Anda di halaman 1dari 2

FALSAFAH PENDIDIKAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.
Pada Pendapat anda, mengapakah kurikulum pendidikan negara sentiasa
berubah? Adakah anda bersetuju dengan perubahan ini? Mengapa?

Jika dilihat dari segi sejarah pendidikan Malaysia kebanyakan berdasarkan teori2
penjajah barat yang dahulunya pernah menakluki Malaya yg kini dikenali sebagai
Malaysia. Pendidikan itu hanya pendidikan asas untuk Malaya dan bukannya secarah
menyeluruh seperti yang termaktub dalam Falsafah pendidikan.
Sejujurnya, pendidikan yang ada di Malaysia dilihat memerlukan transformasi yang
membolehkan Malaysia bersedia kearah perubahan globalisasi.. Malah, pendidikan
merupakan satu teras yang perlu difokuskan supaya kita berjaya membentuk sebuah
masyarakat yang maju dari aspek pemikirannya. Apabila pemikiran telah maju dan
bergerak seiringan dengan pembangunan fizikal, rohani, emosi dan intelektual maka
dapatlah mewujudkan kemakmuran masyarakat dan negara.
Setelah 50 tahun merdeka, adakah relevan lagi kita terus menggunakan falsafah dan
asas pendidikan penjajah walaupun sebenarnya kita telah ada satu falsafah pendidikan
yang memiliki kesepaduan ilmu dari aspek yang pening seperti jasmani, rohani, emosi
dan intelektual seperti dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sudah separuh abad, adakah
kita masih perlukan acuan yang dicedok dari barat untuk mencorak anak bangsa kita?
Kita mahukan bangsa Malaysia, satu Malaysia tetapi adakah acuan yang kita berikan
kepada masyarakat akan membangunkan mereka? Kita sudah ada identiti, kita sudah
pandai berdikari dalam menguruskan negara, namun apa yang kita perlukan bukanlah
ukuran intelektual semata-mata dalam pendidikan negara kita tetapi, segala aspek kita
perlu dididik masyarakat supaya bukan sahaja menjadi intelektual, tetapi aplikasi ilmu
dan disiplin yang dilahirkan dari akhlak yang telah diterapkan dalam diri mereka.
SEKOLAH DALAM HOSPITAL
Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan sebuah badan bukan kerajaan
(NGO) telah mengusahakan konsep di mana sekolah dibawa ke wad kanak-kanak di
hospital bagi membolehkan pesakit kanak-kanak belajar seperti rakan seusia mereka
yang lain. Ini bermakna hak mereka untuk belajar tidak terabai dan kelas pelajaran
dalam hospital ini dijalankan secara percuma. Beberapa buah hospital kerajaan di
negara ini menyediakan ruang khas menempatkan kelas untuk pelajaran peringkat
sekolah rendah dan menengah bagi pesakit pediatrik.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik)
terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran
iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin
pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-
mata.

Anda mungkin juga menyukai