Anda di halaman 1dari 10

1

BIODATA DIRI PELAJAR




NAMA : AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD
UMUR : 23 TAHUN
NO K.P : 910624-08-5763
TARIKH LAHIR : 24.6.1991
ALAMAT : No 59 KG PARIT SATU, 34400 SEMANGGOL PERAK
PENDIDIKAN : INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS
DARULAMAN.
KURSUS : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP)
SEMESTER : LAPAN
AMBILAN : JANUARI 2011
KELAS : PK / PJ / BM2
NAMA IBU : ZAINAB BINTI HAMID
NAMA BAPA : AHMAD FUAD BIN ABDULLAH

EMAIL : madinalsyarif@yahoo.com


2



TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK

BIODATA GURU






NAMA : MUHAMMAD ASWARI BIN ABU SEMAN @ OSMAN
UMUR : 35 TAHUN
ALAMAT : NO 45 TAMAN SRI PENDANG, 06700 PENDANG KEDA
TARIKH LAHIR : 23.9.1979
TEMPAT LAHIR : KAMPUNG SEBERANG PENDANG, PENDANG,
KEDAH
OPSYEN : BAHASA INGGERIS
PENDIDIKAN : INSTITUT PENDIDIKAN GURU PERLIS .. 2002 2005
(KDPM)
PJJ ( PENDIDIKAN JARAK JAUH ) UNIVERSITi OPEN
MALAYSIA 2008
STATUS : BERKAHWIN
PERKHIDMATAN : * SEKOLAH KEBANGSAAN LANCHANG 28500
TEMERLOH, PAHANG ( 2005-2009)
* SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PUSING 05700
PENDANG, KEDAH ( 2010- KINI)
3



1.0 ASAS KEPIMPINAN GURU DISEKOLAH
Tugas guru pada masa kini tidak hanya mengajar dikelas semata mata
tetapi turut berperanan sebagai seorang pemimpin didalam tugas tugas tertentu
disekolah. Menurut Noriati A.Rashid et.al. (2010), kepemimpinan ialah mengenai
usaha untuk membimbing tenaga di dalam sesuatu kumpulan. Ia berfungsi sebagai
asas tindakan di kalangan anggota-anggota membimbing kegiatan mereka dan
mempengaruhinya bagi memenuhi matlamat tertentu.

Menurut Burnham dan OSullivan (1999) dalam Abdullah Sani Yahya et.al
(1997) menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran guru harus bertindak
sebagai pemimpin dan pelajar menjadi ahlinya. Menurut Lewin, Lippitt dan
White(1939) dalam Aminuddin (1990) telah mengenalpasti tiga gaya kepimpinan
iaitu gaya Kepimpinan Laissez Faire, Gaya Kepimpinan Autokratik dan Gaya
Kepimpinan Demokratik.

Melibatkan
pihak lain dan
orang lain
Para pemimpin
mempunyai autoriti
memberi arahan
Mempengaruhi
pekerja
melalui arahan
4

2.0 JENIS KEPIMPINAN
Cikgu Aswari menyatak bahawa asas kepimpinannya adalah bersifat demokratik.
Dimana dia gemar untuk menggalakkan guru guru lain berkongsi idea dan
padangan terhadap sesuatu isu supaya dapat diselesaikan dengan jayanya dan
dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat.
Menurutnya di sekolah, keputusan terakhir terhadap sesuatu hal adalah
terletak di tangan guru besar tetapi perlunya pandangan daripada guru guru yang
lain yang mempunyai buah pemikiran yang tersendiri yang boleh membantu untuk
memperbaiki dan menambahbaik keputusan yang akan dimuktamadkan.
Selain itu, beliau juga tegas dalam menjalanakan sesuatu tugas yang
diberikan . Menurutnya ketegasan itu penting kerana dapat mengawal murid murid
supaya tidak bertindak melawan arahan dan menerapkan sikap menghormati guru
guru disekolah. Ketegasan dapat memastikan kerja dan tugas yang dijalanakan
dapat dilaksanakan mengikut masa dan hasil yang dimahukan.
Memberikan semangat dan menimbulkan keyakinan. Sepanjang tugasnya
sebagai seorang jurulatih bola sepak di sekolah. Beliau sentiasa mewujudkan
suasana yang positif terhadap anak muridnya supaya yakin dengan kebolehan yang
ada dalam diri dan tidak mudah menyerlah kalah.Beliau tidak cepat menghamburkan
kata kata yang kurang sopan apabila berada dalam situasi tertekan kerana hal ini
akan menyebabkan moral pemain akan menjadi rendah dan kurang bersemangat.

5



3.0 CABARAN KEPIMPINAN GURU
Antara cabaran cabaran yang dilalui olehnya sepanjang bergelar guru ialah
mengajar subjek bahasa inggeris untuk murid murid disekolah luar bandar. Hal ini
diakui sangat mencabar kerana mengajar bahasa inggeris kepada murid adalah
sukar kerana mereka tidak mempunyai pengetahui dan pendedahan terhadap
bahasa inggeris selain minat mereka yang sangat kurang.
Selain itu, dia juga dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan peratusan
lulus untuk subjek bahasa inggeris untuk UPSR bagi kelas hujung bagi tahun 6.
Baginya, tugas ini sangat mencabar kerana bukan mudah untuk membimbing murid
supaya sekurangnya kurangnya lulus dalam kertas bahasa inggeris terutamanya
murid yang berada dikelas belakang.
Beliau juga ditugaskan untuk menjadi guru muzik disekolah. Beliau amat terkejut
apabila ditugaskan untuk mengajar subjek muzik kerana sepanjang pengajiaanya di
Institut perguruan, dia tidak pernah didedahkan dengan subjek muzik. Oleh itu, dia
cuba juga mempelajari dan mengajar untuk subjek muzik ini dengan bantuan
daripada guru dan bahan bacaan yang berkaitan.

6

4.0 ISU AKAUNTABILITI
Kaplan, L dan Owing,W (2001) dalam Akhbar Pardi et.al (2012) menyatakan
akauntabiliti guru terdiri daripada dua perpektif iaitu dari segi kualiti guru dan kualiti
pengajaran. Dari segi perspektif kualiti guru bermaksud para guru dan sekolah
adalah bertanggungjawab ke atas pencapaian kaemik murid murid sekolah
manakala dari kualiti pengajaran pula,guru perlu menjadikan dirinya sebagai sumber
ilmu pengetahuan yang boleh dirujuk oleh murid- murid.
Semasa temuramah saya dan rakan internship saya, Muhammad Solehin
bersama dengan cikgu aswari, beliau telah menyakatan padanganya terhadap isu
akauntabiliti sebagai seorang guru disekolah. Beliau menyatakan beberapa prinsip
akauntabiliti yang dipegang olehnya sepanjang bergelar seorang warga pendidik
disekolah .Menurut Akhbar Pardi et.al (2012) terdapat lima ciri akauntabiliti guru .
Secara professionanya, guru diamanahkan untuk memelihara imej dan
profesion keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh
dedikasi untuk kemajuan masyarakat dan negara. Di dalam masyarakat guru
merupakan satu pekerjaan yang dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Beliau menyatakan bahawa seseorang guru itu perlu menjaga imej dan keterampilan
sewaktu bekerja dan di luar masa berkerja agar tidak dipandang serong oleh
masyarakat. Guru perlu sentiasa mewujudkan persefahaman dan kerjasama di
kalangan guru dan ibu bapa murid.
Akauntabiliti yang penting dalam menunaikan tanggungjawab terhadap murid
disekolah. Guru tidak wajar untuk menafikan hak dan peluang murid untuk belajar.
Mereka perlu dengan bersikap adil terhadap semua murid disekolah tanpa mengira
faktor faktor perbezaan individu atau latar belakang keluarga seperti perbezaan
fizikal, mental, ekonomi, sosial, etnik dan agama.
Guru juga perlu menunjukkan tingkah laku yang baik dan berahlak mulia
supaya dapat menjadi ikutan oleh setiap murid. Sebagai contohnya guru melarang
ataupun telah berhenti daripada merokok. Rahsia murid juga perlu dijaga oleh guru
agar tidak diketahui oleh pihak tidak septutnya demi menjaga maruah murid
tersebut. Sergiovanni (1996) dalam Burnham dan Fergus O Sullivian (2009)
7

menyatakan guru mengamalkan satu bentuk kepimpinan pedagogi secara langsung
kerana mereka adalah insan yang paling rapat dengan murid sewaktu disekolah .
Bagi profesion perguruan, guru perlu menjaga nama baik kerjaya seorang
guru agar tidak dipandang serong dan wujudnya persepsi negatif oleh orang lain dan
rakan sekerja yang lain. Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai
mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulum, tetapi menyampaikan
pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan berguna bagi perkembangan
mental murid-murid..
Justeru itu, guru perlu mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian,
kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari
segi moral serta akhlak.Menurutnya lagi setiap guru perlu sedia dan tidak mengeluh
jika diminta menghadiri sebarang kursus yang berkaitan dengan mempertingkatkan
profesion perguruan dan kaedah pengajaran didalam kelas walaupun kursus itu
dijalankan diluar waktu sekolah dan cuti. Hal ini kerana banyak ilmu yang
bermanfaat dan mempertingkatkan kualiti dalam diri guru tersebut.

8

5.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KERJAYA
Pendidkan Awal
Sekolah Kebangsaan Pendang ( 1984 hingga
1989)
Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang ( 1990-
1994)
Taraf Pendidkan
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ( 2002
hingga 2005)
- Kursus Diploma Perguruan Malaysia
- Opsyen bahasa Inggeris
- Praktikum Fasa 1 ( 2 bulan) Sekolah
Kebangsaan Kelibang , Langkawi, Kedah
- Praktikum Fasa 2 ( 4 bulan) Sekolah
Kebangsaan Jejawi, Perlis
Pendidikan Jarak Jauh , Open University Malaysia
Kedah & Perlis ( 2008-2012)

Perkhidmatan
dalam Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Lanchang, Temerloh , Pahang
( 2005 2009).
Sekolah Kebangsaan Padang Pusing , Pendang
Kedah ( 2010 Kini).


Sekolah Kebangsaan Lanchang Pahang
( 2005- 2009 )
- Guru Penyelaras ICT sekolah
- Setiausaha Panatia Bahasa Inggeris
- Jurulatih bola sepak peringkat
Daerah
- Guru penasihat permainan Bola
sepak Sekolah
- Setiausaha Sukan
- Setiausaha PIBG sekolah

Sekolah Kebangsaan Padang Pusing (
2010)
- Guru Makmal Komputer
- Setiausaha Paniti Bahasa Inggeris
Sekolah
- Setiausaha mata Pelajaan Muzik
- Guru Penasihat permaianan Bola
Sepak
- Guru Penasihat UnIt Beruniform
Pengakap
- Penolong Jurulatih Utama untuk
Taklimat English Language Games
Guru Daerah Pendang Tahap 2
9

6.0 PELAN PEMBANGUNAN MASA DEPAN

Sebagai seorang guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu teknologi
maklumat dan komunikasi. Beliau berharap supaya pada masa akan datang dapat
diberikan peluang untuk menjad guru bestari di sekolah. Hal ini kerana buat masa
kini , beliau masih lagi bukd luar bandar.amurn guru bestari disekolah. Beliau sering
diminta untuk menghadiri kursus yang berkaitan dengan ict di perigkaat daerah
namun dia bukan berjawatan guru bestari disekolah.
Beliau juga berazam untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan murid dalam
bidang ICT bagi murid luar bandar. Beliau berasa sedih kerana murid murid diluar
bandar tidak begitu terdedah dalam ilmu Teknologi Maklumat ini. Beliau berpendapat
mereka juga berhak untuk menerima kemajuan IT seperti yang diperolehi oleh murid
di bandar. Beliau bercadang untuk mewujudkan kelas ICT satu atau dua kali dalam
seminggu kepada murid murid.
Beliau juga berharap dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat
seterusnya. Tujuannya bukanlah untuk kenaikan gred tetapi mempelajari ilmu untuk
memantapka dirinya lagi dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris supaya dapat
membantu murid meminati dan mengusai mata pelajaran ini terutama murid yang
berada di luar bandar.
Beliau berharap berpeluang untuk menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum di
sekolah. Beliau mempunyai pelan untuk membangunkan sukan, unit beruniform dan
aktiviti berkaitan dengan kokurikulum pada peringkat yang tertinggi. dapat
menaikkan prestasi sekolah dalam bidang kokurikulum diperingkat daerah dan
negeri.Berdasarkan pengalamanya sebagai jurulatih pasukan bola sepak, sepak
takraw dan unit beruniform pengakap sekolah selama 3 tahun telah banyak
mengajarnya ilmu ilmu baru dalam bidang kokurikulum.


10

SENARAI RUJUKAN

Akhbar Pardi, Shamsina Shamsuddin, Muhamad Kushairi Jusoh. (2012). Asas
Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur : Freemind
Horizons Sdn. Bhd.

Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed, Abdul Ghani Abdullah. (2007). Guru
Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Aminuddin Mohd. Yusof. (1990). Siri Analisis Psikologi Kepimpinan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai