Anda di halaman 1dari 7

KONSEP KAEDAH ABJAD

Cara pelaksanaan : menyebut huruf,


mengeja suku kata, perkataan dan
frasa
KONSEP KAEDAH ABJAD
Murid diajar menghafal nama nama huruf a,b,c.... hingga z.
Boleh diajar dalam bentuk nyanyian yang menggunakan
huruf-huruf abjad ini sebagai lirik
Selepas beberapa minggu, huruf-huruf vokal : a,e,i,o,u
dibunyikan.
Selepas itu, suku-suku kata seperti ba + tu, ka + ki dan
sebagainya dibina dan diikuti dengan mengeja perkataan
Kemudian baru diberi latihan membaca ayat-ayat pendek
Kaedah Abjad lebih menegaskan hafalan-hafalan yang
agak kurang bermakna bagi kanak-kanak
Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan
pengenalan dan hafalan nama nama huruf sebenarnya
menegaskan sesuatu yang dapat membosankan murid-
murid dan akan mengambil masa yang agak panjang
sebelum murid-murid itu dapat berasa gembira atau puas
daripada kebolehan membaca (Mohd. Hilmi Haki Ismail, 1982:
42-43) Sumber : Marzukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur)

Cara pelaksanaan / contoh aktiviti
Tajuk aktiviti 1: Permaidani ilmu
Aktiviti: Murid diberikan huruf konsonan setiap seorang dan
diarahkan untuk berlegar di kawasan permaidani sepanjang
lagu dimainkan oleh guru. Apabila lagu telah berhenti, murid
harus memilih vokal yang terdapat di atas permaidani ilmu
tersebut.selepas itu murid diminta untuk membina perkataan
daripada huruf konsonan dan vokal yang mereka telah dapat.


Keistimewaan: murid dapat bermain secara
berkumpulan dan penglibatan murid adalah
menyeluruh
Tambahan dan pandangan: -menggunakan huruf
vokal a yang betul, menghias permaidani agar
lebih menarik minat murid


Tajuk aktivit 2: Poket huruf

Aktiviti: Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan di
berikan dengan kad-kad huruf yang berbentuk KV dan di
minta untuk menggabungkan kad-kad huruf yang telah
disediakan. Bagi satu perkataan yang mereka bina diberi masa
selama 10 saat dan meminta murid membina seberapa
banyak perkataan yang mereka ketahui.

Keistimewaan: Murid dapat bermain secara berkumpulan
dan penglibatan murid adalah menyeluruh. Murid juga
akan bekerjasama dengan ahli kumpulan dan bersatu untuk
mengalahkan kawan-kawan yang lain. Bahan ini juga sesuai
dijadikan permainan bahasa kerana sangat menarik minat
murid.

Tambahan dan pandangan: banyakkan kad-kad huruf,
memvariasikan huruf abjad seperti besar dan kecil,
menghias poket huruf supaya lebih menarik.