Anda di halaman 1dari 6

ARTICLE REVIEW

KUMPULAN LEONG, DORA, FLORA, HAZEL


KAJIAN ARTIKEL: PELAKSANAAN AKTIVITI BELAJAR MELALUI BERMAIN DI
TADIKA-TADIKA KAWASAN MELAKA TENGAH MELAKA


Pengenalan
Bermain merupakan satu pendekatan terancang, dan berstruktur bagi memberikan
peluang kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa belajar dalam suasana yang tidak begitu
formal, menyeronokkan dan bebas. Kaedah belajar melalui bermain membantu kanak-kanak
dalam membangunkan nilai sosial dan kemahiran kognitif, mematangkan emosi, dan
membina keyakinan diri yang dalam menghadapi kehidupan dan masa depan yang mencabar.
Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain
adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain.
Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak boleh belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di
sekeliling mereka dalam keadaan yang menggembirakan dan bermakna kepada mereka.
Semasa bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang
dewasa melalui perbincangan dan soal jawab. Kanak-kanak dapat belajar berkomunikasi,
berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain.
Permasalahan Kajian Jurnal
Penyataan masalah yang dikemukakan mengenai bermain, ibu bapa dan orang dewasa
yang mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman yang rendah tentang konsep main.
Mereka menganggap bermain tidak mendatangkan faedah dan hanya membuang masa serta
tenaga.
Objektif Kajian
Antara objektif yang disenaraikan adalah guru memahami kepentingan pendekatan
aktiviti belajar melalui bermain dan pelaksanaannya di tadika-tadika, menerangkan teknik-
teknik yang digunakan oleh guru dalam menguruskan aktiviti belajar melalui bermain,
mengenal pasti kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti kaedah bermain dan mengenal
pasti kesesuaian latihan yang diperolehi oleh mereka.


ARTICLE REVIEW
KUMPULAN LEONG, DORA, FLORA, HAZEL
Kepentingan Kajian
Keperluan kajian dijalankan untuk menambahbaikkan atau menyelesaikan masalah.
Berdasarkan huraian dalam jurnal Saayah Binti Abu, permainan merupakan aktiviti yang
paling penting untuk kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak belajar melalui bermain kerana
bermain merupakan cara semulajadi kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya.
Belajar melalui bermain akan mendatangkan keseronokan serta hiburan yang boleh
merangsang individu untuk mempelajari sesuatu melalui cara yang aktif dalam cara yang
tidak formal.
Selain itu, melalui bermain juga dapat memupuk kepimpinan murid dan
menghilangkan rasa kekecewaan atau kegelisahan. Ia juga dapat mempercepatkan dan
memperkukuhkan lagi pembelajaran murid.
Metodologi
Hasil dapatan kajian adalah berbentuk kajian kualitatif yang mana penulis mendapat
gambaran yang mendalam tentang sesuatu situasi, di samping menjelaskan lagi perkara-
perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan aktiviti belajar
melalui bermain di tadika-tadika yang terdapat di daerah Melaka Tengah, Melaka. Penulis
telah menerangkan pelaksanaan kajian tersebut dijalankan yang merangkumi pemilihan
subjek kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan analisis kajian.
Pengumpulan data yang diperolehi oleh penulis adalah melalui temu bual ,
pemerhatian, dan senarai semak. Tambahan pula, pengkaji juga menggunakan kaedah soal
selidik untuk tujuan mengumpul maklumat latar belakang guru yang mana sebagai maklumat
tambahan bagi penulis dalam kajian beliau.
Analisis dan Dapatan Jurnal
Saayah bt Abu dalam kajiannya meninjau tentang perlaksanaan kaedah belajar
melalui bermain di lima jenis tadika dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk
tinjauan kepentingan, kefahaman, perancangan dan keberkesanan perlaksanaannya. Hasil
kajian merumuskan bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh
menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan meningkatkan
daya kreativiti.
ARTICLE REVIEW
KUMPULAN LEONG, DORA, FLORA, HAZEL
Kaedah bermain sambil belajar melatih kanak-kanak mempelbagaikan penggunaan
bahasa. Kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai di samping mempelbagaikan
perbendaharaan kata serta mengenal pasti kesalahan dalam penggunaan kosa kata. Selain itu,
hasil kajian mendapati kaedah permainan juga dapat memupuk kepimpinan murid dan
menghilangkan rasa kekecewaan atau kegelisahan dalam diri kanak-kanak. Mereka mampu
berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih baik dan meningkatkan kemahiran
komunikasi antara satu sama lain.
Permainan bebas dan terancang tidak rigid iaitu mempunyai kelonggaran masa di
samping memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba idea sendiri membantu
membina pemikiran kritis dan kreatif seterusnya membantu membina modal insan berkualiti
untuk negara. Selain itu, secara tidak langsung mereka mempelajari berbagai-bagai
kemahiran seperti kemahiran sosial, bahasa dan berfikir di samping menggalakkan
pertumbuhan rohani dan jasmani.
Penulis turut menegaskan dalam pendidikan prasekolah, guru perlu mempelbagaikan
pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan, keupayaan dan minat murid supaya murid-
murid dapat dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran memastikan pembelajaran itu adalah
sesuatu yang bermakna, berkesan dan menyeronokkan. Para guru perlu peka terhadap
perkembangan diri kanak-kanak untuk perkembangan kognitif, sosial dan emosi bagi
membolehkan guru merancang dan memilih strategi pengajarannya dengan lebih berkesan.
Walau bagaimanapun, penulis mengutarakan kebimbangan dalam aspek pemahaman
ibu bapa dan sesetengah guru yang berpendapat bahawa bermain tidak memberi manfaat
kepada perkembangan kanak-kanak. Rata-rata ibu bapa masa kini mementingkan keunggulan
prestasi akademik iaitu keputusan peperiksaan awam semata-mata sehinggakan memberi
tekanan berlebihan kepada kanak-kanak dalam proses pembelajaran mereka. Mereka
menganggap bermain hanya perbuatan membuang masa dan sia-sia serta merugikan murid.
Selain itu terdapat guru yang kurang terlatih dan berpengalaman dalam menjalankan
aktiviti bermain sambil belajar ini yang menyebabkan proses pembelajaran tidak sempurna,
kurang menarik dan tidak mencapai objektif pembelajaran, Dapatan kajian juga merumuskan
bahawa kegagalan aktiviti belajar sambil bermain turut berpunca dari kekurangan peralatan,
kekangan kewangan, ruangan kecil di mana murid terlalui ramai, bahan juga tidak mencukupi
dan kurangnya pendedahan guru dalam pendekatan ini.
ARTICLE REVIEW
KUMPULAN LEONG, DORA, FLORA, HAZEL
Bahan bantu mengajar yang lemah turut membawa masalah yang signifikan dalam
pendekatan bermain sambil belajar. Objektif pembelajaran terbantut akibat ketiadaan bahan
bantu mengajar yang sesuai. Dalam hal ini guru perlu lebih kreatif di samping melibatkan diri
dalam dunia kanak-kanak. Latihan dan pendedahan mengenai pendidikan awal kanak-kanak
amat penting dalam meningkatkan kompetensi guru.
Perbincangan
Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri kanak-kanak
kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau
kemahiran. Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon dan kepekaan
kepada perasaan orang lain, iaitu kanak-kanak tidak akan dapat memahami atau
mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi
peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi
bermasalah.
Belajar melalui bermain adalah sangat penting kerana ianya merupakan fitrah
semulajadi di mana di dalam proses ini, kanak-kanak akan meneroka, membuat inkuiri
penemuan dan memperoleh pengalaman langsung secara semulajadi. Ia juga memberi
peluang kepada murid untuk belajar di dalam suasana yang fleksibel tanpa kongkongan
daripada guru.
Belajar melalui bermain adalah merupakan satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang sangat berkesan kepada kanak-kanak. Ini adalah kerana melalui bermain
akan dapat menimbulkan dan juga mendatangkan keseronokan serta kepuasan kepada kanak-
kanak di dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Melalui bermain juga kanak-
kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran bukan sahaja di dalam aspek
fizikal bahkan di dalam aspek penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan
bahasa.
Imam Ghazali mengatakan bahawa bermain mengembangkan sifat semula jadi kanak-
kanak, menyuburkan tubuh, menguatkan otot, mendatangkan kegembiraan dan kerehatan
selepas penat belajar. Kaedah bermain sambil belajar memberi ruang dan peluang bagi
kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan mempelajari banyak kemahiran sosial
seperti bertolak ansur, menyelesaikan masalah, bekerjasama dan memupuk semangat
kepimpinan antara mereka. Bermain memberi peluang kepada kanak-kanak memupuk dan
membina kemahiran interpersonal dan berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa.
ARTICLE REVIEW
KUMPULAN LEONG, DORA, FLORA, HAZEL
Kanak-kanak belajar mengawal emosi supaya mereka menyedari bahawa mereka
tidak boleh berbuat sesuatu dengan sesuka hati dalam bermain di samping memupuk nilai-
nilai murni dalam kehidupan seperti perpaduan , sikap prihatin dan penyayang. Selain itu,
interaksi dan kemahiran sosial dapat dipupuk dalam membantu perkembangan masa depan
kanak-kanak dan mengelakkan kanak-kanak bersikap pasif dan menyisihkan diri.
Dalam konteks pendidikan awal iaitu tadika dan pra sekolah, kanak-kanak dapat
melepaskan tekanan perasaan semasa bermain dalam keadaan terkawal. Pusat pra sekolah
perlu menyediakan alat permainan luar yang sesuai seperti bekas main pasir, bekas main air,
terowong, jongkang jongkit, buaian, rangka memanjat, dan gelunsur untuk membantu
perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan. Dalam masa
yang sama, penerapan nilai murni dapat dipupuk, seperti bersabar, mengikut giliran,
bekerjasama, tolong menolong, bersikap sederhana dan hormat menghormati.
Dalam usaha mengajar kanak-kanak, guru tidak harus memikirkan pencapaian
akademik semata-mata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak
harus dibebankan dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat dan rigid kerana hal ini
boleh menghilangkan minat mereka untuk belajar. Guru perlulah peka dengan minat,
keperluan dan memahami perkembangan kanak-kanak bagi mempermudahkan untuk
merancang sesuatu aktiviti contohnya aktiviti belajar melalui bermain.
Aspek kemahiran dan kompetensi guru amat penting dalam memastikan objektif
bermain sambil belajar tercapai. Dapatan kajian juga menyokong fakta di atas di mana ramai
guru memahami minat kanak-kanak, keperluan kanak-kanak dan mempelajari dan
mengetahui perkembangan mereka, tetapi di peringkat aplikasi sukar untuk dilaksanakan
kerana faktor-faktor kebolehan guru itu sendiri menguasai pengetahuan, teori pengajaran dan
pembelajaran dan aplikasikannya di samping sikap ibu bapa yang telah hilang keyakinan
terhadap aktiviti belajar melalui bermain yang bagi mereka hanya membuang masa sahaja.
Cadangan
Daripada hasil perbincangan beberapa cadangan dapat diutarakan. Antaranya,
Kementerian seharusnya memperkemas dan memperkasakan sistem pendidikan negara
dengan menitik beratkan nilai kritis dan kreatif kepada murid-murid. Justeru, guru-guru
seharusnya diberi peluang untuk mendapat latihan secukupnya serta akses kepada bahan
bantu mengajar dan ICT yang meluas agar aktiviti bermain sambil belajar bermanfaat.
Sekiranya terbukti bermain sambil belajar terbukti berjaya membantu perkembangan jasmani,
ARTICLE REVIEW
KUMPULAN LEONG, DORA, FLORA, HAZEL
rohani serta jasmani kanak-kanak, sudah pasti pihak ibu bapa akan menyokong penuh pihak
sekolah. Sikap mementingkan keputusan akademik semata-mata perlu diubah dalam persepsi
masyarakat masa kini.
Kesimpulan
Bagi kanak-kanak, main merupakan aktiviti yang sebati dalam kehidupan mereka.
Belajar melalui bermain adalah prinsip utama dalam pendidikan awal kanak-kanak. Bermain
sambil belajar akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada kanak-kanak dalam
sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan. Dalam kaedah ini, kanak-kanak bukan hanya
dapat mengembangkan perkembangan mental melalui sesi pembelajaran, tapi mereka juga
dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal melalui aktiviti pergerakan yang
dilakukan dan bahasa melalui komunikasi dengan rakan-rakan.
Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep
pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan
kognitif. Selain itu bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal,
menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan di harap
kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri.
Konklusinya, belajar melalui bermain memainkan peranan penting dalam memupuk
perkembangan dan penyuburan individu secara menyeluruh dan seimbang.

Anda mungkin juga menyukai