Anda di halaman 1dari 5

Sabtu, 15 Februari 2014

Teks Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG


Sekolah
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi tadi Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014 telah berjalan
dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama. Ingatkah lagi kalian
dengan entri saya ini, Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013? Hari ini buat kali kedua saya diberi
kepercayaan untuk menjadi pengacara majlis lagi.

Pada mulanya, memang agak berat memandangkan majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin
Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali), namun saya cuba yang terbaik.

Teks pengacara majlis
Sewaktu hendak menyiapkan teks pengacara majlis ini, saya cuba juga membuat rujukan dengan mencarinya di
internet. Bagi saya, teks yang ada kurang menepati cita rasa saya. Ada yang terlalu ringkas, ada yang terlalu
panjang. Barangkali juga, telah disesuaikan dengan atur cara majlis mereka sendiri.

Saya yakin, banyak mesyuarat PIBG yang dijalankan pada bulan ini dan bulan Mac nanti. Oleh itu, cikgu yang
dilantik menjadi pengacara majlis sibuk hendak membuat teks pengacaraan. Di sini saya kongsikan teks yang saya
buat (bukan hasil cetusan asli saya, sebaliknya setelah dicampur, ditambah dan diedit daripada teks yang lain juga)
untuk dikongsikan bersama.

Bil AGENDA TEKS
1. Ketibaan para
jemputan dan ibu
bapa
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat
Nadzari bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri
Batang Kali) dengan diiringi En. Mahmud bin Karim
(Yang Dipertua PIBG), En. Mohamad Akhwan bin Jamil
(Guru Besar), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG
Sekolah Kebangsaan Batang Kali.


2.
Nyanyian Lagu
Negeri Selangor dan
Lagu Negaraku
Sidang Hadirin yang dihormati,
Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyayikan lagu negeri Selangor dan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.


3.
Kata Alu-aluan
Pengacara Majlis
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan
Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali

Yang Berbahagia
_________________________________
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor

Yang Berusaha En. Mohamad Akhwan bin Jamil
Guru Besar SK Batang Kali

Yang Dihormati En. Mahmud bin Karim
Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali

En. Azhar bin Jusan
Naib Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin
serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 tahun 2014 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Batang Kali, turut
sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad
Dahlan kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-
sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada hari ini.


4.
Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah
tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan bin Ismail.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Irwan bin Ismail atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh
guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan
murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang
cemerlang.


5.
Ucapan Alu-aluan
oleh Guru Besar
Seterusnya, majlis menjemput En. Mohamad Akhwan bin
Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.
Mohamad Akhwan bin Jamil atas ucapan alu-aluan itu tadi.


6.
Ucapan Perasmian
ADUN Batang Kali
Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan
ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Tn.
Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK
Batang Kali kali ke 39 bagi tahun 2014.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin
Ahmad Dahlan atas ucapan dan perasmian itu tadi.
Semoga segala amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita
hayati dan ambil tindakan bersama.


7.
Majlis Penyampaian
Cenderahati AJK
PIBG sesi 2013/2014
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati
kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis
menjemput YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan,
dengan diiringi En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

En. Mahmud bin Karim YDP PIBG
En. Mohamad Azhar bin Jusan NYDP PIBG
Pn. Shafiah binti Hussain Setiausaha
Pn. Suriha binti Shamsuddin Bendahari

AJK Ibu Bapa
En. Muzammil bin Mohd Nor
En. Abd Rani bin Napi
En. Sharizal bin Shahidin
Pn. Faridah Hanim binti Mohd Ali
Pn. Zarina binti Marjunit
Pn. Norashikin binti Jumaan

AJK Guru
En. Hamka bin Ramlan
En. Mahadi bin Omar
En. Afifuddin bin Mohamad
En. Norsalawati binti Shafie
Pn. Israhana binti Mohd Shahril
Pn. Maria Wan


Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Tn. Mat
Nadzari bin Ahmad Dahlan atas penyampaian cenderahati
itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,
dipersilakan En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
menyampaikan sedikit cenderahati kepada YB Tn. Mat
Nadzari bin. Ahmad Dahlan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.


8.
Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,
maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.

Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Batang Kali,
merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Tn.
Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas kesudian meluangkan
masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-39. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa,
guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..

Seterusnya, kami serahkan kepada En. Mahmud bin Karim
untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK
Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.

Anda mungkin juga menyukai