Anda di halaman 1dari 2

KEK LAPIS MASAM MANIS

BAHAN-BAHANNYA
450 gram mentega
150 gram gula halus
10 biji telur gred A
300 gram biskut marie (jenama Munchy's), dikisar halus dan diayak
300 gram susu pekat manis
85 gram seri kaya ( jenama Yeo's)
1 camca teh esen vanilla
2 paket asam manis (1 paket ada 10 bungkus)
Perwarna hijau dan kuning.
CARA MEMBUATNYA
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 8inci x 3inci dengan
mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Putar mentega dan guna halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil diputar
hingga kembang dan gebu, masukkan esen vanilla dan seri kaya, putar sebati (masa ni
adunan akan berbiji2 sedikit).
Perlahankan kelajuan, masukkan susu pekat manis dan kisaran biskut marie sedikit
demi sedikit hingga habis, putar sebati. Bagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak,
setiap satu diberi warna kegemaran anda, kacau rata (guna kuning dan hijau). Ok
sekarang kita mula melapis..
Acuan kita sapu bersama Butter dan tabur tepong.. panaskan 1-2 minit guna kan Grill
sahaja. Sudu kan 4 camca besar warna kuning, ratakan dan bakar 6 - 7 minit atau
hingga permukaannya perang. Tekan sedikit permukaan kek dengan penekan kek lapis
dan lapiskan sekali lagi warna yang sama, ratakan dan susun asam manis, bakar
hingga perang. Keluarkan dari oven dan tekan perlahan.
Lapiskan pula dengan warna lain, dan setiap warna dilapis 2 kali. Susun asam manis
selepas lapisan pertama. Dan tekan perlahan setiap lapisan. Buat hingga siap dan
lapisan terakhir bakar dengan api atas dan bawah selama 10 - 15 minit, tutup
permukaan acuan kek dengan aluminiun foil jika cepat gelap. Keluarkan kek dari acuan
dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan..