Anda di halaman 1dari 9

Pada suatu ketika dahulu, terdapat seorang penggembala

yang menggembala sekawan biri-biri.



Pada satu hari, penggembala itu berasa bosan dan ingin
mempermainkan penduduk desa yang berhampiran, maka
dia pun menjerit Tolong, ada serigala

Penduduk terdengar jeritan tersebut lalu bergegas keluar
dari desa untuk menolong penggembala itu.
Mana serigala? Penduduk desa bertanya.


Penggembala pun ketawa terbahak-bahak.
Ha ha ha haAku hanya bermain dengan kamu
semua sahaja ha ha ha ha

Penduduk desa berasa marah dengan penipuan
penggembala dan bergegas balik ke desanya.


Beberapa hari kemudian, penggembala ini ingin
mempermainkan lagi penduduk kampung. Dia pun
menjerit:
Tolong! Tolong! Ada serigala

Penduduk desa bergegas keluar untuk menolongnya.
Akan tetapi mereka perasan bahawa mereka telah
dipermainkan oleh penggembala itu lagi. Mereka berasa
sangat marah dan tidak akan mempercayai katanya lagi.

Beberapa hari kemudian, seekor serigala yang benar
muncul di tempat penggembala untuk makan biri-birinya.
Penggembala lari bergegas ke arah penduduk desa yang
berdekatan lalu menjerit:
Tolong! Tolong! Ada serigala, ada serigala

Tetapi tiada penduduk desa yang datang untuk
menolongnya kerana mereka tidak mempercayai katanya
lagi.
Akhirnya, semua biri-biri penggembala telah dimakan oleh
serigala tersebut. Dan dia berasa menyesal akan
perbuatannya.