Anda di halaman 1dari 16

PENYAKIT HERPES

Anda ingin tahu penyakit kelamin yang


mudah berjangkit. Penyakit herpes
iaitu Herpes genital sangat mudah
berjangkit. Penyakit herpes ini
berjangkit melalui hubungan kelamin.

Penyakit herpes genital disebabkan
oleh virus herpes simplex.

Dua jenis virus herpes dikenal pasti:
- Virus herpes mulut atau HSV 2.
- Virus herpes genital atau HSV 1
Virus herpes menjangkit dengan
memasuki luka kecil pada kulit
atau lapisan mukosa. Apabila
anda dijangkiti virus herpes,
virus akan tinggal kekal di dalam
tubuh.
Penyakit Herpes Simplex Jenis 1
Tanda-tanda herpes yang boleh dilihat
ialah ruam,kudis berisi air di dalam mulut
atau bibir.
Ia diikuti dengan ulser mulut yang sakit.
Tanda-tanda herpes lain ialah demam
,gusi bengkak serta merah, selaput putih
pada lidah, bengkak kelenjar leher dan
sakit-sakit otot.
Organ mata dan sistem saraf juga boleh
terlibat sama. Tanda-tanda herpes ini agak
lewat terjadi,mungkin beberapa
hari,minggu atau bulan kemudian.

Penyakit Herpes Simplex Jenis 2
Tanda-tanda penyakit herpes simplex 2 biasanya
kelihatan di faraj, zakar, kerandut zakar,
punggung dan dubur. Virus herpes ini boleh
menjangkit melalui seks oral.

Simptom penyakit herpes ini ialah gatal-gatal
atau sakit serta ruam di kawasan terbabit.
Kadangkala berlaku pembengkakan kelenjar dan
demam. Anda akan terasa sakit semasa kencing
jika jangkitan virus herpes ini menjangkit zakar.

Ruam ini kadang kala menjadi ulser.
Lelehan cecair atau darah akan keluar
dari ulser tadi. Ulser herpes genital
akan sembuh dalam tempoh 2 hingga 4
minggu. Herpes genitalis berjangkit
melalui hubungan kelamin tidak
selamat.
Virus herpes tidak akan
menyebabkan komplikasi yang teruk
selain ruam pada kulit jika
menjangkiti individu yang sihat.
Pesakit HIV dan Aids dan pesakit-
pesakit yang mempunyai sistem
pertahanan imuniti yang rendah akan
mengalami jangkitan herpes yang
lebih teruk dan lama.
Individu yang menghidapi virus herpes
genitalis lebih berisiko untuk
membawa penyakit-penyakit kelamin
lain termasuk HIV. Jika ibu-ibu
melahirkan anak dan mengalami ruam
kemaluan disebabkan virus herpes
genital, ia boleh menjangkiti anaknya
yang baru lahir.

Oleh sebab penyakit herpes diakibatkan
oleh virus, setakat ini tiada ubat untuk
menyembuhkan penyakit ini. Ubat
antivirus oral seperti Acyclovir (Zovirax),
Famciclovir (Famvir) dan Valacyclovir (Valtrex),
digunakan secara meluas untuk rawatan simptom
penyakit herpes ini. Ubat antivirus tersebut boleh
membantu menyembuhkan ruam kulit dan
mengurangkan jangkitan ulangan.
Risiko jangkitan virus herpes kepada pasangan
juga boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat
oral antivirus.

Amalkan seks selamat. Gunakan
kondom. Jangan bertukar-tukar
pasangan. Amalkan seks sihat.
Lakukan dengan pasangan sah iaitu
suami-isteri. Sekiranya dijangkiti
virus herpes genital, beritahu
pasangan anda.
Tangguhkan aktiviti seks sehingga
ruam pada kemaluan sembuh
sepenuhnya. Gunakan kondom,jika
perlu, bagi mengurangkan
kemungkinan jangkitan virus herpes
pada pasangan anda.
Kekalkan sistem daya pertahanan kuat
dengan gaya pemakanan sihat, sentiasa
melakukan senaman badan dan rehat
yang cukup. Elakkan bercium jika anda
sedang dijangkiti virus herpes genital.
Elakkan berkongsi makanan dengan orang
yang ada ulser mulut.

Faktor-faktor yang menyebabkan jangkitan
berulang: Kekerapan ulangan penyakit
herpes berhubung kait dengan sistem
pertahanan badan yang rendah. Sistem
pertahanan badan rendah berlaku pada:
Pemakanan tidak sihat
Tekanan (stress)

Pembedahan
Amalan sek ganas menyebabkan luka
pada alat kelamin
Datang haid atau mengandung
(perubahan hormon)

Sekian
terima kasih