Anda di halaman 1dari 4

Teori J ean Piaget

Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada


pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-
kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan
(baka) dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula
jadi untuk belajar.
Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan
persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa
pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa
menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi,
akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan
intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial
dan moral.
Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan
dari segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-
kanak harus ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka
boleh melakukan operasi mental. Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-
kanak dari bayi hingga dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu:
1. Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun
2. Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun
3. Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun
4. Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman
dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan
merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah
penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak
langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang
interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak.
Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi
ditolak sama sekali oleh Piaget.
Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget
sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak
pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak
manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa
penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data
sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna
semula apabila diperlukan. Dengan mempelajari bagaimana otak manusia
memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu
berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang
kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat
memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan
dengan orang lain di persekitarannya.
B.Teori Vygotsky
ev S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang
diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan
kognitif kanak-kanak yang cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vygotsky
menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap
perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam
perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial
dan pada aras individu.
Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar
melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan
sangat penting di dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya
mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi
menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya
untuk belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka
melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka.
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut:
i.Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh
ditingkatkan melaluiscaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau
bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk
meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.
ii.Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal
Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi.
Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding.
iii.Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang
dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak.
iv.Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti
bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk
meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke
tahap yang lebih tinggi.

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan
prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat
aktif. Guru akan menggunakan teknikscaffolding dengan membimbing dan memberi
tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan
menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk
mencapai objektif pengajatan yang efektif.
Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan
kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan
peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada
pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang
kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna
terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal
perasaan.
Pendekatan Teori Perkembangan Kanak-kanak
Piaget dan Vygotsky terhadap Konsep Kreativiti
Walaupun pendekatan teori Piaget dan Vygotsky terhadap pengajaran dan
pembelajaran berbeza, namun kedua-dua teori ini bersetuju akan kepentingan
pembelajaran melalui discovery learning. Piaget menyarankan pembelajaran
penemuan di mana guru kurang membimbing. Vygotsky pula menekankan
bimbingan guru sebagai faktor utama.
Dalam konteks perkembangan kreativiti, Piaget dan Vygotsky bersetuju berkenaan
kebaikan bermain dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Kreativiti boleh
dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan
masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan melalui
permainan berbentuk akademik juga perlu diwujudkan. Sebagai contoh, guru boleh
menggalakkan aktiviti seperti aktiviti melukis, menconteng, membuat
kolaj, sandplay dan sebagainya.
Apabila bermain, kanak-kanak menggunakan daya imaginasi ketika bermain.
Menurut Piaget dan Vygotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-
kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku di
sekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan
dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni.
Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah berfaedah jika guru
menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan
kreativiti kanak-kanak.