Anda di halaman 1dari 8

EDU 3103 MURID DAN ALAM

BELAJAR
MUHAMMAD NADJMI BIN MUSA
MUHAMMAD HAKIM BIN MOHD NOR
NUR HATTIKAH BINTI AZMI
DEFINISI LUPAAN
Motif dan maklumat tertentu yang sengaja
dilupakan kerana dianggap tidak penting, kurang
seronok dan tidak berguna bergantung kepada
kesedaran mental individu. (Erikson, 1963)

Lupaan juga bermaksud kurang keupayaan untuk
mengingat kembali maklumat.

Dua sebab lupaan ialah reput dan juga gangguan.


REPUT
Reput bermaksud kehilangan secara pasif akan
kesan ingatan akibat daripada kurang aktif dan
kekurangan latihan.

Ingatan deria maklumat menjadi reput dalam
masa beberapa saat dan jika tiada latihan,
maklumat dalam ingatan jangka pendek akan hilang
dalam masa kurang dari satu minit.
GANGGUAN
Lupaan berlaku apabila proses mengingat sesuatu
diganggu oleh perkara-perkara lain.

Terdapat dua jenis gangguan :
-Gangguan Terbawa (Gangguan Proaktif)
: Berlaku apabila pelajar menghadapi kesulitan mengingat
kembali bahan pembelajaran yang berikutnya.
Contohnya;
1. Ali belajar Falsafah pada Semester 1 dan Psikologi pada
Semester 2.
2. Semasa peperiksaan Psikologi, ingatan Ali terganggu oleh
Falsafah yang dipelajari Semester sebelumnya.
- Gangguan Berbalik (Gangguan Retroktif)
: Gangguan berlaku apabila pembelajaran baru
mengganggu isi pembelajaran lama, hingga
sebahagiannya hilang dari ingatan.

- Terjadi apabila kedua-dua pembelajaran berlaku
dalam masa yang singkat.

DEFINISI INGATAN
Ingatan ialah proses mental untuk menyimpan
perkara yang telah dipelajari dan mengeluarkan
sebagai tindak balas dalam situasi yang memerlukan.

Ingatan ialah sistem mendapatkan maklumat,
tempat menyimpan maklumat, atau maklumat yang
sememangnya disimpan. (Reber, 1985)

Pemprosesan maklumat yang diterima otak,
menyimpan dan mengeluarkannya. (Fein, 1978)
STRATEGI MENINGKATKAN DAYA
INGATAN
Belajar berlebihan
-Ingatan kekal lama dan proses mengingat kembali menjadi mudah
apabila sesuatu perkara dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai
sepenuhnya.

Pemahaman
-Guru perlu menekankan pada pemahaman konsep dan bukan fakta.
-Pelajar akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap.
Contoh: murid-murid diminta mengingat angka-angka yang berikut
100816449362516941
-Dalam ingatan jangka pendek, sukar untuk mengingat angka-angka
tersebut.
-Sebenarnya angka-angka tersebut adalah kuasa dua bagi nombor 1
hingga 10
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai