Anda di halaman 1dari 4

IMAN DAN TAQWA

Assalamualaikum wrt.salam integriti pembuka bicara




Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang
menjunjung panji keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya, seterusnya warga dewan yang
dirahmati Allah.

Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang
bertajuk AQIDAH UTUH NEGARA TEGUH. Terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan satu persatu
tajuk syarahan saya pada pagi ini.
Perkataan iman bermakna mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan mengamalkan
segala perintah Allah
Taqwa pula membawa maksud mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah dengan
mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya.

Frasa Pencetus Ummah Gemilang adalah merujuk kepada ummat Islam sesebuah negara yang bersatu
padu, bermutu dan cemerlang.

Wacana fikrah pertama " AQIDAH UTUH NEGARA TEGUH

Hadhirin-hadhirat, pengabdian diri dengan sepenuh hati terhadap segala perintah Allah sudah tentu
bertitik tolak daripada aqidah yang utuh, kemudian dipancarkan melalui kesungguhan amalan
melahirkan ummah cemerlang bertepatan dengan penegasan Allah dalam Surah al-Mu'minun ayat 1 :



1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,

Keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal bin Rabah daripada lembah kekufuran
biarpun diazab penuh dahsyat oleh tuannya. Iman yang mantap dan teguh inilah yang memperkasakan
jatidiri ummah dan menyelamatkan mereka daripada gejala negatif seperti penagihan dadah, pelacuran
serta pergaulan bebas.Statistik dadah kebangsaan 2004 menunjukkan 90% penagih terdiri daripada
remaja muslim. Nah! terbuktilah iman dan takwa teras masyarakat cemerlang memacu kecemerlangan
ummah.

Wacana fikrah kedua " Insan Berakhlak MuliaTeras Ummah yang gemilang

Ini amat bertepatan dengan motif utama pengutusan Rasulullah ke muka bumi demi memurnikan akhlak
manusia sebagaimana Sabda Baginda :

( )

Ertinya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia

Terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji Rasulullah melalui karektor beliau sebagai seorang
pemimpin negara yang beretika, seorang sahabat yang prihatin serta ketua keluarga yang penyayang.
Imbau sahaja keindahan akhlak Rasulullah dengan pemuda Yahudi yang kencing di dalam Masjid
Nabawi, Baginda tidak memarahi pemuda tersebut bahkan baginda sendiri membasuhnya
menyebabkan pemuda tadi memeluk Islam di hadapan Baginda. Lihatlah hari ini lantaran kerapuhan
akhlak, remaja kita dirobek rakus oleh budaya punk , black metal memuja syaitan serta vandalisme
meranapkan harta benda awam. Ternyata akhlak mulia tonggak ummah gemilang.

Wacana Fikrah ketiga "Insan Beramanah Dan Jujur Teras Ummah Gemilang".

Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan rasa muraqabah Allah dalam segenap urusan hidup
lantas tertegaklah konsep Al ihsan:

( )
Yang bermaksud: Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak melihatnya,
sesungguhnya dia melihat kamu.

Imbau sahaja betapa jujur dan amanahnya seorang pemimpin bergelar Omar Abdul Aziz , yang sanggup
bergelap bila membicarakan urusan keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan. Bilamana
menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah insan yang jujur kepada Allah, diri sendiri
dan orang lain sekaligus terhindar daripada segala unsur penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Ingatlah, tanpa jujur dan amanah hancurlah ummah.
Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama tanpa iman, dan tidak tertegak
ummah gemilang tanpa peribadi unggul.Justeru hiasi diri dengan senyuman, hiasi masyarakat dengan
peribadi unggul, pasti cerialah hidup.



Meniti wacana fikrah saya yang keempat : ketinggian akidah nucleus solidarity dan perpaduan ummah

Tema ukhuwwah dan perpaduan bukanlah satu isu lapuk yang dibiarkan diatas lantai sejarah, bahkan
islam telah menobatnya mengisi tampuk keutamaan dan menjadi prinsip asas islam. Kerana itulah Allah
menyeru umat islam agar terus mempertahankan kesatuan
ummah yang ada sebagaimana firmannya dalam surah al hujurat ayat

10. Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu;


Lihatlah betapa damai dan utuhnya perpaduan ini andai dibina atas paksi akidah yang jelas. Marilah kita
menyorot generasi awal para sahabat yang mendapat asuhan langsung dari rasul tercinta, berkumpul
dibawah bumbung masjid nabawi dengan penug integrasi tanpa ada sekelumit rasa perbezaan taraf dan
warna kulit. Beitulah kekuatan madinah yang dipersaudarakan nabi dalam elemen pembentukan kota
bercahaya ini dan kiaskan lah bagaimana negara kita cuba mempraktikkannya dalam penubuhan sekolah
wawasan yang berkongsi misi dan usaha untuk terus gemilang bersama perpaduan dan keamanan.

Tuntasnya integrasi nasional berpaksikan agama teras kegemilangan ummah.

Menuntun bicara hujah saya yang kelima ; keagungan akidah pencetus semangat jihad dan
pengorbanan.

Dengarlah ayat 41 surah at-Taubah

41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan
ringan ataupun Dengan keadaan berat; dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan
Allah

ayat ini secara jelas merupakan satu slogan bagaimana kejayaan umat islam kini dieksprementasikan
melalui usaha dan jihad yang berterusan dalam semua lapangan samada ekonomi, kesihatan,
pembangunan mahupun ketenteraan. Dan bagaimana umat terdahulu persis saidina khalid alwalid dan
solahuddin al ayubi mampu menjadi penakluk dunia dan benteng terampuh menjaga keselamatan
agama. Juga persis Abdrahman bin auf melancarkan jihad ekonomi dalam memecahkan monopoli
ekonomi kapitalis yahudi penjajah di madinah 14 dekad yang lalu.

ironinya kekuatan jihad merupakan aspirasi ummah dan daulah berwibawa.



Wacana fikrah keenam Insan Berdaya Saing Teras Ummah Gemilang

Kepercayaan yang teguh terhadap Qadha dan Qadar mencetuskan muslim yang gigih berusaha, berdaya
saing serta tidak menyalahkan takdir semata-mata menjadikan mereka berdiri sama tinggi, duduk sama
sebaris dengan bangsa lain. Keazaman membara serta keyakinan yang tinggi kepada Allah menjadi kunci
kejayaan Datin Paduka Mazlina ,wanita pertama di dunia belayar secara solo di Benua Antartika
,namanya gah terukir dipersada dunia. Ini bertepatan dengan seruan Allah:

( ) Ertinya: Dan berlumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan

Sebagai contoh, imbau masa lampau, lantaran suburnya sifat berdaya saing serta berlumba-lumba
dalam penerokaan ilmu muncullah nama besar seperti Ibnu Sina perintis ilmu matematik, al Khawarizmi
perintis ilmu astronomi serta Ibnu Batuta ahli pelayaran tekemuka. Nama mereka meniti dibibir
sepanjang zaman.Justeru, marilah kita suburkan sifat juang serta daya saing yang tinggi untuk kita
berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.

Konklusi dari hujahan saya tadi, ummah yang gemilang perlu menrealisasikan gagasan islamisasi ilmu
dan pemikiran islam mereka kepada ketamadunan dan peradaban ulung berteraskan iman an taqwa dan
paradigma yang dibawa oleh alquran dan sunnah.

Akhirnya :
Indah mawar kembang bersemi , izinkan saya mengundur diri
Dengan lafaz yang mulia

Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai