Anda di halaman 1dari 1

Lumba Lari Keldai Berganti-ganti

Dua garisan A dan B ditandakan pada jarak 10 meter. Patrol-patrol dibahgikan dua kumpulan:
satu kumpulan berdiri di belakang garisan A dan B. Bila isyarat `mula diberikan, pelari pertama
berlari merangkak songsang (ke belakang) ke arah pelari kedua pasukannya yang berada di
belakang garisan B. Pelari kedua mula berlari apabila sahaja pelari pertama melintasi garisan B.
Begitulah seterusnya bertukar ganti.
Bola Edar /Bola Sentuh
Alatan:Bola.
Pengakap disuruh mencari tempat atau ruang sendiri dalam kawasan yang telah ditetapkan.
Permainan dimulakan apabila seorang pemain mengambil bola dan cuba melempar/merejamkan
kepada Pengakap lain. Pengakap yang terkena rejaman tersebut dikehendaki duduk berdekam di
tempat terkenanya rejaman. Dia boleh mengambil bahagian semula sekiranya dia dapat
memungut bola yang datang ke arahnya sambil memungut bola tersebut lalu merejam kepada
Pengakap lain yang masih bebas bergerak (mesti melakukan lemparan/rejaman tersebut dari
kedudukan berdekam sahaja).
Pengakap yang belum kena rejam adalah bebas bergerak untuk mengelakkan dirinya daripada
terkena rejaman. Permainan ini tamat apabila semua pemain sudah `kena rejam dan berada
dalam aksi duduk/berdekam. Apabila hanya tinggal beberapa orang sahaja Pengakap yang masih
bebas, galakkan Pengakap menghantar bola ke sekeliling kawasan sehingga sesuatu rejaman
boleh dibuat. Untuk merancakkan permainan, bilangan bola boleh ditambah (lebih dari sebiji)
Dodge Ball
Equipment: Ball
Dodge ball is a very simple game. If the ball hits you, you are out.
The leader normally is the only one allowed to touch the ball.
Variations: Different parts of the body may be the target area. Change the target area regularly.
Those that are out may join the team allowed to throw the ball. Various number of lives. Play
with more than one ball

Anda mungkin juga menyukai