMU DAN
PENGALAMAN
Membina sikap cintakan ilmu dan
pengalaman.
Mengembangkan potensi berfikir secara
kreatif dan kritis dan dapat menyampaikan
idea yang jelas.
Menghubungkaitkan teori dan amalan serta
dapat merealisasikannya sebagai aktiviti
harian.
Melaksanakan tugasan dengan jujur dan
mengutamakan kualiti dan kesempurnaan.
KEPENTINGAN ETIKA DALAM
PENDIDIKAN LUAR
Membina kesedaran dan tingkahlaku yang
positif terhadap keharmonian alam sekitar.
Kod etika alam sekitar merupakan satu set
peraturan yang perlu diamalkan oleh semua
pelajar bidang pendidikan luar.
Kod ini menggariskan kepentingan
penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar
dalam semua aktiviti pendidikan luar.
(Christensen & Cole, 2000).
Membina pengetahuan dan kesedaran
terhadap impak aktiviti manusia terhadap
alam sekitar lantas berusaha untuk
meminimakannya.

PERANAN FASILITATOR /
JURULATIH
Jurulatih mesti melaksanakan lima kriteria
semasa pelaksanaan aktiviti :

Autoriti Disiplin
Kekitaan
Penghargaan
Pemusatan
1. Autoriti
Hak memberi arahan dan kuasa untuk
menarik seseorang menurut arahan.
Ketua kumpulan dilantik dan diamanahkan
membantu fasilitator dan memimpin
kumpulan bagi menjalankan tugas.
2. Disiplin
Asas disiplin ialah menurut arahan dan
prosedur serta menghormati persetujuan
yang telah dibuat.
Kerjasama, sokongan, ketaatan, tindakbalas
positif oleh individu hendaklah dihargai.
3. Penghargaan
Penghargaan dalam bentuk pengukuhan patut
dibuat.
Ini akan memberi motivasi intrisik kepada
individu yang akan memberi rangsangan
kepada perlakuan atau pencapaian yang baik.
Sistem permarkahan atau merit akan
memangkinkan penghasilan norma dan nilai
kumpulan atau individu.
Dendaan bolehlah dilaksanakan tetapi
haruslah berbentuk pengajaran dan bukannya
hukuman.
4. Pemusatan
Ahli kumpulan haruslah diberikan kuasa
dalam melaksanakan tugas dengan efektif.
Individu digalakkan berfikiran kreatif menyoal
dan diberikan peluang untuk mengemukakan
pendapat.
Pemusatan yang sebegini akan dapat
membantu perjalanan aktiviti mengikut
prosedur dan teknik yang selamat.
5. Kekitaan
Potensi diri pelajar hendaklah dicungkil,
diasah dan diketengahkan.
Galakkan mereka aktif, kreatif, inovatif dan
proaktif semasa melakukan aktiviti dan
tugasan di kalangan ahli bertujuan untuk
mewujudkan perpaduan dan keteguhan
organisasi keharmonian.
Semangat kerjasama dan kerja bersama-
sama akan mengukuhkan lagi semangat
kekitaan dalam pasukan.
Peranan lain fasilitator ialah :

1. Pemeriksaan ahli/bilangan.
Memastikan jumlah dan bilangan peserta
yang menyertainya haruslah sama jumlahnya
dengan sebelum aktiviti bermula.
Sebarang kecederaan sama ada serius
ataupun kecil haruslah dilaporkan supaya
tindakan sewajarnya dapat diambil.

2. Pengisian oleh Jurulatih/fasilitator.
Semua jurulatih dan fasilitator yang
terlibat dalam sesuatu program haruslah
mahir dan mempunyai kemahiran serta
pengetahuan yang tinggi.
Ini bertujuan supaya segala pengisian yang
diberikan pada setiap kumpulan adalah sama
dan standard.
3. Fasilitator bertindak sebagai pembimbing,
penasihat, rakan, penyampai maklumat dan
penjana kualiti diri individu.