Anda di halaman 1dari 18

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

1

Bab 3
BERMASALAH MENULIS ATAU
DISGRAFIA







3.1 Mukadimah
3.2 Pentingnya Penulisan
3.3 Apakah disgrafia?
3.4 Tanda-Tanda Disgrafia
3.5 Genggeman Pensel
3.6 Cara Mengatasi Genggaman Pensel yang Tidak Efisyen
3.7 Kajian Kes
3.8 Membantu Kanak-Kanak Disgrafia















HASIL PEMBELAJARAN
a) Menjelaskan maksud disgrafia
b) Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak disgrafia
c) Membezakan antara cara-cara genggaman pensel
d) Menerangkan langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah menulis



Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal
semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penyatuan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini
kerana, penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan
tulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjelaskan konsep, jenis pendekatan
dan teknik dalam kemahiran menulis serta beberapa contoh bahan pengajaran yang berkaitan.
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
2



Dalam Topik ini, kita membincang dengan mendalam mengenai disgrafia. Tumpuan ialah
mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak disgrafia dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk
membantu kanak-kanak digrafia.



Ramai orang tidak memikirakan tentang
kerumitan dan kesukaran proses penulisan.
Semasa belajar menulis, kanak-kanak
dikehendaki menggabungkan proses fizikal
(menulis) dan proses kognitif (memperoleh idea)
yang kompleks untuk menghasilan huruf,
perkataan dan ayat yang surat. Pada peringkat
yang lebih tinggi kanak dikehendaki
menggunakan rangkaian kemahiran yang lebih sukar tidak hanya menulis dengan jelas dan
secara logikal tetapi juga menggunakan peraturan tatabahasa dan sintaksis dengan betul.
Kombinasi keperluan ini membuat kemahiran menulis suatu aktivti yang paling kompleks
serta sukar.
Ia mungkin menerangkan mengapa sesetengah orang dewasa telah memilih pekerjaan yang
tidak banyak memerlukan kemahrian menulis. Kanak-kanak tidak mempunyai pilihan kerana
sejak prasekolah mereka dikehendaki menulis setiap hari. Kadang-kala kanak-kanak lebih
banyak menulis berbanding dengan membaca. Sejauh manakah ini benar di prasekolah anda?
Apabila kanak-kanak ini masuk sekolah rendah, kegiatan menulis bertambah banyak kerana
mereka dikehendaki menulis esei, menjawab soalan ujian yang memerlukan penulisan
perenggan pendek, membuat kerja rumah dan sebagainya.
Menurut Levine (1993), kanak-kanak pada
peringkat umur taska dan tadika
berpura-pura menulis
mula sedar bahawa huruf boleh disusun
untuk menjadikan perkataan
mula menyusun huruf-huruf dan bentuk
dalam satu barisan
mula menulis huruf dan nombor.
1.1
Mukadimah
3.1
1.1
Pentingnya penulisan
3.2
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
3

Seperti semua masalah pembelajaran, bermasalah menulis boleh menjejas pencapaian
akademik serta harga diri kanak-kanak dan masa depan mereka. Sekolah memerlukan tahap
kecekepan kemahiran menulis yang agak tinggi. Kanak-kanak yang menghadapi kesukaran
meluahkan pengetahuan dan perasaannya dalam penulisan mereka akan mendapati sukar
menguasai ilmu dalam semua mata pelajaran.
.


Kemahiran menulis merupakan salah satu keupayaan atau kebolehan yang perlu dikuasai
pada peringkat permulaan pembelajaran. Kecekapan menulis penting bagi setiap kanak-kanak
kerana kegagalan berbuat demikian boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan
pencapaian akademik. Malangnya, sekelompok kanak-kanak menghadapi masalah menulis
atau disgrafia. Perkataan disgrafia dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris
dysgraphia yang merupakan salah satu masalah pembelajaran yang mempengaruhi penulisan.
Dysgraphia terdiri daripada dua perkataan Greek; iaitu dys yang bermaksud masalah dan
graphia yang bermaksud tulisan tangan.

Definisi bagi disgrafia adalah luas dan lazimnya ditakrifkan sebagai masalah pembelajaran
yang sering dikaitkan dengan kesukaran dalam mengeja, tulisan tangan yang tidak kemas,
tidak betul dan sukar dibaca serta bermasalah dalam memindahkan maklumat pada kertas. Ini
adalah kerana menulis memerlukan satu set kemahiran motor halus dan kemahiran
memproses maklumat (Deuel, 1995). Secara amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini adalah
seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul, mudah penat apabila menulis atau
menyalin ayat, pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan (contoh: Sabtu dan sabut),
ayat yang tidak lengkap, susunan ayat tidak kemas dan seragam serta menunjukkan ciri-ciri
tingkah laku seperti mengelak apabila diarahkan menulis pada papan putih dan membaca
(Yusup Malie & Walter Alvin Jiniti, 2010).
JENIS DISGRAFIA
Terdapat tiga kategori disgrafia yang dikenal pasti iaitu:
Dyslexic Dysgraphia yang mana hasil penulisan spontan adalah sukar dibaca. Walau
bagaimanapun, tulisan mereka boleh dibaca apabila menggunakan kaedah menyalin
semula perkataan atau meniru perkataan. Kanak-kanak dalam kategori ini juga
menghadapi kesukaran dalam mengeja tetapi tidak semestinya mereka mengalami
masalah membaca atau disleksia.
Motor Dysgraphia didefinisikan sebagai masalah yang disebabkan oleh kekurangan
dari segi kemahiran motor halus. Kanak-kanak ini sering menunjukkan tulisan yang
tidak boleh dibaca walaupun ianya menulis menggunakan kaedah menyalin semula
ayat.
Spatial Dysgraphia merupakan kebolehan mengeja yang normal. Namun begitu, hasil
tulisan tangan masih sukar dibaca sama ada penulisan secara spontan atau menyalin
semula (Deuel, 1995).
1.1
Apakah Disgrafia
3.3
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
4



Disgrafia berpunca daripada masalah neurologikal yang menyekat proses penulisan. Kanak-
kanak yang menghadapi disgrafia mendapati sukar menggengam pensel, sukar mengeja, tidak
dapat menulis dengan baik, tidak dapat menyusuan perkataan dan nombor pada sesuatu
garisan atas kertas. Mereka menghadapi masalah memproses apa yang didengar dan
menyalinnya pada kertas (National Center for Learning Disabilties, What is dysgraphia?.
2014).

































a) Mengapakah kemahiran menulis perlu dikuasai sejak awal?
b) Apakah disgrafia?
c) Nyatakan perbezaan di antara jenis-jensi disgrafia.
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
5



Perlu ditegaskan bahawa, oleh kerana
seroang kanak-kanak tidak menulis
dengan tidak bermaksud dia
mempunyai disgrafia. Oleh kerana
disgrafia adalah masalah
pemprosesan maklumat, masalah ini
mungkin berterusan sepanjang hayat.
Bagaimana pun, kerana penulisan
ialah suatu proses, kanak-kanak sejak awal lagi boleh dibantu menulis dengan baik. Berikut
ini ialah beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak disgrafia:
Grafomotor (atau graphamotor dalam Bahasa Inggeris) Fungsi grafomotor ialah
penggunaan sistem saraf-otot (neuromuscular) pada tangan dan jari dengan berkesan
untuk mengerakkan pensel atau pen untuk menulis huruf dan perkataan pada kertas
(lihat gambar disebelah). Kanak-kanak bermasalah grafomotor menghadapi sukar
dengan fungsi ini lebih-lebih lagi sekiranya tugas itu berpanjangan. Masalah ini
menyekat keupayaan kanak-kanak menulis sambil memikiran idea-idea yang ingin
diluahkan. Tanda-tanda masalah grafomotor ialah:
Genggaman pensel yang agak jangal
Kesukaran membentuk huruf
Mengambil masa yang lama untuk menulis huruf atau perkataan
berbanding dengan kanak-kanak lain
Perenggan yang ditulis pendek berbanding dengan kanak-kanak lain

Tumpuan (attention) - Penulisan ialah suatu aktivit yang memerlukan banyak tenaga
mental dan tumpuan atau konsentrasi pada suatu jangka masa yang panjang. Seorang
penulis dikehendaki mengkaji semula dan memantau hujah-hujah apa yang
disampaikan. Tanda-tanda masalah tumpuan ialah seperti berikut:
o Kesukaran bermula menulis
o Suka mengelak tugas-tugas yang melibatkan penulisan
o Mudah terganggu semasa menulis
o Keletihan mental atau mudah semasa menulis
o Kejelasan penulis tidak konsistem
o Banyak kesalahan cuai
o Penulisan yang tidak terancang

Susuanan (ordering) - Kanak-kanak kurang sedar tentang susunan huruf, perkataan
atau ayat pada kertas. Tanda-tanda masalah penyusunan ialah:
o Jarak antara huruf atau perkataan tidak konsisten
o Tidak dapat menulis atas garisan
o Susunan huruf yang salah
o Susunan perkataan salah
o Tidak dapat menulis antara dua jalur
1.1
Tanda-tanda Disgrafia
3.4
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
6

o Salah ejaan banyak perkataan

Ingatan (memory) - Ini merujuk kepada berapa
cepat kanak-kanak dapat mengaitkan topik yang
hendak ditulis dengan pengetahuan sedia ada
mereka, kosa kata yang telah dipelajari (lihat gambar
disebelah). Tanda-tanda masalah ingatan ialah:
o Kosa kata yang lemah
o Banyak salah ejaan
o Kesilapan menanda huruf besar
o Salah menggunakan tanda bacaan
o Tatabahasa yang salahgr

Bahasa (language) - Bahasa penting dalam penulisan. Kanak-kanak perlu
mengesan bunyi huruf dan perkataan dan maksud, tatabahasa untuk membina serta
menjelaskan idea-idea. Kanak-kanak yang bermasalah bahasa:
o Menghadapai kesukaran mengaitkan bunyi perkataan, maksud dan ejaan.
o Salah menggunakan bahasa kolokial atau bahasa slanga
o Pembentukan ayat yang tidak betul
o Kesukaran membaca balik atau menyebutkan apa yang telah ditulis
o Meninggalkan perkataan atau tidak menghabiskan penulisan sesuatu
o Perkataan















a) Apakah fungsi grafomotor?
b) Bagaimana kesukaran memberi tumpuan mempengaruhi disgrafia?
c) Jelaskan kaitan di antara masalah ingatan, penyusunan dan bahasa
dengan disgrafia.
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
7



Murid-murid yang mempunyai masalah menulis akan
menunjukkan skor genggaman yang lebih rendah berbanding
dengan murid-murid yang tiada masalah menulis (Schneck &
Henderson 1990). Genggaman pensel semasa menulis penting
untuk memastikan tulisan kanak-kanak adalah baik. Genggaman
pensel melibatkan otot halus pada bahagian tangan dan jari.
Terdapat pelbagai cara kanak-kanak memeganag pensel dengan
cara yang tidak betul atau tidak efiysen dan akhibatnya mereka
tidak dapat menulis dengan baik (Schneck dan Henderson, 1990).

Lihat gambar disebelah yang menunjukkan cara memegang pensel yang panggil genggaman
Supinate Tapak Tangan (atau dalam Bahasa Inggeris Fisted grip atau Palmar Supinate
Grip). Ini terdapat di kalangan kanak-kanak berumur 1-2 tahun. Kanak-kanak memegang
pensel seperti memegang pisau dan menconteng menggunakan seluruh lengan.



Lihat gambar disebelah kiri yang menunjukkan cara memegang
pensel yang dipanggil genggaman Pronate digital (atau dalam
Bahasa Inggeris Digital Pronate Grip).









Lihat gambar disebelah kanan yang
menunjukkan cara memegang pensel yang
dipanggil genggaman Jejari Tapak Tangan
(atau dalam Bahasa Inggeris Thumb Tuck
Grip).




1.1
Genggaman Pensel
3.5
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
8





Lihat gambar disebelah kiri yang menunjukkan cara
memegang pensel yang dipanggil genggaman
Thumb Tuck (atau dalam Bahasa Inggeris Thumb
Tuck Grip).







Lihat gambar disebelah kanan yang
menunjukkan cara memegang pensel yang
panggil genggaman Lanjutan Jari.








Lihat gambar disebelah kiri yang menunjukkan cara memegang
pensel yang dipanggil genggaman Thumb Wrap (atau dalam Bahasa
Inggeris Thumb Wrap Grip).





PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
9

Genggaman Pensel yang Paling Efisyen
Lim Chien Yin, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar (2012) dalam kajian
bertajuk Genggaman Pensel Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran dalam Meningkatkan
Kemahiran Menulis, merumuskan bahawa jenis-jenis genggaman tidak matang terdiri
daripada genggaman jejari silang tapak tangan, genggaman supinate tapak tangan,
genggaman dengan lanjutan jari, genggaman ibu jari silang, genggaman tripod statik,
genggaman empat jari, genggaman thumb tuck, genggaman thumb wrap dan genggaman
broken type. Jenis-jenis genggaman efisyen terdiri daripada genggaman tripod dan
genggaman quadropod (h: 73).









Lihat gambar di atas. Bagi genggaman tripod, ibu jari, jari petunjuk dan jari tengah
digunakan untuk memegang pensel. Bagi genggaman quadropod, empat jari digunakan
untuk menstabil pensel. Perhatikan kedudukan pensel pada jari cincin yang memberi
sokongan tambahan.












a) Bezakan di antara pelbagai cara genggeman pensel oleh kanak-kanak
semasa menulis.
b) Sejauh manakah cara-cara ini wujud dalam kanak-kanak yang anda
mengajar?
c) Manakah cara genggaman yang harus digalakkan dalam kalangan kanak-
kanak yang anda mengajar?
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
10




Jika kita memerhati cara kanak-kanak menggengam pensel, sudah tentu kita akan mendapat
beberapa cara mereka memegang pensel semasa menulis. Adakah kita sebagai guru patut
membetulkan cara kanak-kanak menggengam pensel? Sesetengah pakar berpendapat tidak
terdapat hubung kaitan yang meyakinkan antara genggaman pensel dan penulisan tangan,
maka tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Manakala sesetengah pakar mencadangkan
intervensi awal wajib dilakukan oleh guru serta ibu bapa bagi membetulkan genggaman
pensel yang tidak efisyen atau tiddak matang atau tidak efisyen. Apakah pandangan anda?

Genggaman pensel adalah salah satu faktor ergonomik biomekanikal. Pendekatan
biomekanikal adalah sebagai pendekatan tambahan dalam pemilihan pendekatan intervensi.
Namun, pemahaman yang baik dalam faktor ergonomik membolehkan perancangan program
intervensi yang lebih efisien seperti memupuk genggaman yang stabil. Contohnya, apabila
seseorang menggenggam pensel secara tidak efisyen maka dia terpaksa menekan pensel
dengan kuat dan ini mungkin menyebabkan keletihan yang berlebihan pada otot tangan.

PENGGUNAAN ALAT BANTUAN TEKNOLOGI
Penggunaan alat bantuan teknologi sebagai strategi intervensi kerana genggaman yang tidak
berfungsi boleh dibangunkan dengan penggunaan alat adaptif seperti pemegang getah
spesifik atau pensel segi tiga (McMurry, Drysdale & Jordan 2009). Lihat Gambar 7.1 yang
menunjukkan beberapa alat genggaman plastik yang boleh digunakan untuk membantu
murid menulis dengan tujuan membangunkan genggaman tripod semasa menulis (Watkins
& Noble 2011).






a) Sejauh manakah alat adaptif berkesan dalam membantu kanak-kanak
menggunakan genggaman pensel yang lebih efisyen?
b) Nyatakan cara-cara lain untuk membantu kanak-kanak mengamalkan
genggaman pensel yang lebih efisyen.
1.1
Mengatasi Genggaman Pensel
Tidak matang
3.6
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
11




























Gambar 7.1 Contoh-Contoh Alat Genggaman Plastik yang Digunakan Untuk Membantu
Murid Mekanis Menulis
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
12

Menurut Watkins & Noble (2011), alat adaptif (alat bantuan teknologi rendah) boleh
meningkatkan keupayaan menggenggam pensel melalui intervensi pendekatan biomekanikal.
Begitu juga dengan pandangan Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti (2010) yang
mencadangkan guru untuk lebih berfokus kepada cara menggenggam pensel semasa menulis
dan ahli terapi cara kerja untuk merancang program intervensi yang lebih berkesan (h:75).






Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti (2010) telah menjalankan kajian yang bertujuan
membantu seorang murid disgrafia bernama Kamal. Pengkaji telah mengenal pasti ciri-ciri
berikut bahawa:

Bentuk huruf dan tulisan tidak konsisten
Penggunaan huruf besar dan huruf kecil masih bercampur
Saiz dan bentuk huruf tidak seragam
Perkataan yang ditulis tidak lengkap
Pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan(Contoh: Sabtu sabut; Ada daa)
Tulisan banyak salah / terbalik / huruf hilang (Contoh: Paku pku)
Sukar menulis dengan lurus pada kertas yang tidak bergaris barisan perkataan dan
ayat yang ditulis adalah menurun dan menaik
Perkataan-perkataan yang ditulis bersambung di antara satu sama lain, menyebabkan
tulisan amatsukar dibaca
Posisi badan yang tidak betul semasa menulis - Postur badan sangat bongkok semasa
menulis dan kedudukan kepala sangat tertunduk dan rapat dengan buku / kertas
Tahap keyakinan diri yang sangat rendah terutamanya apabila diminta menulis
dikhalayak ramai
Murid mengelak apabila diminta menulis dipapan putih
Sangat lambat dalam menyiapkan kerja penulisan
Murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja penulisan yang diberi,
meskipun dengan menggunakan kaedah menyalin semula ayat / perkataan
Mudah penat apabila menulis
Murid kelihatan sering berhenti menulis dan bercerita dengan rakan sekelas yang lain
sebelum meneruskan semula kerja penulisan yang diberi
Cara Kamal memegang pensel adalah normal dan menggunakan tangan kanan.
Saiz huruf tidak konsisten, saiz besar dan kecil bercampur aduk.





Intervensi Membantu Murid Disgrafia oleh Yusof Malie & Walter Alvin
Jiniti (2010)
1.1
Kajian Kes
3.7
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
13

INTERVENSI

KAD HURUF - Kad huruf atau abjad bagi membina perkataan adalah satu daripada kaedah
yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman huruf dengan lebih baik. Kad huruf
digunakan kerana murid akan dapat fokus lebih kepada huruf yang diambil dan dibina. Kamal
diberikan kad huruf dan kemudian diminta menulis pada papan putih.
JARAK HURUF TIDAK SERAGAM
Menjarakkan setiap perkataan yang ditulis menggunakan pensel atau sebatang kayu
kecil.
Menyalin perkataan dalam kotak.
Menyusun huruf yang digunting daripada keratan akhbar
Menyambung titik huruf

PENEGUHAN
Peneguhan diberikan apabila kesalahan ejaan dikurangkan dan ayat dilengkapkan. Kamal
didapati lebih berhati-hati dengan apa yang ditulis. Ganjaran yang diberi ialah bermain
dengan komputer.

MEMBACA SEBELUM MENYALIN PERKATAAN
Kamal diminat amembaca dahulu sebelum menyalin ayat atau perkataan dengan jelas. Dia
menyebut dengan jelas ayat atau perkataan dan menulisnya pada lembaran kerja. Ia memberi
pemahaman tentang apa yang ditulis sama dengan apa yang disebut.

CARA MEMEGANG PENSEL
Kamal ditunjukkan cara memegang pensel yang betul dalam gambar dibawah ini. Pensel
mesti dipegang secara menegak oleh hujung ibu jari dengan kuku hampir menyentuh pensel
dengan sebolehbolehnya ibu jari diletakkan bawah pensel.

TATACARA PENULISAN HURUF
Kamal ditunjukkan tatacara penulisan huruf yang betul seperti ditunjukkan pada rajah
dibawah ini. Rajah ini didedahkan dalam setiap pengajaran agar dia dapat menulis abjad
dengan lebih cepat dan tepat.







PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
14


PENGGUNAAN GARISAN
Penggunaan garisan merupakan satu daripada teknik yang dicadangkan sebagai latihan
berterusan kepada murid agar koordinasi tangan dapat dilakukan iaitu dari segi keseimbangan
serta keseragaman penulisan tersebut.

BUKU PETAK
Untuk menyeragamkan huruf, galakkan murid menggunakan
buku petak atau bergaris.



































a) Terangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Kamal dalam kajian
Yusof Malie & Walter Alwin Jiniti.
b) Apakah tindakan yang diambil oleh penyelidik untuk membantu Kamal
mengatasai masalahnya?
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
15



Kanak-kanak disgrafia kadang-kala sungguh kecewa dengan masalah yang dihadapi dan cuba
mengelak terlibat dengan aktiviti yang memerlukan mereka menulis. Tulis mereka tidak
cantik dan kerap-kali dicaci oleh murid lain. Guru pula menyalahkan kanak-kanak ini
sebagai malas atau tidak tidak pandai. Bertambah pula di sesetengah tadika, guru tidak
mengambil inisiatif untuk membantu kanak-kanak disgrafia. Mungkin mereka tidak
mengetahui tentang masalah pembelajaran berkenaan atau tidak mengetahui apa yang mereka
dapat lakukan. Berikut ini dibincangkan beberapa langkah yang boleh
diambil oleh guru dan ibu bapa bagai membantu kanak-kanak disgrafia.

Genggaman Pensel
Jika pelajar mempunyai kesukaran menggenggam pensel, maka pensel
yang berbeza hendaklah dicuba. Anda hendaklah menggalakkan
genggaman pensel yang betul [seperti dibincangkan pada 7.6 dan 7.7
lebih awal]. Juga penting ialah guru mempunyai postur yang betul serta
berikan murid peluang menggunakan papan kekunci (keyboard) pada
komputer.

Memperkuatkan Tangan dan Jari
Guru boleh lakukan yang berikut untuk kanak-kanak yang menghadapi kesukaran menulis:
Bermain dengan plastisin untuk menguatkan otot tangan
Melengkapkan huruf atau nombor dengan menyambung titik-titik
Menggunakan kertas surih untuk menulis huruf atau perkataan

Akomodasi
Berikut ini ialah beberapa teknik akomodasi dan modifikasi guru boleh lakukan bagi
membantu kanak-kanak disgrafia:

Guru hendaklah sabar apabila kanak-kanak cuba membaiki tulisan mereka
Gunakan kertas yang bergarisan atau kertas graf
Kurangkan aktiviti menyalin huruf atau ayat
Galakka penggunaan peta minda yang menyusun idea-idea yang hendak ditulis
Memberi lebih banyak masa untuk menyiapkan kerja menulis
Jangan mengkritik atau mempersenda kanak-kanak kerana tulisan mereka tidak
kemas atau tidak jelas
Galakkan latih tubi tangan apabila kanak-kanak merasa letih
Pembelajaran perlu diselangi dengan rehat yang pendek
Perincikan tugasan menulis kepada
komponen-komponen kecil


Galakkan Tulisan Kursif (atau bersambung)
Sesetengah pakar mencadangkan kanak-kanak
disgrafia diajar tulisan kursif atau bersambung (Lihat
rajah di sebelah).


