Anda di halaman 1dari 1

Cerita: Keputusan UPSR Sudah Keluar.

Pada hari Sabtu yang lepas, aku dan rakan-rakanku pergi ke sekolah dengan menunggang
basikal. Tujuan kami ke sekolah adalah untuk mengetahui keputusan UPSR yang akan
diumumkan pada hari tersebut.

Sebaik sahaja sampai di sekolah, kami terus meletakkan basikal di tempat letak basikal. Kami
berasa tidak sabar lagi untuk mengetahui keputusan UPSR lalu terus masuk ke dalam dewan
sekolah. Di dewan, kami melihat ramai pelajar yang telah hadir. Tidak lama kemudian, Guru
Besar sekolah kami mengumumkan keputusan UPSR.

Aku berasa sungguh gementar, apatah lagi apabila melihat pelbagai memek muka kawan-
kawanku apabila keputusan UPSR mereka diumumkan seperti gembira, sedih, cemas dan lain-
lain lagi. Sebaik sahaja namaku disebut, aku berasa sungguh gembira kerana aku mendapat
keputusan yang cemerlang iaitu 5A.

Guru besar dan guru-guru lain mengucap tahniah kepadaku atas kejayaanku itu. Rakan-rakanku
juga turut mengucap tahniah kepadaku. Aku mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
telah mengajarku dengan penuh dedikasi serta tidak pernah mengenal erti penat dan putus asa.
Aku berjanji, jasa dan bakti guru-guru akan diingati sehingga ke akhir hayatku.

Kemudian, aku dan rakan-rakanku pulang ke rumah masing-masing. Sebaik sahaja sampai di
rumah, aku memberitahu ibu bapaku tentang keputusan peperiksaan UPSR yang aku peroleh.
Ibu bapaku kelihatan amat gembira dengan keputusan itu dan mengucapkan tahniah kepadaku.
Aku juga megucapkan terima kasih kepada ibu bapaku atas dorongan yang mereka berikan
selama ini. Itulah kenangan manis yang tidak dapat aku lupakan dalam hidupku.

Anda mungkin juga menyukai