Anda di halaman 1dari 10

HUTANG BESAR KHALID IBRAHIM

KRISIS SELANGOR DAN



DAULAH TERPENDAM

Ketika tulisan ini digarap Khalid Ibrahim sedang
berbincang dengan Sultan Selangor. Hari Sabtu 9 Ogos
2014 yang lalu Parti Keadilan Rakyat telah menyingkirkan
Khalid dari menjadi ahli PKR. Sebelum ini parti DAP telah
juga hilang kepercayaan kepada Khalid Ibrahim. Manakala
PAS akan membuat keputusan pada 17 Ogos ini.

Justeru apabila Khalid bersemuka dengan Sultan pada
pagi Senin 11 Ogos 2014 , si Khalid ini tidak mewakili
sesiapa pun. Dia hanya mewakili dirinya sendiri.

Saya yakin pasti ramai ahli PKR, ahli PAS dan ahli DAP
tertanya-tanya apa telah berlaku pada kerajaan Pakatan di
Selangor. Saya juga yakin bukan hanya warga Selangor
yang ingin tahu apa yang sedang berlaku dalam kancah
politik PKR dan Pakatan Rakyat, malah rakyat Malaysia
juga mahukan pencerahan.

Pada hemat saya naluri ingin tahu ini adalah satu
permintaan yang adil. Lampu picit politik wajib diberikan
kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pencerahan.
Adalah juga adil kepada diri saya sendiri untuk
menerangkan sajelas mungkin kepada pembaca tanpa
berselindung dengan retorik.


Surahnya bermula disini: Umum mengetahui sebelum
Khalid Ibrahim masuk menjadi ahli PKR, sosok ini adalah
pegawai tertinggi dalam Perbadanan Nasional (PNB) dan
juga menjawat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Guthrie.
Pangkat yang besar ini membolehkan Khalid diberi
peluang untuk memiliki berjuta-juta saham syarikat
Guthrie. Memiliki saham bukan satu kesalahan dari segi
undang-undang negara mahu pun dari segi undang-
undang Islam.

Untuk membeli saham ini Khalid Ibrahim telah meminjam
duit dari Bank Islam. Meminjam duit untuk beli saham -
apabila harga saham naik maka saham ini akan dijual.
Keuntungan dari penjualan saham membolehkan Khalid
membayar hutang. Ini yang di rancang oleh Khalid Ibrahim


Meminjam duit, berhutang, atau menjual saham bukan
satu kesalahan undang-undang dan tidak melanggar
hukum Islam.


Jika pinjam duit bank tak salah, jika jual
saham TIDAK salah dari segi undang-udang apa
kesalahan Khalid Ibrahim?

Apa yang terjadi ialah nasib si Khalid ini kurang baik.
Bukan salah ibu mengandung salahkan turun naik Bursa
Saham Kuala Lumpur. Nilai saham milik Khalid
merundum. Jika saham dijual hasil dari jualan
ini TIDAK dapat menampung untuk membayar hutang
Bank Islam. Hutang Khalid bertapok tambah.

Akhirnya kerana hutang tak langsai -
Bank Islam telah mengambil alih saham Guthrie milik
Khalid Ibrahim dengan nilai sebanyak $56.5 juta dolar
Amerika atau $214.7 juta ringgit Malaysia. Tolak punya
tolak. Kira punya kira Khalid Ibrahim masih lagi terhutang
sebanyak$18.521.806.12 dolar Amerika atau $56.5 juta
ringgit Malaysia. Sebagai hutang tak berbayar maka duit
bunga pun naik. Ketika Khalid membuat perundingan
gelap dengan wakil Daulah Terpendam jumlah hutang
Khalid Ibrahim dengan Bank Islam telah melintasi $70 juta
ringgit Malaysia.


Sekali lagi dinyatakan Khalid berhutang dengan Bank
Islam bukan satu kesalahan. Betul. Tetapi yang menjadi
satu kesalahan ialah apabila hutang Khalid Ibrahim
sebanyak $70 juta ringgit ini telah digunakan oleh United
Malays National Organisation sebagai sumber ugutan.

United Malays National Organisation tahu bahawa pada
PRU13 dahulu parti Ketuanan Melayu ini telah ditolak
rakyat. Hanya dengan penipuan SPR yang membolehkan
Parti Ketuanan Melayu ini dapat berkuasa kembali. Amat
jelas 52% rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat.
Hanya 47% pengundi memilih United Malaya National
Organisation dan kuncu-kuncunya.

Selangor negeri terkaya telah jatuh
ke tangan Pakatan. Justeru Daulah Terpendam telah
meneliti dan merancang stratiji untuk merampas kembali
Selangor. Daulah Terpendam melihat sosok yang
bernama Khalid Ibrahim adalah sosok yang bermasalah.
Hutang Khalid Ibrahim adalah peluang terbaik untuk
dijadikan bahan ugutan.

Ini samalah saperti apa yang telah terjadi kepada Najib
Razak. Sejarah merakamkan bagaimana Najib Razak
telah bersetuju untuk mengagihkan tanah Keretapi Tanah
Melayu di Singapura kepada Lee Kuan Yew.

Berita agihan tanah KTM meledak luas
kerana mengikut Akuan Bersumpah PI Balasubramaniam
- pertemuan Najib dengan Altantuya bermula di Pulau
Sentosa Singapura. Mustahil ajen Lee Kuan Yew tidak
mengetahui 'rompi pompi' Najib di pulau ini. Justeru,
kemungkinan 'ugutan' muncul maka Najib bersedia
memberikan tanah KTM ini dengan harga yang amat
murah sekali lebih murah dari harga kepala ikan di pasar
borong Chow Kit.

Hakikatnya Najib kena 'pow' oleh Lee Kuan Yew.
Hakikatanya Khalid Ibrahim juga kena 'pow' oleh Parti
Ketuanan Melayu. Kalau Najib memberikan tanah KTM di
Singapura kepada Lee Kuan Yew. Apa pula yang
diberikan oleh Khalid Ibrahim kepada United Malays
National Organisation?

Peras ugut yang berlaku diantara Khalid Ibrahim dengan
United Malays National Organisation amat jelas. Malah
peras ugut ini berlaku secara terang dihadapan mata
seluruh rakyat Malaysia.

Peras ugut ini berjalan saperti ini :
Pertama Khalid Ibrahim wajib terus duduk jangan
bergerak dari jawatan MB Selangor walau pun PKR, DAP
dan PAS telah TIDAK percaya kepada kepimpinan Khalid
Ibrahim. Ini penting kerana jika Khalid tergelincir dari
kerusi MB maka semua perancangan akan gagal.

Kedua: Khalid Ibrahim wajib meluluskan Projek Langat
dua yang selama ini tidak bergerak. Banyak kroni
tertunggu-tunggu akan projek ini. Malah pelaburan dari
Jepun ternanti-nanti. Entah-entah banyak rusuk kroni yang
telah patah ditumbuk Jepun.

Ketiga: Khalid Ibrahim wajib
meluluskan Projek Kidex lebuh raya bertol di Petaling
Jaya. Ini penting kerana Tuan Empunya Projek Kidex ini
telah berjasa kepada United Malays National
Organisation. Projek bertol ini adalah 'ucapan terima
kaseh' kerana berjaya menggunakan Hukum bin Hakam
untuk mengembalikan Perak ke tangan Ketuanan Melayu.

Keempat: Menjual 308.72 ekar Tanah Kerajaan Selangor
adik Danny Tan adik Vincent Tan towkay judi tersohor.
Jual beli ini dilakukan dengan cara gelap atau lebih
molek dipanggil ' negotiated deal' yang mana tak ada
siapa pun tahu. Pemimpin Pakatan tidak tahu. Malah Exco
Selangor sendiri pun tidak tahu.

Betul ke semua ini? Semua yang saya
tulis ini adalah benar bukan fitnah dan bukan tohmah.
Jauh sekali retorik politik. Pekara dan fakta ini wajib saya
nyatakan kepada pembaca. Saya akan memikul beban
politik yang maha berat kerana sayalah secara resmi telah
memulakan membuka tentang salah laku Khalid Ibrahim
ini.

Dalam SUARA KEADILAN 11 Febuari 2014 saya telah
menulis tentang kepimpinan Khalid walau pun secara
''touch n go' tapi hakikatnya pada ketika itu semua
maklumat telah ada dalam komputer saya. Justeru salah
laku Khalid ini jika TIDAK saya umumkan kepada orang
ramai maka ianya akan menjadi beban yang terpaksa
saya pikul dalam hidup saya. Melakar fakta-fakta ini
adalah tugas jujur seorang warga yang menyokong
perjuangan Pakatan Rakyat.

Pekara-pekara yang diatas adalah
berdasarkan Laporan Bertulis dari Ibu Pejabat Parti
Keadilan Rakyat. Laporan setebal 24 muka surat ini telah
diminta secara resmi oleh Murshidul Am Parti PAS Tuan
Guru Nik Aziz. Tuan Guru telah meminta Setiausaha
Agong PKR Saifuddin Nasution menerangkan sebab
musabab kenapa Khalid Ibrahim ini perlu digugurkan dari
jawatan Menteri Besar Selangor.

Laporan ini telah siap tiga hari sesudah Hari Raya dan
telah diberikan kepada semua pucuk pimpinan PAS dan
DAP. Ini bertujuan untuk menerangkan dan memberi
pencerahan kenapa PKR sebagai sebuah parti politik
telah hilang kepercayaan terhadap Khalid Ibrahim.
Kenapa Khalid Ibrahim wajib diundurkan dari jawatan
Menteri Besar.

Sayugia saya ingatkan bahawa kes hutang Khalid Ibrahim
ini telah lama berligar. Ini sebelum dia masuk menjadi ahli
PKR. Sebelum dia bertanding dipilihan raya kecil Ijok. Kes
ini sering mendapat laporan dari media terutama ruang
media yang bersangkutan dengan perniagaan.

Lalu timbul pertanyaan kalau Khalid Ibrahim ada kes
salah laku kenapa TIDAK buat laporan kepada SPRM.
Ini sabenarnya satu pertanyaan yang amat jujur jika
pertanyaan ini datang dari Mak Cik Felda. Tetapi apabila
pertanyaan ini datang dari Senator, Pemimpim AMK atau
dari Ketua Cabang PKR maka jelas ada niat busuk
dibelakang pertanyaan ini.

Semua aktivis politik , ahli politik , aktivis Ngo dari apa
saja bentuk sedar bahawa SPRM ini adalah jentera
daulah. Deep State atau Daulah Terpendam
menggunakan SPRM ini bukan untuk menyelesikan kes
rasuah atau untuk membasmi rasuah. SPRM ini akan
digunakan untuk membunuh musuh politik kumpulan elit
yang berkuasa.

Apakah tuan-tuan pembaca terlupa apa yang terjadi
kepadaDatuk Norza Ketua Pemuda United Malaya
National Organisation Wilayah Persekutuan. Datuk muda
yang bersinar cahaya politiknya ini adalah kawan baik
menantu Pak Lah. Tetiba pada bulan Januari 2009 Norza
dituduh memberi rasuah. Norza yang juga ahli Majlis
Tertinggi akhirnya gugur dari perlawanan merebut
jawatan. Yang menarik bukan Norza TIDAK bertanding.
Apa yang menarik ialah bagaimana SPRM telah
digunakan oleh Daulah Terpendam. Kes Datuk Norza ini
padam bagitu sahaja.

Jika Khalid Ibrahim TIDAK mengikut skrip maka Khalid
juga akan dijadikan Datuk Norza. Khalid akan diistiharkan
bangkrap dan SPRM akan masuk. Pada ketika ini
mustahil ini akan berlaku. Betul SPRM akan datang.
SPRM akan datang untuk menobatkan Khalid - lebih
puteh dari puteh - lebih bersih dari bersih. Kita lihat dan
tunggu. (TT)

Anda mungkin juga menyukai