Anda di halaman 1dari 5

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

1

Tajuk 10

LINGUISTIK KONTEKSTUAL
10.1 Sosiolinguistik
10.2 Antropologi Linguistik
10.3 Linguistik Antropologikal


Sinopsis
Menurut J.Lyons, 1968, linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005
Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi
dapat merencanakan perkembangan sastera. Maka, linguistik kontekstual ialah bidang yang
melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain.

Hasil Pembelajaran:
(i) Selepas perbincangan, pelajar dapat menyatakan konsep linguistik kontekstual.
(ii) Pelajar juga mampu membandingkan ketiga-tiga subbidang dalam ilmu linguistik
kontekstual dengan memberikan contoh-contoh yang betul.

Linguistik kontekstual terbahagi kepada tiga subbidang sebagaimana Rajah 1, iaitu:
1. Sosiolinguistik
2. Antropologi Linguistik
3. Linguistik Antropologikal

10.1 Sosiolinguistik
1. Bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat
2. Berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang dipengaruhi oleh
stratifikasi sosial dalam masyarakat.
3. Merupakan kajian yang sangat luas, seperti fungsi bahasa, peranan bahasa,
penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan dari perpaduan
sosial dan jarak sosial antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan bahasa dan
lain-lain.
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
2

4. Pada prinsipnya ia mengkaji mengenai aspek linguistik yang melihat aspek bahasa,
struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan
dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat.
5. Bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dan masyarakat.
6. Fungsi linguistik memperkatakan perkara-perkara seperti perbandingan bahasa resmi
dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi.
7. Kesimpulannya, sosiolinguistik mengaji berbagai bahan sosiobudaya yang berhubung
dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan
dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk
gaya yang dibezakan oleh taraf pemakainya.












Rajah 1: Subbidang Linguistik Kontekstual

10.2 Antropologi Linguistik
1. Mengkaji tentang hubungan antara bahasa dan budaya, untuk mengamati bagaimana
bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.
KONTEKSTUAL




UAL
Sosiolinguistik
Antropologi
Linguistik
Linguistik
Antropologi
kal
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
3

2. Adakala disebut sebagai etnolinguistik iaitu bidang yang memberi tumpuan kepada
perhubungan antara bahas dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan
penyelidikan primitif, pertalian bahas dengan kumpulan-kumpulan.
3. Kaedah participant observation digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam
konteks sosial budaya.
4. Participant observation merujuk kepada seseorang yang di hantar kepada sesuatu
etnik, menetap dan bergaul hingga kadang- kadang membawa kepada perkahwinan
dalam jangka masa yang lama.

10.3 Linguistik Antropologikal
1. Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek suasana kehidupan dan
sistem nilai yang dipegang oleh penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.
Perkaitan ini juga merujuk pemahaman fenomena komunikasi masyarakat primitif.
2. Bidang linguistik antropologikal dibuktikan dengan perkembangan ilmu filologi dan
nahuan terutama bagi bahasa Indo-Eropah pada abad ke-19.
3. Bidang ini juga cuba menghuraikan struktur bahasa tertua di Amerika, Asia Tenggara
dan Pasifik dengan menggunakan kaedah analisis linguistik yang lebih berkesan
terutama strukturalisme.
4. Kini, bidang ini semakin kurang popular kerana perubahan sistem sosial masyarakat
daripada primitif kepada moden yang menghasilkan bidang sosiolinguistik pula.
5. Bidang sosiolinguistik lebih sesuai bagi mengkaji penggunaan bahasa dalam
perkembangan masyarakat yang moden.

Aktiviti:
Secara berkumpulan (3-4 orang) bincangkan sumbangan subbidang dalam linguistik
kontekstual bagi perkembangan ilmu linguistik moden.




BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
4

Tajuk 11

Linguistik Gunaan
11.1 Sintesis Ujaran
11.2 Linguistik Tiruan


Sinopsis
Tajuk 11 akan memaparkan bidang linguistik gunaan yang mengutamakan pengaplikasian
ilmu linguistik dalam bidang pendidikan, iaitu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

Hasil Pembelajaran:
(i) Pelajar dapat membandingkan aspek sintesis ujaran dengan aspek linguistik tiruan
dalam bahasa Melayu.

11. Linguistik Gunaan
Linguistik gunaan juga dinamakan linguistik terapan. Linguistik gunaan muncul apabila bidang
liguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Huraian bahasa seperti sistem
sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat, dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa
kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Keadaan ini telah menghasilkan kaedah-
kaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan pembelajarannya. Antara kaedah yang
dihasilkan ialah Kaedah Terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa
asli pelajarnya.
Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,
kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku-buku teks.
Terdapat aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan
dan perkamusan tetapi untuk tujuan modul ini kita hanya menyentuh penggunaan linguistik
dalam pengajaran bahasa sahaja yang meliputi sintesis ujaran dan linguistik tiruan.

11.1 Sintesis Ujaran
Sintesis ujaran meliputi pembuatan selari serupa menggabungkan unsur-unsur untuk menjadi
ujaran, sebagai ujaran yang berdasarkan semantik, misalnya kata kerja, kata adjektif dan
sebagainya.Ujaran merupakan sintesis dari proses perubahan konsep menjadi kod,
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
5

sedangkan pemahaman pesananan tersbut hasil analisis kod. Huruf-huruf adalah simbol
daripada suara ujaran.
Sintesis yang dilakukan menghasilkan pelbagai jenis ujaran yang tidak terbatas
jumlahnya. Penghasilan ujaran itu dapat dimanfaatkan bagi tujuan khusus dan tidak khusus.
Dengan ujaran inilah manusia mengungkapkan hal yang nyata atau tidak. Untuk mengetahui
bunyi-bunyi yang terlibat semasa pertuturan sintesis ujaran akan dilakukan, namun hasilnya
tidak tepat seratus peratus.

11.2 Linguistik Tiruan
Linguistik tiruan ialah satu komponen daripada linguistik gunaan merupakan bahasa yang
digunakan dalam pengajaran bahasa dan diguna pakai oleh ahli linguistik Linguistik ini saling
berhubungan antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur tentang bahasa yang telah
dipelajarinya. Linguistik ini juga merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam
pengajaran bahasa, tetapi dapatan-dapatan penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk
banyak bidang yang lain. Oleh hal yang demikian linguistik tiruan mempunyai cabang di
bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik.
Linguistik tiruan mengambil dapatan dari bahasa-bahasa tertentu dan menghuraikan
gambaran-gambaran umum tentang bahasa tersebut dan menggunakannya untuk bidang-
bidang yang lain, merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran
bahasa.

Aktiviti
Secara berkumpulan (3-4 orang) bincangkan sumbangan subbidang dalam linguistik gunaan
bagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai