MAKLUM BALAS
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ)
PERINGKAT NEGERI JOHOR KALI PERTAMA BIL1/2013
BIL PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
3. 3.2.1
Sistem Pemarkahan Peperiksaan KKQ
Bagi memudahkan proses percetakan markah
dibuat,maka :
a) Hanya guru yang terlibat dengan
pengisian markah KKQ perlu
mengeksport markah; dan
b) JPN sendiri akan mengimport dan
membuat pengiraan keseluruhan markah
bagi menentukan gred;dan
c) Setiap laporan yang dihantar ke SPI
hendaklah dicetak dan fail tersebut
mestilah dieksport oleh SPI.
Guru KKQ
dan SPI,JPN
Semua Guru KKQ telah mematuhi arahan
tersebut. Walaubagaimanapun masih ada
yang lewat menghantar markah melalui
sistem e-KKQ dan terdapat kesalahan data
murid yang perlu dibetulkan.
3.
3.3.1
Isu berkaitan status murid yang mengambil
peperiksaan KKQ
Mesyuarat bersetuju bahawa semua murid yang
mengikuti kelas KKQ wajib mengambil
peperiksaan KKQ.
Guru KKQ
Semua Guru KKQ telah mematuhi arahan
tersebut.
Mesyuarat Jawatankuasa KKQ Peringkat Negeri Johor Kali Pertama Bil 1/2013
BIL PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
4.
4.1.1
a) Borang Instrumen didaftarkan di bawah
MS ISO 9001:2008 dan menepati format
yang telah ditetapkan.
SPI,JPN
Semua JPN telah mematuhi arahan
tersebut.
4.
4.1.1
b) Borang Instrumen diasingkan kepada dua
ketogari iaitu:
i) Borang Instrumen Pemantauan
Pengurusan
ii) Borang Instrumen Pemantauan
Peperiksaan KKQ
c) Borang Instrumen yang telah diisi oleh
pemantau atau Pihak Sekolah hendaklah
dihantar ke SPI,JPN bersama dengan
kertas jawapan OMR.
Guru KKQ
Semua Guru KKQ telah mematuhi arahan
tersebut.
Mesyuarat Jawatankuasa KKQ Peringkat Negeri Johor Kali Pertama Bil 1/2013
BIL PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
5.
5.1.1
Isu masalah kekurangan guru KKQ di SABK dan
KAA.
Mesyuarat mengambil maklum kekurangan guru
KKQ disebabkan guru KKQ ditempatkan di
sekolah yang tidak mengambil KKQ.Mesyuarat
bersetuju beberapa tindakan diambil bagi
mengatasi masalah tersebut, iaitu:
a) Mengenalpasti guru-guru KKQ yang
ditempatkan di sekolah yang tidak
mengambil KKQ.
b) Pertukaran guru hendaklah dari opsyen
yang sama atau yang mempunyai
kemahiran.
c) Mengadakan mesyuarat unjuran guru
KKQ bagi membincangkan dengan lebih
lanjut masalah kekurangan guru.
SPI, JPN
SPI,JPN telah memantau kekosongan guru
KKQ pada awal tahun 2014.Daripada 8
kekosongan yang dipantau pada awal
tahun 2014, 5 buah sekolah telah diisi
dengan lantikan guru KKQ, berbaki 3
sekolah sahaja yang masih kosong iaitu :
1.SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru
2.SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi
3.Madrasah Al-Attas, Pasir Gudang.
Mesyuarat Jawatankuasa KKQ Peringkat Negeri Johor Kali Pertama Bil 1/2013
BIL PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
5. 5.2.1
Cadangan agar Guru dan pelajar-pelajar KKQ
mendapat biasiswa JPN / Majlis Agama Islam
ataupun Baitulmal.
Ahli mesyuarat telah dimaklumkan bahawa
pihak SPI akan berbincang bersama BPI serta
akan mengusahakan dari sudut biasiswa Baitul
mal.
SPI, JPN
Perkara tersebut telah dimaklumkan
kepada pihak BPI, setakat ini masih belum
ada makluman berkaitan biasiswa pada
guru dan pelajar-pelajar KKQ
5. 5.3.1
Kursus Sijil Tinggi Tarannum dan Qiraat
Ahli mesyuarat mencadangkan agar Kursus Sijil
Tinggi Tarannum dan Qiraat diadakan bagi
meningkatkan lagi kemahiran guru KKQ.
SPI,JPN
SPI,JPN telah memaklumkan perkara
tersebut kepada BPI,agar surat kursus
hendaklah melalui KPM. Apa yang berlaku
pada tahun lepas, surat terus kepada pihak
sekolah tanpa melalui KPM.
5.
5.4.1
.
Kursus Peningkatan Kemahiran GKQ
Mesyuarat mengambil maklum berkaitan hal
tersebut dan akan dirancang dengan
mengambilkira peruntukan kewangan.
SPI,JPN
JPN telah memaklumkan perkara tersebut
kepada pihak BPI, insyallah pada tahun ini
dimaklumkan akan diadakan Kursus bagi
guru-guru baru KKQ Zon Selatan.
Mesyuarat Jawatankuasa KKQ Peringkat Negeri Johor Kali Pertama Bil 1/2013
BIL PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
5. 5.5.1
Cadangan Melaksanakan KBT dan KBD di SMKA
dan SABK.
Mesyuarat mengambil maklum berkaitan
perkara berikut:
a) Menjadikan Aliran Tahfiz melalui kelas
KKQ dengan menghafaz beberapa
juzuk.
b) Semakan semula kokurikulum dengan
menambahnilai pelajar sekurang-
kurangnya menghafaz 10 juzuk dari
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5; dan
SPI,JPN
Bagi Negeri Johor tidak terlibat dengan
KBT, manakala SABK dimaklumkan oleh
pihak BPI akan melaksanakan KBD. Bagi
SMKA Maahad Muar, pada tahun 2015
akan melaksanakan Tahfiz Ulul Albab
mengunakan kurikulum KBT. Oleh itu,
mulai tahun 2015, tiada pengambilan
pelajar tingkatan 1 di SMKA Maahad Muar.