Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN:-

Ramai orang bercita-cita menjadi jutawan kerana apabila telah bergelar jutawan, maka
kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna dan dihormati. Jika aku diberikan peluang oleh
Allah menjadi seorang jutawan, aku akan menggunakan kekayaan itu untuk membahagiakan
diri dan keluarga, masyarakat sekeliling dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.
ISI-ISI:-
Aku akan membina sebuah kediaman yang mewah lengkap dengan pelbagai kemudahan
yang termoden. Perabot dan kelengkapan rumah yang diperbuat daripada emas dan perak.
Aku akan menempah khas beberapa buah kereta yang belum ada di pasaran, sebuah jet
persendirian lengkap dengan pilot dan pegawai peribadi, membeli beberapa buah kapal
mewah termasuk sebuah kapal selam persendirian.
Aku akan membantu semua ahli keluargaku termasuk ibu bapa, adik-beradik, sanak-saudara
yang ada pertalian darah denganku supaya mereka dapat hidup senang dan mewah. Segala
kekurangan mereka akan dibantu dengan sepenuhnya.
Setelah keperluan diri dan keluarga dipenuhi, aku serta keluarga dan sanak-saudara akan
pergi menunaikan haji dengan menyewa kapal terbang khas dan segala perbelanjaan akan
ditanggung.
Walaupun aku sudah bergelar jutawan, namun aku tidak akan lupa diri. Segala kekayaan
anugerah Tuhan itu akan dikongsi bersama-sama anggota masyarakat sekeliling:-
1. Aku akan membina sebuah masjid yang besar lagi moden, lengkap dengan pendingin hawa,
perpustakaan dan asrama bagi ditempatkan anak-anak yatim dan orang-orang yang
memerlukan.
2. Aku akan membina rumah-rumah untuk diberikan kepada orang-orang miskin yang tidak
berumah.
3. Aku akan menubuhkan sebuah tabung yayasan yang akan bertanggungjawab membantu
golongan miskin melanjutkan pelajaran ke menara gading.
4. Aku akan menyediakan skim bantuan khas untuk anggota masyarakat sekeliling
mendapatkan barangan keperluan harian.
5. Aku akan membina beberapa buah klinik kesihatan yang menyediakan rawatan percuma
kepada para pesakit terutama yang tidak berkemampuan.
6. Aku akan sentiasa bergaul dan beramah mesra dengan anggota masyarakat untuk
mengetahui masalah mereka.
7. Aku akan berusaha untuk memastikan tiada seorang pun anggota masyarakat di kawasanku
menderita kerana dihimpit kemiskinan.
8. Masalah sistem pengangkutan dan prasarana lain akan dibaik pulih segera untuk
kesejahteraan hidup.
9. Demi memudahkan aku berhubung dengan setiap anggota masyarakat, beberapa buah
pejabat khidmat masyarakat akan dibina di setiap kawasan.
10. Walaupun aku seorang jutawan, aku akan pastikan bahawa aku tidak akan lupa diri dan
sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.
PENUTUP:-
Menjadi jutawan tidak langsung akan menjadikan diriku seorang yang ego, sombong dan
lupa akan asal usul. Sebaliknya segala kekayaan anugerah Tuhan itu akan disalurkan kembali
kepada semua insan yang memerlukan. Bagiku, apalah gunanya kekayaan, jika kita masih
melihat jiran kita masih dihimpit kemiskinan, kedaifan dan kepapaan. Apa gunanya bergelar
jutawan, jika bangsaku hidup melarat di bumi sendiri. Pegangan hidup aku ialah kekayaan
yang dimiliki akan digunakan untuk membuat amal ibadat kepada Allah.
Kekayaan milik Tuhan yang wajib dikongsi bersama-sama

Anda mungkin juga menyukai