Anda di halaman 1dari 51

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/1

UJIAN PEMASANGAN
UNIT 6

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :

Mengetahui jenis-jenis ujian yang perlu dijalankan sebelum menyambung bekalan


sebenar.

OBJEKTIF KHUSUS :

Di akhir unit ini pelajar akan dapat :

 Menerangkan istilah pemasangan siap dan tak siap.


 Menyatakan perlunya ujian dijalankan
 Mengenalpasti alat-alat kelengkapan ujian
 Menyenaraikan jujukan ujian pemasangan
 Menjalankan ujian sebelum menyambung bekalan

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/2

INPUT
6A
6.0 Pengenalan

Setiap pemasangan elektrik yang telah siap perlu diuji dengan


beberapa ujian sebelum selamat untuk diberi bekalan.. Tujuannya ialah
ialah untuk memastikan pemasangan itu betul-betul selamat dan mematuhi
kehendak peraturan IEE semasa digunakan. Walau bagaimanapun, ujian-
ujian ini bukanlah merupakan jaminan bahawa pemasangan itu selamat
selama-lamanya. Oleh yang demikian, pengujian semula perlu dilakukan dari
semasa ke semasa mengikut tempoh yang ditetapkan supaya sebarang
bahaya dapat dielakkan dan kerja-kerja penyenggaraan atau penggantian
perlu dibuat jika keputusan ujian itu tidak mencapai tahap yang
dikehendaki.

6.1 Jenis-jenis Ujian

6.1.1 Ujian keterusan


Ujian ini dilakukan dengan tujuan untuk memastikan keterusan dari
satu hujung kabel ke hujung lain kabel tersebut.
Bagi pengalir bumi, adalah penting untuk memastikan keterusannya
dengan bacaan yang rendah diperlukan bagi memudahkan kehendak-
kehendak peraturan IEE, jika fius atau pemutus litar hendak digunakan
sebagai perlindung kebocoran bumi di samping pelindung arus lebih. Ujian
ini dapat dijalankan dengan empat cara iaitu :

i. Ujian arus ulang-alik


ii. Ujian pengurangan arus ulang-alik
iii. Ujian arus terus ke pemasangan arus ulang-alik
iv. Ujian arus terus untuk pemasangan arus-terus

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/3

i. Ujian arus ulang-alik

Ujian arus ulang-alik adalah dicadangkan supaya


dilakukan terhadap pemasangan arus ulang-alik pada frekuensi
yang sama dengan frekuensi bekalan dan mempunyai magnitud
1.5x kadar arus litar akhir yang sedang diuji, tetapi arus ujian ini
tidak boleh melebihi 25A.
Ujian ini dijalankan selepas bekalan sebenar
diputuskan daripada litar akhir yang akan diuji.
Satu daripada penghujung pengalir pelindung litar
yang diuji itu hendaklah disambungkan kepada penghujung kabel
yang diketahui nilai rintangannya atau disambungkan kepada satu
daripada kabel litar akhir itu.
Bekalan sebanyak 50V a.u. dibekalkan kepada
penghujung pengalir pelindung litar manakala satu lagi punca
bekalan dikenakan kepada hujung kabel yang diketahui nilai
rintangannya.
Mengikut peraturan IEE, nilai gelung pengalir
pelindung litar hendaklah tidak lebih daripada 1 ohm, iaitu nisbah
voltan terbahagi dengan arus selepas ditolak dengan rintangan
pengalir yang diketahui nilainya.

ii. Ujian pengurangan Arus Ulang-alik

Ujian pengalir pelindung litar boleh juga dilakukan


dengan menggunakan arus ulang-alik yang lebih rendah daripada
arus maksimum litar yang diuji itu.
Bekalan ini dapat diperolehi daripada penguji tangan
atau sebarang penguji yang boleh menghasilkan arus ulang-alik.
Nilai rintangan pengalir pelindung litar yang diperolehi
dalam ujian ini hendaklah tidak melebihi 0.5 ohm setelah ditolak
rintangan pengalir pelindung itu dimana ia adalah dari jenis
pembuluh keluli atau paip, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
Bagi pengalir pelindung litar yang dibuat daripada
kuprum atau kuprum aloi atau aluminium sepenuhnya, nilai
rintangan pengalir pelindung litarnya hendaklah tidak melebihi 1
ohm iaitu samalah seperti pada ujian arus ulang-alik.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/4

Semasa ujian ini dijalankan, bekalan sebenar ke litar


akhir hendaklah diputuskan. Kabel pembantu dalam ujian ini
mungkin kabel neutral atau kabel hidup litar akhir yang diuji
pengalir pelindung litarnya, tetapi bacaan nilai pengalir pelindung
litar yang didapati tidak begitu tepat.

Pengalir Pelindung litar yang diuji


( kuprum, kuprum aloi atau aluminium keseluruhannya )

Pengalir Neutral atau pengalir gantian


Yang diketahui nilai rintangannya (MΩ )

Pintaska
n

M K B

megar

Rajah 6.1 menunjukkan pemasangan yang menggunakan pengalir


pelindung litar sama ada yang dibuat daripada kuprum
aloi atau yang diperbuat daripada aluminium

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/5

iii. Ujian Arus Terus ke Pemasangan Arus Ulang Alik

Sekiranya keputusan ujian pengalir pelindung litar yang


diperolehi dengan menggunakan bekalan voltan arus ulang alik
tidak memuaskan untuk pemasangan arus ulang-alik, maka
bekalan arus terus boleh digunakan sebagai voltan bekalan
ujian tersebut dengan syarat disepanjang pengalir pelindung
litar itu tidak disambungkan dengan sebarang pearuh.

Nilai rintangan pengalir pelindung litar pada ujian ini


hendaklah tidak melebihi 0.5 ohm apabila pengalir keterusan
bumi itu menggunakan pembuluh keluli atau paip, sama ada
pada sebahagian atau pada keseluruhan pemasangan.

Jika pengalir pelindung litar itu menggunakan pengalir


kuprum aloi atau aluminium sepenuhnya, nilai rintangannya
hendaklah tidak melebihi 1 ohm.

iv. Ujian Arus Terus untuk Pemasangan Arus Terus

Apabila ujian pengalir pelindung litar pada pemasangan


arus terus hendak dilakukan, arus ujian yang diperlukan ialah
1.5 X kadaran arus litar akhir yang diuji itu dan tidak boleh
melebihi 25A.

Ujian ini juga boleh dijalankan dengan menguji tangan


yang arusnya tidak mencapai nilai arus litar yang diuji.

Langkah-langkah bagi menjalankan ujian ini serupa


dengan langkah-langkah untuk menjalankan ujian arus ulang-
alik. Rintangan pengalir pelindung litar hendaklah tidak
melebihi 1 ohm.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/6

AKTIVITI 6A
Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberi.

a. Sebutkan 4 ujian yang biasa digunakan dalam ujian keterusan.


i. ............................................................................................
ii. ............................................................................................
iii. .............................................................................................
iv. .............................................................................................

b. Terangkan secara ringkas kaedah setiap ujian-ujian di bawah.


i. Ujian arus ulang-alik
1) ............................................................................................................
2) ............................................................................................................
3) ............................................................................................................
4) ............................................................................................................
5) ............................................................................................................

ii. Ujian pengurangan arus ulang-alik


1) ............................................................................................................
2) ............................................................................................................
3) ............................................................................................................
4) ............................................................................................................
5) ............................................................................................................

iii. Ujian arus terus ke pemasangan arus ulang-alik


1) ............................................................................................................
2) ............................................................................................................
3) ............................................................................................................

iv. Ujian arus terus untuk pemasangan arus-terus


1) ............................................................................................................
2) ............................................................................................................
3) ............................................................................................................

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/7

MAKLUMBALAS
AKTIVITI 6A

a. Sebutkan 4 ujian yang biasa digunakan dalam ujian keterusan.


i. Ujian arus ulang-alik
ii. Ujian pengurangan arus ulang-alik
iii. Ujian arus terus ke pemasangan arus ulang-alik
iv. Ujian arus terus untuk pemasangan arus-terus

b. Terangkan secara ringkas kaedah setiap ujian-ujian di bawah.

i. Ujian arus ulang-alik

1) Ujian dilakukan terhadap pemasangan arus ulang-alik pada


frekuensi yang sama dengan frekuensi bekalan dan mempunyai
magnitud 1.5x kadar arus litar akhir yang sedang diuji, tetapi
arus ujian ini tidak boleh melebihi 25A.
2) Ujian ini dijalankan selepas bekalan sebenar diputuskan
daripada litar akhir yang sedang diuji.
3) Satu daripada penghujung pengalir pelindung litar yang diuji
itu hendaklah disambungkan kepada penghujung kabel yang
diketahui nilai rintangannya atau disambungkan kepada satu
daripada kabel litar akhir itu.
4) Bekalan sebanyak 50V a.u. dibekalkan kepada penghujung
pengalir pelindung litar manakala satu lagi punca bekalan
dikenakan kepada hujung kabel yang diketahui nilai
rintangannya.
5) Mengikut peraturan IEE, nilai gelung pengalir pelindung litar
hendaklah tidak lebih daripada 1 ohm, iaitu nisbah voltan
terbahagi dengan arus selepas ditolak dengan rintangan
pengalir yang diketahui nilainya.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/8

ii. Ujian pengurangan Arus Ulang-alik

1) Ujian dilakukan dengan menggunakan arus ulang-alik yang


lebih rendah daripada arus maksimum litar yang diuji itu.
2) Bekalan ini dapat diperoleh daripada penguji tangan atau
sebarang penguji yang boleh menghasilkan arus ulang-alik.
3) Nilai rintangan pengalir pelindung litar yang diperoleh dalam
ujian ini hendaklah tidak melebihi 0.5 ohm setelah ditolak
rintangan pengalir pelindung itu ialah pembuluh keluli atau
paip, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Jika pengalir
pelindung litar dibuat daripada kuprum atau kuprum aloi atau
aluminium sepenuhnya, nilai rintangan pengalir pelindung
litarnya hendaklah tidak melebihi 1 ohm iaitu samalah seperti
pada ujian arus ulang-alik.
4) Semasa ujian ini dijalankan, bekalan sebenar ke litar akhir
hendaklah diputuskan.
5) Kabel pembantu dalam ujian ini mungkin kabel neutral atau
kabel hidup litar akhir yang diuji pengalir pelindung litarnya,
tetapi bacaan nilai pengalir pelindung litar yang didapati
tidak begitu tepat.

iii. Ujian Arus Terus ke Pemasangan Arus Ulang Alik

1) Jika keputusan ujian pengalir pelindung litar yang didapati


dengan menggunakan bekalan voltan arus ulang alik tidak
memuaskan untuk pemasangan arus ulang-alik, maka bekalan
arus terus boleh digunakan sebagai voltan bekalan ujian
tersebut dengan syarat disepanjang pengalir pelindung litar
itu tidak disambungkan dengan sebarang pearuh.
2) Nilai rintangan pengalir pelindung litar pada ujian ini
hendaklah tidak melebihi 0.5 ohm apabila pengalir keterusan
bumi itu menggunakan pembuluh keluli atau paip, sama ada
pada sebahagian atau pada kesseluruhan pemasangan.
3) Jika pengalir pelindung litar itu menggunakan pengalir kuprum
aloi atau aluminium sepenuhnya, nilai rintangannya hendaklah
tidak melebihi 1 ohm.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/9

iv. Ujian Arus Terus untuk Pemasangan Arus Terus


1) Apabila ujian pengalir pelindung litar pada pemasangan arus
terus hendak dilakukan, arus ujian yang diperlukan ialah 1.5 X
kadaran arus litar akhir yang diuji itu dan tidak boleh
melebihi 25A.
2) Ujian ini juga dijalankan dengan menguji tangan yang arusnya
tidak mencapai nilai arus litar yang diuji.
3) Langkah-langkah bagi menjalankan ujian ini serupa dengan
langkah-langkah untuk menjalankan ujian arus ulang-alik.
Rintangan pengalir pelindung litar hendaklah tidak melebihi 1
ohm.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/10

INPUT
6B
4.1.2 Ujian Rintangan Penebatan

Ujian ini dilakukan ialah untuk memastikan ketahanan penebatan


antara pengalir dan ketahanan penebatan antara pengalir dengan bumi
tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar pintas. Secara ringkasnya,
bolehlah dikatakan ujian penebatan ini sabagai ujian untuk mengetahui
ketahanan penebatan kabel pada pemasangan itu semasa pemasangan
tersebut digunakan nanti, iaitu untuk memastikan sama ada litar itu
selamat daripada kebocoran arus antara pengalir atau kebocoran arus
antara pengalir dengan bumi yang mengakibatkan renjatan elektrik ke
bumi.

Ujian ini boleh dijalankan secara litar mati (belum diberikan


bekalan) iaitu dengan menggunakan penjana tangan atau alat khas yang
mengeluarkan voltan dua kali ganda bekalan pemasangan itu, tetapi tidak
melebihi 500 V a.t. Begitu juga untuk pemasangan pada voltan yang lebih
daripada voltan rendah, ini berdasarkan kehendak Peraturan IEE mengenai
kehendak-kehendak ujian pemasangan :

Ujian rintangan penebatan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:


i. Ujian rintangan penebatan antara pengalir
ii. Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/11

4.1.2.1 Ujian rintangan penebatan antara pengalir

Tujuan ujian ini dilakukan ialah untuk menguji ketahanan


rintangan penebatan antara pengalir (dua atau lebih) yang membawa arus.
Misalnya antara pengalir hidup dengan pengalir neutral bagi pemasangan 2
dawai atau antara pengalir fasa merah, biru dan kuning bagi sistem
pemasangan 3 dawai.

Oleh yang demikian dapatlah diketahui sama ada pada pengalir-


pengalir itu berlaku sebarang litar pintas atau kebocoran. Pada
pemasangan yang besar, ujian penebatan ini boleh dibuat secara kumpulan
iaitu setiap kumpulan mesti mengandungi tidak kurang daripada 50
keluaran.

Jika pemasangan itu dibuat daripada 12.5 keluaran. Disini, keluaran


dimaksudkan sebagai setiap titik keluaran seperti suis, soket alur keluar,
peralatan tetap dan sebagainya.

Semua beban yang dipasang dalam pemasangan itu hendaklah


ditanggalkan daripada sambungannya. Jika tidak boleh ditanggalkan, suis-
suis yang mengawal beban atau peralatan itu hendaklan ditutup.

Tutup suis utama dan sentuhkan kedua-dua punca alat/peranti


penguji tangan itu ke punca atas bahagian keluaran suis utama (yang
dimaksudkan di sini ialah punca hidup dan neutralnya).

Bacaan yang diperolehi daripada meter penguji itu hendaklah tidak


kurang daripada 1 megaohm, jika kurang daripada nilai tersebut bermakna
penebatan pengalir itu tidak sempurna. Sekiranya bekalan diberikan juga,
kebocoran dan litar pintas akan berlaku antara pengalir.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/12

Sekurang-kurangnya 50
keluaran untuk satu
kumpulan di pemasangan
yang besar
semua beban hendaklah
ditanggalkan dan suis-suis
kawalan dimatikan jika beban
itu tidak dapat ditanggalkan
Tanggalkan fius lain
yang bukan berada dalam L
kumpulannya N

Megar Bekalan diputuskan

N L

Bacaannya tidak kurang


daripada 1 megaohm

Rajah 6.2 Ujian penebatan antara pengalir di pemasangan 1 fasa

Alat-alat atau beban yang ditanggalkan dalam ujian tidak


perlu dilakukan ujian penebatan antara pengalirnya secara
berasingan, kerana kedua-dua punca alat/peranti penguji itu
menyentuh kedua-dua punca kabel alat tersebut dan bacaan yang
diperoleh hendaklah tidak kurang daripada 0.5 megaohm.
Jika kurang daripada nilai itu bermakna alat itu boleh
menyebabkan litar pintas apabila digunakan kelak.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/13

Bagi bekalan 3 fasa berneutral, ujian penebatan ini dilakukan


dengan 4 cara ujian iaitu:
i. Ujian penebatan pengalir neutral dengan fasa-fasa.
ii. Ujian penebatan antara pengalir fasa merah dengan pengalir-
pengalir fasa lain.
iii. Ujian penebatan antara pengalir kuning dengan pengalir-
pengalir fasa lain.
iv. Ujian penebatan antara pengalir biru dengan pengalir-
pengalir fasa lain

Kebel mudah lentur peralatan

Megar

Bacaan tidak kurang


Tanggalkan atau daripada 10 megaohm
hidupkan suisnya

Rajah 6.3 Ujian penebatan antara pengalir bagi peralatan yang


ditanggalkan

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/14

Sekurang-kurangnya 50
keluaran untuk
ohm satu
kumpulan di pemasangan
yang besar

Megar

Papan Agihan 3 Fasa

Bacaan tidak kurang daripada 1


megaohm

Rajah 6.4 Ujian penebatan antara pengalir neutral dan fasa


merah untuk
pemasangan 3 dawai a.u

4.1.2.2 Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi

Ujian ini dilakukan untuk mengetahui kekuatan penebatan


pengalir-pengalir itu supaya tidak membocorkan arus ke bumi
apabila pengalir itu diberikan bekalan nanti.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/15

Jika ujian ini tidak dilakukan dan seandainya pemasangan itu


rosak penebatannya, pengguna akan menerima padahnya lebih-lebih
lagi jika perlindungan arus bocor ke bumi tidak berkendali.

Pengguna yang terpegang rangka alat elektrik yang dibuat


daripada logam akan mendapat renjatan elektrik.
Selain itu arus bocor itu boleh mengakibatkan kebakaran jika
ia melalui bahagian yang renggang dan persekitaran bahan yang
mudah terbakar.
Bagi mengelakkan bahaya-bahaya ini, ujian penebatan antara
pengalir dan bumi perlu dijalankan agar pengguna dan pemasangan
itu selamat.

Sekurang-kurangnya 50
keluaran untuk satu
kumpulan di pemasangan
yang besar

Megar

Papan Agihan 3 Fasa

Bacaan tidak kurang daripada 1


megaohm

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/16

Rajah 6.5 Ujian penebatan antara pengalir fasa merah dengan pengalir fasa
lain untuk pemasangan 3 dawai a.u

Bagi menjalankan ujian ini langkah-langkah yang perlu dibuat


samalah seperti yang dilakukan pada ujian penebatan antara
pengalir iaitu semua beban hendaklah ditanggalkan daripada
sambungannya.
Jika tidak boleh ditanggalkan, suis yang mengawal beban itu
hendaklah ditutup.
Pengalir-pengalir yang membawa arus dicantumkan sekaligus,
umpamanya pengalir neutral dan pengalir hidup dicantumkan di
punca masuk suis utama jika belum diberikan bekalan sebenar.
Jika bekalan sebenar sudah ada, suis utama hendaklah
ditutup. Cantumkan sekali pengalir hidup dan satu punca
peranti/alat penguji ke pangkalan bumi pada papan agihan.
Bacaan yang diperoleh hendaklah tidak kurang daripada 1
megaohm.
Ujian ini boleh dilakukan secara berkumpulan dengan setiap
kumpulan terdiri daripada sekurang-kurangnya 50 titik keluaran.
Ujian begini biasanya dilakukan untuk pemasangan yang besar.

Beban-beban yang ditanggalkan dalam ujian penebatan tadi


perlu diuji penebatannya iaitu antara pengalir dan bumi secara
berasingan.
Pengalir-pengalir yang membawa arus disatukan dan kemudian
disentuh pada punca penguji sementara punca penguji yang satu lagi
disentuhkan ke punca bumi.
Bacaan yang diperolehi dalam ujian ini hendaklah tidak kurang
daripada 0.5 megaohm, jika kurang daripada nilai ini bererti
ketahanan penebatan itu tidak terjamin.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/17

Dihidupkan suisnya

Meter ohm

Bacaanya tidak kurang


Daripada nilai rintangan
Alat.

Contoh : Alat 1000 w / 240 v


Nilai rintangan alat = 2402
10000
= 57.6 ohm

Rajah 6.6 Ujian litar pintas dan keterusan bagi peralatan


yang ditanggalkan (suis alat ini dihidupkan)

Ujian rintangan penebatan antara pengalir dan bumi tidak


boleh dijalankan pada sistem pengambilan bekalan TN-C (bumi
sepusat) kerana pelindung dan neutralnya adalah sepunya
(bercantum)(PEN) di sepanjang sistem itu (tiada pengalir bumi).
Sekurang-kurangnya
50 keluaran bagi satu
Kumpulan di pemasangan yang
besar dan semua beban mestilah
ditanggalkan jika boleh atau
matikan suis yang mengawal beban
itu

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/18

Papan Agihan

Tanggalkan fius
lain yang bukan
dalam kumpulannya

mager

Rajah 6.7 Ujian penebatan antara pengalir dengan bumi


di pemasangan 4 dawai a.u

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/19

AKTIVITI 6B

Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberi.

Tuliskan tujuan ujian rintangan penebatan.


............................................................................................

b. Terangkan mengapakah ujian perlu dijalankan pada sesuatu pemasangan?


............................................................................................................

c. Dua bahagian ujian rintangan penebatan ialah :


................................................................................................
................................................................................................

d. Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi dilakukan dengan


tujuan :
...................................................................................................................

e. Bacaan yang diperolehi dalam ujian litar pintas bagi peralatan yang di
tanggalkan dari punca bekalan ialah :

i. 0.5 mega ohm


ii. 5.0 mega ohm
iii. 0.5 kilo ohm
iv. 50 kilo ohm

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/20

MAKLUMBALAS
AKTIVITI 6B

Tuliskan tujuan ujian rintangan penebatan.


Untuk memastikan ketahanan penebatan antara pengalir dan
ketahanan penebatan antara pengalir dengan bumi tidak berlaku sebarang
kebocoran atau litar pintas.

b. Terangkan mengapakah ujian perlu dijalankan pada sesuatu pemasangan?


Tujuannya ialah untuk mengesan sebarang kerosakan sebelum
bekalan sebenar diberikan bagi menjamin keselamatan sesuatu
pemasangan.

c. Dua bahagian ujian rintangan penebatan ialah :


i. Ujian rintangan penebatan antara pengalir
ii. Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi

d. Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi dilakukan dengan


tujuan :
Ujian ini dilakukan untuk mengetahui kekuatan penebatan pengalir-
pengalir itu supaya tidak membocorkan arus ke bumi apabila pengalir itu
diberikan bekalan.

e. Bacaan yang diperolehi dalam ujian litar pintas bagi peralatan yang di
tanggalkan dari punca bekalan ialah :

i. 0.5 mega ohm


ii. 5.0 mega ohm
iii. 0.5 kilo ohm
iv. 50 kilo ohm

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/21

INPUT
6C
4.1.3 Ujian Kekutuban
Tujuan utama ujian ini dilakukan ialah untuk memastikan
semua alat kawalan satu kutub seperti fius, suis satu hala-satu
kutub, termostat dan sebagainya berada pada pengalir hidup.
Ujian ini juga adalah untuk memastikan sambungan tepi
pemegang lampu Edison, bahagian kiri soket alur keluar dan dalam
palam berada pada pengalir neutral. Ringkasnya, ujian ini ialah
untuk memastikan sambungan kekutuban berada pada tempat yang
betul.

Ada arus walaupun suis Tiada arus selepas


dimatikan suis dimatikan

H H
N N

Kekutuban yang salah Kekutuban yang betul

Rajah 6.8 Kekutuban yang betul dan salah

4.1.3.1 Ujian Litar Mati

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/22

Litar mati bermakna litar pemasangan ini belum diberikan


bekalan. Jika bekalan di pemasangan itu telah ada, tutupkan dahulu
suis utamanya.

Ujian kekutuban semasa litar mati boleh dilakukan dengan


menggunakan meter ohm, loceng elektrik dan sebarang alat penguji
keterusan.

Untuk menjalankan ujian ini, punca hidup pada bekalan masuk


selepas suis utama hendaklah dipastikan terlebih dahulu , kerana
punca ini akan menjadi panduan dan rujukan dalam ujian yang akan
dilakukan nanti.

Satu daripada punca penguji hendaklah diletakkan ke punca


hidup selepas suis utama itu, sementara yang satu lagi disentuh
kepada setiap bahagian yang hendak diketahui kekutubannya
seperti di fius, kotak agihan, suis, lampu, soket alur keluar dan
sebagainya.

Bagi menunjukkan kekutubannya betul, alat/peranti penguji


akan berkendali iaitu jika diuji dengan menggunakan loceng, loceng
itu akan berbunyi.

Jika diuji dengan menggunakan lampu, lampu itu akan


menyala. Jika diuji dengan menggunakan meter ohm, meter
tersebut akan menunjukkan bacaan yang kurang daripada 1 ohm.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/23

Rajah 6.9 Kekutuban pengalir hidup (ujian litar mati)

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/24

Adalah perlu diingat semasa melakukan ujian ini, semua alat


seperti lampu serta alat mudah alih ( contohnya kipas angin ),
hendaklah ditanggalkan daripada titik atau palamnya untuk
mengelakkan kekeliruan semasa menjalankan ujian nanti kerana
loceng, lampu atau alat meter ohm akan berkendali meskipun litar
itu salah kekutubannya.

Jika alat-alat itu tidak dapat ditanggalkan, suis yang


mengawalnya hendaklah ditutup.

Kekutuban yang dibincangkan dalam ujian di atas hanyalah


untuk kekutuban pengalir hidup.

Jika kekutuban pengalir neutral hendak diuji, satu daripada


punca alat /peranti penguji hendaklah disentuhkan ke punca neutral
suis utama dan satu lagi punca alat/peranti penguji digunakan untuk
menjalankan ujian –ujian kekutuban neutral.

Punca alat/peranti penguji akan disentuhkan pada setiap alat


yang perlu diketahui kekutuban neutralnya seperti pada soket alur
keluar, ros siling , sentuhan luar pemegang lampu Edison dan
sebagainya.

Alat /peranti penguji akan berkendali jika kekutubannya


betul.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/25

Rajah 6.10 Kekutuban pengalir neutral (ujian litar mati)

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/26

4.1.3.2 Ujian Litar hidup

Litar hidup bermakna pemasangan ini telah menerima voltan


bekalan yang sebenarnya. Ujian litar hidup ini dapat dijalankan sama
ada dengan menggunakan alat/peranti penguji seperti lampu penguji
240 V (atau mengikut voltan bekalan) atau menggunakan meter volt
atau loceng yang berkendali pada voltan 240 V (atau mengikut
voltan bekalan) atau menggunakan sebarang penguji keterusan yang
boleh berkendali pada voltan 240 V(atau mengikut voltan bekalan
pada pemasangan itu).

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/27

Tanggalkan
Soket alur Beban
keluar

Suis Utama
dihidupkan
( Lampu 240 volt/meter volt )

Hasilnya (menyala/memberikan bacaan voltan bekalan)

Rajah 6.11 Kekutuban pengalir hidup dengan ujian litar hidup

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/28

Ujian litar hidup ini juga sama dengan ujian litar mati iaitu
punca hidup dan punca neutral pada suis utama hendaklah dikenal
pasti.

Setelah itu sentuhkan satu punca penguji tadi kepada punca


neutral pada suis utama itu, tidak pada punca hidup seperti yang
dilakukan pada ujian litar mati.

Satu lagi punca penguji disentuhkan kepada setiap tempat


yang diuji kekutuban pengalir hidupnya, seperti pada kotak agihan,
suis satu kutub, soket alur keluar dan sebagainya.

Untuk menguji kekutuban itu betul, alat/peranti penguji


akan berkendali.

Jika lampu digunakan sebagai penguji, lampu itu akan


menyala. Jika menggunakan meter volt, meter volt tersebut akan
menunjukkan bacaan voltan bekalan.

Begitu juga jika penguji dengan menggunakan alat-alat lain.


Jika alat/peranti penguji itu tidak berkendali, bererti litar itu
terputus sambungannya atau mungkin sambungannya longgar atau
salah kekutubannya.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/29

Rajah 6.11 Ujian kekutuban pengalir neutral dengan ujian litar hidup

Ujian kekutuban yang dibincangkan di atas hanyalah untuk


kekutuban pengalir hidup. Jika ujian kekutuban pengalir neutral
hendak dibuat, alat/peranti penguji pada suis utama itu hendaklah
diubah daripada punca neutral kepunca hidup dan punca alat/peranti
penguji yang satu lagi disentuhkan kepada alat-alat yang hendak
diuji kekutubannya.

Alat/peranti penguji itu memperolehi litar yang lengkap.


Ujian kekutuban dengan litar hidup ini serupa juga dengan ujian
pada litar mati. Semua beban yang boleh ditanggalkan dari
sambungannya hendaklah ditanggalkan. Jika tidak boleh
ditanggalkan, suis yang mengawal alat tersebut hendaklah ditutup
supaya kerja-kerja ujian mudah dilakukan dan sebarang kekeliruan

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/30

dapat dielakkan. Ujian secara litar hidup lebih bahaya daripada


ujian secara litar mati. Oleh itu ujian ini hendaklah dijalankan
dengan berhati-hati dan dilakukan oleh orang yang berkelayakan
sahaja sebagaimana yang telah ditetapkan dalam peraturan IEE.

4.1.4 Ujian keterusan litar gelang

Ujian ini bertujuan bagi memastikan setiap pengalir pada


litar gelang mempunyai keterusan yang baik. Dalam perkataan lain
pengalir pada litar gelang ini seolah-olah seperti gelang yang tidak
putus dan rintangannya hampir sifar. Ujian ini perlu dijalankan pada
setiap pengalir litar termasuk pengalir pelindung litar bagi litar
gelang itu. Ujian ini dapat dijalankan dengan dua kaedah. Kedua-dua
kaedah ini menggunakan meterohm tetapi cara pengambilan bacaan
adalah berbeza.

6.1.4.1 Kaedah A.

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengukur


rintangan setiap pengalir litar gelang itu di antara kedua dua hujung
pengalir itu yang terbuka dan belum bersambung dengan unit
pengguna (pengalir fasa, neutral dan pengalir pelindung). Catatkan
bacaan setiap pengalir, lihat Rajah 6.12 (a).

Langkah kedua ialah menyambungkan hujung setiap pengalir


litar gelang itu kepada unit pengguna dan tutupkan suis pemutus
litar atau tanggalkan fius litar akhir gelang yang sedang diuji pada
unit pengguna itu.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/31

Langkah ketiga ialah mengukur rintangan di antara pangkalan


unit pengguna dengan titik tengah litar gelang itu bagi setiap
pengalir. Catatkan bacaannya, lihat Rajah 6.12 (b). Perlu diingat,
titik tengah gelang itu diambil berdasarkan panjang pendawaian
bukan pada keseimbangan beban dan nilai rintangan yang diperoleh
hendaklah ditolak dengan nilai rintangan dawai penguji bagi
memperoleh bacaan sebenar. Bacaan yang sepatutnya diperoleh
ialah seperempat daripada bacaan yang diperolehi daripada langkah
pertama. Disebabkan pada langkah pertama pengalir-pengalir itu
disambung secara siri dengan meter ohm, oleh itu langkah keempat
ini merupakan pengukuran rintangan pengalir yang disambung selari,
lihat Rajah 6.12 (c). Sebagai contoh, jika ujian pertama memberikan
bacaan 2R, maka separuh daripadanya ialah R. Jika disambung selari
pula bacaan rintangan menjadi R/2=1/4 x 2R.

