Anda di halaman 1dari 22

1

BAHASA MELAYU MODEN


PENGENALAN & FAKTA PENTING
ZAMAN PERMULAAN BM MODEN
ZAMAN PEMERINTAHAN INGGERIS
ZAMAN SELEPAS KEMERDEKAAN
PERANCANGAN DAN PEMODENAN BAHASA MELAYU
2
PENGENALAN & FAKTA PENTING
1. Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19,
iaitu pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah
Melayu dan Belanda di Indonesia.
2. BM Abad 19 sebagai zaman peralihan daripada
BM Klasik kepada bahasa Melayu Moden.
3. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai
permulaan zaman bahasa Melayu moden.
4. Kemasukan mesin cetak seiring dengan
perkembangan penerbitan akhbar, majalah dan
buku-buku ilmiah dan karya kesusasteraan.

3
PENGENALAN & FAKTA PENTING
5. Mencapai kedudukan tertinggi, berfungsi
sebagai bahasa perantaraan, bahasa ilmu,
bahasa perpaduan, pentadbiran dll.
6. Penggunaan tulisan rumi
7. Menerima pengaruh Barat yang agak luas,
banyak kata pinjaman daripada bahasa
Inggeris.
8. Pertambahan kosa kata baharu sesuai
dengan perkembangan teknologi moden
4
PENGENALAN & FAKTA PENTING
5. Langkah pemerkasaan BM dilaksanakan
melalui penetapan dasar BM sebagai Bahasa
Rasmi, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa
Pengantar.
6. Pengekodan BM dilaksanakan oleh DBP
melibatkan pembakuan aksara, sistem ejaan,
tatabahasa, istilah, sebutan, kosa kata dan
perkamusan, ungkapan, laras, kesusasteraan dan
pengajaran bahasa.
5
SEJARAH BAHASA MELAYU MODEN
A. ZAMAN PERMULAAN
1. Sejarah awal BM Moden bermula pada abad ke-19, ditandai
dengan kemasukan alat cetak pada zaman penjajahan
Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia apabila
BM mula menerima kosa kata bahasa Inggeris .
2. Gaya bahasa BM Moden berbeza dengan BM Klasik;
a) BM Moden lebih menggunakan bahasa sehari-hari.
b) Ayat pendek, tepat, perenggan yang lebih ekonomis
berbanding BM Klasik yang banyak menggunakan
bahasa istana dan sastera kitab seperti karya penulis
zaman Acheh yang banyak menggunakan bentuk ayat
pasif yang kompleks dan perenggan yang panjang.
6
SEJARAH BAHASA MELAYU MODEN
A. ZAMAN PERMULAAN
1. BM Moden peringkat awal dapat diperhatikan melalui karya
Abdullah Munsyi iaitu,
a) Syair Singapura Terbakar
b) Kisah Pelayaran Abdullah, dan
c) Hikayat Abdullah.
2. Zaman Abdullah merupakan zaman permulaan kemajuan
S&T seperti diceritakan Abdullah tentang percetakan,
perubatan, letrik, kapal wap, dsb.
3. Pada zaman ini, tamadun Barat telah menular ke seluruh
dunia terutama di dunia sebelah Asia dan Afrika.
7
SEJARAH BAHASA MELAYU MODEN
A. ZAMAN PERMULAAN
4. BM Moden peringkat awal dapat diperhatikan melalui karya
Abdullah Munsyi iaitu,
a) Syair Singapura Terbakar
b) Kisah Pelayaran Abdullah, dan
c) Hikayat Abdullah.
5. Zaman Abdullah merupakan zaman permulaan kemajuan
S&T seperti diceritakan Abdullah tentang percetakan,
perubatan, letrik, kapal wap, dsb.
6. Pada zaman ini, tamadun Barat telah menular ke seluruh
dunia terutama di dunia sebelah Asia dan Afrika.
8
SEJARAH BAHASA MELAYU MODEN
B. ZAMAN PEMERINTAHAN INGGERIS
1. Sebelum PD Ke-2, BM digunakan untuk urusan rasmi di Negeri Melayu
Tidak Bersekutu. Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pegawai-pegawai
Inggeris digalakkan mempelajari dan menggunakan BM, sehingga
terdapat beberapa pegawai Inggeris yang menjadi sarjana dan pengkaji
BM seperti R.O. Winstedt. J.R Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell,
W.Marsden, W.G .Shellabear, dan J.Crawford.

2. Selepas PD Ke-2, kedudukan BM terancam dengan sikap pegawai
Inggeris yang lebih mementingkan bahasa sendiri, dikukuhkan lagi
dengan golongan Melayu berpendidikan Inggeris yang menyanjung BI,
menyebabkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Bahasa Inggeris
menjadi Bahasa Rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa disebahagian
besar sistem pendidikan dan bahasa yang menerima kedudukan tinggi.

3. Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan golongan bawahan dan
bahasa pengantar di peringkat persekolahan paling rendah.


9
SEJARAH BAHASA MELAYU MODEN
C. BAHASA MELAYU SELEPAS KEMERDEKAAN

1. Semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 1957,
dicatatkan dalam perlembagaan bahawa bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu menjadi bahasa rasmi negara ini. Bermakna dasar DWIBAHASA
dilaksanakan.

2. Gerakan semangat kebangsaan orang Melayu dipelopori golongan
wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli politik
yang memperjuangkan bahasa Melayu. Akibatnya, termaktub Artikel 152
Perlembagaan Persekeutuan Tanah Melayu 1957 yang menyebut
bahawa Bahasa Kebangsaan Negara ini ialah bahasa Melayu

3. Dari sudut Bahasa Rasmi, bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa
rasmi di samping bahasa Inggeris.


10
SEJARAH BAHASA MELAYU MODEN
C. BAHASA MELAYU SELEPAS KEMERDEKAAN
4. Pada tahun 1961, Akta Pelajaran 1961 bahasa Melayu
mendapat status bahasa pengantar di sekolah kebangsaan.

5. Pada tahun 1963, Akta Bahasa menetapkan tulisan rumi sebagai
tulisan rasmi tetapi tulisan jawi masih boleh digunakan.

6. Pada tahun 1967, Akta Parlimen telah menetapakan bahawa
bahasda Melayu menjadi bahasa rasmi yang tunggal bagi negara
Malaysia. Bahasa Inggeris masih boleh digunakan dalam
perdagangan antarabangsa, perundangan, dan hubungan
diplomatik.

7. Pada tahun 1971, Akta Pelajaran Kebangsaan DYMM Yang
DiPertuan Agong berkuasa menentukan bahasa pengantar di IPT
dengan nasihat Menteri Pelajaran.



11
INTERVAL REHAT SEKETIKA INTERVAL
12
PERANCANGAN DAN PEMODENAN BAHASA MELAYU
1. Pada zaman moden, BM berperanan sebagai Bahasa Rasmi,
Bahasa Kebangsaan, Bahasa Pengantar serta bahasa ilmu.
Perancangan dan pemodenan bahasa dilaksanakan sesuai
dengan peranan tersebut.
2. Perancangan dan pemodenan bahasa bermaksud usaha-usaha
yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang
lebih maju, sesuai dengan peranan dan era moden.
3. Perancangan bahasa melibatkan perancangan dasar, logistik
dan korpus bahasa. Dari segi logistik, DBP telah ditubuhkan
pada tahun 1956 sebagai badan yang bertanggungjawab
khusus dalam memperkasakan BM.



13
PERANCANGAN DAN PEMODENAN BAHASA MELAYU
4. Perancangan korpus melibatkan usaha-usaha dan
memodenkan bahan-bahan bahasa seperti pemilihan aksara,
sistem ejaan, tatabahasa, sebutan, istilah, kosa kata dan
perkamusan, ungkapan, wacana bahasa, kesusasteraan, dan
pengajaran bahasa.
5. Pengekodan bermaksud penyeragaman, iaitu proses
menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna
dan seragam.
6. Usaha pengekodan dan pemodenan bahasa Melayu
melibatkan korpus bahasa yang berikut;
i. AKSARA : tulisan rumi digunakan sebagai tulisan rasmi.
Beberapa fonem rumi yang tidak terdapat dalam tulisan
rumi Barat diperkenalkan. Misalnya dwigraf ch (kini c),
ng, dan ny. Tulisan jawi masih boleh terus digunakan
terutama dalam hal ehwal agama Islam.


14
PERANCANGAN DAN PEMODENAN BAHASA MELAYU
ii. SISTEM EJAAN: Sistem Ejaan Rumi Baharu 1972
Ejaan bersama Indonesia dilaksanakan melalui
MBIM (MABBIM). Pada tahun 1981 diterbitkan
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (dibaiki
1988).
iii. TATABAHASA : 1986 - Tatabahasa Dewan Jilid
Pertama diterbitkan. Jilid kedua 1987 Disusun
oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim
Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. Buku
tatabahasa ini dijadikan sebagai tatabahasa
pegangan. Pada tahun 2008 Diterbitkan Edisi Ke-3.

15
PERANCANGAN DAN PEMODENAN BAHASA MELAYU
iv. ISTILAH: Pedoman Umum Pembentukan Istilah
Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1975
bagi mengurangkan kekeliruan dan kecelaruan
istilah BM terutama dengan perkembangan pesat
bidang-bidang ilmu moden seperti bidang S&T
dan perkomputeran.
Kini lebih sejuta istilah digubal dan beratus buku
istilah BM diterbitkan. Proses ini berjalan terus,
bukan sahaja di Msia tetapi juga di Indonesia
dan Brunei Darussalam.


16
PERANCANGAN DAN PEMODENAN BAHASA MELAYU
v. SEBUTAN : Sebutan BM Melaka diwariskan
kepada BM Johor, dari Johor ke Johor-Riau.
Apabila Johor menjadi Johor Moden dan Riau
dijajah Belanda, sebutannya kekal hingga kini.
1988 dilaksanakan pelancaran sebutan baku
yang bermula di sekolah. Buku Panduan sebutan
Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu
menyarankan sebutan kata mengikut sebutan
fonemik.
Kini, sebutan fonemik dilonggarkan, sebutan
bahasa Melayu Johor-Riau diterima sebagai
sebutan baku.

17
PERANCANGAN DAN PEMODENAN BAHASA MELAYU
vi. KOSA KATA DAN PERKAMUSAN :
1970 - Kamus Dewan disusun oleh Teuku
Iskandar diterbitkan.
1994 - Edisi Ke-3 yang dihasilkan oleh Sidang
Editor DBP diterbitkan. Banyak perubahan
dibuat. Turut diterbitkan kamus-kamus lain seperti
Kamus Pelajar, Kamus Dwibahasa dll.
18
PERANCANGAN DAN PEMODENAN BAHASA MELAYU
vii. UNGKAPAN:
Bererti kosa kata, ungkapan atau ayat yang telah
tersimpul, mempunyai pengertian atau konotasi
tertentu. Antara kamus simpulan bahasa yang
diterbitkan;
Kamus Simpulan Bahasa 1966, dan Kamus
Istimewa Bahasa Melayu 1975 oleh Abdullah
Hassan.
19
PERANCANGAN DAN PEMODENAN BAHASA MELAYU
viii. LARAS BAHASA
Pemodenan laras bertujuan memantapkan BM
dalam pelbagai bidang ilmu di samping
mengintelektualkan BM. Sesuai dengan
perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang.
ix. WACANA
Pemakaian bahasa yang sesuai dengan medan
dan lapangannya, mod atau media
penyampaiannya, dan gaya mengikut keadaan
dan suasananya.
20
PERANCANGAN DAN PEMODENAN BAHASA MELAYU
ix. KESUSTERAAN:
Melibatkan pelbagai kaedah dalam penulisan
cerpen, novel, puisi, drama, esei, panduan
penulisan kreatif, dan kritikan sastera. Bertujuan
menghasilkan karya sastera yang unggul dalam
pelbagai genre.
xi. PENGAJARAN BAHASA:
Pemerkasaan BM melalui teori dan amalan
pendidikan. Program PBMP dan PBMB Ke-2
ditawarkan di IPTA , termasuk program latihan
untuk pelajar atau guru pelatih Institut
Perguruan.
21

BM Moden setanding dengan bahasa
utama lain di dunia, mendukung pelbagai
fungsi yang penting kepada masyarakat
penuturnya, serta bersifat intelektual,
dan mampu memperkatakan segala ilmu
moden.

KESIMPULAN
22