Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHD IZZUDDIN MUHAMMAD


PROGRAM : PISMP PEND. JASMANI (AMBILAN JANUARI 2011)
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA
NAMA PROJEK : MENAIK TARAF PENTAS NILAM SK TAMING
AAAAAAAAAJAYA
TEMPOH PELAKSANAAN : 8 JULAI 2014 11 JULAI 2014

OBJEKTIF
Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk memenuhi objektif seperti:-
i. Menyediakan ruang yang lebih ceria dan selesa untuk menjalankan aktiviti Nilam
ii. Menarik minat murid untuk menyertai aktiviti yang dijalankan
iii. Menjadikan pusat sumber sekolah lebih menarik untuk dikunjungi murid
iv. Menampung keperluan murid untuk jangka masa panjang melalui platform yang disediakan.

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Pada 10 Julai 2014 kami guru pelatih bersama-sama berjumpa dengan mentor kami, Puan
Fauziah untuk berbincang mengenai projek kedua yang akan kami laksanakan. Ketika
perbincangan tersebut terdapat seorang guru yang mempelawa kami untuk bersama-sama
untuk menjayakan projek Menaik Pentas Nilam SK Taming Jaya. Di dalam projek ini,
kami guru pelatih bersama-sama dengan guru SK Taming Jaya bersama-sama menceriakan
dan membina pentas yang akan digunakan untuk menjayakan program Nilam yang akan
dilaksanakan. Setelah perbincangan dilakukan, kami guru pelatih bersetuju untuk memulakan
tugasan projek yang dirancang pada hari Sabtu bersamaan dengan 12 Julai 2014.

2. Pada 11 Julai 2014, kami telah berjumpa guru yang terbabit (Pn. Nor Hasliza bt. Saad) untuk
sekali lagi memastikan tarikh bermulanya tugasan kami.
3. Pada 12 Julai 2014, kami bersama-sama 3 orang guru mula memulakan tugasan kami dengan
membina pagar di sekeliling pentas program Nilam tersebut. Proses untuk menyiapkan
pembinaan pagar di sekeliling pagar tersebut mengambil masa agak lama kerana paku yang
disediakan tidak bersesuaian dan perlu dibeli baru untuk menyambung pembinaan pagar.
4. Selepas itu, kami bertiga ditugaskan untuk memasang langsir bagi mencantikkan lagi pentas
program Nilam tersebut. Tugasan kami bermula dengan membetulkan kedudukan railing
langsir sebelum pemasangan langsir dilakukan. Selepas itu kami bersama-sama memasang
langsir yang telah disediakan bagi mencantikkan lagi pentas program Nilam tersebut.
5. Tugasan seterusnya ditangguhkan pada minggu hadapan iaitu 19 Julai 2014 bersamaan
dengan hari Sabtu.
6. Pada 19 Julai 2013, kami telah menyambung semula tugasan yang tergendala sebelum ini
iaitu untuk menceriakan pentas bagi program Nilam. Tugasan kami pada hari ini bermula
dengan pemasangan skirting meja hadapan pentas program Nilam. Kerja pemasangan
skirting meja dapat dilakukan dengan mudah dengan penyediaan peralatan yang lengkap bagi
pemasangan skirting seperti stapler gun dan juga kain skirting meja.
7. Tugasan pada hari ini diteruskan lagi pemasangan bunga-bunga di pagar sekeliling pentas.
Bunga-bunga tersebut digubah mengikut kreativiti guru-guru pelatih dan juga guru yang
terlibat dengan projek pada kali ini supaya pentas tersebut tampak lebih cantik.
8. Selepas itu, proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula supaya kertas
cadangan tersebut dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar yang
segera. Setelah kertas cadangan disemak oleh Pn. Juhranar bt. Yang selaku pengerusi projek
tersebut, kertas cadangan tersebut terus dihantar sebelum diluluskan oleh Guru Besar iaitu
Puan Romna binti Rosli.










REFLEKSI PROJEK :

1) KEKUATAN PROJEK
Kekuatan yang pertama adalah projek ini dapat menambahkan minat murid untuk membaca
dengan penyediaan tempat untuk membaca. Matlamat utama Program Nilam adalah untuk
meningkatkan minat murid untuk membaca di samping dapat meningkatkan pengetahuan murid-
murid. Dengan perlaksanaan projek ini, matlamat program Nilam ini akan dapat dicapai dengan
lebih mudah kerana murid-murid di sekolah disediakan tempat untuk membaca yang lebih selesa
dan juga ceria.
Selain itu, dengan penyediaan pentas ini diharap dapat menambahkan minat murid untuk
menyertai program yang berkaitan dengan Nilam seperti pertandingan bercerita dan sebagainya.
Pentas yang disediakan adalah pentas yang khusus untuk menjalankan aktiviti program Nilam
sahaja. Dengan kewujudan pentas tersebut, ia mungkin sedikit sebanyak dapat meningkatkan
minat murid untuk membuat persembahan di atas pentas tersebut.
Akhir sekali, projek ini juga dapat memberi kesan dalam jangka masa panjang mengikut
perancangan pihak sekolah dan juga guru. Guru akan lebih mudah untuk melaksanakan sesuatu
program yang dirancang dengan kewujudan pentas tersebut sebagai platform untuk menjalankan
sesuatu pertandingan.


2) KELEMAHAN PROJEK
Kelemahan pertama projek kami ini adalah berkaitan dengan ketahanan pagar pentas yang
dipasang. Pihak kami khuatir jika pagar yang dipasang akan dirosakkan oleh murid-murid yang
menggunakan kawasan di sekitar pentas nilam. Selain itu, peraturan penggunaan pentas Nilam
tidak ditampal. Peraturan perlu diletakkan agar murid tahu cara penggunaan pentas Nilam
seterusnya dapat memastikan pentas sentiasa dalam keadaan bersih dan tersusun.
Selain itu, projek juga tidak dapat disiapkan dengan lebih awal kerana ketibaan alatan
yang lebih lambat untuk membetulkan railing langsir. Mengikut perancangan yang telah dibuat,
projek tersebut sepatutnya dapat disiapkan sejam lebih awal. Oleh kerana peralatan yang
diperlukan tiada kesemua guru pelatih dan guru terpaksa menunggu peralatan yang diperlukan
sebelum tugasan dapat disambung semula.

3) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan terhadap projek yang telah kami laksanakan ini.
Kami perlu menampal set peraturan penggunaan pentas Nilam supaya murid-murid dapat
menggunakannya dengan baik. Seterusnya, cadangan kami adalah menyenaraikan peralatan yang
diperlukan dan menyediakan peralatan tersebut dengan lebih awal supaya projek yang dirancang
dapat berjalan dengan lebih lancar dan tanpa gangguan. Peralatan yang disediakan lebih awal
menyebabkan masa yang ada tidak terbuang begitu sahaja dan segala kerja-kerja yang ingin
dilaksanakan dapat dijalankan.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya menyiapkan projek kemas kini bilik
sukan ini walaupun menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dijangka. Namun atas
kerjasama pihak sekolah yang memberikan kami masa dan ruang dapat juga kami menyiapkan
tugasan projek ini. Melalui projek ini, diharapkan semua warga sekolah termasuk guru dan murid
berasa selesa semasa menggunakan pentas Program Nilam ini. Akhir sekali, saya berharap semua
guru dan warga sekolah berpuas hati dengan hasil kerja saya dan rakan guru pelatih yang lain.







LAMPIRAN PROJEK MENGEMAS BILIK SUKAN (SEBELUM)

























Pentas Program Nilam sebelum pengubahsuaian dilakukan



LAMPIRAN PROJEK MENGEMAS BILIK SUKAN (SEMASA)
























ng

Guru membantu memasang bina yang baru bagi mencantikkan latar belakang Pentas
Program Nilam
Meja Pentas Program Nilam diukur sebelum kain skirting meja di pasang



























Guru pelatih memasang dan memaku pagar terlebih dahulu sebelum membuat pemasangan
pagar di sekeliling pentas


Guru pelatih saling membantu antara sama lain bagi melakukan pemasangan pagar
disekeliling pentas program Nilam
Guru Pelatih bersama-sama memasang tikar bagi meja hadapan pentas program Nilam
LAMPIRAN PROJEK MENGEMAS BILIK SUKAN (SELEPAS)

LAMPIRAN PROJEK MENGEMAS BILIK SUKAN (SELEPAS)


























Keadaan pentas program Nilam selepas guru pelatih dan guru bersama-sama bekerjasama
menceriakan pentas program Nilam

Anda mungkin juga menyukai