terbuka. Bererti adanya perdagangan dengan negara-negara luar. Perdagangan dengan negara- negara luar .m turut memberi kesan kepada ekonomi domestik. Untuk memudahkan analisa, kita andaikan perdagangan dengan negara luar hanya melibatkan ekspot dan impot barang- barang sahaja.
1 EKSPORT
Eksport ialah aktiviti menjual barang tempatan keluar negara. Banyaknya barang-barang yang dieksport bergantung kepada beberapa faktor, antaranya ialah saiz permintaan dari luar negara, tingkat teknologi ekonomi tempatan, sumber- sumber alam dan juga dasar kerajaan terhadap polisi eksport. Pendapatan negara tidak mempengaruhi ekspot. Oleh itu fungsi eksport adalah selari dengan paksi pendapatan negara.
2 3 Keterangan rajah: Rajah menunjukkan fungsi eksport yang mendatar dan selari dengan paksi pendapatan Walaupun pendapatan naik dari Yo ke Y1, eksport tidak berubah. Sebaliknya eksport akan meningkat dari Xo ke X1 jika terdapatnya perubahan faktor selain dari pendapatar negara. Eksport dianggap suntikan kepada ekonomi negara kerana ia membesarkan aliran pusingan pendapatan dan meningkatkan pendapatan negara. IMPORT
Impot ialah aktiviti membeli barang dari luar negara. Biasanya import dilakukan oleh sektor rumahtangga, firma dan juga kerajaan. Pendapatan penduduk sangat besar pengaruhnya ke atas jumlah barang- barang yang diimport. Semakin tinggi pendapatan semakin tinggi import. Peratus tertentu dari pendapatan akan digunakan untuk tujuan tersebut. 4 Fungsi import boleh ditulis sebagai : M = mY Di mana m adalah pemalar atau peratus tertentu dari pendapatan negara. Nilai m biasanya lebih kecil dari perubahan pendapatan (0 < m < 1). Fungsi import boleh ditunjukkan sebagai satu garisan yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan yang ditunjukkan oleh garis Mo dan M1 dalam rajah di bawah:
5 6 Jika pendapatan naik dari Yo ke Y1 import turut naik dari M 1 --- > M3 (titik E E1), (iaitu berubah di atas keluk yang sama). Fungsi import juga boleh pindah samada ke atas atau ke bawah, ini disebabkan oleh faktor lain-lain (bukan pendapatan). Misalnya fungsi import bergerak ke atas dari Mo ke M1 yang mungkin disebabkan oleh harga barang-barang import yang lebih rendah atau wujudnya masalah inflasi dalam negeri. Impot adalah bocoran kepada ekonomi kerana ia mengurangkan perbelanjaan terhadap barang-barang domestik dan mengurangkan pendapatan kepada ekonomi sesebuah negara. EKSPORT BERSIH Ekspot bersih ialah perbezaan di antara eksport dan import. Jika eksport melebihi import, ekspot bersih positif, ini bererti keseimbangan ekonomi dan pendapatan negara akan meningkat. Sebaliknya jika eksport bersih negatif, bererti import melebihi eksport, ini akan mengurangkan keseimbangan ekonomi dan pendapatan negara.
7 KESAN EKSPOT BERSIH KE ATAS KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA
8 Ekonomi 2 (AE = C + I) dan 3 sektor (AE = C + I + G) dikatakan ekonomi tertutup, manakala ekonomi yang ada aktiviti import dan ekspot dikenali sebagai ekonomi 4 sektor atau ekonomi terbuka. (AE = C + I + G + [X M]) dimana AE = Perbelanjaan Agregat. Keseimbangan pendapatan negara ekonomi terbuka boleh lebih tinggi, lebih rendah atau sama dengan ekonorni tertutup. Kedudukan ini sangat bergantung kepada nilai ekspot bersih. 9 Jika ekspot bersih positif, keseimbangan ekonomi terbuka lebih tinggi dari ekonomi tertutup.
Jika ekspot bersih negatif, keseimbangan ekonomi terbuka lebih rendah dari ekonomi tertutup.
Jika ekspot bersih sifar, iaitu X = M, maka keseimbangan ekonomi terbuka sama dengan ekonomi tertutup.
10 Kesan ekspot bersih ke atas keseimbangan pendapatan negara boleh ditunjukkan dengan menggunakan 2 pendekatan, iaitu:
I. perbelanjaan aggregat dan penawaran aggregat II. suntikan dan bocoran
11 12 Keterangan rajah: Andaikan keseimbangan asal pada titik Eo dengan pendapatan negara pada Yo. Jika eksport bersih positif, perbelanjaan aggregat (AE) akan naik dari AEo ke AE2. Titik keseimbangan berubah dari Eo ke E2 dan pendapatan negara naik dari Yo ke Y2. Jika ekspot bersih negatif, AE turun dari AEo ke AEi. Titik keseimbangan berubah dari E ke E1 dan pendapatan negara turun dari Yo ke Y1. II. Pendekatan Suntikan dan Bocoran
Sekiranya ekspot bersih positif, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi terbuka lebih tinggi dari ekonomi tertutup. Keadaan ini boleh diterangkan dalam rajah di bawah:
13 14 Keterangan rajah: Keseimbangan ekonomi tertutup pada asalnya ialah titik E, dengan pendapatan negara pada Yo. Import naik ditunjukkan oleh pergerakan fungsi bocoran dari S + T ke S + T + M atau ditunjukkan oleh jarak EM. Ekspot yang meningkat pula ditunjukkan oleh pergerakan fungsi suntikan dari I + G ke I + G + X atau ditunjukkan oleh jarak EX. Perhatikan jarak EX lebih besar dari jarak EM yang menerangkan kenaikan ekspot lebih besar dari kenaikan impot atau ekspot bersih adalah positif. Oleh itu keseimbangan pendapatan negara akan bergerak dari E ke Ei dengan tingkat pendapatan negara yang lebih tinggi iaitu dari Y ke Yi. Sekiranya eksport bersih negatif, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi terbuka lebih rendah dari keseimbangan ekonomi tertutup.
