Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PENGACARAAN

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN


KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
ANJURAN BERSAMA PPGPR2611 , PPGPR1611 DAN PPGPJ1212

SEBELUM
Seminggu sebelum berlangsungnya aturcara majlis , adalah penting untuk menyediakan skrip
atau teks pengacaraan yang lengkap sebagai panduan semasa mengacarakan majlis . Oleh itu ,
sebagai pengerusi majlis , pelbagai sumber perlu saya rujuk bagi menghasilkan skrip
pengacaraan yang berkualiti . Sumber rujukan seperti laman yang berkaitan di internet , buku-
buku yang berkaitan dengan pantun dan protokol majlis malahan perlu bertanya dengan
pengerusi dan setiausaha serta para pensyarah siapa jemputan khas yang hadir . Buku
program yang lengkap dan aturcara majlis yang tersusun adalah perkara yang paling utama
dan perlu didapatkan segera sebelum acara bermula . Ini bagi memudahkan saya menyusun
skrip berdasarkan rentetan aturcara majlis tersebut .

SEMASA
Sebelum memulakan aturcara majlis pada pagi 06 April 2014 yang lepas , saya perlu
memastikan perjalanan majlis selari dengan yang telah dirancang dan tertulis dalam buku
program . Selain itu , saya perlu memastikan mana-mana perubahan yang melibatkan jemputan
khas , tetamu-tetamu atau perubahan terhadap aturacara yang telah disusun bagi melancarkan
lagi majlis tersebut nanti . Tetamu perlu disapa dengan cara yang betul sepanjang majlis .
Selain itu , saya turut memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan majlis yang akan diadakan
seperti berdiri hormat semasa tetamu khas masuk ke dewan , mengiringi tetamu khas untuk
menyampaikan hadiah untuk tujuan kelancaran majlis kepada semua yang terlibat semasa
majlis perasmian dan penutupan . Bagi majlis yang dirancang bersama-sama dengan rakan-
rakan yang tinggal berjauhan , adalah menjadi kelebihan kepada saya kerana boleh
mengendalikan dengan skrip yang spontan , sesuai dan bersahaja bersesuaian dengan
aturcara dan suasana karnival permainan tradisional . Saya banyak menggunakan skrip
spontan sepanjang majlis ini berlangsung selaras dengan aturcara yang sepatutnya berjalan .
Sepanjang majlis ini berlangsung , tiada berlaku kesilapan yang ketara yang boleh
mencacatkan aturcara .

SELEPAS
Selepas mengacarakan majlis , tidak ada sebarang tindakan yang perlu dilakukan hanya post
moterm dan rumusan tentang pelaksanaan penganjuran karnival permainan tradisional .
Sebarang kesilapan semasa mengacarakan majlis akan menjadi pengajaran dan pengalaman
untuk mana-mana majlis di masa hadapan .



Disediakan oleh ,
AJK PENGACARA MAJLIS ,
EDA BINTI OBENG ,
PPGPR2611 .