Anda di halaman 1dari 31

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS DARULAMAN,
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER 5 (2014)
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

a) Penulisan Esei
b) Bahan ISL dalam bentuk Nota Ringkas/ Grafik




NAMA ANNIE SHANTHI NORIS
NO.KAD PENGENALAN 920421-02-6252 ANGKA GILIRAN 2012181340197
KUMPULAN/UNIT PISMP SEMESTER 5
TARIKH TERIMA TUGASAN 21 JAN 2014 TARIKH SERAHAN
TUGASAN
9 MAC 2014
NAMA PENSYARAH EN HAMDAN BIN AHMAD
JABATAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252





NAMA :ANNIE SHANTHI A/P NORIS
NO.K/P : 920421-02-6252
ALAMAT : 446 LORONG BPJ 2/12,
BANDAR PUTERI JAYA,
O8000 SUNGAI PETENI
KEDAH DARUL AMAN.
ALAMAT TERKINI : PI /A2/06 KOLEJ KEDIAMAN,
KAMPUS DARULAMAN.
NAMA BAPA : EN.NORIS A/L PITHCEE MARIDASS
NAMA IBU : PN.LEELAVATHY A/P SUBRAMANIAM
HOBI : MEMBACA NOVEL REMAJA
SLOGAN HIDUP : STUDY HARD NOW,AND YOU NEVER NEED
TO BEG OTHERS FOR A LIVING .
NO.TEL : 016-4931382
BIODATA DIRI
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
HALAMAN PENGAKUAN
SURAT PENGAKUAN


Saya dengan ini mengaku bahawa semua tugasan saya dalam kerja Kursus
Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Elektif Semester 5,
2014 adalah kerja asal yang saya sediakan sendiri dan saya TIDAK MENCIPLAK
mahupun MEMPLAGIAT mana-mana bahagian dalam tugasan yang dihantar.
Saya dengan ini mengaku bahawa :
i) Setiap kerja dan idea dalam tugasan saya diambil dari bahan bercetak
dan sumber elektronik yang didaftarkan;
ii) Saya tidak menyalin bulat-bulat daripada sebarang ataupun seseorang
pelajar.
iii) Saya tidak akan membenarkan seseorang pelajar untuk menyalin
laporan saya; dan
iv) Saya dengan ikhlas hati mengungkup setiap perkataan yang diucapkan
oleh penulis tertentu dalam kertas kerja saya.

Dengan ini saya Annie Shanthi Noris faham sekiranya perkara di atas TIDAK
DIPATUHI atau didapati MENIPU, mana-mana bahagian di Institut Pendidikan
Guru Kampus Darulaman mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil tindakan
tatatertib, seperti mana yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar yang
terkini.
..............................................................
Nama : Annie Shanthi Noris
No.Kad Pengenalan : 920421-02-6252

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
HALAMAN JUDUL

















NAMA JABATAN : JABATAN PENGAJIAN MELAYU
NAMA INSTITUSI : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN.


1. PENULISAN ESEI
Menjelaskan cara melaksanakan salah satu Kaedah Penilaian
Bahasa secara Efektif.
Menjelaskan cara meningkatkan kefahaman pelajar dan
mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
pembelajaran bahasa melayu.
Membina satu contoh instrument penilaian berdasarkan kaedah
penilaian bahasa yang dipilih.
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Begitulah indahnya pantun budi di atas untuk menggambarkan betapa perlunya
kita mengenang jasa orang yang pernah berbudi kepada kita. Dalam kesempatan ini,
saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan projek ini.
Terlebih dahulu, saya ingin tujukan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing saya iaitu, EN.Hamdan Bin Ahmad kerana telah
memberi bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini
dengan kemas dan sempurna.Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada rakan-
rakan saya yang menolong saya dari segi memberi idea untuk menyiapkan tugasan
projek ini.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
yang turut memberi sokongan moral serta dorongan semasa menyiapkan kerja kursus
ini.Pada masa yang sama, saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya
kepada pihak pusat sumber kerana membantu saya untuk mengumpul maklumat
mengenai tugasan projek saya.Ini dapat membantu saya untuk menyiapkan Tugasan
Projek dengan sempurna.

Sekian,terima kasih.
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA
BIODATA
HALAMAN PENGAKUAN
HALAMAN JADUAL
PENGHARGAAN
SENARAI KANDUNGAN
PENULISAN ESEI
INSTRUMEN PENILAIN BERDASARKAN PROJEK
RUJUKAN ( ikut fomat APA )
LAMPIRAN
Lampiran A: JADUAL Penentuan Tugasan
Lampiran B : Jadual Pelaksanaan Tugasan
Lampiran C : Borang Kolaboratif
Lampiran D :Bahan bahan berkaitan













PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252





PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
1.PENULISAN ESEI
1.1 Cara melaksanakan salah satu Kaedah Penilaian Bahasa secara efektif
Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh
masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data
dan penyediaan satu laporan . Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud
tugasan secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara
berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Projek
membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal
dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan
sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang
sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk
kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan
tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.Penilain berasaskan projek
juga penting untuk mewujudkan komunikasi positif dan hubungan kolaboratif dalam
kalangan murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan, kebolehan, keupayaan dan
latar belakang.
Pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek menuntut murid-murid bekerja
dalam kumpulan atau pasukan secara kolaboratif yang melibatkan kecerdasan
pelbagai, kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang tinggi.Secara ringkas
pembelajaran berasaskan projek dapat dirumuskan seperti berikut:
A dynamic approach to teaching in which students explore real world problem
and challenge, simultaneously developing cross-curriculum skill while working in small
collaborative groups
Selain bersifat kontekstual dan kontruktivisme, PBL melibatkan kemahiran
berfikir aras tinggi atau High Order Thinking Skill (HOTS) .Tempoh masa atau jangka
waktu untuk menyempurnakan tugasan dalam bentuk projek seperti brosur,iklan,
poster, web dan persembahan Power Point bergantung kepada keperluan, seselok-
eloknya jangan terlalu pendek, dikhuatiri murid tidak mempunyai masa yang cukup
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
untuk melaksanakan projek atau tidak terlalu lama, iaitu melebihi empat minggu
dibimbingi murid lupa atau hilang focus terhadap projek yang dilaksanakan.Sebaik-
baiknya tempoh masa ialah antara dua hingga empat minggu.
Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid mengaplikasikan
atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar (
Wiggins, 1989). Penilaian terhadap projek yang dilaksanakan oleh murid hendaklah
dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil projek yang siap
dihasilkan.penilaian dibuat secara holistic, auntentik dan berterusan.
Projek atau tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk sama ada lisan, visual
atau kinenstetik dijalankan secara individu atau berkumpulan.Murid-murid
menggunakan jangka masa yang agak panjang bagi mengintegrasikan pengetahuan
dengan aktiviti.Pada masa tersebut murid-murid menunjukkan peranan sebenar iaitu
meneroka cabaran dan masalah dunia sebenar atau real world dalam melaksanakan
projek dan menghasilkan produk baharu.Murid dibenarkan untuk membina
penyelesaian alternative berdasarkan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan
kebolehan serta pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Murid juga dikehendaki melibatkan diri secara aktif yang melibatkan
pengumpulan bahan dan memproses data dan maklumat serta melaporkan hasil dan
refleksi kendiri.Murid boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan
dengan mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).Sintesis
pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran melalui pembelajaran konkrit
dan secara hands-on. Interaksi anatara guru dengan murid juga lebih berupa bimbingan
dan perundingan pada setiap tahap proses dan guru menilai murid dan aspek kretiviti,
kemahiran merancang, integrasi pengetahuan dan kebolehan membuat tugasan
bersama orang lain.
Murid juga menunjukkan kebolehan mengkaji dan membentukkan sesuatu projek
melalui penjelasan guru tentang prosedur pelaksanaan projek berdasarkan soalan
tugasan projek.Murid melaksanakan dan menghasilkan sesuatu projek dengan
menggunakan data sebenar.Murid juga mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
(HOTS) dan menyelesaikan masalah.Pada masa yang sama, murid juga melaksanakan
aktiviti yang bermakna selaras dengan Kemahiran Abad ke-21.Dengan itu penilaian
berasaskan projek dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap murid.Murid
memperoleh skor yang diberikan berdasarkan criteria spesifik.Penilaian ini membantu
guru dan murid mengesan kelebihan dan kekuatan untuk dimanafaatkan sebaik
mungkin serta mengesan kelemahan untuk dibuat penambahbaikan.
Terdapat beberapa jenis Penilaian Projek :
Latihan dan soalan open-minded untuk murid meneroka secara lisan atau
bertulis atau minta peranan seperti mengendalikan majlis ceramah
Pencegahan Dadah oleh Biro Pencegahan Jenayah Negeri atau
keselamatan jalan Raya oleh Pegawai Polis Trafik.
Tugasan lanjutan atau extended tasks assignment seperti menulis puisi,
cerpen, melaksanakan aktiviti pertandingan bercerita atauforum dan
membina model pengajaran atau mengintegrasikan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Brosur yang mengandungi maklumat ringkas dan tepat dengan bahasa
yang lancar dan ejaan yang betul, ilustrasi atau grafik yang menarik dan
gambar-gambar yang sesuai dan menarik.
Binaan laman web yang padat dengan maklumat dan grafik yang menarik
berkaitan tajuk tugasan dan projek untuk dimuat turun oleh warga
pendidik.
Power point mengandungi maklumat dan fakta tentang tajuk yang hendak
dibentangkan.Contohnya pembentangan kertas kerja, tajuk pengajaran
dan pebelajara, ulasan buku dan lain-lain.




PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
Terdapat beberapa cara melaksanakan pembelajaran dan penilaian berasaskan
projek.Sesungguhnya mulakan dengan soalan utama atau essential question (EQ), iaitu
soalan umum yang luas.Pilih persoalan dunia sebenar dan mulakan dengan
penyiasatan yang luas dan mendalam.Pastikan persoalan yang ingin diterokai releven
dengan kumpulan dan latar belakang murid-murid.Soalan atau permasalahan yang
dikemukakan mampu dijawab oleh semua murid.Pembelajaran dilaksanakan secara
konkrit, hands-on terkandung dalam projek.Seterusnya ia menggalakkan murid-murid
mengkaji/ menyelidik isu-isu berkaitan dengan dunia sebenar atau real world.ia juga
menggalakkan aktiviti keintelektualan dan meneroka isu kompleks.
Secara keseluruhannya proses pelaksanaan projek adalah seperti yang berikut :
1) Persoalan soalan tugasan berdasarkan kurikulum dan sesuai dengan tahap
dan kumpulan murid.
2) Perancangan merancang standard kandungan untuk dipelajari dalam
proses menjawab soalan tugasan projek.Ia melibatkan murid-murid untuk
merancang kea rah menjawab soalan tugasan.Guru dan murid melampas
atau mengilat (polish) fikiran untuk mengenal pasti aktiviti yang menyokong
projek.
3) Jadual Pelaksanaan
i) menyediakan jadual kerja mengikut minggu dan aktiviti, iaitu
perancangan dalam kumpulan, memahami objektif projek, alat atau
instrument menilai proses dan hasil kerja, mengumpul maklumat
melalui temu bual, penerokaan maklumat.
ii) Menyediakan carta gantt setiap komponen seperti minggu
melaksanakan projek, memantau dan menilai, menghasilkan draf
tugasan, memurnikan, membentangkan hasil projek dan menilai hasil.
4) Pemantauan Ia bertujuan untuk memudahkan proses pelaksanaan projek.Ia
juga membimbing murid-murid untuk meneruskan pelaksanaan projek
mengikut garis masa yang ditetapkan supaya tidak berlaku menyiapkan
tugasan pada saat akhir.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
5. Pentaksiran
i) auntetik, iaitu boleh dijadikan pegangan, dipercayai keaslian dan
kebenarannya, tida unsure plagiat dan melanggar hakcipta.(copyright).
ii) guru perlukan masa dan usaha untuk membuat pentaksiran, justeru guru
perlu menggunakan pelbagai kaedah, antaranya adalah kaedah rubrik.
6. Penilaian _ murid membuat refleksi secara individu dan berkumpulan, iaitu
berkongsi perasaan suka-duka dan pahit manis sepanjang melaksanakan
tugasan projek.Murid juga berkongsi idea dan hasil-hasil kerja yang baik serta
berbincang kea rah perubahan yang perlu dilakukan bagi tujuan
penambahbaikan projek.
Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan tugasan projek
termasuklah unsur - unsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal,
mengurangkan tekanan, menimbulkan kesediaan, dan sentiasa bersedia untuk
melaksanakan projek seterusnya.Melalui tugasan projek yang dikenali sebagai tugasan
lanjutan atau extended task yang melibatkan inkuiri dan auntentik murid dapat
mengembangkan nilai-nilai positif seperti bekerja dalam pasukan dan dengan orang
lain, membuat keputusan yang berhikmah, mengambil inisiatif terhadap sesuatu
perkara, menyelesaikan masalah yang kompleks, pengurusan diri dan berkomunikasi
dengan berkesan.Nilai-nilai ini sangat diperlukan oleh kebanyakan majikan alaf
baharu.Nilai-nilai ni juga selaras dengan Kemahiran Abad ke-21 atau 21 century skill
iaitu :
Kemahiran maklumat dan komunikasi, iaitu pemikiran maklumat dan celik media
serta kemahiran berkomunikasi.
Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, iaitu pemikiran kritikal dan
sistemati, mengenal pasti, formulasi dan menyelesaikan masalah, kretiviti dan
keintelektualan.
Kemahiran sesame sendiri dan perwatakan sendiri, iaitu kemahiran kolaboratif
dan sesame sendiri, berperwatakan unggul, bertanggungjawab dan ada daya
juang, daya saing dan daya tahan yang tinggi serta bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan Negara.
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
1.2 Cara meningkatkan kefahaman pelajar dan mengembangakan kemahiran
berfikir aras tingi (KBAT) dalam pembelajaran bahasa Melayu.
Mengikut kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur
untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strateg juga bermaksud kebijaksanaan dalam
menguruskan sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk
kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah
ditentukan.
Dengan perkataan yang lain strategi ini merujuk kepada teknik perancangan
kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan dengan tujuan
mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Oleh itu, konsep strategi dalam bidang
pendidikan tidak terhad kepada perancangan dan penentuan kaedah dan teknik
mengajar sahaja. Oleh hal yang demikian, di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi
pengajaran dan pembelajran merangkumi pertimbangan-pertimbangan berikut :
i) penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
ii) Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan.
iii) Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip
dan teori pembelajaran.
iv) Pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum.
v) Penggunaan bahan pelajaran engikut keperluannya untuk setiap kaedah dan teknik
mengajar.
vi) Pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.
Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih,
menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian
yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperlihatkan daripada
beberapa contoh berikut :
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
i) strategi penggabungjalinan kemahirn-kemahiran bahasa, misalnya pertuturan,
membaca dan menulis.
ii) Strategi penyerapn nilai-nilai murni dalam pengajarn sesuatu mata pelajaran.
iii) Strategi integrasi fkt-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran.
iv) Strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhn kelas dengn kaedah kumpulan.
v) Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dlam kelas bercantum.
Secara ringkasnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori
pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan strategi
pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang
berkesan.
Strategi utama dalam pengajaran kemahiran berfikir
Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori
iaitu strategi pemusatan guru, pemustan murid, berasaskan sumber/bahan, berasaskan
tugasan/aktiviti (Mok Soon Sang, 2010). Tetapi strategi untuk pengajaran kemahiran
berfikir hanya melibatkan strategi pemusatan murid, berasaskan sumber/bahan dan
strategi tugasan/aktiviti.
Strategi Pemusatan Murid
Program KBSR menekankan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu,
dalam strategi ini murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.
Mengikut strategi ini, murid-murid ini digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran mereka. Pengajaran dalm bilik darjah pemusatan murid
menggalakkan lebih banyak penglibatan murid apabila matlamat pengajaran
merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal. Antara teknik yang digunakan dalam strategi
ini dalah kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyelesaian masalah,
bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
Strategi berasaskan sumber/bahan
Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh
diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.
Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta,
spesimen, model, gambar, slaid, radio, video cakera padat, televisyen, projektor dan
komputer. Bahan pembelajaran pula adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam
aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercerita, radas, alat-alat
ujikaji dan komputer. Penggunaan multimedia, CD ROM,Internet, E-mai, halaman web
dan pelbagai sofware yang merangsangkan oleh guru dalam aktivitipengajaran dan
pembelajaran boleh perkembangan minda dan daya intelektual pelajar Dalam
menjalankan aktiviti pengajaran menggunakan bahan atau sumber, aktiviti
pembelajaran boleh dilakukan oleh pelajar sendiri tanpa melibatkan penglibatan guru.
Ini membantu mereka untuk cuba menyelesaikan sesuatu masalah dan mencapai