Keadaan ini boleh ditunjukkan dalam rajah di bawah:
15 16 Keseimbangan ekonomi tertutup pada asalnya ialah pada titik E, dengan pendapatan negara pada Yo. Jika import naik, ia ditunjukkan oleh pergerakan fungsi bocoran dari S + T ke S + T + M atau ditunjukkan oleh jarak EL. Manakala eksport yang meningkat ditunjukkan oleh fungsi suntikan dari I + G ke I + G + X atau ditunjukkan oleh jarak ET. Perhatikan jarak EL lebih besar dari jarak ET yang menerangkan kenaikan impot lebih besar dari kenaikan ekspotr atau eksport bersih negatif. Oleh itu keseimbangan pendapatan negara akan bergerak dari titik E ke E2 dengan tingkat pendapatan negara pada Y2 iaitu lebih rendah dari Yo. Sekiranya ekspot bersih sama dengan kosong atau eksport = import, keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi tertutup sama dengan ekonomi terbuka. Keadaan ini diterangkan dengan menggunakan rajah di bawah:
17 18 Keterangan rajah: Keseimbangan ekonomi tertutup ialah pada titik E dengan pendapatan negara pada Yo. Impot naik, maka fungsi bocoran akan bergerak dari S + T ke S + T + M. Manakala kenaikan ekspot menyebabkan fungsi suntikan bergerak dari I + G ke I + G + X. Perhatikan kenaikan impot dan ekspot adalah sama jumlahnya yang ditunjukkan oleh jarak EoE1 masing-masing. Oleh itu pendapatan negara tidak akan berubah tetap pada Yo. Oleh itu keseimbangan ekonomi tertutup akan sama dengan ekonomi terbuka dengan pendapatan negara pada Yo. Kesan Balas Perdagangan (The Trade Feedback Effect)
19 Kesan balas perdagangan bererti kemajuan ekonomi sesebuah negara mendorong kemajuan ekonomi negara-negara lain dan kesan tersebut akan berpindah semula ke negara asal melalui aktiviti perdagangan yang berlaku. Sekiranya eksport Malaysia meningkat, bererti pendapatan ekspot Malaysia akan meningkat juga.
Peningkatan pendapatan akan digunakan untuk 2 tujuan, iaitu: menggunakan barang-barang domestik dan juga barang-barang yang diimport. 20 Oleh itu import Malaysia pula akan bertambah. Import Malaysia yang tinggi merupakan ekspot negara lain, andaikan negara itu ialah Thailand, maka Thailand pula akan memperolehi pertambahan pendapatan eksport. Pertambahan pendapatan Thailand akan cenderung meningkatkan impotnya pula dari Malaysia. Oleh itu eksport Malaysia ke Thailand pula bertambah. Proses ini akan berterusan bagi negara-negara yang berdagang. Akhirnya semua negara yang berdagang akan mencapai kemajuan dan pembangunan dalam ekonominya.
21 Contoh: Ekspot sebanyak 100 juta, adakah memberikan pertambahan pendapatan ekspot sebanyak 100 juta juga kepada negara berkenaan? Jawabnya tidak, kerana sebahagiannya akan dibelanjakan untuk impot. Andaikan kenaikan RM 1 dalam ekspot meningkatkan KNK sebanyak RM1.40. Manakala bagi setiap kenaikan RM1, 15% digunakan untuk impot, maka jumlah perbelanjaan impot ialah: Perbelanjaan import = 100 juta x 1.4 x 0.15 = 21 juta
22 Oleh sebab itu pendapatan eksport bersih hanyalah 79 juta (100 juta - 21 juta).
Perbelanjaan import Malaysia datangnya dari ekspot Thailand, Thailand akan memperolehi pendapatan, sebahagian dari pendapatan ini akan digunakan pula untuk impot barang dari Malaysia. 23 KESAN BALAS HARGA
(The Price Feedback Effect)
24 Kesan balas harga dalam perdagangan antarabangsa bererti kenaikan harga barang-barang di negara asal akan memberi kesan kepada negara lain dan negara itu pula yang mengalami kenaikan harga akan memberi kesan kepada negara asal. Contoh. Andaikan perdagangan di antara Malaysia dan India. 25 Kenaikan harga barang-barang Malaysia, sudah tentu akan menaikkan harga eksport Malaysia ke India. India sebagai pengimport akan mengalami kenaikan harga dalam negaranya. Kenaikan harga barang-barang di India akan turut meningkatkan harga barang- barang eksportnya pula. 26 Jika sebahagiannya diekspot ke Malaysia, maka Malaysia pula akan mengalami kenaikan harga barang-barang yang diimport yang secara langsung akan mempengaruhi harga barang-barang domestik dalam Malaysia. Kesan balas harga adalah penting di dalam perdagangan antarabangsa.
27 Oleh sebab itu harga barang-barang domestik perlu dikawal. Jika tidak, harga barang-barang domestik akan meningkat dengan lebih tinggi lagi melalui aktiviti perdagangan antarabangsa dan ini akan menyebabkan wujudnya masalah inflasi.