Anda di halaman 1dari 20

Disediakan oleh:

Tan See Yee



Kumpulan Zulfahmi
Definisi Pertolongan
Cemas
Sistem Pernafasan dan
Peredaran Darah
Resusitasi
Kardiopulmonari
Pendarahan
Terseliuh dan Patah
DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS
Rawatan pertama diberi kepada
pesakit/mangsa kemalangan.
Usaha rawatan pertama dalam keadaan
kecemasan sebelum ketibaan ambulans /
pesakit mendapat rtawatan dari doktor.
Matlamat utama:
untuk menyelamat nyawa
mengelakkan kecederaan dari bertambah
buruk
mengurangkan kesakitan.
sebagai persediaan sebelum diambil alih
oleh doktor
BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG
PERINGKAT BILANGAN SEMINIT
Dewasa

Kanak-kanak 6-10
tahun

Bayi
15-20 kali

22-25 kali


35-40 kali
BILANGAN NADI SESEORANG
PERINGKAT BILANGAN SEMINIT
Dewasa

Kanak-kanak

Bayi
70-80 kali

90-100 kali

100-140 kali
CARA MEMERIKSA NADI
Nadi
Karotik
Nadi
Brakial
Nadi
Radial
RESUSITASI KARDIOPULIMONARI
Adalah bantuan kecemasan yang diberikan
kepada mangsa kecederaan yang tidak
mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas
Merupakan kombinasi terknik pernafasan
bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada
Berperanan untuk membantu jantung
mengepam udara yang dihembus ke seluruh
anggota badan
Dua sebab utama CPR dilakukan:
terhenti pernafasan
tiada nadi
PEMERIKSAAN ABC
Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC
sebelum melakukan CPR

A Airway (saluran pernafasan)

B Breathing (pernafasan)

C Circulation (peredaran darah)
KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE
MULUT
Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan.
Dapatkan bantuan.
Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
Buangkan sebarang benda asing dari mulut.
Bukakan saluran pernafasan.
Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
Tentukan mulutnya terbuka.
Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa
bergerak naik.
Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
Angkat mulut danm biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa.
Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.
Catatan:
1. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh
dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung
tidak keluar melalui mulut mangsa.
2. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak
yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.
3. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan
bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin
perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik
RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL SECARA UMUM
A) Luka-luka kecil.
Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan
kecil seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi
untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah
rawatannya adalah seperti berikut:

# bersihkann tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan
tangan kotor.
# cuci luka dari tempat luka kea rah ke luar supaya kuman tidak
masuk ke kawasan luka.
# keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.
# lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk
ke arah tempat luka.
# gunakan pembalut untuk memegang plaster.
B) Luka kecil yang ada benda asing.
Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca
yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek
tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu
dan pendarahan. Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan
tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan.
Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:
~ bersihkan tangan anda dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
~ cuci lika dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan
luka.
~ keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril.
~ kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua
bahagian atau sekitar tepi objek.
~ tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan
kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh
membalut tanpa menekan objek.
~ bawa mangsa ke hospital.
CARA MENAHAN DARAH
a) Tekanan tepat tekan terus pada luka tersebut
dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka
atau luka tidak disertaidengan patah.
1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain/
bahan yang disterilkan.
2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga
digunakan dengan menekan pada tempat berdarah.
3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang
pembebat.
4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah
berhenti biasanya 10 15 minit.
b) Tekanan tidak tepat tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet). Jangan biarkan
ikatan penjerut lebih dari 15 minit. Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan
kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar memburukkan
lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan
terpaksa dipotong. Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.

c) Anggota terputus kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan
kain kasa yang baah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman. Masukkan
anggota putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang
mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke
hospital.
TERSELIUH & PATAH
Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami
oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi
disebabkan oleh :

Pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku
pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta.
Pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya
patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi.
Kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan.
Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi pada
ahli sukan.
Terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan
mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara
mengejut semasa berlari.
Dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan
normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan
JENIS-JENIS PATAH
Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa
kategori :

Patah bertutup. Kulit permukaan tidak luka.
Patah terbuka. Terdapat luka yang
mendedahkan keretakan tulang.
Patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan
melibatkan tulang dan organ lain seperti
otak, paru-paru dan lain-lain.
Patah ranting muda. Terjadi dikalangan
kanak-kanak.
Patah penghancuran. Tulang patah lebih dari
dua.
Patah simple. Tulang patah dua sahaja.
TANDA-TANDA KECEDERAAN TULANG
Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak
normal.
Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada
tulang,sendi atau otot.
Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.
PRINSIP RAWATAN SECARA AM
Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :

Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang
mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan
pendarahan yang banyak.
Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan
rawatan ditempat kejadian.
Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang
cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup
dengan kain yang bersih.
Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan
belat (splin), anduh dan pembebat.
Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan
jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang
terlalu ketat.

Anda mungkin juga menyukai