Anda di halaman 1dari 14

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

PENGENALAN
Pendekatan ini adalah gabungan antara
pendekatan behaviourisme dan kognitivisme
Ia mengambilkira penekanan ahli
behaviorisme ke atas kesan atau hasil
sesuatu tingkahlaku, dan minat ahli kognitif
pula ke atas impak hasil dari kepercayaan
dan pengharapan seseorang itu
Pendekatan ini adalah salah satu konsep
dalam aliran behaviorisme yang menekankan
pada komponen kognitif dari fikiran,
pemahaman dan evaluasi.
Teori Pembelajaran
Sosial
(Albert Bandura)
Bobo Doll
Kanak-kanak meniru
perilaku agresif yang
diperhatikan daripada orang
dewasa di sekitarnya
eksperimen
Dalam model pembelajaran Bandura, faktor kognitif memainkan
peranan penting.

Faktor kognitif yang dimaksudkan ialah efikasi kendiri.

Efikasi kendiri merujuk kepada keyakinan terhadap kemampuan diri
sendiri untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan efektif.
Individu yang memiliki efikasi diri yang tinggi akan dapat menghadapi
masalah dengan mudah.

Proses
pembelajaran
Sosial
Teori
Pemerhatian/Modelling
Teori Peniruan
Seperti rajah yang ditunjukkan dapat disimpulkan bahawa :-

Unsur-unsur pembelajaran utama terdiri daripada pemerhatian dan
peniruan.

Tingkah laku permodelan boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan
teladan manakala pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan
demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika
dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.

Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan
,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Mengikut Albert Bandura (1925) :-

pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas
tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung
mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.

Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan
proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai
permodelan.

Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan
persekitaran.

Jenis
Pembelajaran
Melalui
Pemerhatian
pemberian
peneguhan dan
ganjaran
Peniruan
1. Pemberian
peneguhan dan
ganjaran

Ini berlaku apabila kita melihat orang lain
diberi ganjaran atau denda untuk tindakan
tertentu kita mengubah tingkah laku melalui
ganjaran.

Contohnya seandainya kita memuji dua
orang pelajar kerana membuat kerja yang
menarik di dalam kelas maka pelajar-
pelajar yang memerhatikan penghargaan
mungkin akan membuat kerja yang lebih
baik pada masa akan datang. Denda juga
boleh mempunyai kesan yang sama.
Contohnya kita akan mengurangkan had
laju semasa memandu selepas melihat
beberapa orang mendapat saman kerana
memandu dengan laju.

1. Peniruan

Pembelajaran pemerhatian yang kedua
ialah pemerhati meniru tingkah laku model
walaupun model tersebut tidak menerima
peneguhan atau denda semasa pemerhati
sedang memerhatikan.

Selalunya model menunjukkan sesuatu
yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati
dan mengharapkan peneguhan apabila
dapat menguasai.

Contoh cara yang betul meletakkan tangan
untuk bermain piano tetapi peniruan
berlaku apabila pemerhati hanya mahu
menjadi seperti model yang disanjung.

PRINSIP
PEMBELAJARAN
MELALUI
PEMERHATIAN/
PERMODELAN
Pemerhatian
Murid-murid
menumpukan perhatian
terhadap apa yang
dilihatnya
Mengingat
Murid-murid mengingat
tentang apa yang
dilihatnya
Reproduksi
Murid-murid
menghasilkan semula
tingkah laku yang dilihat
dan diingatinya
Peneguhan/
motivasi
Murid-murid mendapat
peneguhan daripada
tingkah laku yang
dihasilkannya.
IMPLIKASI TERHADAP KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB)
BAGI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
Murid-murid khas dapat meniru serta mencontihi tingkah laku
yang ditunjukkan oleh guru. Perwatakan guru yang bertingkah
laku positif serta berpewatakan positif akan mendorong murid-
murid khas berkelakuan sedemikian.
Murid-murid berkeperluan khas akan dapat
menguasai sesuatu pembelajaran dengan berkesan
secara langkah demi langkah.
Murid-murid berkeperluan khas akan dapat
melakukan sesuatu aktiviti kemahiran asas
dengan baik serta dapat mempraktikkannya
dalam kehidupan seharian.
Murid akan dapat menyelesaikan masalah
yang dihadapi dengan baik.
Dapat menyediakan murid-murid berkeperluan khas dengan
situasi sebenar kehidupan melalui situasi main peranan dan
simulasi. Murid ini dapat meniru tingkahlaku positif. Situasi dalam
main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi
sebenar.
Murid-murid berkeperluan khas dapat menyampaikan buah fikiran,
menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan.
Dapat meningkatkan motivasi diri murid-murid berkeperluan khas.
Hal ini terjadi apabila guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam
kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh
sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar
boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang
berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.
Murid-murid khas dapat membezakan tingkah laku baik dan buruk
berdasarkan peneguhan yang diberikan.
RUJUKAN
http://mabjip.blogspot.com/2009/10/teori-
pembelajaran-sosial-bandura.html
http://anwarholil.blogspot.com/2009/01/teori-
pembelajaran-sosial.html
http://edukasi.kompasiana.com/2011/03/12/teori-
belajar-sosial-albert-bandura/
http://www.kemas.gov.my/skills-development

Anda mungkin juga menyukai