sesuatu keputusan. Ini menggalakan pemikiran kritis dan kritikal.
Strategi berasaskan tugasan/aktiviti
Aktiviti melibatkan tugasan yang disediakan oleh guru dan dilaksanakan oleh murid-
murid untuk mencapai objektif pelajaran. Melaui aktiviti murid, potensi intelek, rohani,
sosial dan jasmani mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Di
samping itu, murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan melaui aktiviti
berasaskan tugasan. Terdapat beberapa jenis aktiviti dan tugasan yang boleh dijlankan
antaranya ialah aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membina
model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya.
Diikutinya, mengajar kemahiran berfikir secara eksplit adalah tuntutan
semasa.Tuntutan semasa ini berbeza daripada kepercayaan sebelum ini bahawa
mengajar mata pelajaran tradisional akan dengan sendirinya melahirkan generasi yang
boleh berfikir dan bertindak.Inplikasi yang dibawa oleh perubahan ini adalah insan yang
dilahirkan dapat memahami, mengkaji, menganalisis, mencari penyelesaian bagi
cabaran baruyang dihadapi, membuat pertimbangan ke atas pelbagai alternatif yang
wujud dan membuat keputusan, dan mencadangkan alternatif lain.Apa yang dahulunya
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
diajar hanya kepada pelajar terpilih kini telah mula diajar kepada semua pelajar secara
eksplisit.Kini komponen mengajar kemahiran berfikir secara eksplisit telah mula
mendapat tempat dalam kurikulum sekolah (Resnick, 1987).harapannya, kemahiran
berfikir, khususnya kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) diberi keutamaan lebih
daripada kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) dalam proses pengajaran
pembelajaran.Ini boleh dan seharusnya dilakukan melalui proses pengajaran
pembelajaran semua mata pelajaran.Sehubungan dengan itu, pengajaran Bahasa
Melayu (BM) juga diharapkan untuk menangani cabaran ini.
Kesemua komponen, termasuk kemahiran asas, dalam BM menawarkan
peluang kepada guru untuk menyebatikan KBAT dalam pengajaran
pembelajaran.Kemahiran asas bahasa ialah mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.Komponen tambahan ialah tatabahasa dan kesusasteraan.Gur u bahasa
melayu boleh dan seharusnya membawa wacana di dalam kelas ke aras yang tinggi
dengan menyebatikan KBAT dalam proses pengajaran pembelajaran kesemua
komponen bahasa.Walau bagaimanapun, proses pengajaran pembelajaran di dalam
kelas haruslah dikendalikan dengan cara yang bersahaja supaya tidak nampak
artificial dan terlalu mementingkan pengajaran pembelajaran KBAT.
Cazden (1979) telah menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran mendengar
dan bertutur oleh guru dan pelajar mewujudkan suasana bilik darjah yang mungkin
menyokong atau menghalang perkembangan beberapa jenis kemahiran
berfikir.Memberi kiu dan menyoal adalah dua strategi utama yang boleh digunakan oleh
guru untuk menggalakkan penguasaan KBAT oleh pelajar.Tambahan pula, semasa
pelajar mempelajari kandungan baru, bentuk struktur itu dalam ingatan pelajar sangat
dipengaruhi oleh cara guru membincangkan kandungan itu dengan pelajar di bilik
darjah (Moore, 1977).
Teknik menyoal adalah satu lagi cara yang boleh digunakan oleh guru dalam
komponen mendengar dan bertutur untuk menggalakkan pelajar menguasai
KBAT.Redfield dan Rousseau 91981) mendakwa bahawa penggunaan soalan aras
tinggi oleh guru menggalakkan penguasaan KBAT oleh pelajar.Walau bagaimanapun,
terdapat perkara lain berhubung penyoalan yang harus diberi perhatian oleh guru di
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
dalam kelas.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah tempoh menunggu, pola
penyoalan oleh guru dan pelajar, dan pola respons yang diberi dan diterima.
Guru juga boleh menggunakan pengajaran kemahiran membaca untuk
menggalakkan pelajar supaya mereka menguasai KBAT.Satu daripada caranya ialah
teknik reciprocal teaching yang diperkenalkan oleh Palinscar dan Brown (1984).Teknik
ini menggunakan satu proses koperatif anatara guru dan pelajar dalam mengemukakan
soalan dan mendapatkan respons dengan tujuan menunjukkan ciri metakognitif dalam
proses membaca.Ini bermakna proses metakognitif boleh digunakan sebelum, semasa
dan selepas membaca.Selain daripada itu, guru juga harus menekankan tradisi literasi
tinggi pada keseluruhan proses mengajar membaca.kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif akan ditekankan dalam proses membaca dan memahami teks.Pelajar nescaya
akan memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajran.
Pelajar juga akan menghasilkan karya kreatif dan asli dalam bentuk karangan, drama
dan sajak.Proses ini akan memerlukan dan mengakaitkan karya mereka dengan
beberapa keperluan.Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti membantu pelajar
mengauasai KBAT.
Antara kemahiran asas bahasa, kemahiran menulis mungkin menwarkan
peluang terbesar kepada guru untuk menggalakkan pelajar menguasai KBAT.Proses
menggubah dan mengolah merupakan satu aktiviti kognitif yang sangat
kompleks.Aktiviti yang sangat kompleks ini memang membawa cabaran KBAT kepada
para pelajar.guru harus melihat dan menggunakan uasaha menulis dan menghasilkan
satu hasilan sebagai satu projek yang mempunyai pelbagai fasa.Keseluruhan projek
ini mempunyai proses berulang-ulang yang mengandungi tugas-tugas merancang,
menterjemah, menilai semula, memurni dan mengemas kini karya.Dalam setiap fasa
pelajar menimbang semula keputusan yang dibuat oleh mereka buat sebelum
itu.Situasi ini juga menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dala proses menghasilkan karya ini.
Guru Bahasa Melayu juga boleh menggunakan pengajaran tatabahasa untuk
pelajar menguasai KBAT.Guru seharusnya menyedari hakikat bahawa komponen
tatabahasa juga menawarkan peluang yang begitu banyak untuk menyebatikan tidak
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
boleh diajar supaya pelajar dikehendaki menghafal peraturan tatabahasa tanpa
mengetahui sebab-sebabnya.Pelajar seharusnya menilai, memahami dan membuat
rumusan tentang sesuatu peraturan tatabahasa.Jika ini berlaku, pelajar akan
memahami peraturan tatabahasa tersebut dan mereka akan mengaplikasikan peraturan
tatabahasa dengan cara betul.Sebagai contoh, seorang guru yang mengajar kata kerja
transitif berpelengkap boleh mengajar secara deduktif bahawa kata kerja tak transitif
berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.
Seseorang guru Bahasa Melayu semasa mengajar komponen kesusasteraan
perlu peka terhadap keperluan memilih strategi dan aktiviti yang sesuai untuk
membawa wacana dalam kelas ke aras tinggi.Wacana akan memastikan pengajaran
pembelajaran di dalam kelas tidak sekadar membincangkan pelbagai aspek dalam
genre sastera aras rendah.Malah perbincangan akan dibawa ke aras yang
membolehkan pelajar menguasai pemikiran aras tinggi.Hampir kesemua aktiviti jika
perlu berusaha memilih strategi dan aktiviti yang sesuai.perkara yang perlu diberi
perhatian adalah peranan pelajar yang aktif dan bermakna dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Tambahan pula, salah satu daripada kekuatan dan keistimewaan yang dimiliki
oleh Bahasa Melayu adalah komponen bahasa yang pelbagai seperti simpulan bahasa,
perbandingan dan bidalan.Kesemua ini secara lagsung dan tidak langsung
menggalakkan kemahiran berfikir.Tanpa berfikir secara mendalam seseorang tidak
dapat memahami makna dan seterusnya menggunakana bentuk bahasa tersebut
dalam pemgucapan dan penulisan.
Maka teknik atau strategi yang boleh digunakan oleh guru bahasa Melayu untuk
meningkatkan pengajaran pembelajaran KBAT melalui pengajaran pembelajaran
Bahasa Melayu.Bagi kesemua kaedah, strategi atau teknik yang dicadangkan terdapat
kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan kaedah, strategi dan teknik dalam
pengajaran pembelajaran telah membantu pelajar menguasai KBAT dan juga
meningkatkan prestasi akademik mereka.Anatara kaedah atau teknik yang
dimaksudkan ialah :
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah membuat keputusan
Soalan terbuka
Soalan aras tinggi
Perbincangan dalam kumpulan
Metakognisi
Mengalih semula
Masa menunggu yang secukupnya selepas menyoal.

Kesimpulannya perkembangan bahasa dan kebolehan berfikir seseorang mempunyai
perkaitan yang rapat.Kedua-duanya saling membantu.Bahasa Melayu dengan
komponen, struktur dan keistimewannya tersendiri memang mampu memenuhi
fungsinya menyumbang ke arah penguasaan KBAT oleh penuturnya.Ini bermakna
usaha menguasai pelbagai aspek Bahasa Melayu itu secara langsung dan tidak
langsung menggalakkan penguasaan KBAT oleh penggunaanya.Walau bagaimanapun,
demi memastikan pengguna Bahasa Melayu benar-benar mendapat peluang dan
menguasai KBAT,terdapat usaha yang perlu diambil secara eksplisi, sistematik dan
berterusan.Pendidik bahasa harus lebih teliti dalam merancang dan mengendalikan
proses pengajaran dan pembelajaran di mana diwujudkan wacana yang menyokong
penguasaan KBAT oleh pelajarnya.Ini adalah untuk memastikan bahawa pengguna
Bahasa Melayu, seperti penutur bahasa lain, mendapat manfaat sepenuhnya yang
ditawarkan oleh bahasa Melayu.Ini tidak lagi menjadi satu pilihan, malah satu tuntutan
semasa.






PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252









PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
INSTRUMEN PENILAIAN MELALUI PROJEK MINGGU BAHASA MELAYU
Nama : ..
Tahun: .
Mata pelajaran :
Arahan : Tandakan (/) ATAU (X) pada skor yang berkenaan.

1. PERANCANGAN

Bil

Komponen
Penilaian

Kriteria

Tandakan
(/) ATAU (X)

Catatan

1

Komunikasi /
interaksi sosial

Memberi dan menerima
pandangan orang lain.



Mewujudkan suasana harmoni
dalam perbincangan kumpulan.



2

Membuat
keputusan

Menerima dan menghormati
keputusan yang dibuat oleh ahli
kumpulan.



Mematuhi keputusan yang
dibuat



3

Menyelesaikan
masalah

Berupaya mengenalpasti
masalah yang dikenal pasti.



Mengambil tindakan wajar
dalam menyelesaikan masalah



4

Kesedaran sivik
dan
kewarganegaraan

Bertanggungjawab dan
merancang projek yang
dijalankan



Bekerjasama dalam kerja

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
kumpulan.



5

Kempimpinan

Berkeupayaan merancang dan
menyelaras agihan tugas
secara adil dan saksama.



Menyediakan struktur
organisasi yang tepat.




2. KERJA AMALI


Bil

Komponen
Penilaian


Kriteria

Tandakan
(/) ATAU (X)

Catatan

1

Pelaksanaan
Projek

Menepati tempoh masa yang
dirancangkan dengan betul.



Melaksanakan tugas dengan
sempurna dan kemas.



2

Maklumat Projek

Mengumpul bahan berkaitan
projek yang berkenaan.



Menyimpan /
mendokumentasikan projek
berkenaan.



3

Penyelesaian
masalah

Melaporkan masalah semasa
projek dijalankan



Tenang dan boleh mengawal
diri ketika menghadapi masalah


PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252

4

Keberkesanan
projek

Objektif projek tercapai




Projek dilaksanakan secara
berkumpulan dan menepati
masa yang ditetapkan



5

Kepimpinan

Menjalankan tugasan yang
diberikan



Menguruskan setiap aktiviti
projek dengan baik





3. REFLEKSI


Bil

Komponen
Penilaian


Kriteria

Tandakan
(/) ATAU (X)

Catatan





1



Penilaian Kendiri

Mengetahui peranan dan
tanggungjawab yang dipikul



Memberi pandangan tentang
kelebihan dan kekurangan
projek



Memberi cadangan untuk
memperbaiki sesuatu projek



Mempunyai kesedaran untuk
melibatkan diri / memberi
sumbangan secara aktif dalam
aktiviti-aktiviti projek

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252


Memberi sumbangan secara
aktif dalam aktiviti-aktiviti projek




4. PORTFOLIO


Bil

Komponen
Penilaian


Kriteria

Tandakan
(/) ATAU (X)

Catatan

1

Kandungan
Portfolio

Tajuk Projek



Biodata kumpulan



2




Dokumentasi /
Bahan-bahan
lampiran bukti




Memilih bahan yang sesuai
dengan projek



Menyusun bahan yang sesuai
dengan projek



Surat-surat / Sijil penghargaan /
gambar-gambar / risalah-risalah



Refleksi



Struktur Organisasi



3

Pembentangan

Membentangkan projek



Penyampaian berkesan


PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252















Penggunaan bahan bantu
semasa pembentangan


PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
Rujukan :
BUKU:
Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir.(2011).Pengajaran Kemahiran Bahasa
Melayu.Penebitan Multimedia Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan.
Tuan Jah Tuan Yusof.(2011).Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan.
Kamarudin Hj Husin. (1994). KBSM Dan Strategi Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur :
Percetakan Season Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran. Ipoh, Perak :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Adena Ayob, Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Selangor Darul Ehsan : Oxford FajarSdn Bhd.
Shahabuddin Hashim ,Dr.Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi:
Strategi danTeknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.
INTERNET :
Diaksesdaripadahttp://cikgumadrid.blogspot.com/2011/09/kerja-kursus-pendek-murid-
dan-alam.htmlpada 20 mac 2013
Diaksesdaripadahttp://www.reocities.com/Heartland/Grove/1156/pappeng.html pada 20
mac 2013
Diaksesdaripadahttp://www.reocities.com/Heartland/Grove/1156/pappeng.html pada 23
mac 2013
Diaksesdaripadahttp://www.slideshare.net/thongsewkim/pembelajaran-berasaskan-
masalah-10044673pada 23 mac 2013


PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252














PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
















PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252
















PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252












PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3103
ANNIE SHANTHI NORIS
920421-02-6252

Anda mungkin juga menyukai