24 orang rakan dari Kelas PPG Sains 1 IPG Kampus Tuanku Bainun buat pertama
kalinya menjejakkan kaki ke SK Kampong Kedah,Parit Buntar, Perak. Rasa teruja dan
ingin tahu tentang iklim sekolah ini timbul dalam diri saya memandangkan bukan
senang untuk melawat sekolah rakan-rakan . Jika ada pun , mungkin lawatan penanda
aras (bench marking yang dianjurkan oleh Unit Latihan Dalam Perkhidmatan di sekolah
sendiri. Pada amatan pertama, saya sudah merasakan bahawa kerjasama di kalangan
rakan-rakan peserta BIG dengan guru-guru disekolah tersebut akan berjalan dengan
baik sepanjang program ini berlangsung. Ini memandangkan guru-guru di sekolah ini
terutama Guru Besar Pn Azimah begitu ramah dan mesra menyambut kedatangan
kami.Apa yang diperhatikan juga, diperingkat awal lagi pihak sekolah tersebut telah
membuat persiapan untuk menyambut kedatangan kami dengan menyediakan bilik
khas seperti makmal komputer untuk digunakan dalam bengkel penggunaan Power
Point ini. Pengisian tajuk ini dipilih kerana walaupun ianya dilihat agak mudah apabila
menggunakan perisian ini, namun bagi pada hakikatnya terdapat banyak lagi inovasi
dan aplikasi yang belum diterokai oleh sesetengah guru termasuk saya dalam
mengenadalikan Power Point ini. Dengan bimbingan dan panduan dari dua orang
rakan PPG sendiri selaku fasilitator dan secara tak langsung merupakan tenaga
pengajar kepada kumpulan kami serta guru di sekolah tersebut, maka dapatlah
kumpulan kami bersama-sama menjayakan serta mendapat input yang baru pada hari
tersebut. Agak kecewa juga kami sebagai peserta serta guru-guru yang terlibat dalam
bengkel ini kerana perjalanan bengkel ini terganggu apabila bekalan elektirk terputus.
Syukurlah ianya tidak mengambil masa yang lama kerana kami hampir hampir
memikirkan program alternatif lain bagi mengisi masa yang ada atas nasihat pensyarah.
Dari segi input , bengkel ini banyak memberi pendedahan tentang apa yang
tersembunyi di dalam power point terutamanya manfaat penggunaannya do dalam
mengajar mata pelajaran Sains di sekolah rendah. Timbul rasa seronok juga apabila
sa,ma-sama dapat meneroka apa lagi yang tersingkap di dalam power pi. Bahagian
yang saya paling rasakan amat menarik dalam bengkel ini ailah semasa menjalankan
latihan 3 iaitu bagaimana menggerakkan objek pegun menggunakan custom animation
serta latihan 4 iaitu memasukkan teks di dalam slidde show yang saya tidak pernah
tahu sblm ini, Melalui latihan ini \, saya dapat melihat peserta BIG serta guru-guru SK
Kampong Kedah ini bergitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk
mengaplikasina apa yang tekah ditunjukkan oleh fasilitator. Namun sebagai peserta
BIG dalam begkel ini, saya membuat sedikit anlisa tentang perjalanan bengkel ini . Dari
segi kekuatan , saya berpendapat elemen kerjasama yang erat di kalangan peserta BIG
serta guru-guru di sekolah ini menjadikan saya dan rakan-rakan rasa selesa dan
dihargai. Di samping itu juga kemahiran yang terdapat pada diri fasilitator juga tidak
dapat dinafikan kepakarannnya dan ini menjadikan bengkel menjadi semakin menarik
dan ianya kekal sehingga tamat sesi. Dari aspek kelemahan ,di sini, dapat dilihat
betapa perlunya pihak sekolah menyediakan pelan alternatif atau pelan kecemasan
bagi mengatasi masalah yang tidak dijangka dan berlaku secara tiba-tiba. Bagi kami
sebagai pelaksana program juga seharunsya mempunyai pelan alternatif agar masa
tidak dibazirkan dengan menunggu bekalan elektrik yang terputus pulih seperti sedia
kala. Dari segi ancaman pula, saya dapat simpulkan di sini ancaman yang diterima
adalah dalam bentuk minor dan alhamdulillah, kami dapat mengatasi masalah ini
dengan baik iaitu masalah peruntukan kewangan sama ada dari pihak sekola mahu pun
dari IPG sendiri.Dari segi peluang, sudah tentunya bengkel ini dapat memberi peluang
yang luas kepada semua peserta BIG untuk mendapat input tentang penggunaan
optimum Power Point dan seterusnya dapat menggunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Kesimpulannya, sebagai guru yang dilengkapi dengan ikhitisas dan pengetahuan
tentang pendidikan, ia haruslah mempunyai impian dan keinginan untuk terus
meningkatkan pengetahuan ini selaras dengan peningkatan profesionalisme kita
sebagai guru. Ini kerana bagi membentuk modal insan yang sempurna, guru juga
seharusnya mempunyai pengetahuan tentang teknologi terkini dan sentiasa ke depan
serta selalu akan mendahului daripada anak didiknya. Ini juga bagi memastikan insan
guru ini menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna dan sentiasa up to
date selari dengan perkembangan teknologi semasa.