Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacara Seminar Kemuncak SIMPLE di UM, 4 Disember 2011.

Pengacara Majlis : Norhairie Nordin


Perkara Berkaitan Teks dan Ucapan
Awal majlis
(Mengawal Audien)
Diminta semua hadirin mengambil tempat masing-masing sementara menantikan
para tetamu jemputan dan penceramah tiba. Kerjasama dan kesabaran anda amat
kami hargai.
8.00am 8.15am
Ucapan pembukaan & Kata
Alu-aluan
Perhatian
Protokol Majlis (kata alu-
aluan)










Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat , dif-dif jemputan dan penceramah yang
diraikan. Majlis berbesar hati mengalu-alukan kedatangan mereka dan tidak lupa
juga kepada hadirin-hadirat yang diutamakan sekalian.
Yang Berbahagia, Encik Ding Sing Lung, Penaung Program SIMPLE merangkap
pengarah urusan ERA Learning Lab Sdn. Bhd.
Yang Berbahagia, Encik Lim Teck Hoe, Pengarah Eksekutif The Switch merangkap
penceramah profesional pada pagi yang mulia ini.
Yang Berbahagia, Tengku Faizwa Tenku Razif, Pengarah Eksekutif The Switch.
Yang Dihormati, Datin Noorul Aini bte Ambak, Pengetua SMK Perempuan Sri
Aman.
Yang Dihormati, Pn. Aisah Bt Sidan, Pengetua SMK Bukit Jelutong.
Yang Berusaha, Puan Salbiah Salim, Ketua Program SIMPLE.
Tetamu-tetamu undangan, guru-guru kaunselor, ibu bapa, murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Sirih berlipat bersama pinang,
Pinang berasal Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,

Menyatakan kesyukuran













Ucapan daripada ketua
projek.





Awal Bismillah pembuka bicara.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Yang pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah kurnianya dapat kita dipertemukan di dalam majlis yang
serba indah dan moga diberkati ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini
merupakan acara kemuncak bagi program SIMPLE yang telah dijalankan di seluruh
sekolah di Selangor. Menjadi kebanggaan bagi pihak majlis untuk kita sama-sama
berada di sini berkongsi lagi ilmu dan pengetahuan yang besar nilainya.
Dayung sampan dulu-duluan,
Singgah berlabuh di Tanjung Jati;
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari tuan sama-sama amati.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Salbiah Salim,
selaku Ketua Program SIMPLE untuk menyampaikan ucapan alu-aluan serta
mengimbau nostagia perjalanan program SIMPLE ini. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
Kapal berlabuh di Kuala Rengit,
Semat jerami di Sungai Muar,
Tuan umpama bulan di langit;
Dapat kami menumpang sinar.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih serta sekalung penghargaan kepada Puan
Salbiah Salim atas ucapan yang penuh bermakna itu tadi. Tanpa beliau, program ini
tidak mungkin segah pada pagi mulia ini.

Dari Melaka pergi ke Serdang,
















Ucapan Perasmian dan
penutup



Singgah sebentar di Bukit Serindit;
Tuan umpama bintang gemilang,
Titipkan amanat barang sedikit.
Kini, saat dinanti-nantikan sudah tiba. Majlis dengan penuh rendah hati
mempersilakan Yang Berbahagia, Encik Ding Sing Lung untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan seminar SIMPLE 2011 ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang berbahagia, Encik
Ding Sing Lung kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Seminar SIMPLE. Tanpa idea dan sokongan daripada beliau, sudah pasti majlis
sebegini hanyalah mimpi semata-mata.
8.15am 8.30am
Ice Breaking
Banyak madah antara madah,
Madah bersinar kita ungkapkan,
Aluan sudah, pembuka sudah,
Kini seminar kita mulakan.
Dengan penuh berbesar hati, majlis mempersilakan Encik Lim Teck Hoe,
Penceramah Profesional yang berkarisma ini untuk mempersembahkan keunggulan
beliau sesuai dengan matlamat majlis pada hari ini.



8.30am 10.00am
SECTION 1

10.00am 10.15am
Jamuan ringan
Selesai sudah bahagian pertama program SIMPLE ini. Semoga hadirin dan hadirat
sekalian dapat mencedok pengetahuan berguna daripada beliau.
Jauh sudah kami melancong,
Singgah bertamu di tepi pekan,
Perut sudah mula keroncong,
Marilah berjamu kami sediakan.
Para jemputan dan dif kehormat akan diiringi pembantu majlis sementara hadirin
yang lain, harap mengikuti arahan diberikan oleh para petugas ERA.


10.15am 10.30am
Sejarah ERA
Alat tradisional orang penarik,
Gendang gendut tali kecapi.
Juadah dinikmati harap menarik,
Kenyang perut senang hati.
Seterusnya, majlis mempersembahkan program seterusnya, pengimbauan semula
sejarah ERA Training Lab yang telah meranjaui liku-liku cabaran sebelum mencapai
kejayaan. Sama-sama kita saksikan.
10.30am 12.00pm
SECTION 2
Rancik-rancik si kayu sugi,
Sunnah nabi jaga kebersihan,
Encik Lim datang lagi,
Berkongsi ilmu madah pengetahuan.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi kedua program pada hari ini. Dengan penuh
hormatnya, majlis mempersilakan Encik Lim Teck Hoe.
12.00pm 12.15pm
Penyampaian Sijil
Terima kasih kepada Encik Lim Teck Hoe kerana sudi berkongsi maklumat dan ilmu
untuk sesi pertama seminar ini. Untuk tentatif seterusnya, majlis diteruskan dengan
upacara penyampaian sijil.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tengku Faizwa Tenku Razif,
diiringi Encik Ding Sing Lung dan Puan Salbiah untuk menyampaikan sijil
penyertaan kepada para peserta. Semua peserta diminta bersedia untuk naik ke
pentas bagi menerima sijil masing-masing.

12.15 1.30pm
Makan Tengahari
Balut-balut si daun jamu,
Pahitnya kepalang untuk kesihatan,
Puas sudah menilik ilmu,
Kini tibalah juadah kudapan.
Sekali lagi kami menjemput tetamu dan dif kehormat diiringi oleh pembantu acara
untuk menikmati makan tengah hari. Untuk semua hadirin hadirat yang lain, minta
bertenang dan ikut arahan yang diberikan.
1.30pm 3.00pm
SECTION 3
Pancing tebingan anak ruan,
Kail terlepas jauh berenang,
Harap hidangan enak sajian,
Hati puas kami pun senang.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi ketiga, iaitu sesi seterusnya seminar kemucak
SIMPLE. Dengan bangganya, majlis menjemput Encik Lim Teck Hoe untuk
memulakan ceramahnya.
3.00pm 3.15pm
Jamuan ringan
Terima kasih Encik Lim sekali lagi kerana sudi berkongsi dan menyampaikan
pengetahuannya yang penuh bermakna ini.
Majlis dengan sukacitanya menjemput tetamu dan dif kehormat untuk menikmati
jamuan ringan diiringi pembamtu majlis. Seperti biasa, harap kerjasama pihak
hadirin dan hadirat yang lain mematuhi arahan diberi.
3.15pm 3.30pm
Sesi Bergambar
Intai padi antara tampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Marilah kita bersama-sama merakamkan kenangan dengan sesi bergambar yang
diadakan oleh pihak majlis. Sila beri kerjasama dan mengikut arahan yang telah
diberikan.
3.30pm 5.00pm Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh setiap
hadirin yang sudi bergambar dan berkongsi memori bersama. Tanpa melengahkan
masa, pihak majlis meneruskan acara terakhir sebelum majlis penutup untuk hari

SECTION 4 ini. Dijemput dengan segala hormatnya, Encik Lim Teck Hoe untuk meneruskan
agenda majlis pada hari ini.

Penutup
Hadirin yang dihormati,
Dengan berakhirnya persembahan mantap Encik Lim Teck Hoe itu sebentar tadi,
menandakan sampai di sinilah sahaja majlis kita pada hari ini. Masa memang
mencemburui kita. Oleh yang demikian. kita akan tangguhkan majlis ini dan
berharap semoga perpisahan ini bukan selamanya kerana jika dizinkan-Nya, dapat
kita berjumpa pada masa akan datang.
kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.
Saya mewakili pihak penganjur mengharapkan segala kesilapan, terkasar bahasa dan
kekurangan daripada pihak penganjur harap dapat dimaafkan. Sesungguhnya kami
daripada pihak ERA hanyalah hamba kepada yang Maha Sempurna. Sekian,
wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai