Anda di halaman 1dari 26

1

NOTA GRAFIK DAN


BANDING BEZA
EMPAT PENDEKATAN
PENGAJARAN

2



Induktif
Contoh kepada
kesimpulan
umum
Pengajaran
mendapatkan
hukum
Memberi
peluang
kepada pelajar
membuat
kesimpulan
melibatkan
aktiviti
mengumpul
dan mentaksir
maklumat
3









Deduktif
Umum
kepada
khusus
Pengajaran
berdasarkan
hukum
Kemukakan
kesimpulan
Kaedah
mengajar
yang
kompleks
4





5






Komunikatif
Bahasa
sebagai satu
komunikasi
Pengajaran
lebih
kepada
dialog
Situasi yang
menyerupai
keadaan sebenar
Bahasa
sebagai
peranan
yang
penting
6

Banding Beza Pendekatan Induktif, Deduktif, Elektif dan Komunikatif
Pendekatan Pengajaran
Pendekatan merupakan cara kita mendekati sesuatu cara bagaimana sesuatu
matapelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Dalam pengajaran bahasa terdapat
empatpendekatan pengajaran iaitu Pendekatan Deduktif, Pendekatan Induktif , PendekatanElektif
dan Pendekatan Komunikatif.Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang
falsafah ataupandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan
satuaksioma iaitu pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatuhuraian.
Manakala menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) pula, pendekatan ialah satukumpulan andaian
yang saling berkaitan tentang hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.

Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif merupakan pendekatan yang digunakan dari khusus kepada
umumatau dari fakta kepada kesimpulan ataupun rumusan.Guru memulakan pengajarannya
dengan memberikan contoh yang khusus tetapimengandungi prinsip yang sama. Berdasarkan
kepada contoh-contoh yang diberikan ,pelajar-pelajar dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti
dan mentafsir maklumatyang terkandung di dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat
generalisasiatau kesimpulan yang berkenaan.Dari segi pengajaran bahasa, pendekatan ini
mengutamakan contohpenggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa.
Pengajarandimulakan dengan member contoh penggunaan unsure-unsur bahasa yang
diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsure tersebut. Sebagai contoh ,dalam
pengajaran tentang ayat tunggal, guru akan memulakan pengajaran denganmenunjukkan contoh-
contoh ayat tunggal. Kemudian, berpandukan contoh-contoh yangdibuat, guru akan memandu
murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.




7

Pendekatan Deduktif
Pendekatan ini ialah pendekatan yang digunakan dari umum kepada khusus iaitucontoh-
contoh kepada fakta.Guru memberitahu murid mengenai objektif pengajaran pada peringkat
awal.Perlajar dibimbing mengingat kembali hokum , prindip, teori atau peraturan yangberkaitan
untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkesimpulan yang baru.Dari
segi pendekatan dalam bahasa , pendekatan ini mengutamakanpenguasaan undang-undang
ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa.Guru-guru yang menggunakan
pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasamereka dengan huraian undang-undang
bahasa yang hendak diajar sebelum member contoh-contoh penggunaannya. Sebagai contoh,
apabila seorang guru mengajar ayattunggal, guru akan member takrif ayat tersebut sebelum
menunjukkan contoh-contohpenggunaannya. Rajah 1.2 menunjukan bagaimana kaedah deduktif
dilaksanakan.

Pendekatan Eklektik
Pendekatan Elektif ini ialah pendekatan yang menggabungkan kedua-dua pendekatan awal
yang lalu iaitu pendekatan induktif dan pendekatan deduktif.Dalam pendekatan ini, guru tidak
terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah
diubahsuaikan mengikut kesediaan murid pada waktu itu. Misalnya, guru memulakan pengajaran
dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini
ditambah dengan contoh-contoh murid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-
undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorong untuk memberi contoh-contoh lain dalam
konteks yang hampir sama. Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan
menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian
memberi contoh. Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi.
Akhirnya undang-undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.




8

Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini mengutamakan kecekapan komunikasi. Pengajaran bahasa mestilah
merangkumi kecekapan bahasa iaitu sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi,
kecekapan yang pertama membolehkan murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi
menyampaikan mesej kepada khalayaknya. Kecekapan yangkedua membolehkan murid tersebut
menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran dimulakan
dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan aktiviti komunikasi
yang dipilih oleh guru. Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini. Kemudian
murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti komunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan
mereka menggunakan struktur ayat yang dipilih. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan
murid daripada guru.

9

Banding Beza Antara 4 Pendekatan
Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif Pendekatan Eklektif Pendekatan
Komunikatif
- Contoh kepada
kesimpulan
umum.
- Pengajaran
mendapatkan
hukum.
- Banyak
menggunakan
contoh.
- Umum kepada
khusus
- Pengajaran
berdasarkan
hukum.
- Kemukakan
kesimpulan.
- Gabungan induktif
dan deduktif
- Pengajaran
mengikut
kebolehan dan
kemampuan
kanak-kanak.
- Bahasa sebagai
satu komunikasi
- Pengajaran lebih
kepada dialog
- Situasi yang
menyerupai
keadaan sebenar.
- Kaedah terus atau
semula jadi
- Kaedah oral-aural
- Kaedah linguistic
- Kaedah fonetik
- Kaedah linguistic
- Kaedah
semulajadi
- Kaedah terus
- Kaedah linguistik
- Kaedah oral-aural
- Kaedah semula
jadi
- Kaedah terus
- Kaedah linguistik
- Kaedah oral-aural
- Kaedah terus
- Teknik berbincang
- Teknik brainstorm
- Teknik soal jawab
- Teknik main
peranan
- Teknik tunjuk cara
- Teknik bercerita
- Teknik drama
- Teknik latih tubi
- Teknik soal jawab
- Teknik
penyelesaian
masalah
- Teknik tunjuk cara
- Teknik bercerita
- Teknik berdrama
- Teknik berbincang
- Teknik permainan
bahasa
- Pelajar lemah dan
sederhana
- Pelajar pintar
sesuai kerana
pelajar perlu
berfikirkan.
- Mengikut tahap
pelajar
- Semua pelajar

10

PENDEKATAN PENGAJARAN MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG
MENARIK DAN DINAMIK

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana
pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang
berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat
merangsangkan minat pelajar di samping dapat memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga
harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik minat pelajar
serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju
sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagai "to come
near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan
yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. pendekatan juga
adalah berlandaskan teori, prinsip atau kaedah tertentu yang mendokong sesuatu teori. Cara
pengajaran juga adalah berdasarkan objektif yang ditentukan. Pendekatan adalah beraksiomatik
iaitu kenyataan dianggap benar tanpa bukti dan alasan. Contohnya dalam sesi pengajaran, guru
menggunakan pendekatan daripada mudah sehinggalah susah agar pengajaran dapat difahami
oleh murid. Pendekatan adalah cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan
sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah (Kamus Dewan (1998) dan pendekatan juga adalah
satu set andaian yang saling berkait dengan proses P&P serta mempunyai unsur aksiomatik
(Edward M. Anthony (1963).
Parera (1986) menyatakan bahawa pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah
atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma
(pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian) dan Kamarudin Hj.
Husin (1988) pula memberi penekanan bahawa pendekatan adalah satu kumpulan andaian yang
11

saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran
bahasa. Pendekatan terbahagi kepada dua iaitu pendekatan pengajaran dan pendekatan
pembelajaran. Pendekatan pengajaran terdiri daripada pendekatan induktif, deduktif, eklektif dan
komunikatif. Pendekatan pembelajaran pula terdiri daripada pendekatan berpusatkan murid,
berpusatkan guru, berasaskan projek, masalah, aktiviti, situasional dan berasaskan permainan.
Berdasarkan pendapat Brian Seaton, pendekatan induktif melibatkan perkembangan mental
murid dengan membuat generalisasi sendiri setelah membuat pemerhatian ke atas contoh.
Pendekatan induktif lebih kepada pembelajaran konstruktivisme di mana murid sendiri yang
membina pengetahuan. Dalam melaksanakan pendekatan induktif, guru seharusnya merancang
dengan teliti dan rapi Contohnya dalam pengajaran tentang kata adjektif, guru akan memulakan
pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh kata adjektif. Setelah itu guru akan
membimbing murid-murid membuat generalisasi mengenai kata adjektif. Bagi menjayakan
pendekatan induktif ini, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang sesuai agar murid dapat
mempelajari dan memahami sendiri konsep yang cuba disampaikan oleh guru. Antara kaedah
yang sesuai untuk digunakan dalam pendekatan induktif oleh guru ialah kaedah terus manakala
bagi teknik, guru boleh memilih teknik seperti teknik perbincangan. Melalui teknik perbincangan,
guru akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan mengadakan perbincangan
tentang sesuatu isi pelajaran. Murid-murid akan berbincang sesama mereka bagi membuat satu
generalisasi. Justeru itu, secara tidak langsung, teknik ini telah mewujudkan sebuah suasana
pembelajaran yang berkesan kerana murid-murid dapat melibatkan dengan aktif dalam memberi
dan melontarkan pendapat masing-masing. Malah, minda mereka akan lebih berkembang pesat
kerana mental mereka berfikir mencari solusi bagi masalah yang diberikan. Oleh hal yang
demikian, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna kerana murid akan lebih mengingati fakta
yang dibina sendiri berbanding fakta yang dihafal semata-mata.
Selain itu pendekatan induktif yang menekankan pengajaran berbentuk konkrit membantu
dalam melahirkan suasana pembelajaran yang menarik dan efektif. Guru seboleh-bolehnya perlu
menggunakan alat bantu mengajar dan mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan seharian
agar pembelajaran konkrit dapat dialami oleh murid-murid. Pembelajaran konkrit amat sesuai
untuk murid-murid kerana mereka masih berada dalam tahap operasi konkrit berdasarkan teori
kognitif Jean Piaget. Justeru itu, melalui pendekatan induktif yang menekankan pengajaran
berbentuk konkrit dapat membantu murid membina sendiri pengetahuan dengan lebih berkesan
kerana mereka lebih mengingati pembelajaran berdasarkan pengalaman
12

Contoh yang dapat menerangkan proses pengajaran yang menggunakan pendekatan
induktif ialah di dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya
dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang
dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.





Seterusnya, pendekatan deduktif turut boleh menyumbang kepada persekitaran
pembelajaran yang menarik dan dinamik. Hal ini kerana pendekatan ini memberikan banyak
kemudahan kepada guru dan murid. Tidak seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif
menuntut guru melaksanakan pengajaran rumus, undang-undang ataupun peraturan bahasa
terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan contoh-contoh dan diakhiri pula dengan aplikasi atau
penerapan rumus-rumus tersebut seperti yang dikatakan oleh BrianSeaton (1982).
Sebagai contoh, apabila seseorang guru mengajar kata adjektif, guru akan memberi takrif
kata tersebut sebelum menunjukkan contoh-contoh penggunaannya. Bagi menjadikan
pembelajaran lebih bermakna, kaedah dan teknik yang digunakan perlu sesuai dengan
pendekatan deduktif. Contohnya, guru boleh menggunakan kaedah linguistik dan teknik yang
boleh dijalankan seperti teknik main peranan atau permainan bahasa. Secara tidak langsung
murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif kerana dengan pendekatan deduktif, guru boleh
melaksanakan teknik yang berpusatkan murid. Oleh hal yang demikian, dapat ditegaskan bahawa
pendekatan deduktif dapat melahirkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Dalam pendekatan deduktif, kaedah yang digunakan adalah kaedah linguistik. Kaedah ini
membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari
bahasa baru dari segi bunyi. Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh
aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif menurut
Kamarudin Hj. Husin, ( 1988 ).
Contoh khusus Mencari sifat
sepunya/memerhati/me
ntafsir
Membuat
generalisasi
Siput
kerang
udang
ketam


bercengkerang Krustasia
13

Selain itu, kaedah ini merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu
dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu harus tertumpu
kepada bentuk dan fungsi bahasa itu, disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susanan ayat,
makna, dan lain- lain. Kaedah ini mengutamakan bentuk daripada makna. Tujuan kaedah linguistik
ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk
mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, murid juga didedahkan dengan bahan-bahan
nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah
diketahui. Antara teknik yang dapat dilakukan oleh guru dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik ialah teknik bercerita. Teknik ini mudah menarik minat semasa guru-
guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid mereka. Biasanya murid-murid akan lebih
cepat menumpukan perhatian disamping menjadikan pelajaran itu berlaku dalam keadaan yang
menyeronokkan.
Berikut ialah proses pengajaran berdasarkan pendekatan deduktif :






Pendekatan seterusnya iaitu pendekatan eklektif. Pendekatan ini merupakan gabungan ciri
baik antara pendekatan deduktif dan induktif bagi menghasilkan satu persekitaran pembelajaran
yang menarik dan dinamik. Pendekatan eklektif sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar
pelbagai kebolehan kerana ia mempunyai kedua-dua ciri deduktif dan induktif. Hal ini bertepatan
dengan teori kecerdasan Howard Gardner yang menyatakan manusia mempunyai kecerdasan
yang tersendiri dan berbeza seperti kecerdasan matematik-logik, kecerdasan intrapersonal dan
interpersonal. Justeru itu, pembelajaran dapat diwujudkan dengan lebih menarik kerana
melibatkan murid yang pelbagai kebolehan secara aktif. Berbanding dengan pendekatan induktif,
ia memberi kelebihan kepada murid yang bekecerdasan logik-matematik kerana dapat mereka
dapat menaakul dan membuat generalisasi dengan mudah. Manakala murid yang tidak tergolong
dalam kategori kecerdasan tersebut akan mengalami kesukaran untuk membuat generalisasi
Contoh mudah ayat yang
mengandungi satu subjek
dan satu predikat.
Ayat mudah = 1s + 1p
Pilih perkara yang
sudah diketahui
mengenai subjek dan
predikat
guna contoh
yang berkaitan
Murid-murid
mengukuhkan
pemahaman tentang
ayat mudah
14

sendiri. Oleh itu, pendekatan eklektif ini amat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran
terhadap kelas yang mempunyai murid berkebolehan pelbagai sekali gus dapat menjana
persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan dan menarik.
Selain itu, pendekatan eklektif ini juga memudahkan guru kerana dapat memberikan
banyak contoh dan penerangan. Misalnya, guru boleh memulakan pengajaran dengan
memberikan contoh, diikuti dengan generalisasi. Guru juga akan mengakhiri pengajaran dengan
memberikan contoh untuk mengukuhkan dan menegaskan lagi peraturan atau generalisasi.
Pendekatan eklektif ini lebih mirip kepada pendekatan induktif. Di samping itu, guru boleh
memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan
kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan sekali lagi. Pendekatan eklektif ini pula
lebih mirip kepada pendekatan deduktif. Oleh yang demikian dapat dinyatakan bahawa strategi
pengajaran menggunakan pendekatan eklektif boleh dilaksanakan melalui dua cara, iaitu strategi
yang mirip kepada pendekatan deduktif dan strategi yang mirip kepada pendekatan induktif.
Dalam strategi yang mirip kepada pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan
menggunakan contoh-contoh untuk membantu membentuk konsep yang jelas. Kemudian,
daripada contoh tersebut, guru membimbing murid-murid membuat generalisasi. Seterusnya,
contoh akan diberikan oleh guru dan pelajar dalam sesi pengukuhan.
Manakala, dalam strategi yang cenderung kepada pendekatan deduktif pula, guru akan
memperkenalkan kepada murid-murid dengan generalisasi, hukum-hukum atau peraturan. Setelah
itu, guru akan memberikan contoh untuk menerangkan generalisasi tersebut dan mengaitkannya
dengan contoh. Kemudian, guru menjelaskan lagi kesimpulan berdasarkan isi pelajaran pada hari
tersebut. Ringkasnya, pendekatan eklektif ini membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan
lebih efektif kerana guru dapat memberi hujah dan contoh serta huraian yang eksplisit. Oleh itu,
murid-murid akan lebih memahami pengajaran guru sekali gus melahirkan sebuah suasana
pembelajaran yang berkesan dan dinamik.
Pendekatan ini memerlukan guru menggunakan daya usaha dan kreativiti sendiri. Guru
boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak. Misalnya peringkat asas
pengajaran dilaksanakan dengan latihan mendengar dan kemudian diikuti pula dengan latihan
bertutur, membaca dan menulis. Penggunaan pendekatan eklektik membolehkan kanak-kanak
berfikir terus dalam bahasa yang dipelajarinya dan di samping itu dapat pula menggunakan
bahasa itu secara aktif. Pendekatan ini banyak menggunakan latihan dalam pengajarannya.
15

Selain itu, guru juga boleh melaksanakan teknik tunjuk cara di dalam pendekatan eklektif
ini. Teknik ini disebut juga sebagai teknik demonstrasi. Ia melibatkan satu cara pengajaran yang
membawa dan memusatkan perhatian murid kepada langkah-langkah, prosedur atau peraturan-
peraturan bagi menghasilkan sesuatu. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, teknik ini
boleh digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan murid-murid bertutur
dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Walaupun pada dasarnya,
demonstrasi boleh dilakukan tanpa bahasa, iaitu dengan menggunakan aksi pelajar, tetapi untuk
pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid boleh meminta menerangkan cara-cara
hendak melakukannya melalui bahasa. Maksudnya di sini ialah, di samping menunujukkan cara,
murid-murid itu diminta juga menerangkannya melalui bahasa yang baik. Banyak aktiviti bahasa
yang boleh dilakukan melalui teknik ini. Dalam aktiviti lisan misalnya, guru boleh meminta murid-
murid menunjukkan cara menjahit baju, membuat kuih, menunggang basikal, bermain bola, cara-
cara mendapat rawatan di hospital, cara-cara membasuh kereta dan sebagainya.













Contoh-contoh khusus
Dapatkan generalisasi Berikan contoh lain untuk
pengukuhan
induktif
Deduktif
Mulakan dengan
generalisasi
Berikan contoh-contoh
Kukuhkan dengan generalisasi
berkaitan
Deduktif
Induktif
16

Selain daripada kemahiran linguistik dalam Bahasa Melayu, kemahiran lisan dan
komunikasi turut mustahak untuk dikuasai murid. Oleh hal yang demikian, pendekatan komunikatif
tidak wajar diabaikan kerana ia turut menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang
menarik dan dinamik. Pendekatan komunikatif boleh mewujudkan peluang kepada murid untuk
berkomunikasi secara bebas dengan menggunakan bahasa yang dipelajari. Hal ini akan
menjadikan pembelajaran itu lebih bermakna kerana murid-murid secara tidak langsung dapat
mengasah kemahiran linguistik dan kemahiran lisan secara serentak ketika berkomunikasi dengan
tatabahasa dan intonasi yang betul. Kaedah yang sesuai untuk pendekatan ini adalah seperti
kaedah linguistik, oral-aural dan terus manakala teknik yang sesuai adalah teknik bercerita, main
peranan, dan soal jawab.
Selain itu, pengajaran tatabahasa menjadi lebih bermakna kerana murid dapat melihat
bagaimana sesuatu unsur tatabahasa itu berfungsi dalam situasi penggunaan yang sebenar.
Justeru itu, penglibatan murid menjadi lebih aktif kerana guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
Hal ini sekaligus menjadikan suasana bilik darjah lebih menyeronokkan dan memberangsangkan.
Tambahan lagi, melalui pendekatan komunikatif ini, murid dapat menggunakan kreativiti mereka
sendiri dalam penggunaan bahasa iaitu bagaimana untuk menyusun struktur ayat agar bermakna
dan disebut dengan intonasi yang betul.
Di samping itu lagi, pendekatan komunikatif ini sebenarnya secara langsung atau tidak
langsung ini mendedahkan aspek-aspek paralinguistik dau sosiobudaya masyarakat penutur
bahasa yang dipelajarinya. Justeru itu, murid-murid boleh menggunakan bahasa tersebut mengitut
ciri-ciri ketatasusilaan bahasa itu seperti mana penutur jati, serta dapat melihat laras-laras bahasa
yang berlainan, yang dibezakan oleh konteks.
Bagi kaedah di dalam pendekatan komunikatif pula, guru dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik melalui kaedah terus, kaedah oral-aural atau kaedah linguistik.
Terpulang kepada guru samada hendak memilih salah satu kaedah atau menggabungkannya
asalkan objektif pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan pada sesi pengajaran.
Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan dinamik, guru boleh
melaksanakan pendekatan komunikatif kepada murid-murid dengan melakukan teknik permainan
bahasa. Permainan bahasa merupakan salah satu aktiviti yang melibatkan murid, manakala guru
hanya bertindak sebagai pembimbing dan fasilitator. Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
17

dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Terdapat pelbagai contoh permainan yang dapat diaplikasikan dalam teknik permainan
bahasa. Antaranya ialah permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan, permainan yang
berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara
individu , permainan kad atau permainan dam. Permainan ini dapat menimbulkan situasi
pembelajaran yang mengembirakan murid. Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara
murid-murid. Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Selain itu, guru juga
dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta mengembangkan
penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.
Selain itu, guru juga dapat melakukan teknik brainstorming. Teknik ini berbentuk
perbincangan dan ia membolehkan sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Otak
diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea, pendapat dan pandangan
yang dikemukakan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea tadi didapati kurang memuaskan dan
tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan
menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh
seorang murid diperkembangkan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi
mengembang ke peringkat yang lebih tinggi.
Intihanya, pelbagai jenis pendekatan yang dapat dijadikan wadah untuk guru
menyampaikan pengajarannya. Sebagai seorang guru yang unggul, apa jua pendekatan yang
dipilih perlu dilaksanakan dengan penuh iltizam disertai dengan pemilihan kaedah dan teknik yang
sesuai. Dengan pendekatan pengajaran yang berkesan dan efektif, sudah pasti guru tidak
menghadapi masalah untuk menyampaikan pengajarannya. Dan perkara yang paling mustahak,
perancangan rapi dan sistematik perlu dilakukan guru demi memastikan pengajaran yang
dilaksanakan boleh mewujudkan sebuah atmosfera pembelajaran yang menarik dan dinamik.




18


RANCANGAN
PENGAJARAN
HARIAN
19

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Tarikh : 27 September 2012
Masa : 11.00 pagi 12.00 tengahari ( 60 minit )
Tahun : 4 Bestari ( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan)
Tema : Hargai Warisan Kita
Tajuk : Alat Muzik Tradisional Malaysia
Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.
HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton,dibaca atau dialami

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi
dan gaya pembacaan yang sesuai

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton
atau dibaca

Fokus Utama :

1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.

Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan.

Fokus Sampingan :

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami
perkara yang dibaca.

Aras 1 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

20

11.3 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan
dibaca.

Aras 1 (ii) Mencatat nota dalam bentuk grafik.

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
1. Menyebut lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia.
2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
menarik.
3. Menulis jenis-jenis alat muzik tradisional Malaysia berdasarkan kaum dalam
bentuk jadual.
Pengisian Kurikulum :
Sistem Bahasa :
i) Sebutan dan intonasi : Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii) Tatabahasa : Ayat penyata
iii) Kosa Kata : getaran, dipalu, bergema

Kemahiran Bernilai Tambah
i) Kecerdasan Pelbagai : Linguistik, Interpersonal, Muzik
ii) Kemahiran Berfikir : mengesan, mengkategori
iii) Kajian Masa Depan :
iv) Pembelajaran kontekstual :

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid
Kemahiran generik : Kemahiran Belajar
Penekanan Konsep 5P
i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulis
ii) Penyerapan ilmu : Pendidikan Muzik; Nilai murni : baik hati
21

iii) Pemulihan : Membaca kosakata secara latih tubi
iv) Pengayaan : membuat buku skrap alat-alat muzik tradisional
v) Penilaian : Membuat jadual jenis alat muzik

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
i) Bahan Multimedia :LCD, CD
ii) Bahan Bercetak :poster
iii) Bahan Maujud : kompang, serunai

Pengetahuan Sedia Ada :
i) Murid pernah melihat alat-alat muzik seperti serunai, kompang dan
lain-lain.


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah
dan Masa
Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(5 minit)
Alat-alat muzik:
Kompang
serunai
Guru membawa
kompang dan serunai
dan meminta 2 orang
murid memalu
kompang dan meniup
serunai tersebut.
Bersoal jawab dengan
murid mengenai
kegunaan kompang.
Guru mengaitkan
dengan isi pelajaran
hari ini.


Kemahiran
belajar(mentafsir
maklumat)
22

Langkah 1
(10 minit)
Petikan teks:
Alat-alat Muzik Tradisional
Malaysia.
(Lampiran A)
1.Membranofon


2. Kordofon


Murid diberikan
petikan.
Murid membaca
petikan dengan gaya
dan intonasi yang
betul.
Guru meminta
beberapa orang murid
membaca petikan
dengan kuat.
Murid lain mendengar
dan memberi komen
mengenai intonasi dan
nada.


SP:Koperatif






PP(Berpusatkan
murid)



Langkah 2
(10 minit)
Alat-alat Muzik
mengecam dan
menyebut nama alat-
alat muzik.

Murid duduk dalam
kumpulan dan
dikehendaki berbincang
mengenai jenis alat-alat
muzik dari setiap kaum.
Wakil murid dikehendaki
ke hadapan kelas dan
menyebut nama alat-alat
muzik tersebut.


PP(Berpusatkan
murid)


SP:Koperatif dan
Kolaboratif

KBT
-Verbal linguistik




23

Nilai: kerjasama
Langkah 3
(15 minit)
Tayangan slaid (gambar) :
Alat muzik tradisional
Melayu
Alat muzik tradisional
Cina
Alat muzik tradisional
India


Guru menayangkan slaid
gambar alat muzik
tradisional dari kaum
Melayu, Cina dan India.
Guru turut memberi
penerangan mengenai
asal usul sesuatu alat
muzik.
Murid dikehendaki
menyebut semula jenis
alat-alat muzik
berdasarkan sesuatu
kaum.

KB
(mentafsir
maklumat)
SP:Kontek luar

BBM: LCD,
laptop

Nilai: berani
mencuba
Langkah 4
( 15 minit)
Latihan 3
Membuat jadual:
Jenis alat muzik
tradisional kaum
Melayu, cina dan India.


Murid dikehendaki
membuat jadual serta
menulis jenis alat
muzik tradisional.
Murid diminta mengisi
jadual tersebut dengan
menulis jenis alat
muzik dari kaum
Melayu, Cina dan
India.
Guru berbincang
dengan murid jawapan
yang tepat.
KB(menyatakan
sebab dan
alasan)


Penutup
( 5 minit )



Murid diperdengarkan
dengan lagu-lagu etnik
kratif daripada pita
rakaman.
KG;TMK

Nilai Murni:
menghargai
24

Guru memaklumkan
kepada murid
mengenai alat muzik
yang digunakan dalam
lagu tersebut.
Guru merumuskan
pengajaran dan
pembelajaran serta
menekankan kepada
aspek nilai yang
terdapat semasa
aktiviti hari ini.
warisan Negara

BBM: pita
rakaman















25

Rujukan

Kamarudin Hj. Husin ( 1999 ) Pengajian Melayu 3- Komunikasi Bahasa , Kumpulan Budiman
Sdn Bhd, Selangor.
Abd Aziz Abd. Talib ( 2000 ) Pedagogi Bahasa Melayu- Prinsip, Kaedah dan Teknik , Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Tuan Jah Tuan Yusof Phd ( 2011 ) Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu , Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd, Selangor.
www.scribd.com


26





LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai