Anda di halaman 1dari 1

AHMAD ZAKARIA MAZLAN WAJ3113 S10E-1006-0391/BI4

Interaksi pada minggu ketiga Persatuan Bahasa Inggeris telah mengetengahkan


beberapa usul yang penting seperti projek bagi persatuan kami pada masa yang akan
datang dan tarikh pelaksanaan projek tersebut. Seperti yang telah dirancang pada interaksi
yang sebelumnya, kami telah sepakat untuk mengadakan Hari Keluarga.
Setiap kelas dibahagikan kepada beberapa aktiviti yang berbeza dan akan menjadi
host kepada aktiviti yang telah mereka rancang. Setiap kelas juga perlu menyediakan satu
kertas kerja berasingan untuk aktiviti yang ingin dilaksanakan pada hari keluarga itu. kelas
kami telah bersepakat untuk menganjurkan perlawanan futsal pada hari tersebut.
Perlawanan ini bukan sahaja menggalakan penyertaan yang ramai dari semua pihak malah
ia juga aktiviti yang sihat.
Kelainan permainan yang di cadangkan oleh setiap kelas memeberi gambaran
bahawa bukan sahaja satu aktiviti yang boleh dilakukan pada hari keluarga bahkan lebih
daripada satu dan perserta diberi masa yang secukupnya untuk beriadah bersama rakan-
rakan yang lain disamping bergembira.
Tambahan lagi, setiap orang diberi peluang untuk mencuba permainan yang
berbeza-beza dan mungkin permainan-permainan ini dapat memberi satu input berguna
kepada mereka jika dilaksanakan di sekolah kepada pelajar-pelajar. Selain itu juga, setiap
AJK diberi tugas yang baru dan organisasi kecil ini dibentuk berdasarkan undian daripada
ahli-ahli kelas yang lain.
Perlbagai idea yang dicadangakan dalam pemilihan aktiviti yang paling padan
berdasarkan jumlah pelajar dalam persatuan ini. Hal ini membolehkan semua ahli untuk
memberikan cadangan mereka untuk dilaksanan atau digunakan sebagai plan sokongan.
Pada saya perbincangan seperti ini adalah penting bagi sesuatu organisasi dalam membuat
keputusan. Dengan ini, setiap orang dari kami mempunyai kata dua agar pihak-pihak yang
lain tidak tersinggung sekaligus mengelakkan permasalahan dalaman yang boleh
menjejaskan perjalanan aktiviti ini.
Akhir sekali, bimbingan dari pensyarah kami yang tidak putus memberikan idea dan
nasihat untuk memastikan kami menerima input yang berguna dan berada di landasan yang
betul.

Anda mungkin juga menyukai