Anda di halaman 1dari 3

MASA TEKS CATATAN

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia Encik Mohamad bin Hussain, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri

Encik Zakariah bin Mohamed Zin, Penolong Kanan
Pentadbiran,

Encik Mahamad Tarmizi bin Mahamad, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid

Encik Azahari b. Hamid, Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri serta murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam
aidilfitri


Bersongkok bersampin segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidilfitri
Agar ukhwah terjalin mesra



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya, maka kita masih diberikan kesempatan
untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan
kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat
berkumpul di sini bagi meraikan majlis Sambutan Hari
Raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2014.


Warga SK Sidam Kiri sekalian,

Guru-guru yang dihormati dan murid-murid yang
disayangi

Dengan harapan semoga majlis kita pagi ini berjalan
dengan lancar dan lebih diberkati oleh Allah S.W.T,
majlis mempersilakan
..............................................................................................
bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.


BACAAN DOA

Terima kasih ......................................................... atas
bacaan doa sebentar tadi.


Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan
............................................................................................
Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan sempena
Sambutan Hari Raya Aidilitri bagi tahun 2014

UCAPAn ALU-ALUAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
.............................................................................................
Atas ucapan sebentar tadi.



Burung kelicap makan padi,
Padi datang dari medana
Perut kini sudah berbunyi
Tiba masa untuk santapan

Untuk itu, saya menjemput guru-guru dan murid-murid
Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri untuk menjamu selera.

Warga Sk Sidam Kiri sekalian,

Bulan 1 dan 2 telah pun sudah
Bulan 3 dan 4 pun berlalu sudah
Bulan 5 dan 6 pun selesai sudah.

Sambil-sambil kita menjamu selera, mari bersama-sama
kita raikan hari lahir guru-guru dan murid-murid bagi
bulan Julai, Ogos, September dan Oktober tahun 2014.

*Murid-murid
* Guru-guru - mulakan dari bulan Julai sehingga Oktober

Untuk itu, dipersilakan
...........................................................................................
Untuk menyampaikan cenderamata. Dipersilakan.








Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Mari menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan
Barin.

Anda mungkin juga menyukai