Anda di halaman 1dari 2

CARA PENGUMPULAN DATA

Kajian ini merupakan data berbentuk kualitatif, maka intsrumen yang digunakan adalah analisis
dokumen(lembaran kerja), temubual (soalan berstruktur), dan pemerhatian (rekod anekdot).
Kajian ini dilaksanakan secara berterusan selama sebulan dari awal bulan Julai 2014 sehingga
akhir bulan Julai 2014. Saya telah menggunakan kaedah triangulasi di mana triangulasi ini
merupakan kaedah pengumpulan data melalui pelbagai sumber maklumat yang berbeza iaitu
kaedah analisis dokumen, pengujian, dan pemerhatian. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan bagi
mengaplikasikan kaedah triangulasi iaitu untuk tujuan meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan data yang dikumpulkan. Triangulasi adalah satu proses yang sering kali
digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan data yang dikumpulkan dalam pengkajian
kualitatif (Nabilah, Rohaya, Ghaziah, Shireena Basree & Norshidah, 2010). Proses triangulasi
yang menggabungkan pelbagai teknik mengumpul data dan proses ini amat penting untuk
mengurangkan keberangkalian atau peluang terjadinya bias ( Rosli, Kartini, Badrul Hisham &
Ahmad Shabudin, 2011). Triangulasi juga dapat memberikan kefahaman yang lebih
komprehensif terhadap sesuatu isu atau focus yang dikaji oleh pengkaji.







Rajah 2: Triangulasi kaedah pengumpulan data
Analisis Dokumen
Analisis dokumen dilakukan secara tidak formal berkaitan dengan pemeriksaan lembaran kerja
murid, buku latihan, dan buku modul KSSR. Ianya dilakukan sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan Kit NT. Pengkaji melakukan analisis pada ujian yang dijalankan
terhadap responden. Ujian digunakan dinamakan ujian 1 (ujian pra) dan ujian 2(ujian pos). ujian
ANALISIS DOKUMEN
(Lembaran Kerja, Ujian Pra dan
Ujian Pos)

TEMUBUAL
(Soalan Berstruktur)
PEMERHATIAN
(Rekod Anekdot)
ini dijalankan secara berasingan dalam selang masa yang berbeza. Ujian pra dan ujian pos
telah dibina oleh pengkaji yang akan dilaksanakan sebelum dan selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran selesai. Jarak masa antara ujian 1 dan ujian 2 adalah agak jauh kerana bertujuan
untuk melihat perbezaan pencapaian murid antara sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
Soalan ini dibina berdasarkan huraian sukatan kurikulum Tahun 4. Keputusan ujian dicatatkan
di dalam borang rekod ujian Matematik yang telah disediakan. Hasil keputusan dapat dikira dan
dianalisis berpandukan borang rekod ujian. Hasil kerja sampel pada kertas ujian turut disemak
untuk mendapatkan perbandingan sama ada terdapat peningkatan dalam menguasai
kemahiran menulis nombor mengikut nilai tempat sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
Segala dokumen dianalisis untuk melihat bentuk dan pola yang berlaku sama selain
menyatakan bukti kukuh dalam menguatkan pengujian dan pemerhatian hasil kerja murid.

Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji menggunakan borang rekod anekdot semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta semasa murid melaksanakan soalan untuk
diselesaikan. Kaedah pemerhatian digunakan bagi mengumpul data bagi sokongan dalam
kajian yang dijalankan. Pengkaji memilih pemerhatian tidak berstruktur dengan menggunakan
borang rekod anekdot. Selain itu, penggunaan foto dan video turut dijalankan sebagai bahan
sokongan. Pemerhatian secara langsung untuk merekod tingkah laku, minat, dan interaksi serta
perkembangan yang ditunjukkan dalam pembelajaran yang dijalankan dalam tempoh kajian ini
dilaksanakan. Senarai semak juga disediakan bagi guru untuk merekod tahap tahap
penguasaan murid dalam menulis nombor mengikut nilai tempat serta tingkah laku murid
semasa menggunakan Kit NT.

Temubual
Pengkaji memilih untuk menggunakan teu bual berstruktur dengan mengemukakan soalan
yang merujuk kepada perkara dan maklumat yang dimaklumkan murid. Soalan berkaitan
dengan penggunaan Kit NT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran lebih diutamakan. Tema
soalan dipilih oleh pengkaji agar temu bual yang dijalankan tidak menyimpang kepada perkara
yang tidak berkait dengan fokus kajian, Tema yang dipilih berkisar kepada penguasaan murid
dalam penggunaan bahan bantu belajar dan minat untuk belajar.