Anda di halaman 1dari 4

Ruang dialog dengan kesantunan berbahasa

February 15, 2011 EditorWacana No Comment


Masyarakat Islam seluruh dunia akan mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan pada tahun
ini tarikh itu adalah 15 Februari 2011. Mengingati tarikh kelhairan junjungan besar Rasulullah s.a.w
adalah sebagai titik tolak telah dan akan bangkitnya satu kesedaran baru mengenai pola kehidupan
bermasyarakat di samping memperdalamkan semangat perjuangan baginda yang berupaya
meruntuhkan budaya kesukuan dan fikiran jumud.

Peribadi Rasulullah s.a.w sebagai insan yang penuh teladan, sama dalam kehidupan peribadi, keluarga,
masyarakat dan bernegara adalah tunjang kekuatan Islam. Walaupun lebih seribu empat ratus tahun
telah berlalu, tindakan baginda menyelesaikan masalah, meruntuhkan sebarang konflik dengan lain-lain
kelompok (atau kesukuan) amat berkesan sekali. Seharusnya, dalam menghadapi gelora politik dan
kehidupan bermasyarakat pada hari ini, setiap umat Islam sama ada rakyat biasa apatah lagi pemimpin
atasan boleh mengambil contoh daripada peribadi Nabi Muhammad s.a.w sebagai panduan dan teladan
sebelum membuat keputusan ataupun mengaturkan cabaran baru.Ini termasuklah penentuan dalam
soal pengurusan dan pengunaan harta kerajaan atau wang rakyat.Dalam hal in Nabi s.a.w menegaskan
dalam satu hadisnya yang bermaksud: Setiap pemimpin yang menyalahgunakan urusan rakyat akan
mendapat kutukan Allah s.w.t di akhirat nanti. (Riwayat Tarmizi dan lain-lain). Demikianlah akibat
apabila sesuatu urusan diurus takbir oleh mereka yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat
kehancurannya.(maksud Hadis)

Dalam kontek kehidupan berpolitik, ekonomi, sosial kita lihat para masyarakat Islam telah kehilangan
arah dan panduan. Mereka, bercakaran sesama sendiri, intitusi keluarga kucar kacir, memutuskan
silaturahim, hidup diselubungi dengan rasuah, mengutamakan kepentingan diri, keluarga serta dan
gilakan kuasa. Ingin mencontohi perilaku kehidupan Rasulullah s.a.w atau melafazkan puji-pujian keatas
junjungan Rasulullah s.a.w hanyalah sekadar bertanam tebu di bibir mulut, hakikatnya, cakap tidak
serupa bikin menjadi etos politik harian.

Justeru itu juga dalam isu Dialog antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Majlis
Fatwa Kebangsaan pada hakikatnya tidak sesuai diadakan kerana ia akan melibatkan pertembungan
antara seorang ahli politik dan sekumpulan fuqaha Islam yang akhirnya hanya akn mengelirukan rakayat.
Pertembungan sedemikian seharusnya dielakkan bagi menjamin kebebasan Majlis Faktwa Kebangsaan
berbanding dengan penyertaan Mursyidul Am Pas atas tiket politik.Apabila politik diadunkan dengan
agama, maka kebenaran yang ingin diraih melalui dialog tersebut akan dilihat sebagai sesuatu yang
bertahtakan politik di mana banyak kemungkinan lain akan menyusul

Dalam hal berpolitik ini kita seharus mencontohi bagaimana Rasulullah s.a.w menjalin hubungan politik
yang harmonis dengan masyarakat luar, lebih-lebih lagi dengan masyarakat senegara dan setanah air.
Baginda tidak pernah melemparkan tuduhan jahil, kafir dan sebagainya kepada lawan-lawan politik
baginda, kecuali jika orang itu memang jahil dan kafir. Politik adalah politik, politik yang khalis (murni)
adalah politik yang tidak membabitkan akidah dan kepercayaan. Mengikuti atau menentang sesuatu
parti politik tidak akan menyebabkan seseorang menjadi murtad, jahil atau keluar dari Islam.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang laki-laki,ya Rasulullah,apakah agama itu? Rasulullah
bersabda, yang bermaksud: Akhlak yang baik. Kemudian ia mendekati Nabi dari sebelah kanannya dan
bertanya.Ya Rasulullah, apakah agama itu?Jawab Nabi, akhlak yang baik. Kemudian ia mendekati
Nabi dari sebelah kiri pula dan bertanya, Apakah agama itu? Baginda bersabda. akhlak yang baik.
Kemudian ia datang pula dari belakang dan bertanya, Apakah agama itu? Rasulullah menoleh
kepadanya dan bersabda belum juga kau mengerti? Agama itu akhlak yang baik. Sebagai misalan,
jangan engkau marah Sesungguhnya agama mengarahkan kita kepada nilai-nilai luhur, iaitu bagaimana
hubungan kita dengan sesama manusia.Bukankah tujuan utama diutusnya Nabi untuk menyempurnakan
akhlak?

Kata-katanya tidak menyakiti orang lain, kerana Allah s.w.t turut berpesan Lunakanlah atau lembutkan
suaramu,sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldaiLukman 19 dan katakanlah kepada
hamba-hamba-Ku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang baikal-Israa, 53, ..dan
ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusiaal-Baqarah, 83, dan katakanlah kepada mereka
perkataan yang baik..an-Nisa, 8, dan, Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia
melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata
yang lemah lembut semoga ia mengingat atau takut. Taha, 43-44.

Islam amat menitikberatkan penggunaan bahasa yang baik. Bahasa merupakan satu-satunya ciptaan
manusia yang telah mampu memberikan apa sahaja kesan kepada mereka yang menggunakannya. Sejak
permulaan sejarah lagi kita diberikan pengetahuan melalui perantaraan bahasalah manusia mampu
membina kehidupan yang bermuafakat dan bermasyarakat. Melalui perantaraan bahasa juga boleh
mennyebabkan dua pihak bergaduh, berselisih pendapat dan seterusnya berperang. Itulah bahasa
politik yang mewajarkan tindakan kekerasan demi memperoleh dan mengekalkan kuasa. Peristiwa
menggunakan bahasa sebagai alat melepaskan geram dan meluncurkan kemarahan ke atas seseorang
telah banyak berlaku dalam sejarah termasuk oleh pemimpin Islam sendiri.

Dalam budaya Melayu, ada nasihat yang baik dalam pemakaian bahasa bagi membolehkan dua pihak
yang berselisih pendapat menerima hakikat dalam pembicaraan yang harmoni. Tenas Effendi, seorang
tokoh budaya dan adab Melayu memberikan panduan mengenai tiga jenis pemakaian bahasa dalam
berkomunikasi melalui kelompok yang berlawanan, yang dikenali sebagai bahasa yang tiga.

Pertama, bahasa mendaki iaitu bahasa yang digunakan oleh orang yang lebih muda atau rendah
kedudukannya bila berhadapan dengan mereka yang lebih tua atau berkedudukan. Ia dapat dicontohkan
bahasa yang digunakan antara anak dan ayah, murid dengan guru, pekerja dengan majikan dan manusia
dengan Maha Pencipta.

Kedua, bahasa mendatar ialah kaedah yang digunakan oleh rakan sebaya. Ketiga, ialah bahasa menurun,
yang digunakan oleh mereka yang tinggi kedudukannya kepada orang berada di bawahnya. Gaya
bahasanya lebih bersifat nasihat dan ingatan, seperti seorang ayah memberikan nasihat kepada anaknya
agar menjaga tatakelakuan.

Kesantuman baik dalam memilih kata atau perkataan membolehkan persekitaran sosial yang terhasil
tidak menampakkan semakin meluaskan jurang pemisahan atau persengketaan. Ia mestilah merujuk
kepada kepuasan secara jujur dan ikhlas bersandarkan naluri manusia, kesalahan diperbetulkan dan
diterima pula langkah pembetulan yang kemudiannya timbul melalui persekitaran dialog yang berkesan.
Tujuan dialog ialah mencari penyelesaian ke arah kebaikan kedua pihak, dan bukannya melebarkan jarak
sengketa.

Al-Ghazali pernah mengingatkan kita bahawa Allah menganugerahkan dua telinga dan satu mulut,
maka pergunakanlah sebaik-baiknya mulut yang satu itu untuk menyatakan perkara yang baik-baik
sahaja. Kesantuman berbahasa berlaku di mana-mana dan setiap masa, maka atas kesantuman
berbahasa itulah Nabi Muhammad s.a.w merupakan teladan terbesar dalam sejarah manusia. Masih
belum ada yang mampu menandingi kekesanan bahasa dakwah yang digunakan oleh Nabi Muhammad
s.a.w untuk menyatakan sesuatu pendapat, walaupun sebagai manusia baginda turut diselubungi
perasaan marah dan kecewa.

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang buruk
perangai dan kotor lidahnya (Riwayat at-Tirmidzi). Ini memberikan kita gambaran bahawa Islam amat
menitikberatkan penggunaan bahasa atau kesantunan berbahasa. Oleh itu, jika dialog benar-benar ingin
dilaksanakan, ia seharusnya berlangsung dalam adab kesantunan berbahasa dan bukannya dalam tautan
rasa benci dan emosi bela diri yang keterlaluan sehingga melupakan hakikat bahawa sebagai manusia,
sesempurna mana sekali pun akan ada kelemahannya.

Kelemahan wajib diakui, kerana kelemahan itulah yang akan memberikan kesedaran dan keinsafan
bahawa kebenaran adalah milih Allah s.w.t, manusia hanya mampu menduga dan menyelusuri jalan-
jalan untuk mendapatkannya berpandukan al-Quran dan teladan yang ditinggalkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.

Imam Syafie pernah berbeza pendapat dengan gurunya lebih dari seribu persoalan. Tapi keduanya tetap
saling menghormati dan menghargai.Bahkan Imam Syafie dengan rasa rendah diri menulis, Ambil
pendapat lain jika pendapat itu baik dari pendapatku. Inilah kenyataan yang keluar dari manusia yang
tahap kesedaran beragama yang cukup matang. Tokoh ini adalah laboratorium bagi kita untuk
mengamalkan Islam secara yang lebih baik dan matang. Mereka melihat bahawa semua umat Islam itu
bersaudara.

Demikian Nabi Muhammad s.a.w adalah pemimpin yang ditaati kerana cinta. Namun itu bukan bererti
ia tidak berwibawa. Dia berwibawa bukan kerana menggunakan cara kekerasan ataukekuasaan Dia
berwibawa kerana dicintai oleh umatnya.

Kita harus ingat bahawa Nabi s.a.w tidak pernah menyatakan dirinya memiliki sifat-sifat manusiawi yang
terhebat. Mendapat wahyu itulah yang membezakan manusia ini dengan manusia yang lain. Akan
tetapi, perlu diingat bahawa Muhammad s.a.w. mendapat wahyu kerana baginda adalah manusia agung
dan berbudi pekerti yang luhur.

* Artikel ihsan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)