Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : 2/12

Minggu Praktikum : Kedua


Tarikh Peristiwa/Kejadian : 7 April hingga 11 April 2014
Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa dan Kelas
1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu ini saya telah menghadapi masalah kawalan kelas dan masalah
pengurusan masa khususnya pada kelas yang hujung. Hal ini telah menyebabkan
beberapa aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa.
Oleh kerana itu, objektif pembelajaran dan pengajaran tidak dapat dicapai secara
keseluruhannya.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid-murid tidak dapat memahami arahan yang saya
berikan iaitu arahan dalam Bahasa Arab. Saya terpaksa mengulang arahan beberapa
kali supaya mereka dapat memahami arahan-arahan tersebut. Oleh kerana itu, terdapat
murid yang tidak memberikan tumpuan dan seterusnya mengganggu rakan yang lain.
Ini mengakibatkan murid lain tidak dapat menumpukan tumpuan mereka kepada
pengajaran yang telah saya jalankan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya perlu menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai pengurusan masa
dan kawalan kelas dengan menambahkan lagi bacaan saya untuk menangani
masalah ini.
b) Saya akan menyediakan aktiviti pembelajaran yang lebih mudah, ringkas dan
menyeronokkan bagi memudahkan murid memahami arahan saya dan isi
pembelajaran yang saya sampaikan.
c) Saya akan mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada guru dan pensyarah
pembimbing saya bagi mengatasi masalah ini.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa seminggu pada minggu
hadapan. Masalah ini perlu diatasi secepat yang mungkin untuk memastikan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan berjalan
dengan lancar.






______________________________________________________________________
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : . Tandatangan : ..
Nama : .. Nama : ..
Tarikh : .. Tarikh : ..