Anda di halaman 1dari 3

SJK(T) KAMPUNG BARU BATU MATANG

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA 2/2014



Mata Pelajaran / Program / Panitia : Keselamatan
Tarikh : 21 April 2014
Masa : 2.00 - 3.00ptg
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Penasihat : EN.Andrew Jacob Dyriam (Guru Besar)
Pengerusi : Pn.Puvanasveri (Guru Kanan HEM)
Setiausaha : Cik. M. Kasturi
Kehadiran Bilangan : Semua Hadir
Nama yang hadir : Pn.P.Kalaivani (Guru Kanan)
Pn. Helen (Guru Kanan Koko)
Pn. Nithya
Pn. M.Subasini
Pn. C.Gunavathy
Pn. R.Suganeswari
Pn.K.Umadevi
Cik. J. Punitha

Nama yang tidak hadir : Tiada
Hadir bersama : EN.Andrew Jacob Dyriam (Guru Besar)

1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan
terima kasih kepada semua guru yang menghadirkan diri pada mesyuarat
kali ini.

1.2 Berharap agar dapat mendapat sokongan semua guru dalam
menjayakan segala program supaya dapat meningkatkan kesedaran murid
murid tentang penjagaan keselamatan mereka.

1.3 Jawatankuasa sekolah selamat perlu menyemak manual sekolah
selamat dan memeriksa persekitaran sekolah untuk memastikan
keselamatan pelajar.


Tindakan : Semua Guru





2.0 Ucapan Penasihat

2.1 Memberi kata kata semangat kepada semua guru bagi menjayakan
segala aktiviti yang dirancang dan diminta teruskan sokongan terhadap
aktiviti yang akan datang.

Tindakan : Semua Guru

3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas.

3.1 Setiausaha telah membentangkan minit mesyuarat yang lepas.

cadangan : Pn. Suganeswari
disokong : Pn. Gunavathy
Tindakan : Semua Guru

4.0 Perkara berbangkit

- Tiada perkara berbangkit

Tindakan : Semua Guru


5.0 Program Peningkatan

5.1 Jawatankuasa keselamatan sekolah hendaklah memastikan maklumat
berhubung dengan cara-cara menyelamatkan diri daripada bencana
ketika berada di kawasan sekolah disampaikan kepada semua warga
sekolah. Ini penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku di dalam
kawasan sekolah terutamanya jika ada bencana yang melanda seperti
kebakaran dan sebagainya.
5.2 Latihan larian kecemasan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 2
kali setahun. Laporan hendaklah disediakan mengikut ketetapan.
5.3 Pihak sekolah bercadang untuk memanggil pihak Bomba bagi
menyampaikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api
dengan betul.
5.4 Jawatankuasa juga diingatkan agar menyediakan peta laluan
kecemasan dan ditampal di semua bangunan.
Tindakan : Semua Guru

6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
hadir.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4 petang.

Tindakan : Semua Guru















Disediakan oleh, Disahkan oleh,


CIK. KASTURI MUNIANDY EN. ANDREW JACOB DYRIAM
SETIAUSAHA GURU BESAR

Anda mungkin juga menyukai