Anda di halaman 1dari 1

SELEPAS PRAKTIKUM

Alhamdulilah, hampir bulan saya telah melengkapkan praktikum kali ini satu
bersamaan 4 minggu masa pengajaran disekolah. Pelbagai pengalaman, ilmu baru
dan pembaharuan diri yang saya peroleh sepanjang berada disekolah dan juga
penglibatan dalam berbagai acara serta aktiviti di SK Permatang Tok Mahat ini
disamping melaksankan tiga program utama untuk sekolah.
Pada permulaan iaitu sekitar minggu pertama dan kedua, saya banyak diberi
bimbingan, nasihat dan juga tunjuk ajar daripada guru-guru dan juga pensyarah.
Selain itu juga, rakan-rakan pelajar guru yang lain juga turut menyumbang idea dan
masa untuk memperbaiki kelemahan diri saya ini. Secara keseluruhannya, saya
telah melaksanakan tugasan yang diamanahkan sebaik yang mungkin dan sentiasa
memperbaiki kekurangan dan kelemahan melalui tindakan lanjutan dan
penambahbaikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Selain itu juga, saya banyak memfokuskan program yang bermakna dan
menerapkan nilai-nilai baru dalam diri murid berdasarkan program yang telah
dilaksanakan.. Hasil daripada praktikum kali ini, keyakinan diri saya untuk
berinteraksi dengan murid dan guru lain juga bertambah baik. Saya tidak
menghadapi sebarang masalah sepanjang menjalani internship kali ini. Segala
bimbingan dan nasihat banyak membantu saya untuk menguruskan diri dan menjadi
lebih matang sebagai seorang guru.
Penglibatan dalam aktiviti sekolah juga menambah pengalaman saya dan
melihat cara mengendalikan sesuatu tugasan dan aktiviti seperti kokurikulum. Guru-
guru disekolah ini banyak memberikan saya idea baru untuk diterapkan dalam sesi
pengajaran kelak.