Anda di halaman 1dari 39

GANGGUAN SISTEM PEREDARAN DARAH

OBJEKTIF:
Pada akhir kuliah ini, anggota SJAM dapat;
1. Mengenalpasti jenis-jenis luka.
2. Mengenalpasti pendarahan dalaman &
luaran.
3. Memberi rawatan bagi pendarahan.
4. Memehami sistem peredaran darah yang tidak teratur.
5. Mengenalpasti tanda-tanda renjatan & rawatannya.
6. Mengenalpasti tanda-tanda pesan & rawatanya.
7. Mengenalpasti tanda-tanda penyakit jantung &
rwatannya.

Luka Dan Pendarahan
1. Jenis-jenis Luka:

Luka terguris
Luka melecet
Luka calar-balar
Luka kontusi (lebam)
Luka tercucuk
Luka tembakan.
i. Luka Terguris
Luka benda yang tajam seperti pisau, pisau
cukur, atau kaca.

Lukanya lurus dan bersih.

Kalau saluran darah terpotong, darah akan
meleleh dengan banyak.
ii. Luka Melecet
Luka akibat tekanan yang teruk dan remuk
seperti terkena jentera.
Lukanya kesat dan kasar.
Tidak banyak darah yang keluar.
Banyak tisu yang cedera dan rosak.
Sering dijangkiti kuman.
iii. Luka Calar-Balar
Luka akibat tergesel dan terkikis atau
terbakar
Luka pada permukaan kulit.
Sering mengandungi partikel asing
terbenam dan menyebabkan infeksi.

iv. Luka Kontusi (lebam)
Tamparan atau tumbukan yang kuat
memecahkan kapilari di bawah kulit.
Darah yang masuk ke dalam tisu
menyebabkan lebam.
Anggota yang terhimpit juga menyebabkan
kontusi atau kecederaan dalaman.
v. Luka Tercucuk
Terpijak paku, tercucuk jarum atau tertikam
mengakibatkan luka tercucuk.
Lukanya kecil tetapi dalam.
Kuman dan kotoran mudah dibawa masuk
ke dalam badan melalui luka ini.
vi. Luka Tembakan
Luka pada titik kemasukan peluru kecil dan
bersih tetapi luka di dalam lebih besar dan
teruk.
Peluru membawa masuk kuman dan kotoran
lain.

2. Jenis-jenis Perdarahan
2.1 Perdarahan Arteri
Darah yang telah dioksigenkan berwarna
merah cerah.
Denyutan jantung akan menghantar darah
ke seluruh badan melalui arteri.
Luka pada salur darah ini menjadikan darah
memancut keluar dengan kuatnya.
2.2 Perdarahan Vena
Selepas melepaskan oksigen, warna darah
vena menjadi merah tua (gelap)
Tekanannya tidak sekuat arteri.
Luka yang teruk pada vena akan
mengeluarkan darah dengan banyak.
2.3 Perdarahan Kapilari
Perdarahan secara meleleh.
Sungguh pun perdarahan pada mulanya
aktif tetapi kehilangan darah pada umumnya
sedikit sahaja.
Lebam juga adalah perdarahan kapilari
kerana darah masuk ke dalam tisu.
2.4 Perdarahan Luar
Tanggal atau gunting pakaian untuk mendedahkan
luka. Perhatikan kalau terdapat objek tajam dalam
luka.
Kalau tiada benda asing, beri tekanan atau tuaman
terus ke atas luka. Jika ada tuaman yang bersih,
balutkan di atas tuaman itu.
Jika ada benda asing, tekan kebawah di kedua
belah bahagian luka
Tinggikan bahagian yang luka dari aras jantung.
Baringkan mangsa bagi mengurangkan renjatan.

Kalau ada objek tertonjol keluar, letakkan
pad yang cukup tinggi pada tepi objek dan
dibalut tanpa menekan objek.
Jika darah menembusi pad, tambah pad
atasnya dan balut.
2.5 Pendarahan Dalaman (Internal)
Kecederaan juga boleh berlaku pada organ-organ
dalaman
Pendarahan internal terbahagi kepada 2 jenis:
i. Pendarahan yang dapat dikesan, contoh;
a) Pendarahan di perut (mengeluarkan muntah
darah)
b) Pendarahan paru-paru atau saluran pernafasan
(menyebabkan batuk berdarah)

c) Pendarahan pada tali usus
(mengeluarkan darah pada dubur).
d) Pendarahan pada rahim
e) Pendarahan buah pingggang (Pesakit
kencing berdarah)
f) Pendarahan pada dasar tengkorak seperti
retak tulang, di mana darah akan
mengalir keluar melalui rongga telinga
atau hidung.

ii) Pendarahan dalaman tanpa kesan
contoh;
a) Limpa atau hati pecah dan darah tumpah
ke dalam ruang abdomen
b) Pendarahan di otak- darah bertakung
dalam tempurung tengkorak

3. Rawatan Pendarahan
3.1 Pendarahan Eksternal

a) Penekanan langsung.
Cara paling berkesan dengan menekan
secara langsung pada tempat luka.
i. Ikat pembebat atau pembalut yang
sempurna ke tempat luka dengan
kemas.


ii) Pada keadaan yang mendesak,
tangan kosong ditekan pada tempat
berdarah sambil menyediakan
pembalut improvisi.

iii) Penekanan hendaklah
dikekalkan sehingga darah berhenti
biasanya antara 10-15 minit.

b) Penekanan tidak langsung.

Menekan pada tempat-tempat arteri
tertentu;

i) Arteri brokial
ii) Arteri femoval
iii) Arteri karotid

c) Meninggikan anggota luka

Anggota yang cedera di tampung supaya
lebih tinggi dari badan untuk mengawal
sebarang pendarahan


4. Peredaran Darah Yg Tidak
Teratur
4.1. Renjatan:
Satu keadaan di mana sistem peredaran
darah menjadi lumpuh sama ada kerana
tekanan atau isipadu darah yang mengalir jatuh
ke paras yang bahaya.

Ini menyebabkan fungsi organ-organ yang
penting terganggu dan boleh menyebabkan
kematian. Kesakitan, ketakutan dan kedudukan
badan yang tegak boleh memburukkan lagi
kesan renjatan.


Tanda-tanda:

Semakin teruk keadaan mangsa semakin jelas tanda-
tandanya kelihatan;
1. mangsa menjadi pucat.
2. kulit sejuk dan lembab dengan peluh.
3. mangsa mungkin merasa lemah pening atau
pengsan.
4. nadi menjadi lemah dan pantas.
5. Pernafasan menjadi singkat dan pantas.
6. Mangsa mungkin merasa resah,
menguap dan tercungap-cungap.
7. Mangsa merasa dahaga.
8. Mangsa mungkin merasa loya dan
muntah.
9. Mungkin menjadi tidak sedar.

4.2. Pengsan
Satu keadaan tidak sedar diri untuk seketika
disebabkan oleh pengurangan aliran darah
ke otak.
Ini mungkin disebabkan oleh tindakan saraf
terhadap kesakitan atau ketakutan, atau
akibat dari gangguan emosi, keletihan atau
kekurangan makanan. Tetapi yang paling
kerap ialah akibat dari berdiri terlalu lama
di cuaca yang panas
Tanda-tanda

Pada mulanya nadi akan menjadi perlahan dan lemah
mangsa kelihatan pucat

Pencegahan

Jika mangsa berdiri dalam satu perbarisan atau
meyaksikan satu acara, nasihatkan supaya ia
gerakkan otot kaki dan jari kaki untuk membantu
peredaran darah.

Jika mangsa merasa tidak stabil, dudukkannya
sambil kepala ditundukkan ke hadapan di antara
kedua-dua belah lututnya dan nasihatkan untuk
menarik nafas yang panjang.

Rawatan

i. Bila mangsa pengsan, baringkannya sambil
kaki ditinggikan sedikit dan buka saluran
pernafasannya.

ii. Longgarkan sebarang pakaian yang ketat di
leher, dada dan pinggang.

iii. Pastikan mangsa mendapat bekalan udara
yang bersih yang banyak. Ini boleh dilakukan
dengan mengipas.

vi. Tenangkan mangsa, semasa mula sedar dan
secara beransur-ansur bangunkannnya ke
kedudukan duduk.
v. Periksa dan rawat sebarang kecederaan yang
dialami semasa mangsa jatuh.
vi. Periksa kadar pernafasan, nadi dan tahap
kesedaran sehingga mangsa pulih dengan
sepenuhnya.
vii. Jika mangsa tidak sedar selepas beberapa ketika,
buka saluran pernafasan dan
periksapernafasannya. Lakukan pemulihan ABC
jika perlu dan letakkannya dalam
kedudukanpemulihan. Dapatkan bantuan
perubatan.


5. Sakit Jantung(stroke)
Satu keadaan dimana bekalan darah ke otak
dengan tiba-tiba dihalang oleh bekuan darah
atau kebocoran darah dari saluran darah ke
otak.
Dalam kes ini otak berhenti berfungsi.
Stroke yang teruk boleh membawa kepada
kematian tetapi ramai juga pulih dari stroke
yang sederhana.
Jenis:
1. Sakit jantung kongenital. (S.J.K)
2. Sakit jantung bukan kongenital (S.J.B.K)

S.J kongenital-berlaku dlm kandungan spt
jantung berlubang & kecacatan injap.
S.J.B.K jangkitan, cara hidup tak sihat, spt
s.jantung koronari
Faktor risiko serangan jantung
i. Kurang bersenam, tak aktif.
ii. Merokok..
iii. Pemakanan yg tidak sihat.
vi. Kegemukan.
v. Diabetes.
vi. Penyakit tekanan darah tinggi.
vii. Tekanan perasan.
Tanda Serangan Jantung
i. Sesak nafas.
ii. Sakit dada yg mnekan,mula bhg tengah atau
kiri dada,mrebak ke lengan kiri & leher.
iii. Sakit mencengkam, boleh pitam atau
pengsan.
vi. Berpeluh dingin.
v. Berasa sejuk w/pun suhu panas.
vi. Pening kepala dan loya
Sakit Jantung yg Teruk
i. Lumpuh bahagian mulut.
ii. Hilang deria rasa di sebelah atau kedua-
dua belah kaki atau di sebelah
bahagian badan.
iii. Anak mata tidak sama
vi. Hilang kawalan pundi-pundi kencing
dan saluran najis.
Rawatan:
i. Jika mangsa masih sedar, baringkan dia dengan
kepala dan bahu ditinggikan sedikit. Condongkan
kepala ke sisi supaya lelehan air liur dapat keluar
dari mulut.
ii. Longgarkan sebarang pakaian yang ketat di leher,
dada dan pinggang.
iii.Jika mangsa tidak sedar buka saluran pernafasan
dan periksa pernafasannya.
vi. Lakukan pemulihan ABC jika perlu dan letakkan
mangsa dalam kedudukan pemulihan.
v. Uruskan pemindahan segera ke hospital.
Rawatan sakit jantung
Cara mencegah serangan
jantung
i. Bersenam 3x seminggu (20-30 minit)
ii. Kekalkan berat badan unggul
iii. Makan secara sihat
vi. Berhenti merokok
v. Belajar menangani tekanan perasaan
vi. Periksa tekanan darah & glukosa darah
vii. Awasi paras kolesterol
viii. Lakukan pmereksaan kesihatan berkala