Anda di halaman 1dari 5

Burung nuri burung dara

Terbang ke sisi taman kayangan


Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?
Jawapan : belon
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
Jawapan : Ular dan katak
Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?
Jawapan : Umur
Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini?
Jawapan : baju hujan
Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa
Jawapan : anai-anai/ semut