Anda di halaman 1dari 7

SOALAN OBJEKTIF

1. Yang manakah berikut adalah unit terbitan?


a) Newton
b) Kilogram
c) Celcius
d) Saat
2. Pernyataan manakah yang betul mengenai kuantiti skalar dan kuantiti vektor

a) Kuantiti skalar mempunyai arah sahaja
b) Kuantiti vektor mempunyai magnitud sahaja
c) Kuantiti skalar mempunyai magnitud dan arah
d) Kuantiti vektor mempunyai magnitud dan arah

3. Jadual menunjukkan pengelasan kuantiti vektor dan skalar. Apakah nilai X dan Y berdasarkan jadual di
bawah.
Vektor Skalar
X Suhu
Momentum Y

a) Impuls, Pecutan
b) Laju, Masa
c) Daya, Laju
d) Berat, Jarak





4. Gambarajah menunjukkan dua orang penunggang basikal berlumba.

Manakah antara berikut adalah BUKAN kaedah untuk mengurangkan rintangan udara?
a) Memakai pakaian yang ketat
b) Menggunakan tayar yang besar
c) Menggunakan topi keledar berbentuk aerodinamik
d) Penunggang membongkokkan badan

5. Sebuah troli berjisim 2.0 kg sedang bergerak dengan halaju 1.0 m/s berlanggar dengan sebuah troli
berjisim 4.0 kg yang sedang bergerak dengan halaju 3.0 m/s pada arah bertentangan.

Sekiranya selepas perlanggaran, kedua-dua objek bercantum dengan halaju sepunya. Berapakah halaju
sepunya?
a) 2.3 m/s
b) 2.4 m/s
c) 1.7 m/s
d) 1.6 m/s

6. Semasa membawa kereta, Pak Abu mengantuk dan terlanggar sebatang tiang elektrik di tepi jalan.
Bahagian hadapan kereta remuk dengan teruk manakala Pak Abu hanya mengalami kecederaan ringan.

Berdasarkan situasi di atas, mengapakah bahagian hadapan kereta tersebut dibuat menggunakan bahan
yang mudah remuk.
a) Supaya airbag terbuka dengan lancar
b) Mengurangkan daya impuls
c) Memendekkan tempoh perlanggaran
d) Supaya kereta mudah berhenti

7. 100 g kapas dan 100 g bijih besi dilepaskan pada ketinggian 1 m dengan serentak. Ramalkan objek
manakah yang akan menyentuh tanah terlebih dahulu.
a) 100 g kapas
b) 100 g bijih besi
c) Kedua-dua objek
d) Tiada jawapan







8. Manakah antara berikut adalah kenyataan yang salah?


a) Jumlah tenaga di 1 dan 3 adalah sama
b) Tenaga kinetik di 2 adalah lebih besar daripada tenaga kinetik di 4
c) Tenaga kinetik di 1 adalah 0
d) Tenaga kinetik maksimum adalah ketika di 3












SOALAN STRUKTUR
1. Sebuah lori berhenti di atas jambatan. Berdasarkan gambarajah dibawah:








a) Namakan daya F?
b) Bandingkan daya F dan daya G?
c) Cadangkan penambahbaikan yang perlu dilakukan ke atas jambatan tersebut supaya dapat
menampung bebanan yang lebih?

2. Seorang lelaki berdiri di atas penimbang di dalam lif.

a) Lukiskan gambarajah jasad bebas:
i. Lif berhenti
ii. Lif bergerak ke atas
iii. Lif bergerak ke bawah
b) Susunkan secara menaik bacaan penimbang bagi ketiga-tiga situasi di atas.
c) Jika lelaki tersebut berdiri di permukaan bulan, ramalkan kedudukan penimbang berbanding
situasi di atas.






G

F
3. Kuantiti Fizik ialah sesuatu kuantiti yang boleh diukur.
a) Berikan tiga contoh unit SI
b) Berikan tiga contoh unit terbitan
c) Bina satu unit terbitan daripada unit SI

4. Sebuah kapal terbang bergerak dengan kelajuan purata 800km/jam. Jarak kapal terbang itu ke
destinasi adalah sejauh 13420km. Kapal terbang itu bertolak pada jam 8.30 pagi.

a) Pada jam berapakah kapal terbang tersebut akan mendarat di destinasi yang dituju tersebut?
b) Pada jarak 2000km daripada tempat berlepas, kapal terbang tersebut mengalami kebocoran
tangki minyak pada kadar 11 liter seminit. Sekiranya jumlah minyak yang ada pada waktu
tersebut ialah 5000 liter apakah tindakan yang perlu diambil oleh anda jika anda merupakan
juruterbang kapal terbang tersebut.

5. Indah berdiri 10 meter daripada pokok epal yang berketinggian 5 meter. Tiba-tiba sebiji epal jatuh
daripada pokok tersebut.
a) Bina satu persamaan tenaga abadi buah epal tersebut pada ketinggian 1.5 meter daripada
tanah.
b) Indah ternampak buah epal tersebut jatuh lalu dia berlari untuk menangkapnya. Berapakah
purata halaju Indah sekiranya dia berjaya menangkap buah epal itu pada ketinggian 1.5meter
daripada tanah.









SOALAN ESEI
1. Bincangkan 5 jenis sumber tenaga yang boleh diperbaharui dari segi kebaikan, keburukan dan
kesesuaiannya dengan suasana dan prasarana di Malaysia.

2. Ahmed hendak membeli kereta baru sempena Hari Raya. Apakah kriteria-kriteria kereta yang
perlu dinilai olehnya bagi memastikan tahap keselamatan yang maksimum. Bagi setiap kriteria
yang diberi, jelaskan konsep fizik yang diaplikasikan.

3. Seorang pemain bola lisut ingin membeli sebatang kayu pemukul. Apakah ciri-ciri kayu pemukul
bagi menghasilkan pukulan yang tepat dan mengancam.