Anda di halaman 1dari 80

GMGF2014

EKONOMI DAN PEMBANGUNAN


1

Pensyarah : Prof. Madya Dr. Azhar Harun
Bilik : 4034
Telefon : 04-9286493
azhar.uum@gmail.com

PERTUMBUHAN DAN
PEMBANGUNAN NEGARA
SEDANG MEMBANGUN
DAN
KLASIFIKASI NEGARA-NEGARA
DUNIA
2
PERBEZAAN
Pertumbuhan dan Pembangunan
EKONOMI

3
Pengenalan
Maksud pembangunan & Negara Membangun.

Pembangunan ekonomi merupakan kajian yang
menganalisis tentang masalah pembangunan di
negara membangun (ND3).

Proses pembangunan (yang dimaksudkan)
melibatkan penyusunan semula sistem ekonomi dan
perubahan institusi, adat dan nilai masyarakat

4
MICHAEL P. TODARO (1977)
Pembangunan sebagai satu proses pelbagai dimensi
yang mana melibatkan pembentukan serta
penyesuaian semula sistem ekonomi dan sosial.

Proses pembangunan melibatkan penyusunan
semula sistem ekonomi dan perubahan institusi, adat
dan nilai masyarakat.

5
BENJAMIN HIGGINS (1968)
Pembangunan ekonomi bukan sahaja tertumpu
kepada pertumbuhan tingkat pendapatan per kapita
semata-mata, Tetapi Ia juga melibatkan

pembangunan sumber tenaga manusia,
kecekapan penduduk dalam menyediakan barangan
yang diperlukan,
perubahan sikap dan pertalian sosial,
peningkatan taraf hidup dan kebajikan.

6
Dalam penggunaan seharian, perkataan
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
ekonomi digunakan secara bertukar ganti.

Namun demikian, kedua-dua istilah ini sangat
berbeza.

7
Pertumbuhan ekonomi bermaksud
peningkatan dalam keluaran (pendapatan)
negara atau keluaran (pendapatan) negara
per-kapita.

Sekiranya pengeluaran barangan dan
perkhidmatan sesebuah negara meningkat,
negara itu dikatakan mengalami pertumbuhan
ekonomi (Gillis et al. 1996).

8
Pembangunan ekonomi pula meliputi skop
yang lebih luas. Ia bukan sahaja merujuk
kepada peningkatan keluaran (pendapatan)
atau keluaran (pendapatan) per kapita sahaja,

tetapi juga melibatkan perubahan struktur
ekonomi.


9
Ini termasuklah,

kepentingan sektor yang telah berubah
kepada perindustrian,

perbandaran yang berlaku dengan pesat, dan

penghijrahan penduduk dari luar bandar ke
bandar yang menyebabkan peratus penduduk
bandar meningkat.
10
Selain itu, kadar pertumbuhan penduduk
menurun (Positif kepada negara), dan

Struktur umur penduduk berubah kepada
berkurangnya nisbah kebergantungan (Bila
kumpulan penduduk bertukar kepada
golongan yang boleh bekerja, akan
mengurangkan beban kerajaan).
11
Disamping itu juga,
Pembangunan juga bermaksud..

Corak penggunaan berubah kepada barangan
dan perkhidmatan tahan lama serta barangan
mewah dan bukan setakat memenuhi
keperluan asas sahaja (Tidak bergangtung
kepada barangan asas/perlu).

12
Yang tidak boleh dianggap sebagai mengalami
pembangunan

Sesetengah negara yang mengalami peningkatan
dalam pendapatan per kapita,

Tetapi sebahagian besar faedahnya dimiliki oleh
orang asing melalui penyertaan asing dalam aktiviti
ekonomi.

Sekiranya ini berlaku maka negara ini tidak boleh
dianggap mengalami pembangunan.

13
Perkara utama yang perlu wujud dalam
pembangunan ekonomi ialah.

Penyertaan rakyat negara itu dalam proses
perubahan pembangunan ekonomi tersebut.

Penyertaan rakyat tempatan ini adalah dari
segi melibatkan diri dalam proses pengeluaran
dan mendapat manfaat daripada peningkatan
keluaran.

14
Pembangunan Ekonomi
Dengan kata lain.

mereka (Rakyat negara tersebut) sama-sama
menikmati hasil peningkatan keluaran dan
perkhidmatan melalui peningkatan kekayaan
individu.

Ini boleh berlaku melalui agihan pendapatan
dan kekayaan yang lebih sama rata.
15
Pembangunan Ekonomi
Sekiranya peningkatan output hanya dirasai oleh
kumpulan minoriti sahaja, maka ia tidak boleh
dianggap sebagai pembangunan.

Ringkasnya pembangunan ekonomi merujuk kepada
pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial yang
berlaku dalam sesebuah Negara.
Iaitu
Pembangunan ekonomi = pertumbuhan ekonomi +
keadilan sosial yang berlaku
dalam sesebuah Negara.

16
KESIMPULAN :
PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN

PERTUMBUHAN EKONOMI
Merujuk kepada pertumbuhan atau keluaran
dan pendapatan negara.
Pendapatan per kapita diukur berdasarkan
Keluaran Negara Kasar (jumlah hasil dan
perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara
dalam tempoh setahun) dibahagikan dengan
jumlah penduduk.

17
PEMBANGUNAN EKONOMI
Aspek yang lebih luas - semua penduduk
terlibat memainkan peranan penting dalam
proses yang melibatkan perubahan struktur.
Penglibatan dalam proses pembangunan akan
menghasilkan faedah pembangunan seperti
keluaran negara.
Pembangunan Ekonomi = pertumbuhan
ekonomi + keadilan sosial yang berlaku
dalam sesebuah Negara.


18
PERTUMBUHAN EKONOMI MODEN
Merujuk kepada zaman ekonomi semasa
berbanding dengan zaman sebelumnya.
Contohnya zaman kapitalis (sekarang) dengan
zaman ekonomi feudal (dahulu).
Pertumbuhan ekonomi zaman moden -
penggunaan teknologi moden dalam proses
pengeluaran, industri, urbanisasi dan
pertumbuhan penduduk.
19
GLOBALISASI

Sebelum Globalisasi (Ekonomi Tertutup
dan Terbuka)

Selepas Globalisasi.
20
GLOBALISASI DALAM PEMBANGUNAN

DARI segi ekonomi, globalisasi merupakan proses
integrasi ekonomi dunia melalui pengembangan
aliran..
barang-barang,
perkhidmatan,
modal,
buruh,
maklumat, dan
pengetahuan merentasi sempadan.

21
Ia dipercepatkan melalui.

kemajuan dalam pengeluaran,
teknologi maklumat dan
komunikasi, serta
ekonomi dunia yang lebih liberal.

22
JENIS-JENIS GLOBALISASI
Terdapat beberapa bentuk
globalisasi ekonomi, iaitu

Globalisasi perdaganggan (tanpa cukai),

Globalisasi kewangan (tanpa interest),

23
Globalisasi pengeluaran (pengeluaran
barangan tanpa sempandan-seperti Sweden
buka kilang Sony Ericson di China), dan

Globalisasi buruh (tiada sekatan buruh mahir
dan kurang mahir) (Mohd Haflah, 2003).

24
MALAYSIA DAN GLOBALISASI
Sebagai sebuah negara yang mempunyai ekonomi
terbuka (global), dimana
Prestasi ekonomi Malaysia amat dipengaruhi oleh
persekitaran global yang disalurkan melalui
- Perdagangan,
- Aliran kewangan, dan juga melalui
- "KESAN JANGKITAN",
(misalnya dalam hal kegawatan atau krisis
ekonomi 1997/1998).

25
GLOBALISASI PERDANGANGAN

Globalisasi perdagangan melibatkan

Peningkatan rangkaian (saluran dagangan)
dan

Saling bergantungan perdagangan di antara
negara-negara di dunia.

26
Ia dipercepatkan melalui.

Perkembangan pengetahuan dan dipermudah
melalui
Perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi, dan
Pengurangan kos pengangkutan, serta
Liberalisasi (perjanjian) perdagangan dan
pelaburan (bekerja sama di antara negara).

27
Liberalisasi perdagangan

Melibatkan perjanjian pelbagai negara untuk
mengurangkan tarif dan akhirnya

Menghapuskan sekatan tarif (bukan tarif di bawah
naungan Perjanjian Am Perdagangan dan Tarif (GATT)
dan Pertubuhhan Perdagangan Dunia (WTO)) melalui
beberapa pusingan perundingan perdagangan
pelbagai negara.
28
Pusingan rundingan yang terakhir ialah
Pusingan Uruguay yang bermula pada
November 1986 hingga 15 April 1994 serta
dilaksanakan mulai 1 Januari 1995.

Pusingan Uruguay ini juga termasuklah
perjanjian perdangan wilayah seperti APEC,
AFTA, dan NAFTA serta de-regulasi (tanpa
bataskan) ekonomi negera tertentu.


29
PERJANJIAN DALAM RUNDIGAN URUGUAY

Pusingan Uruguay mempersetujui pengurangan tarif
ke atas barangan industri sehingga

40% bagi negara maju,

30% bagi negara membangun, dan

30% bagi negara transisi (negara dalam proses
perubahan).


30
Selain itu,
dipersetujui bahawa pengurangan tarif ke
atas barangan pertanian sebanyak

36% meliputi enam tahun bagi negara maju
dan

20% meliputi sepuluh tahun mulai tahun 1995
bagi negara membangun.

31

PERJANJIAN DALAM RUNDIGAN URUGUAY
JUGA Memberi. pengurangan

Pengurangan dikenakan ke atas

subsidi pengeluaran (pengeluaran tanpa had) dan

subsidi eksport (eksport tanpa had) bagi negara
maju, masing-masing sebanyak 36 dan21%.

32
AFTA (Asean Free Trade Area)

AFTA atau Liberalisasi perdagangan melalui
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
mempunyai matlamat

Untuk meningkatkan daya saing wilayah
ASEAN ke arah pasaran global dengan
mengenepikan duti import dan sekatan bukan
tarif.

33
AFTA ini dilaksanakan ke atas
semua keluaran yang
diperdagangkan intra-ASEAN (di
kalangan negara-negara ASEAN)
menjelang tahun 2015 bagi enam
negara ASEAN asal dan menjelang
tahun 2018 bagi negara-negara
ASEAN baru.

34
GLOBALISASI KEWANGAN


Globalisasi kewangan merujuk kepada
peningkatan pemusatan pasaran
kewangan (samada memperluaskan yang
ada atau menambahkan pasaran)

Ia melalui integrasi aliran modal secara
global.


35
la membawa implikasi pergerakan ke arah satu
pasaran kewangan yang bercantum.

Kewangan global meliputi semua jenis urus
niaga portfolio seberang sempadan termasuklah
meminjam,
memberi pinjaman,
dagangan mata wang, serta
tuntutan kewangan dan
perkhidmatan kewangan lain-lain yang diberikan oleh
bank perdagangan.
36
Globalisasi kewangan juga
termasuklah aliran modal yang
dikaitkan dengan pelaburan langsung
asing FDI.


37
FAKTOR-FAKTOR yang mendorong globalisasi
kewangan termasuklah

Kemajuan teknologi memungut, memproses, dan
menyebarkan maklumat.

(Misalnya melalui sistem debit dan kredit elektronik
secara global, tunai elektronik, dan kad kredit pintar)

38
Di samping kemajuan dari segi terdapatnya
modal kewangan bergerak (membuat
pinjaman dilokasi yang berlaianan),

liberalisasi, dan deregulasi sistem kewangan
serta

pembukaan pasaran kewangan domestik dan
pesisir pantai

39
IMPAK GLOBALISASI

Globalisasi perdagangan dijangka membawa impak
positif kepada ekonomi Malaysia.

Perdagangan, terutamanya eksport bersih
menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi,
sebagai engin pertumbuhan. (Eksport telah menjadi
faktor postif penting kepada Malaysia melalui
Globalisasi)
40
PERANAN EKSPORT (Dalam Globalisasi)

Keterbukaan ekonomi Malaysia menjadikan
Malaysia terangkai melalui jalinan
perdagangan dengan ekonomi global.

Pada tahun 1970-an, pertengahan 1980-an,
dan awal 1990-an, pertumbuhan ekonomi
Malaysia yang pesat adalah dipacu oleh
eksport.

41
PERANAN EKSPORT (Dalam Globalisasi)

Pemulihan ekonomi daripada kegawatan ekonomi
juga dipacu oleh pertumbuhan eksport,

Manakala kelembapan pertumbuhan ekonomi pada
tahun 2001 berkait dengan penurunan permintaan
global bagi keluaran eksport utama, iaitu elektronik.

42
PERANAN EKSPORT MALAYSIA
(Dalam Globalisasi terutamanya sumbangan Eksport
kepadas KDNK nagara masing-masing)
Malaysia merupakan negara perdagangan ke-18
terbesar di dunia dengan nilai perdagangan
berjumlah RM615 bilion, iaitu 183% daripada KDNK
negara pada tahun 2001, berbanding..
85.9% bagi Thailand,
60.4% bagi Indonesia,
69.1% bagi Korea,
18.2% bagi Jepun, dan
18.7% bagi Amerika Syarikat.
43
Sebagai perbandingan,

Singapura menduduki tempat yang lebih
tinggi dengan 326.1 % daripada KDNK,
termasuk import yang dieksport semula
(Halipah, 2003).


44
PEMULIHAN DARI KEGAWATAN
EKONOMI :
Perdagangan antarabangsa merupakan satu-satu
sumber pertumbuhan ekonomi yang besar.

Eksport bertumbuh dengan Kadar 12.6% pada tahun
1997, meningkat kepada 29.4% pada 1998.

Eksport bersih menyumbang antara 37.9% hingga
44.5% kepada KDNK pada masa kegawatan dan
pemulihan ekonomi.

45
Globalisasi perdagangan juga boleh menyebabkan
turun naik dalam prestasi perdagangan Malaysia
dalam jangka pendek, terutamanya dalam zaman
kemelesetan. (bila D P S )


Keadaan ini terbit daripada pendedahan
yang tinggi eksport negara kepada turun
naik ekonomi dunia.




46
Pergantungan yang tinggi kepada keluaran
elektronik sebagai barangan eksport
menyebabkan ekonomi Malaysia terjejas
dalam zaman kemelesetan yang menyebabkan
kemerosotan permintaan untuk barangan
eksport tersebut.

(kerana terlalu bergantung kepada barangan
elektrik, apabila permintaan jatuh telah
menyebabkan kemelesetan)

47
KESAN AFTA (ASEAN)
Kesan AFTA terhadap perdagangan adalah positif,
iaitu meningkatkan perdagangan intra-ASEAN.
(Perdagangan Antara ASEAN)

Peningkatan ini adalah paling tinggi bagi Vietnam
(161.7%), Filipina (110.2%), dan peningkatan kecil
bagi Malaysia (23.4%) dari GNP masing-masing.
48
Kesan AFTA
Terdapat juga peningkatan dari segi
perdagangan global dari ASEAN.
(Ke Luar ASEAN)
Peningkatan ini berbeza mengikut negara,
misalnya Indonesia 1.6%, Malaysia 3%, Filipina
11.5%, Singapura 1.7%, Thailand 4%, dan
Vietnam 7%. (dari ekonomi negara ASEAN)


49
Namun demikian, terdapat
pengurangan eksport ASEAN ke
negara luar ASEAN disebabkan oleh
lencongan eksport (seperti pengeluaran
tempatan sangat rendah) ke dalam negara-
negera ASEAN

50

IMPAK GLOBALISASI KEWANGAN
ialah ..

Meningkatnya aliran kewangan di peringkat
global, iaitu bertambahnya penawaran dan
kepelbagaian sumber-sumber kewangan yang
lebih murah (kadar bunga yang lebih murah).
51
IMPAK GLOBALISASI KEWANGAN.
Impak dapat membantu membangun pasaran
modal tempatan dan memudahkan urus niaga
perdagangan dunia.

Di samping itu, globalisasi kewangan juga
menyebabkan bertambahnya urus niaga di
pasaran tukaran asing dan meningkatnya nilai
modal pasaran (market capitalization).

52

IMPAK GLOBALISASI KEWANGAN.


Akan tetapi, keadaan ini akan menambahkan turun
naik di pasaran tukaran asing dan menambah
kemungkinan berlakunya krisis kewangan dan
perbankan. (inflasi, deflasi, atau harga barangan Ex)
(iaitu : Kesan negatif)

53
IMPAK GLOBALISASI KEWANGAN.

Keadaan ini juga boleh menyebabkan penambahan
aliran portfolio atau modal jangka pendek yang
sensitif kepada perbezaan Kadar bunga (bila sumber
modal bertambah, kadar bunga akan jatuh) dan


pergerakan Kadar tukaran asing (nilai tukaran asing
akan berubah mengikut aliran pindahan modal atau
aset negara), serta merumitkan pembentukan dasar
kewangan.

54

IMPAK GLOBALISASI KEWANGAN.

Globalisasi kewangan juga menyebabkan
pasaran modal domestik menjadi lebih liberal
(terbuka).
Dasar deregulasi (tanpa batasan) dan
penswastaan ekonomi (terbuka kepada awam)
menjadikan integrasi yang lebih rapat antara
sektor kewangan Malaysia dengan sektor
kewangan global.

55
IMPAK GLOBALISASI KEWANGAN.

Keadaan ini telah memudahkan kemasukan
pelaburan asing langsung bersih dan
peningkatan yang lebih cepat dalam modal
jangka pendek dan pelaburan portfolio ke
Malaysia sejak awal 1990-an.
Sebenarnya Iklim pelaburan Malaysia adalah
terbuka bagi aliran masuk kewangan jangka
pendek dan jangka panjang (kerana
globalisasi).


56
FDI (Foreign Direct Investment)
FDI-Pelaburan langsung asing jangka panjang
yang lazimnya dirujuk sebagai FDI semakin
menjadi penyumbang penting kepada
pertumbuhan ekonomi.

Sememangnya FDI diperlukan untuk menjana
peluang pekerjaan dan perniagaan,
membiayai jurang tabungan-pelaburan untuk
menarik kepakaran dan pengurusan asing, dan
mendapatkan teknologi serta pasaran baru.

57

Peranan FDI adalah penting untuk menjadi
pemacu kepada teknologi tinggi dan aktiviti
berasaskan pengetahuan.


FDI digalakan melalui dasar yang lebih liberal
berkait dengan terokaan baru dan penyertaan
ekuiti dalam industri berorientasi eksport.

58
SUMBANGAN FDI

Antara tahun 1996 hingga 2000, FDI
merupakan 22.5% daripada jumlah pelaburan
dan 22.1% daripada jumlah pelaburan pada
tahun 2001 (Halipah, 2003).

59
Globalisasi kewangan juga
menyebabkan peningkatan pinjaman asing
jangka pendek oleh sektor swasta,
terutamanya untuk membiayai aset hartanah.
60

IMPAK.. globalisasi kewangan
Pada awal tahun 1990-an, kadar bunga yang
tinggi, pasaran saham yang cergas, dan
jangkaan bahawa nilai ringgit akan meningkat
menggalakan pengaliran masuk pelaburan
jangka pendek ke Malaysia.

Keadaan ini telah menyumbangkan kepada
peningkatan nilai modal pasaran saham BSKL.

61

IMPAK.. globalisasi kewangan


Pada tahun 1994, aliran masuk modal
portfolio jangka pendek bernilai RM238.5
bilion atau 122% daripada KDNK nominal.

62
IMPAK.. globalisasi kewangan

Walau bagaimanapun, kegawatan ekonomi
1997-1998 telah menyebabkan kecairan
modal semakin ketat, kadar bunga semakin
tinggi, dan aliran keluar dana portfolio oleh
pelabur bukan warganegara.

63
IMPAK.. globalisasi kewangan

Kesan kegawatan, Pada tahun 2001, aliran
masuk modal portfolio jangka pendek ke
MALAYSIA hanya RM37.6 bilion atau 11.2.%
daripada KDNK nominal (Halipah, 2003).

64
KLASIFIKASI NEGARA
Pada Umumnya, Klasifikasi Negara adalah
merujuk kepada kriteria negara, iaitu :

Negara Kaya dan Negara Miskin
Negara di dunia = negara maju (32) dan
negara membangun (144).

65
Pembahagian utama :

Negara kaya (Eropah Barat, USA, Kanada,
Australia, New Zealand dan Jepun).
Negara miskin (Burundi, Rwanda, Bangladesh,
Nepal dan lain-lain).

66
Pembahagian negara juga dibuat
berdasarkan :
Pembahagian geografi = Utara dan Selatan.
Ekonomi maju' dan Ekonomi mundur'.
Ekonomi moden' dan Ekonomi tradisional'.
Juga merujuk kepada tahap pembangunan;
Negara maju - juga dikenali sebagai negara
industri.
Negara mundur - negara kurang
membangun.


67

Secara Umumnya :
Negara di dunia ini boleh dikelaskan
kepada dua kategori utama, Negara
Maju (NM) dan Negara Membangun.
Negara Membangun pula boleh
dibahagikan kepada Negara Kurang
Membangun (NKM) dan Negara
Sedang Membangun (NSM).

68
World Bank (1997) membahagikan dunia kepada
empat kategori, iaitu
1. Negara berpendapatan rendah,
2. Negara berpendapatan sederhana rendah,
3. Negara berpendapatan sederhana tinggi dan
(ketiga-tiga kumpulan di atas adalah Negara
Membangun), serta
4. Negara berpendapatan tinggi yang juga adalah
Negara Maju.


69
Negara berpendapatan sederhana tinggi
(Group ke 3) yang kebanyakannya terdiri
daripada negara Asia dan Amerika Latin yang
dikenali sebagai Negara atau Ekonomi
Perindustrian Baru (EPB).
70
Negara berpendapatan rendah mempunyai
Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita kurang
atau sama dengan As$730 pada 1995,

Negara berpendapatan sederhana rendah
mempunyai pendapatan sama dengan atau
kurang daripada AS$3,020, manakala,


71
Negara berpendapatan sederhana tinggi
mempunyai pendapatan per kapita sama
dengan atau kurang daripada As$8,210.

Bagi negara berpendapatan tinggi mempunyai
pendapatan per kapita tertinggi pada
As$40,630 yang dimiliki oleh Switzerland.

[Sila lihat KNK (pembahagian negara) dalam
rajah 1.1]
72
73
Perbezaan Negara Kaya dan Miskin oleh
Bank Dunia
Pendapatan ekonomi rendah (kurang dari $785 per
kapita pada tahun 1997).
Pendapatan ekonomi menengah (antara $786 -
$3,125).
Pendapatan ekonomi menengah atas (negara
pendapatan sederhana - Asia & Amerika Latin yang
berkembang maju serta negara industri baru) -
$3,126 - $9,125.
Pendapatan ekonomi tinggi (negara industri) -
kebanyakan dari negara yang pendapatan melebihi
$9,656.

74
Dari Perbincangan di atas, boleh membuat
kesimpulan dan klasifikasikan negara secara
umum seperti berikut :

Negara Dunia Pertama
Negara Dunia Kedua
Negara Dunia Ketiga (ND3)
75
i). Negara Dunia Pertama
Merujuk Kepada :
Negara perindustrian di Eropah Barat, Amerika
Utara dan Pasifik.
Mewakili negara-negara kaya dan
berpendapatan tinggi.
Negara perindustrian.
Mengalami tahap perkembangan
perindustrian yang tinggi.

76
ii). Negara Dunia Kedua
Negara bekas jajahan Soviet Union, ekonomi
berpusat di Eropah Timur
Negara ekonomi sosialis, kerajaan
menentukan pengeluaran negara.
Juga mewakili negara berpendapatan tinggi
(Politik tidak stabil).
Negara maju (perbezaan fahaman politik -
sosialis).

77
iii). Negara Dunia Ketiga (ND3)
Terdiri dari :
2/3 penduduk dunia - merangkumi Amerika
Latin dan Carribean, Afrika, Asia Tengah dan
Asia (kecuali Jepun).
UNCTAD (United Nations Conference on Trade
and Development) - diwakili oleh 127 buah
negara Afro-Asia dan Amerika Latin (ND3).
Negara sedang membangun, negara
pengeluar minyak, negara miskin.

78
CIRI-CIRI NEGARA MEMBANGUN
A. Taraf Hidup yang Rendah dari sudut :
i. Pendapatan negara per kapita.
ii. Kadar relatif pertumbuhan pendapatan
negara (per kapita).
iii. Pengagihan pendapatan negara.
iv. Kemiskinan.
v. Kesihatan.
vi. Pendidikan.

79
G. Ciri-ciri Lain
i. Sistem politik.
ii. Kekurangan modal dan teknologi.
iii. Kadar tabungan yang rendah.
iv. Dualisme ekonomi. (golongan kaya dan
miskin)

80