6.1.4.2 Kaedah B

Langkah pertama ujian bagi kaedah ini sama seperti langkah


pertama ujian bagi kaedah A, begitu juga dengan langkah keduanya.

Langkah ketiga ialah menyambungkan ketiga-tiga punca soket


alur keluar yang berhampiran dengan titik tengah gelang dan ukur
rintangan pangalir antara punca-punca sambungan fasa neutral dan
catatkan nilainya. Nilai ini sepatutunya separuh daripada nilai yang
diperoleh daripada ujian pada langkah pertama tadi ( lihat rajah
dibawah 3 ). Jika pengalir pelindung litar gelang ini didawaikan
dalam bentuk gelang (laluan pergi dan balik kabel berasingan), ujian
rintangan boleh dibuat antara punca fasa dan punca pengalir
pelindung pada unit pengguna dan nilai yang diperoleh hendaklah
dalam anggaran jumlah seperempat nilai rintangan pengalir fasa dan
pengalir pelindung dalam ujian langkah pertama.

Ujian keterusan litar gelang kaedah B mempunyai beberapa


kelebihan, antaranya ialah dawai penguji tambahan tidak
diperlukan. Dengan itu pengukuran rintangan dawai ini dan penolakan
nilai rintangan pengalir yang diuji tidak perlu dilakukan.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/32

Catatan.
Beban yang disambungkan ke soket alur keluar hendaklah
ditanggalkan. Semasa ujian dijalankan bekalan hendaklah
diputuskan.

Rajah 6.12(a) Menguji Keterusan ( Rintangan ) Litar Gelang

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/33

Rajah 6.12(b) Mengukur rintangan pengalir pada titik tengah litar gelang

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/34

Rajah 6.12(c) Mengukur rintangan pengalir selari litar gelang

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/35

AKTIVITI 6C

Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberi.

Apakah tujuan ujian kekutuban?


...........................................................................................................................

b. Namakan dua jenis ujian kekutuban.


i. ................................................................................................................
ii. ................................................................................................................

c. Terangkan secara ringkas kaedah ujian di bawah:


i. Ujian Litar Mati
.................................................................................................................
.................................................................................................................
.................................................................................................................
.................................................................................................................
.................................................................................................................
.................................................................................................................
.................................................................................................................

ii. Ujian Litar Hidup


.................................................................................................................
.................................................................................................................
.................................................................................................................
.................................................................................................................
.................................................................................................................
.................................................................................................................
.................................................................................................................

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/36

MAKLUMBALAS
AKTIVITI 6C

a. Apakah tujuan ujian kekutuban?


Tujuan utama ujian ini dilakukan ialah untuk memastikan semua alat
kawalan satu kutub seperti fius, suis satu hala-satu kutub, termostat dan
sebagainya berada pada pengalir hidup.

b. Namakan dua jenis ujian kekutuban.


i. Ujian Litar Mati
ii. Ujian Litar Hidup

c. Terangkan secara ringkas kaedah ujian di bawah:


i. Ujian Litar Mati
1) Pastikan punca hidup pada bekalan masuk selepas suis utama
sebagai panduan dan rujukan dalam ujian yang akan dilakukan
nanti.
2) Satu daripada punca penguji hendaklah diletakkan ke punca
hidup selepas suis utama itu, sementara yang satu lagi
disentuh kepada setiap bahagian yang hendak diketahui
kekutubannya seperti di fius, kotak agihan, suis, lampu,
soket alur keluar dan sebagainya.
3) Bagi menunjukkan kekutubannya betul, alat/peranti penguji
akan berkendali iaitu jika diuji dengan menggunakan loceng,
loceng itu akan berbunyi. Jika diuji dengan menggunakan
lampu, lampu itu akan menyala. Jika diuji dengan
menggunakan meter ohm, meter tersebut akan menunjukkan
bacaan yang kurang daripada 1 ohm.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/37

ii. Ujian Litar Hidup

1) Pastikan punca hidup dan punca neutral pada suis utama.

2) Sentuhkan satu punca penguji tadi kepada punca neutral pada


suis utama itu. Satu lagi punca penguji disentuhkan kepada
setiap tempat yang diuji kekutuban pengalir hidupnya, seperti
pada kotak agihan, suis satu kutub, soket alur keluar dan
sebagainya.

3) Untuk menguji kekutuban itu betul, alat/peranti penguji akan


berkendali. Jika lampu digunakan sebagai penguji, lampu itu
akan menyala. Jika menggunakan meter volt, meter volt
tersebut akan menunjukkan bacaan voltan bekalan. Begitu juga
jika penguji dengan menggunakan alat-alat lain. Jika
alat/peranti penguji itu tidak berkendali, bererti litar itu
terputus sambungannya atau mungkin sambungannya longgar
atau salah kekutubannya.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/38

INPUT
6D
4.1 Jujukan Ujian

Mengikut kehendak IEE jujukan ujian yang dicadangkan adalah seperti


berikut:

1. Ujian keterusan litar akhir gelang.


2. Menguji keterusan pengalir pelindung dan pengikat.
3. Mengukur rintangan elektrod buminya.
4. Mengukur rintangan penebatan termasuk pemasangan di
kawasan pembinaan.
5. Memeriksa pelindungan yang diberikan oleh penutup atau
sawar.
6. Mengukur penebatan lantai atau dinding yang tidak
menjadi pengalir.
7. Menentukan kekutuban.
8. Mengukur galangan gegelung rosak ke bumi.
9. Menguji kendalian pemutus litar bocor ke bumi.

4.2.1 Ujian keterusan litar gelang

Tujuan ujian ini ialah untuk memastikan kesemua kabel dan pengalir
di litar itu mempunyai keterusan yang baik. Terdapat dua cara bagaimana
ujian ini dijalankan iaitu :

i. menguji di pangkalan litar iaitu di kotak agihan


ii. menguji di pangkalan dan di pertengahan litar.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/39

Bacaan keterusan pengalir = Bacaan ‘A’ = Bacaan ‘B’ - Bacaan ‘C’


4

Bacaan keterusan pengalir = Bacaan ‘A’ + Bacaan ‘B’


4 4

4.2.2 Menguji keterusan pengalir pelindung

Ujian ini dijalankan bagi memastikan pengalir pelindung itu betul


sambungnnya dan mempunyai sambungan baik (waras) dari segi elektrik
dan mekanik. Rintangan pengalir pelindung itu mestilah tidak melebihi had
agar galangan gegelung rosak ke bumi mencukupi untuk membolehkan
peranti pelindung arus lebih bekerja.
Ujian ini boleh dijalankan dengan menggunakan meter universal
(ohm) atau menggunakan bekalan A.U. atau A.T. tidak melebihi 50 volt, 25
Amp.

4.2.3 Mengukur rintangan penebatan

Dengan mengukur rintngan penebatan, dapatlah diketahui sama ada


litar itu tidak berlitar pintas atau bocor atau dalam erti kata yang lain
adakah penebat kabel pemasangan itu dapat membenteras arus agar tidak
keluar daripada lingkungan pengalir kabel.

Alat penguji rintangan penebatan ini hendaklah mampu


membekalkan voltan a.t. pada kadar tidak kurang daripada dua kali ganda
voltan bekalan litar yang diuji tetapi tidak perlu melebihi 500 V jika
pemasangan itu menggunakan bekalan 500 V.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/40

Ujian ini boleh dijalankan bagi keseluruhan pemasangan itu kecil.


Oleh sebab suis, pemasangan lampu, soket alur keluar dan kelengkapan
elektrik yang lain menjadi punca utama kebocoran, bilangan penebatan
menjadi penentu kumpulan ujian penebatan yang sepatutnya dijalankan.
Bilangan minimum setiap kumpulan ialah 50.

Terdapat dua jenis ujian penebatan, iaitu:


i. penebatan di antara pengalir berbumi dan pengalir-pengalir
tidak berbumi (pengalir hidup dan neutral atau fasa merah,
biru dan kuning)
ii. Penebatan di antara pengalir fasa dengan pengalir neutral
atau di antara pengalir fasa merah, biru dan kuning.

4.2.4 Memeriksa pelindung yang diberikan oleh penutup atau sawar

Penutup atau sawar ini digunakan untuk melindungi bahagian


pengalir yang membawa arus daripada bersentuh secara langsung.
Penutup dan sawar ini hendaklah mengikut BS 5490 di mana lubang
atau ruang tidak terlalu besar. Terdapat dua jenis yang perlu
diperiksa iaitu:
i. 1P2X – Sebarang sentuhan tidak boleh dilakukan
dengan ‘probe’ melebihi diameter 12 mm dan panjang
kurang daripada 80 mm ( saiz jari manusia )
ii. 1P4X – Pelindungan yang lebih halus kecuali daripada
benda yang tebalnya 1 mm atau berdiameter 1 mm.

4.2.5 Mengukur penebatan lantai atau dinding yang tidak menjadi


pengalir.

Ujian ini dijalankan apabila sesuatu tempat yang bukan


pengalir dijadikan pelindung daripada kejutan. Ketiga-tiga poin dari
lantai atau dinding tempat itu hendaklah diuji dan jarak di
antaranya dalam anggaran 1 meter dan 1.2 meter dari bahagian
pengalir yang terdedah seperti paip air, pembuluh gas dan
sebagainya.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/41

Bacaan ujian ini mestilah tidak kurang daripada 50 kohm bagi


bekalan biasa atau tidak melebihi 100 kohm bagi bekalan 500 –
1000 volt.

4.2.6 Menentukan kekutuban

Ujian ini dijalankan bagi memastikan perkara berikut dipatuhi:


i. Semua suis atau kawalan satu kutub fius atau pemutus
litar disambungkan hanya pada pengalir fasa (hidup).
ii. Sentuhan luar atau bahagian skru pemegang lampu skru
edison disambungkan pada pengalir neutral atau bumi
dan sentuhan tengah pemegang lampu itu
disambungkan pada pengalir fasa.
iii. Bagi semua jenis soket alur keluar, bahagian pin
sebelah kiri atau bertanda ‘N’ ke pengalir neutral dan
pin yang bertanda ‘E’ ke pengalir pelindung.

Ujian ini mestilah dijalankan sewaktu semua suis berada pada


kedudukan hidup dan kesemua beban ditanggalkan atau diputuskan
litarnya.

Ujian kekutuban ini boleh dijalankan dengan menggunakan


meter ohm atau bateri dan loceng sewaktu bekalan belum
disambungkan. Ujian ini sebenarnya menguji keterusan sambungan
setiap pengalir dari suis utama atau papan agihan ke suis soket alur
keluar dan sebagainya yang hendak diketahui kekutubannya.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/42

4.2.7 Menguji kendalian pemutus litar bocor ke bumi

Ujian ini hanyalah untuk memastikan alat pelindungan arus


bocor kebumi bekerja jika berlaku sebarang kebocoran arus ke
bumi. Oleh kerana itu, alat yang digunakan sebagai penguji mestilah
daripada jenis yang dapat memberikan arus bocor ke bumi pada
kadar yang paling minimum. Biasanya peranti pelindung bocor ke
bumi akan bekerja pada kadar voltan tidak melebihi 50 volt di
antara bumi dengan pengalir fasa. Ujian ini hendaklah dijalankan
sesingkat yang boleh bagi mengelakkan bahaya kebocoran yang
mungkin terjadi sekiranya peranti pelindungan itu tidak bekerja.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/43

AKTIVITI 6D

Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut :-

a. Mengikut kehendak IEE jujukan ujian yang dicadangkan adalah:


i. .............................................
ii. .............................................
iii. .............................................
iv. .............................................
b. Tujuan ujian keterusan litar gelang adalah
............................................................................................................

c. Dua jenis ujian penebatan ialah :


i. ...........................................................
ii. ...........................................................

d. Kenyataan di bawah merupakan keterangan yang tepat bagi


ujian..............
i. Semua suis atau kawalan satu kutub fius atau pemutus litar
disambungkan hanya pada pengalir fasa (hidup).
ii. Sentuhan luar atau bahagian skru pemegang lampu skru
edison disambungkan pada pengalir neutral atau bumi dan
sentuhan tengah pemegang lampu itu disambungkan pada
pengalir fasa.
iii. Bagi semua jenis soket alur keluar, bahagian pin sebelah kiri
atau bertanda ‘N’ ke pengalir neutral dan pin yang bertanda
‘E’ ke pengalir pelindung.

a. ujian kekutuban
b. ujian keterusan

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/44

c. ujian rintangan penebatan


d.ujian pengalir perlindungan

MAKLUMBALAS
AKTIVITI 6D

a.Mengikut kehendak IEE jujukan ujian yang dicadangkan adalah:


i. Ujian keterusan litar akhir gelang.
ii. Menguji keterusan pengalir pelindung dan pengikat.
iii. Mengukur rintangan elektrod buminya.
iv. Mengukur rintangan penebatan termasuk pemasangan di
kawasan pembinaan.

b.Tujuan ujian keterusan litar gelang adalah


Untuk memastikan kesemua kabel dan pengalir di litar itu
mempunyai keterusan yang baik.

c.Dua jenis ujian penebatan ialah :


i. penebatan di antara pengalir berbumi dan pengalir-
pengalir tidak berbumi (pengalir hidup dan neutral atau
fasa merah, biru dan kuning)
ii. Penebatan di antara pengalir fasa dengan pengalir
neutral atau di antara pengalir fasa merah, biru dan
kuning.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/45

d.Kenyataan di bawah merupakan keterangan yang tepat bagi ujian?

i. Semua suis atau kawalan satu kutub fius atau pemutus litar
disambungkan hanya pada pengalir fasa (hidup).

ii. Sentuhan luar atau bahagian skru pemegang lampu skru


edison disambungkan pada pengalir neutral atau bumi dan
sentuhan tengah pemegang lampu itu disambungkan pada
pengalir fasa.

iii. Bagi semua jenis soket alur keluar, bahagian pin sebelah kiri
atau bertanda ‘N’ ke pengalir neutral dan pin yang bertanda
‘E’ ke pengalir pelindung.

aa. ujian kekutuban


b. ujian keterusan
c. ujian rintangan penebatan
d. ujian pengalir perlindungan

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/46

FAKTA KUNCI
UJIAN DEFINISI KAEDAH
1. Ujian Litar - Litar pemasangan 1. Tentukan punca hidup sebagai
Mati ini belum diberikan rujukan.
bekalan. 2.Satu daripada punca penguji
diletakkan ke punca hidup
selepas suis utama.
3.Punca pengujian yang satu lagi
disentuhkan kepada setiap
bahagian yang hendak diuji
kekutubannya sepeti fius, kotak
agihan, suis, lampu dan soket alur
keluar.
2. Ujian Litar - Litar pemasangan 1. Tentukan punca hidup dan
Hidup ini telah menerima punca neutral.
voltan bekalan. 2. Sentuhkan satu punca penguji
kepada punca neutral.
3. Sentuhkan satu punca yang satu
lagi kepada setiap tempat yang
diuji kekutuban pengalir hidupnya
seperti pada kotak agihan, suis
satu kutub, soket alur keluar dan
sebagainya.

3. Ujian keterusan -memastikan -Ujian arus ulang-alik


keterusan dari -Ujian pengurangan arus ulang-alik
satu hujung kabel -Ujian arus terus ke pemasangan
ke hujung lain arus ulang-alik

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/47

kabel tersebut. -Ujian arus terus untuk


pemasangan arus-terus

4.Ujian Rintangan -Ujian ini dilakukan - Ujian rintangan penebatan antara


Penebatan ialah untuk pengalir
memastikan - Ujian rintangan penebatan antara
ketahanan pengalir dengan bumi
penebatan antara
pengalir dan
ketahanan
penebatan antara
pengalir dengan
bumi tidak berlaku
sebarang
kebocoran atau
litar pintas

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/48

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

SELAMAT MENCUBA

1. Ujian yang dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui kedudukan suis, fius
dan alat kawalan satu kutub yang lain berada pada dawai hidup disebut sebagai
a.ujian keterusan
b.ujian rintangan penebatan
c.ujian kekutuban
d.ujian mata kasar

2. Berapakah jumlah voltan yang diperlukan untuk menjalankan ujian penebatan


pada pemasangan voltan sederhana?
a. kurang dari 415 v
b. kurang dari 240 v
c. tidak melebihi 500 v
d. tidak melebihi 110 v

3. Bilakah pemutus litar bocor ke bumi digunakan di sesuatu pemasangan


a. Apabila berlaku arus bocor ke bumi pada sesuatu pemasangan
b. Apabila berlaku kerosakan pada alatan yang menyebabkan arus
bocor ke bumi
c. Apabila pelindung arus lebih litar itu tidak boleh berkendali
ketika berlaku arus bocor ke bumi akibat dari nilai galangan
gelung buminya yang tinggi
d. Apabila berlaku kebocoran arus lebih dari satu tempat pada
sesuatu pemasangan.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/49

4.Tujuan menjalankan ujian rintangan penebatan pada sesuatu pemasangan ialah

a.......................................................................................................................................

b.......................................................................................................................................

c.......................................................................................................................................

5. Lakukan latihan berdasarkan kepada lembaran kerja BIL. D KRITIKAL SKIL 1


dan KRITIKAL SKIL 2.

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/50

MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI

Sudahkah anda mencuba?


Jika YA sila semak jawapan dibawah
Jika TIDAK sila selesaikan bahagian penilaian kendiri terlebih dahulu.

Jawapan

1. Ujian yang dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui kedudukan suis, fius
dan alat kawalan satu kutub yang lain berada pada dawai hidup disebut sebagai
a.ujian keterusan
b.ujian rintangan penebatan
c.ujian kekutuban
d. ujian mata kasar

2. Berapakah jumlah voltan yang diperlukan untuk menjalankan ujian penebatan


pada pemasangan voltan sederhana?
a. kurang dari 415 v
b. kurang dari 240 v
c. tidak melebihi 500 v
d. tidak melebihi 110 v

ST/FB/RM/KKT/2004
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/51

3. Bilakah pemutus litar bocor ke bumi digunakan di sesuatu pemasangan


a. apabila berlaku arus bocor ke bumi pada sesuatu pemasangan
b. apabila berlaku kerosakan pada alatan yang menyebabkan arus
bocor ke bumi
c. apabila pelindung arus lebih litar itu tidak boleh berkendali
ketika berlaku arus bocor ke bumi akibat dari nilai galangan
gelung buminya yang tinggi
d. apabila berlaku kebocoran arus lebih dari satu tempat pada
sesuatu pemasangan.

4.Tujuan menjalankan ujian rintangan penebatan pada sesuatu pemasangan ialah :


a. memastikan tidak berlakunya litar pintas antara pengalir hidup
dan neutral
b. tidak ada kebocoran antara pengalir dan bumi
c. menguji ketahanan penebatan dari segi keupayaan voltannya.

5. Rujuk Lampiran

ST/FB/RM/KKT/2004