Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL MINGGU KE 4

MINGGU PRAKTIKUM : 4
TARIKH : 10 OGOS 2014 HINGGA 14 OGOS 2014
TAJUK JURNAL : MASALAH KAWALAN KELAS

1. Isu Yang Difokuskan :
Pada minggu keempat ini, saya telah menghadapi masalah mengawal kelas.
Semasa saya mengajar mereka membuat bising dan berbual bual antara satu
sama lain. Kelas 5 Bestari merupakan kelas yang paling bising ini kerana muri
murid lelaki ramai berbanding meurid murid perempuan. Misalnya semasa aktiviti
menghasilkan karya mereka bising dan bercakap cakap .
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)
Masalah ini timbul kerana aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti yang perlu bergerak
untuk mengambil air untuk basuk berus warna dan sebagainya. Disamping itu, ada
segelinter murid yang tidak bawa warna dan mereka bergerak untuk meminjam.
Oleh itu, kawalan kelas menjadi sukar untuk dikawal. Disamping itu, dalam
pengurusan masa, saya tidak menyedari masa bergerak terlalu cepat.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau
Kajian Lepas) :
Menurut Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (2006)
manusia itu unik. Tidak akan ada dua individu yang sama bahkan kembar seiras
sekalipun. Setiap manusia mempunyai nilai, persepsi, dan hasrat yang berbeza.
Saya perlu cuba bina hubungan yang baik bersama mereka dengan bertanyakan
tentang diri mereka, keluarga mereka dan minat mereka ke sekolah dengan harapan
makin banyak yang diketahui tentang seseorang, lebih mudah untuk memahami
sikapnya.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

1) Saya patut membaca buku buku yang berkaitan dengan cara cara
mengawal kelas dan juga perancangan masa dengan lebih sempurna.
2) Bagi memastikan kawalan kelas tidak lagi terkawal, saya kena sentiasa
bersuara tegas kerana semala ini suara saya terlalu perlahan.
3) Bagi mengawal murid meminjam peralatan saya perlu menyediakan
peeralatan bagi murid yang tidak bawa.
4) Bagi pembahagian masa, saya akan sentiasa peka dan melihat masa.
5) Saya mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan
pensyarah di samping berbincang dengan rakan rakan.
5)Tempoh penyelesaian
10/08/2014 14/08/2014
6) Tindakan susulan
Saya akan memantau kelakuan murid terbabit ketika P&P berjalan. Dari situ, guru
dapat mengenalpasti sama ada saranan yang diberikan setelah mengetahui
masalah murid terbabit diaplikasikan oleh murid atau tidak. Selain itu, memangil
murid yang nalkal duduk di depan. Selalunya akan ada sedikit perubahan dalam
tingkah laku murid apabila telah dipanggil untuk duduk didepan bersama guru
kerana guru selalu berinteraksi dengannya.
7) Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :
14/08/2014
8) Keberkesanaan Langkah Yang Dicadangkan :
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat
melalui murid tersebut dapat menyiapakan karya mereka dan tidak membuat nakal
semasa P&P dijalankan dan kelas dapat dikawal. Semasa bertanya soalan kepada
meraka, mereka dapat jawab dengan betul.
9) Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :
Saya merasa berpuas hati dengan tindakan saya, saya dapat menjalankan P&P
yang baik dan lancar. Dua orang murid tersebut dapat melibatkan diri dalam P&P.
Pendekatan ini mampu berkesan terhadap pengajaran yang saya sampaikan.

Anda mungkin juga menyukai