1.1
Membantu Kanak-Kanak Disgrafia
3.8
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
16


Kesimpulan

Adalah sangat pentig bagi para guru dan ibu bapa memberikan bantuan, sokongan dan
rangsangan yang konsisten dan berterusan. Antaranya ialah mendengar suara hali dan
perasaan kanak-kanak disgrafia, memberi penghargaan kepada setiap usaha yang ditunjukkan
dan bukanya kepada hasil semata-mata, berhati-hati dengan perkataan yang dituturkan
kepada mereka bagi mengelakkan kesan negatif, membantu merek membina matlamat
peribadi untuk diri mereka sendiri, dan membantu mereka merasai kejayaan dalam bidang
atau pun aspek tertentu dalam hidup mereka.








































PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
17






Ramai orang tidak memikirakan tentang kerumitan dan kesukaran proses penulisan.

Kanak-kanak pada peringkat umur taska dan tadika berpura-pura menulis dan mula
sedar bahawa huruf boleh disusun untuk menjadikan perkataan

Seperti semua masalah pembelajaran, bermasalah menulis boleh menjejas pencapaian
akademik serta harga diri kanak-kanak dan masa depan mereka.

Dysgraphia terdiri daripada dua perkataan Greek; iaitu dys yang bermaksud masalah
dan graphia yang bermaksud tulisan tangan.

Secara amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini adalah seperti pegangan pensel dan posisi
badan yang tidak betul, mudah penat apabila menulis atau menyalin ayat dan
pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan.

Penulisan ialah suatu aktivit yang memerlukan banyak tenaga mental dan tumpuan
atau konsentrasi pada suatu jangka masa yang panjang.

Alat adaptif (alat bantuan teknologi rendah) boleh meningkatkan keupayaan
menggenggam pensel melalui intervensi pendekatan biomekanikal.


Kanak-kanak disgrafia kadang-kala sungguh kecewa dengan masalah yang dihadapi
dan cuba mengelak terlibat dengan aktiviti yang memerlukan mereka menulis.

Genggaman pensel semasa menulis penting untuk memastikan tulisan kanak-kanak
adalah baik. Genggaman pensel melibatkan otot halus pada bahagian tangan dan jari.








PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU
18



Deuel, Ruthmary K., (1995). Developmental dysgraphia and motor skills disorders. Journal of Child
Neurology, 10, Supp.1, S6-S8.

Friend, M. (2005). Special Education: Contemporary Perspectives for School Professionals.
New York: Pearson Education Inc.

Levine, M. (1993). Developmental Variation and Learning Disorder. Educators Publishing
Service, Inc


Meese, R (2001). Teaching Learners with Mild Disabilities: Integrating Research and
Practice (2
nd
edition). California: Wadworths/Thomson.

Reed, V.A. (1994). An Introduction Children with Disorders 2
nd
. ed. New York. McMillan
College Publishing Company

Rosenblum, S., Goldstand, S. & Parush, S. (2006). Relationships among biomechanical ergonomic
factors, handwriting product quality, handwriting efficiency, and computerized handwritng process
measures in children with and without handwriting difficulties. American Journal of Occupational
Therapy, 60 (1): 28-39.

Schneck, C. M. (1991). Comparison of pencil-grip patterns in first graders with good and poor writing
skills. The American Journal of Occupational Therapy.: Official Publication of the American
Occupational Therapy Association, 45 (8): 701-706.

Schneck, C. M., & Henderson, A. (1990). Descriptive analysis of the developmental
progression of grip position for pencil and crayon control in nondysfunctional children. The
American Journal of Occupational Therapy.: Official Publication of the American
Occupational Therapy Association, 44 (10): 893-900.

National Center for Learning Disabilities, What is Dysgraphia? NLCD Editorial Team.
http://nlcd.org. 2014.

Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti (2010). Disgrafia dan Cara Membantu: Kajian kes Ke Atas
Murid Program Integrasi Pendidikan Khas. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, h:
1-22.

Anda mungkin juga menyukai