Anda di halaman 1dari 2

LATAR BELAKANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka ( ) diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu
Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403.Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah
kerajaan Islam.Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri
dari Pasai.Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan
Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad
sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511.
Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528, seorang
putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi
Kesultanan Melaka.
Melaka merupakan warisan kerajaan srivijaya yang berpusat di Palembang , Sumatera Tenggara.
-muncul antara abad ke-7 hingga 13masihi.
-Srivijaya merupakan sebuah kerajaan Maritim yang mengendalikan perdagangan dengan India , Asia
Barat dan China .
-Pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Budha serta pengajian Bahasa Sanskrit.
-Juga dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan pada abad -15M . Pada tahun 1391 , kerajaan Srivijaya telah
diserang oleh kerajjan Majapahit .Parameswara telah mengundurkan diri ke Temasik ekoran
peristiwa tersebut.











ZAMAN PENJAJAHAN
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan
merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta
keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.Pemerintahan Sultan
Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang
cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah
mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-
kanak.Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba
di Melaka.Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar
"Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka
seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah
kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis
diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa,India diketuai oleh Alfonso de
Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas
Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.Permintaan-
permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka
membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahan di Melaka A Famosa. Selepas 10 hari
mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.kekalahan Melaka adalah
disebabkan maklumatkan kekuatan pertahan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. Sultan Ahmad
Shah , ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar dan
kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat
pertolongan daripada negara China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor
selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka.Dengan ibu kotanya
di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima
ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi
Sultan Melaka.Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang
Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga
pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.