Anda di halaman 1dari 3

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang
tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya.
Terdapat Hadis Rasulullah saw juga mengatakan bahawa terdapat 10 golongan manusia yang solatnya
tidak diterima oleh Allah SWT iaitu :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.


10 golongan yang tiada diterima solatnya:

1. Orang yang tiada berjamaah.
Dimaksudkan adalah orang yang mendengar azan tetapi tidak datang berjamaah. Dan yang
dimaksudkan mendengar azan adalah mendengar azan dari suara bilal sendiri tanpa pembesar suara.
Jadi mereka mereka yang rumahnya bersebelahan dengan surau/masjid (dapat mendengar suara bilal
tanpa pembesar suara).

2. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
Di dalam al-Quran banyak disebut "Dirikan solat dan tunaikan zakat". Bermaksud tiada diterima solat
orang yang tidak berzakat atau zakat orang yang tidak bersolat.

3. Orang yang berzina.
Diceritakan orang yang berzina ini ibarat orang yang telah tertanggal imannya. Maka orang yang tidak
beriman, maka solatnya tidak diterima.

4. Orang yang mengamal riba'.
Orang yang mengamalkan riba' dosanya adalah seperti dosa membunuh Nabi. Maka tiada iman dan
tidak diterima solatnya.

5. Orang yang mencuri/merompak.
Tergantung solat orang yang mencuri itu sehingga dia bertaubat dan memulangkan barang yang
dicurinya.

6. Orang yang memakan benda haram (mutlak).
Haram mutlak adalah seperti arak, khinzir, harimau dan lain lain binantang yang haram dimakan.
Setitik arak, 40 hari Allah tidak menerima amalannya.

7. Orang yang memakan dan meminum perkara yang haram.
Dimaksudkan disini adalah memakan, meminum, atau menggunakan sesuatu yang halal tetapi
menjadi haram kerana bukan milik. Contohnya adalah orang yang makan rambutan jiran tanpa izin.

8. Orang yang menjual yang haram.
Menjual yang haram yang dimaksudkan, adalah antaranya seperi orang yang menjual makanan eksotik,
katak, biawak untuk orang kafir makan.

9. Orang yang lari dari tuan.
Antaranya adalah hamba yang lari dari tuannya. Dan ulama'-ulama' berpendapat termasuk dalam
golongan ini adalah suami yang lari dari isteri dan anak anak. Iaitu suami yang tidak memberi nafkah
kepada isteri dan anak anak

10. Isteri yang masam mukanya.
Yang termasuk dalam golongan ini adalah, isteri yang masam muka, cakap kasar, marah atau ingkar
perintah suami. Ingatlah, isteri isteri yang ingkar perintah suami, Allah tidak terima solat mereka.

Kitab Muhimmah

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai