Anda di halaman 1dari 7

TAYAMUM,

Pengertian tayamum.
Tayamum ialah menyapu debu tanah yang suci kemuka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku
dengan syarat-syarat tertentu.
TAYAMUM SATU KALI UNTUK SATU KALI SOLAT
Lafaz niat Tayamum.

Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat kerana Allah Taala.
RUKUN TAYAMUM. 3 perkara
1. Niat
2. Menyapu debu kemuka dan kedua belah tangan hingga ke siku.
3. Tertib (Melakukan mengikut susunan)
SYARAT TAYAMUM
1. Keuzuran kerana sakit yang tidak boleh menggunakan air
2. Air yang ada diperlukan untuk keperluan yang lebih penting.
3. Tayamum mesti dilakukan setelah masuk waktu solat
4. Menggunakan debu tanah yang suci
PERKARA YANG SUNAT KETIKA BERTAYAMUM
1. Membaca Bismillah
2. Mengadap kiblat
3. Menipiskan debu
4. Mendahulukan anggota yang sebelah kanan
PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMUM
1. Murtad (Keluar daripada Islam)
2. Luput waktu solat (Habis waktu)
3. Sembuh dari sakit
4. Ada air sebelum solat
5. Melakukan perkara yang membatalkan wuduk

HIKMAH TAYAMUM
1. Kemudahan kepada umat Islam yang uzur
2. Membuktikan agama Islam itu mudah dan mampu untuk dilaksanakan
3. Pentingnya ibadat Solat
CARA-CARA BERTAYAMUM
1. Menepuk kedua tangan diatas debu yang bersih
2. Menyapu debu kemuka
3. Menepuk kedua tangan diatas debu
4. Menyapu debu dikedua tapak tangan
5. Kemudian menyapu debu kedua tangan hingga ke siku



AZAN
PENGERTIAN AZAN
Azan ialah seruan memanggil solat fardu dengan kalimah tertentu
Kalimah Azan

WAKTU AZAN
Masuk waktu solat fardu
LAFAZ QAMAH

WAKTU QAMAH
Ketika hendak menunaikan solat fardu
PERKARA SUNAT KETIKA AZAN & QAMAT
1. Mengadap kiblat
2. Suci dari hadas besar & kecil (ada air sembahyang)
3. Berdiri ketika Azan
4. Memaling muka kekanan ketika mengucapkan Haiya Solah & memaling kekiri ketika
mengucapkan Haiya Ala-falah. Dada tetap mengadap kiblat.
5. Melafazkan kalimah dengan tertil
6. Mengulang lafaz azan




DOA SELEPAS AZAN & QAMAT

AZAN SUBUH ada ditambah lafaz. selepas Haiya Ala-Falah.
Bererti SOLAT ITU LEBIH BAIK DARI TIDUR.
BILAL BIN RABAH ialah orang yang pertaman melaungkan azan.
Apabila mendengar Azan, diam dan ikut sebutan azan.


SOLAT FARDU
PENGERTIAN SOLAT
SOLAT adalah perbuatan dan perkataan tertentu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam
dengan syarat-syarat tertentu
HUKUM SOLAT FARDU adalah WAJIB (FARDU AIN) kepada semua orang islam yang berakal dan balig
(cukup umur).
SOLAT FARDU 5 WAKTU & BILANGAN RAKAAT.
1. SUBUH 2 Rakaat
2. Zohor 4 Rakaat
3. Asar 4 Rakaat
4. Magrib 3 Rakaat
5. Isyak 4 Rakaat
RUKUN SOLAT ada 13 perkara
1. Berdiri tegak
2. Niat
3. Takbiratul Ihram (AllahuAkbar)
4. Membaca Alfatihah
5. Rukuk selepas Tomakninah (Berhenti sekejap)
6. Iktidal serta Tomakninah
7. Sujud serta tomakninah
8. Duduk antara dua sujud dan tomakninah
9. Duduk thayat Akhir
10. Membaca tahayat Akhir
11. Membaca Salawat
12. Salam
13. Tertib (Berturutan)
SYARAT WAJIB SOLAT
1. Beragama Islam
2. Balig (Cukup Umur)
3. Berakal (Tidak gila)


SYARAT SAH SOLAT
1. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar (kena ada air sembahyang/wuduk)
2. Suci pakaian, badan dan tempat dari najis
3. Mengadap kiblat
4. Masuk Waktu Solat
5. Menutup Aurat
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT (ada dua. SUNAT AB-HAH SUNAT HAI-AH)
SUNAT AB-AD (Sunat yang digalakkan)
1. Membaca tahayat awal
2. Solawat dalam tahayat awal
3. Baca doa Qunut dalam solat subuh
4. Solawat dalam tahayat Akhir.
SUNAT HAI-AT
1. Mengangkat tangan ketika takbiratul Ihram
2. Meletak tapaktangan kanan keatas tangan kiri dan meletakkan dibawah dada & atas pusat.
3. Membaca doa iftitah (Alllahu Akbaru kabiran)
4. Membaca Tauz (Aa u zubillah..)
5. Membaca Aminnn di akhir surah Al-Fatihah
6. Menguatkan bacaan Al_fatihah pada dua rakaat yang pertama dalam solat magrib, Ishak &
Subuh
7. Membaca ayat dari Al-Quran
8. Membaca Takbir Allahu Akbar mengiringi setiap pergerakan dalam solat
9. Membaca tasbih 3 kali dalam rukuk dan sujud
10. Membaca SamiAllahu liman Hamidah dan Rabbana Lakal Ham du ketika bangkit dari rukuk.
11. Membaca ketika
duduk antara dua sujud.
12. Duduk Iftirash setika tahayat awal
13. Duduk Turak ketika tahayat akhir
14. Berpaling muka kekanan & ke kiri ketika memberi salam
15. Memberi Salam kedua



PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT.
1. Berkata-kata dengan sengaja
2. Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat
3. Kedatangan haid
4. Kedatangan najis yang tidak dimaafkan pada badan atau pakaian
5. Terbuka Aurat
6. Memalingkan dada daripada kiblat
7. Mengubah niat atau ragu-ragu untuk meneruskan atau membatalkan solat.
8. Makan dan minum walaupun sedikit
9. Berkata selain perkataan dalam solat
10. Murtad.

Anda mungkin juga menyukai