Anda di halaman 1dari 67

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF
1


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]




















NO. MATRIKULASI : 650917025790001
NO. KAD PENGENALAN : 650917-02-5790
NO. TELEFON : 019-4588523
E-MAIL : jemilah_65@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KEDAH


HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
2


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan
perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak
ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria,
keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal. Kirk et al (1993)
menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari
kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam
ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan
komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan
sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang
sehingga kemampuan yang maksimum.
Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,
keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal.
Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam
aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan
potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak
normal. McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan
akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta
kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang
pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.
Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di
bawah;
"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These
differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral
characteristics. Many of these children may require educational programs customized to
their unique needs."


HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
3


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan
memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran
yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan
menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka:
Mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak
sebaya dengannya.
Mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan
pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas.
Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak
yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid
biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah
pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila
& Samsilah 2006). Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap
berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa
dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).
Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak
yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa.







HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
4


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
2.0 KATOGERI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

2.1 MASALAH KECACATAN FIZIKAL

2.1.1 CEREBRAL PALSY

Cerebral Palsy lebih dikenali sebagai Spastik merupakan satu keadaan
yang berpunca daripada kecacatan otak. Menurut kajian seorang
sukarelawan JOVC, Encik Yasuko Kunimori yang berkhidmat di bawah
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Sandakan Sabah, dalam bukunya
yang bertajuk Satu Projek Klasifikasi Kecacatan mengatakan Cerebral
bermaksud otak, manakala palsy pula bermaksud kurang atau tidak
berupaya mengawal pergerakan otot-otot.
Chua Tee Tee dan rakannya Koh Koh Boon di dalam buku
bertajuk, Pendidikan Khas dan Pemulihan mengatakan Cerebral Palsy
bermaksud kelumpuhan akal yang menganggu pergerakan tubuh. Dari
sumber yang diperolehi daripada Unit Pemulihan Carakerja Hospital
Melaka, Cerebral Palsy adalah gangguan pergerakan, postur, dan
sebagainya yang disebabkan kerosakan atau kegagalan perkembangan
normal dalam otak.
Deborah Deutsch Smith dan Ruth Luckasson menulis di dalam
Introduction To Special Education: Teaching In An Age Of
Challenge, the term Cerebral Palsy literally means muscle
paralysis whose cause is in the brain. Exceptional Learners-
Introduction to Special Education, Daniell P. Hallahan dan James
M. Kauffman, 1978 menulis Cerebral Palsy is not a disease. It is
rather condition that is nonprogressive and noninfectious

Berasaskan kepada sumber-sumber tersebut, maka Cerebral Palsy
didefinisikan sebagai satu pergerakan anggota badan yang tidak dapat
dikawal sepenuhnya oleh kerana terdapat gangguan, kecederaan atau
kelumpuhan dalam otak.

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
5


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
CIRI-CIRI FIZIKAL
Kanak-kanak ini mempunyai otot-otot yang tegang dan kecut. Gerakan
mereka tersentak-sentak dan kurang berkoordinasi serta bermungkinan
tidak dapat mengenggam benda dengan jari. Sekiranya cuba mengawal
pergerakan, pergerakan itu akan bertambah tersentak-sentak. Semasa cuba
mengambil sesuatu benda, tangan mungkin melambai-lambai, muka
kerenyot dan lidah yang terjulur. Mereka mungkin tidak dapat mengawal
otot-otot bibir, lidah dan kerongkong menyebabkan air liur meleleh.
Gerakan mereka adalah tidak stabil dan mereka seolah-olah cuba
menstabilkan badan. Semasa berjalan mereka tersandung-sandung dengan
gaya berjalan semacam gunting, berdiri atas jari kaki dengan lutut yang
bengkok dan menuju bahagian dalam.
Kanak-kanak Cerebral Palsy tidak boleh mengeluarkan suara, iaitu
mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya atau mengeluarkan babling
sound. Mereka juga tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya.
Selain itu mreka hanya akan bertindak balas terhadap bunyi yang kuat
ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. Dari segi masalah
penglihatan, kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu
pergerakan bola mata yang berterusan.











HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
6


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
CIRI-CIRI KESIHATAN

Kanak-kanak ini akan menngalami kesukaran menghisap, menelan dan
mengunyah makanan. Ini sering menyebabkan mereka muntah. Kanak-
kanak juga akan serta merta mengigit makanan yang diletakkan di dalam
mulut mereka dan sukar untuk dikeluarkan semula.
Mereka juga mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka
menjadi kencang, dan bising. Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran
untuk tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.
Kanak-kanak Cerebral Palsy mungkin akan mengalami kerencatan akal
jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu
bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap
keadaan sekelilingnya.
Pergerakan psikomotor mereka juga amat terbatas iaitu mereka
tidak berupaya untuk berjalan, duduk sendiri atau menggunakan tangan
sendiri. Namun begitu, terdapat segolongan kecil pesakit boleh belajar
berjalan tetapi ramai yang menggunakan kerusi roda, braces atau peralatan
lain. Sesetengah mengalami masalah menyuap makanan, menghisap atau
menelan. Mereka bergantung kepada orang lain untuk makan atau ke
tandas.










HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
7


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
JENIS-JENIS CEREBRAL PALSY

1. Spastik
Kecacatan ini disebabkan pada bahagian korteks motor yang boleh
mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap otot-otot yang boleh dikawal
(voluntary muscle). Menyebabkan koordinasi pergerkan menjadi susah, di
mana stimulasi menyebabkan ketegangan otot-otot. Ini seterusnya akan
mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang menghalang
pergerakan yang sempurna dan lancar. Kumpulan ini merupakan
kumpulan yang terbesar di kalangan kanak-kanak yang menghidap
Cerebral Palsy atau kelumpuhan otak.

2. Atetosis
Kerosakan berlaku pada bahagian basal ganglion. Atetosis dicirikan
oleh pergerakan writhing yang perlahan dan tidak boleh dikawal.
Bahagian bahu, muka, kaki, tangan dan lengan menjadi sasaran utama.
Sering kali juga ia melibatkan otot-otot tekak dan diapnram yang
menyebabkan pertuturan menjadi payah dan tidak jelas. Mereka juga
mengalami masalah mengawal pengluaran air liur.

3. Ataksia
Kerosakan pada bahagian serebelum otak. Ini menyebabkan kesulitan
mengawal imbangan badan yang boleh dikesan dari perawakan dan
pergerakan seseorang spastik. Pergerakan adalah kekok dan teragak-agak,
pertuturan kurang jelas dan juga didapati ia sentiasa meliuk-likkan
badannya. Pendengarannya juga turut terjejas.





HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
8


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN

1. Rawatan Pemulihan Anggota (Fisioterapi)

Memberi latihan kepada kanak-kanak spastik menggunakan anggota,
terutama kaki dan tangan dengan bantuan alatan seperti kaliper
angkup, walking aid, asut khas, kerusi perawakan (posture chairs),
standing boxes dan crawlers. Latihan yang diberikan, kanak-kanak
spastik dapat mengurangkan perawakan dan pergerakan yang kuang
normal dan dapat mencegah sendi-sendi dan otot-otot dari mengejang
disebabkan oleh kekurangan penggunaan.

2. Rawatan Pemulihan Pertuturan

Seseorang kanak-kanak spastik cacat pertuturan disebabkan oleh dua
perkara iaitu pertama kerosakan fungsi saraf otot pada bahagian otot
pertuturan, pendengaran dan pernafasan. Kedua kekurangan
pengalaman akibat dari kekurangan peluang untuk berinteraksi yang
disebabkan oleh kecacatan fizikal, walaupun pada asalnya otot-otot
pertuturan diberikan untuk mengembangkan keupayaan untuk
berkomunikasi sama ada secara lisan, isyarat ataupun bertulis.

3. Rawatan Pemulihan Cara Kerja

Memperkembangkan pola pergerakan asas kepada kemahiran motor
dan sosial bagi membolehkan kanak-kanak berdikari dari segi fungsi
mental, fizikal dan psikologi. Termasuklah kebolehan memegang dan
menggunakan sesuatu barang, perkembangan kordinasi mata dan
tangan, perkembangan fungsi sensori dan persepsi. Latihan berupa
mencapai, memegang dan melepaskan sesuatu barang, latihan
menggunakan jejari bagi membolehkan kegunan jejari untuk makan,
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
9


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
menulis dan sebagainya dengan bantuan alatan seerti hand splint,
sudu khas dan seumpamanya.
Latihan persepsi diberikan dengan mendedahkan kanak-kanak
kepada seberapa banyak pengalaman seperti sensori dan dilatih
membentuk konsep yang bersesuaian berkenaan diri sendiri dan juga
keadaan sekelilingnya. Umpamanya tentang warna, bentuk, saiz dan
rasa. Dalam memperolehi kemahiran sosial, kanak-kanak dilatih
melakukan aktiviti-aktiviti seharian.
Contohnya aktiviti penjagaan diri sendiri seperti makan, memakai
pakaian dan latihan ke tandas. Aktiviti kehidupan seperti memasak,
mengemas, aktiviti-aktivit rekreasi dan hobi. Aktiviti vokasional
seperti pertukangan kayu, menjahit dan aktiviti pertanian.



















HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
10


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
2.1.2 SPINA BIFIDA

Perkataan Spina Bifida berasal dari perkataan Latin bermaksud Split
Spike atau tulang belakang merebah iaitu pembentukan yang tidak
lengkap atau selaput yang menonjol. Elemen utama bagi sistem saraf pusat
adalah otak dan spina cord. Semua aktiviti badan dikawal oleh otak
dengan cara menerima maklumat menerusi sentuhan, penglihatan,
perasaan, deria rasa dan pendengaran. Spina terbentuk daripada 33
cantuman tulang di sepanjang belakang yang berfungsi sebagai pencetus
pergerakan otot-otot di samping melindungi spina cord. Tiub neural
terbentuk di antara 14 hingga 28 minggu. Spina kebiasaannya terjadi
disebabkan olrh tulang mengelilingi otak dan spina cord gagal bercantum
dengan lengkap.

CIRI-CIRI FIZIKAL
Terdapat beberapa masalah perkembangan fizikal yang dikenalpasti iaitu:
perkembangan fizikal tidak sempurna
kebolehan mental yang teruk
cara percakapan yang janggal
sukar berjalan mengikut arah bunyi
hanya menggunakan isyarat tangan apabila berkomunikasi.

CIRI-CIRI KESIHATAN
Mempunyai masalah kesihatan seperti saiz telinga, telinga berair
atau bernanah, kurap, selesema, sakit tekak dan tonsilitus.
Hilang kawalan atau kesukaran mengawal untuk membuang air
kencing, kencing malam kerana mengalami masalah usus dan
pundi kencing.
Saraf-saraf menjadi tegang terutama bahagian lumber dan
sacral.

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
11


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
2.1.3 EPILEPSY

Menurut Kamus Dewan 2002, sawan atau epilepsy bermaksud penyakit
yang datang secara tiba-tiba dan menyebabkan anggota menjadi kaku,
kejang, berbuih mulut dan lain-lain. Epilepsy adalah sawan serius. Semasa
pesakit mengalaminya terdapat perubahan pada Brain Wave. Epilepsy
atau sawan terbahagi kepada dua iaitu sawan demam dan sawan bukan
demam. Sawan demam ialah sawan yang berpunca dari demam panas dan
berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berumur di antara enam bulan
hingga tiga tahun. Manakala, sawan bukan demam adalah sawan yang
bukan berpunca daripada demam panas.
Namun begitu, sawan bukan demam terbahagi kepada tiga.
Antaranya ialah sawan grand mal, sawan petit mal, dan sawan
psikomotor. Sawan grand mal ialah yang boleh dikenal pasti dengan
kehilangan ingatan, kekakuan badan, menahan nafas, jatuh ke tanah
melainkan jika ditahan, badan yang terketar-ketar dan berakhir dengan
kelesuan dan tertidur. Setelah sedar, mereka pening kepala, kebingunggan
dan mengantuk. Selain itu, sawan petit mal pula boleh dikenal pasti
dengan sifat merenung jauh seolah-olah pesakit sedang dilamun mimpi di
siang hari. Kadangkala dia mengenyitkan matanya beberapa kali secara
tiba-tiba atau diikuti oleh pergerakan pada kaki, tangan atau pipi muka
beberapa kali.
Manakala, sawan psikomotor pula ialah perlakuan-perlakuan yang
disengajakan, tetapi tidak sesuai dengan keadaan. Pesakit seolah-olah
seperti dirasuk sambil mendecap-decapkan bibirnya beberapa kali atau
melakukan pergerakan bibirnya seperti menguyah. Pesakit juga mungkin
bangun secara tiba-tiba dari kerusinya dan berjalan sambil membuka baju.
Ada juga yang bercakap sendirian dan menggerak-gerakkan tangannya
seolah-olah memandu kereta. Jika perlakuannya dihalang, pesakit akan
melawan atau pun merasa marah. Sawan psikomotor berlangsung hanya
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
12


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
beberapa minit sahaja dan tidak disertai oleh pengerakkan badan yang
keterlaluan atau pun terjatuh.

CIRI-CIRI FIZIKAL
Secara umumnya, penyakit epilepsy menyerang kanak-kanak t sama ada
kanak-kanak itu berada dalam kategori sebagai kanak-kanak istimewa atau
tidak. Hal ini bermaksud kanak-kanak normal juga berisiko untuk
mengidap epilepsy. Kanak-kanak yang mengalami terencat akal lazimnya
juga akan menghadapi epilepsy, tetapi semua pesakit epilepsy adalah
terencat akal. Ada kanak-kanak yang menghidapi epilepsy aktif seperti
kanak-kanak normal, gembira dan ada kalanya lebih pandai lagi daripada
kanak-kanak normal. Dalam hubungan sosial pula, kanak-kanak tersebut
boleh bergaul dengan kanak-kanak normal yang lain. Cuma semasa kanak-
kanak tersebut mengalami epilepsy, keadaannya jauh berbeza dengan
kanak-kanak normal. Pada waktu itu, mereka tidak boleh berfikir dan
mengingatinya. Keadaan mereka agak lemah dan kepenatan seterusnya
akan tertidur. Bagi kanak-kanak epilepsy yang mengalami kerencatan akal
pula mempunyai fikiran yang tidak keruan dan merungsingkan. Tindakan
mereka diluar kawalan dan tidak diduga seperti naik marah, membaling
barang-barang, menghantuk kepala, mencederakan diri dan sebagainya.
Emosi dan fikiran mereka tidak stabil apatah lagi apabila diserang
epilepsy.





HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
13


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
LANGKAH PENCEGAHAN
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan
daripada menghidap epilepsy ini. Antaranya ialah jangan membiarkan
anak-anak yang mengalami demam yang berpanjangan. Jika dibiarkan
terlalu lama dan suhunya terlalu tinggi akan menyebabakan anak-anak
tersebut mengalami sawan demam. Oleh itu, seharusnya ibu bapa segera
membawanya ke klinik atau pun ke hospital. Terdapat juga ibu bapa yang
mengelap badan kanak-kanak terebut dengan tuala basah agar suhu
badannya akan turun.
Selain itu, elakkan kepala daripada terhantuk dengan kuat terutama
dalam kalangan kanak-kanak. Hantukan dan pukulan yang kuat boleh
menimbulkan masalah saraf di kepala. Masalah saraf di kepala
mempunyai kaitan dengan kerencatan akal dan hampir semua yang
terencat akal mengalami epilepsy. Disamping itu, dapatkan makanan yang
seimbang bagi ibu-ibu yang mengandung. Makanan yang seimbang ini
mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan di dalam badan si ibu dan
membantu pertumbuhan dan perkembangan janin. Kekurangan gula,
kalsium, atau magnesium di dalam darah boleh mengakibatkan epilepsy.
Malah, pastikan keadaan dan kelengkapan yang mencukupi
sewaktu menyambut kelahiran. Hal ni kerana epilepsy boleh berlaku
dalam kalangan mereka yang lemas semasa di dalam rahim ibu atau pun
ketika dilahirkan. Sering kali kita mendengar layanan-layanan yang
kurang baik diberikan oleh pihak hospital kepada ibu-ibu yang akan
melahirkan anak. Sikap sambil lewa dan cuai ini kadang kala
menyebabkan si ibu bersalin seorang diri dan akibatnya anak tersebut
lemas di dalam rahim atau pun sewaktu dilahirkan.



HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
14


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
2.2 MASALAH PENGLIHATAN

Menurut Hewett (1974), seseorang manusia normal berupaya melihat dalam
lingkungan 20/200 atau kurang. Kecacatan penglihatan yang tidak sempurna berlaku
apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70. Harifah Zaharah
(1985) pula berkata masalah pengelihatan ialah penglihatan terhad atau rabun iaitu
seseorang yang rabun itu tidak buta tetapi tidak boleh melihat dengan terang.

PUNCA-PUNCA MASALAH PENGLIHATAN
1. 47% disebabkan oleh jangkitan semasa lahir.
2. 33% akibat keracunan.
3. 7 hingga 8% akibat kemalangan.

JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN
1. Miopia (rabun dekat)
2. Hiperopia (rabun jauh)
3. Astigmatisme
4. Rabun malam
5. Rabun warna












HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
15


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
TANDA-TANDA MASALAH PENGLIHATAN

1. TINGKAHLAKU

i. Menggosok-gosok mata dengan keterlaluan.
ii. Menutup atau melindungi sebelah mata, mengenyetkan kepala atau
mendorong kepala ke depan.
iii. Mengalami kesulitan membaca atau membuat kerja-kerja lain yang
memerlukan penggunaan mata dengan rapi.
iv. Mengedip-ngedip mata lebih kerap daripada biasanya atau mudah berasa
jengkel apabila membuat kerja yang memerlukan penglihatan rapi.
v. Memegang buku rapat pada mata.
vi. Tidak dapat melihat benda-benda yang jauh dengan jelas.
vii. Mengecilkan mata (merapatkan kelopak mata) atau mengerutkan dahi.

2. RUPA

i. Bermata juling.
Biasanya antara sebab mata juling ini adalah disebabkan oleh rabun dekat
yang terlalu teruk ataupun oleh penyakit barah.
ii. Kelopak mata merah.
Tahap penglihatan anak adalah amat sensitif ketika tahun-tahun awal
tumbesaran anak terutamanya ketika berusia 4 dan 5 tahun.
iii. Mata yang radang atau berair.





HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
16


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
2.3 MASALAH PENDENGARAN

Seseorang yang cacat pendengaran selalunya disalah anggap sebagai seorang yang
normal kerana kecacatan mereka tidak ketara tidak seperti mana seorang yang
lumpuh, buta atau spastik. Seseorang yang buta dan pekak menyatakan jika di beri
peluang memilih di antara buta dan pekak , mereka lebih rela memilih sebagai
sebagai seorang yang buta.
Jika seseorang itu di lahirkan tanpa kecacatan pendengaran, dia akan mampu
untuk bertutur. Sebaliknya jika dia dilahirkan dengan cacat pendengaran, tentu
perkembangan pertuturannya dan bahasanya akan terganggu atau lambat. Keadaan
semakin parah jika sekiranya kanak-kanak tersebut langsung tidak mendengar dan
sudah pastinya dia tidak akan dapat bercakap. Ini kerana sejak di lahirkan, salah satu
cara untuk kanak-kanak belajar mengenal alam sekeliling ialah melalai
pendengaran.Apabila umur semakin meningkat, kanak-kanak akan mulai belajar
bercakap dan membentuk bahasanya sendiri.Kebanyakan yang cacat pendengaran
bertutur bukanlah di sebabkan oleh alat suara mereka rosak tetapi disebabkan mereka
tidak dapat menyebutkan kerana tidak pernah mendengar.









HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
17


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
Kecacatan pendengaran boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu;
1. Cacat Pendengaran Penerimaan
Kehilangan pendengaran penerimaan ialah apabila getaran tidak boleh sampai
ke bahagian dalam telinga yang mungkin disebabkan lubang telingan
tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak mempunyai lubang telinga.
Kecacatan pendengaran seperti biasanya tidaklah tenat dan penggunaan alat
pendengaran pengaliran tulang selalunya boleh memulihkan pendengaran
yang rosak itu

2. Kecacatan Pendengaran Pengamatan.
Kecacatan pendengaran pengamatan atau sarat deria selalunya lebih tenat. Ini
di sebabkan oleh kerosakan bahagian dalam telinga atau kecacatan saraf
telinga yang menghantarnya utusan kebahagian otak.

3. Cacat Pendengaran Pusat
Kecacatan pendengaran pusat pula apabila organ pendengaran berfungsi
secara betul tetapi system urat saraf pusat tidak bergerak dengan betul atau
cedera.

4. Cacat Pendengaran Psikogenik
Kecacatan pendengaran psikogenik ialah satu keadaan apabila organ-organ
penerimaan termasuklah urat saraf pusat berfungsi dengan baik tetapi
pengidapnya tidak boleh mendengar apa-apa kerana gannguan emosi yang
terpenda

Daripada huraian di atas, secara umunnya kecacatan pendengaran boleh di bahagikan
kepada dua kategori iaitu:
A. Pekak mereka yang mempunyai deria dengar yang tidak berfungsi.
Kecacatan ini dialami sama ada sebelum atau selepas di lahirkan.
B. Separa pekakwalaupun deria dengar mereka rosak tetapi boleh
berfungsi sama ada dengan alat bantuan pendengaran atau tidak.
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
18


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
Terdapat berbagai-bagai darjah atau peringkat cacat pendengaran iaitu dari
peringkat yang rendah kepada peringkat yang tenat. Bagi mengetahui darjah
pendengaran, sejenis alat mengukur yang dipanggil audimeter digunakan. Unit yang
di gunakan bagi menjelaskan kekuatan bunyi ialah desibel (dB). Jika peringkat
kecacatan pendengaran seseorang yang tenat, nilai desibelnya lebih tinggi.
Kadang-kadang cacat pendengaran pada pelajar tudak diketahui oleh ibu bapa
sehinggalah kanak-kanak bersekolah. Guru juga tidak menyedari keadaan ini dan
mungkin menyalahkan anggap pelajar itu mempunyai masalah pembelajaran
perenggan baru. Cacat pendengaran boleh diklasifikasikan seperti berikut:

1. Ringan (mild) - kehilangan pendengaran 20-40(decibel)
2. Seherhana (moderate) - kehilangan pendengaran 40-70(decibel)
3. Teruk(severe) - kehilangan pendengaran 70-95(decibel)
4. Amat teruk (profound) - kehilangan pendengaran melebihi 95(decibel)
















HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
19


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
LANGKAH PENCEGAHAN

Langkah pencegahan bermula sejak sebelum dan selepas kelahiran bayi. Pencegahan
awal dapat membantu mengelakkan daripada berlaku masalah kehilangan pendengan.
Langkah pencegahan yang paling awal dapat dilaksanakan sebelum ibu mengandung.
Rawatan ini berbentuk imunisasi yang diberikan kepada semua golongan remaja dan
wanita. Imunisasi ini disebut sebagai Imunisasi Rubella. Ia disuntik kepada remaja
yang berumur 12 tahun keatas. Suntikan ini dapat mengelakkan daripada jangkitan
Rubilla (German Measles) yang menyerang ibu mengandung tiga bulan pertama.
Pengambilan dadah dan alcohol yang berlebihan juga turut menyumbang kepada
berlakunya masalah kehilangan pendengaran. Kesan daripada pengambilan tersebut
menyebabkan pertumbuhan perkembangan janin terbantut. Walaupun seseorang itu
dilahir normal namun itu tidak menghalang daripada terjadinya masalah kehilangan
pendengaran ini.
Faktor keadaan fizikal dan alam sekitar juga antara penyebab terjadinya
masalah kehilangan pendengaran. Suatu ketika dahulu heboh diperkatakan
penggunaan plumbum di dalam penghasilan pensil dan cat air. Penggunaan pewarna
ini turut digunakan didalam penghasilan barang permainan kanak-kanak. Pendedahan
yang berterusan kepada agen-agen kimia yang berbahaya ini boleh mengakibatkan
pelbagai implikasi.
Selain daripada faktor-faktor di atas, kemalangan juga memberi kesan kepada
deria pendengaran. Bahagian telinga adalah organ yang sangat sensitif.Ini kerana
organ yang dikenali koklea merupakan organ terpenting bagi membolehkan seseorang
itu mendengar. Ia merupakan organ yang kecil, sensitif, dan kedudukan yang hampir
dengan otak dan saraf muka. Sebarang kecederaan pada bahagian ini boleh
mengakibatkan masalah kepekakan yang serius. Namun begitu, sekiranya seseorang
itu dilahirkan pekak, masih ada peluang untuk sembuh seperti normal. Salah satu cara
ialah menerusi implan koklea. Implan ini bagi menghasilkan rangsangan pendengaran
dan meningkatkan kebolehan bertutur. Pengesan awal mampu membantu mereka
bertutur berbanding lewat diketahui. Jika lewat diketahui maka proses pemulihan
agak sukar kerana tengkorak dan lidah mereka terlalu lama tidak digunakan. Ini boleh
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
20


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
menyebabkan ia menjadi keras dan tidak mampu mengeluarkan bunyi untuk
menghasilkan percakapan. Jika masalah pendengaran dikenalpasti seawal tiga bulan,
mereka diberikan alat bantuan pendengaran dan pembedahan koklea dalam telinga
mengikut tahap kecacatan pendengaran yang dialami oleh bayi tersebut. Kurangnya
pendedahan mengenai pembedahan ini menyebabkan orang ramai tidak mengetahui
golongan yang menghadapi masalah itu masih ada harapan untuk mendengar semula.

























HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
21


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
SEBAB-SEBAB KEHILANGAN PENDENGARAN

1. Sejarah keluarga
Terdapat beberapa sebab kecacatan diperolehi seperti yang dinyatakan oleh
Hallahan dan Kauffman (1977) iaitu sebelum, semasa, atau selepas kelahiran.

a. Sebelum Kelahiran
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku
sebelum kelahiran seperti faktor baka disebabkan oleh gen yang
dibawa ibu bapa. Manakala faktor bukan baka pula disebabkan oleh
jangkitan semasa mengandung seperti Rubella, Meningitis, campak,
beri-beri, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, pengambilan
dadah dan alkohol yang berlebihan, mengandung yang terlalu kerap
dan Toksemia di peringkat akhir mengandung turut menyumbang
kepada gejala ini.

b. Semasa Kelahiran
Faktor semasa kelahiran pula berlaku disebabkan oleh kelahiran yang
tidak cukup bulan, tekanan yang terlalu kuat terutama pada bahagian
telinga kerana kepala bayi terlalu lama dipintu rahim, kecederaan
semasa dilahirkan terutama dibahagian telinga, penyakit Homolisis
yang disebabkan oleh faktor Rd darah dan barat badan bayi semasa
lahir kurang daripada 1.5 kilogram.

c. Selepas kelahiran
Bagi selepas kelahiran pula disebabkan oleh kemalangan yang
mencederakan bahagian telinga, pengambilan antibiotik seperti
streptomein ,terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat, terdedah kepada
bahan kimia seperti plumbum yang terdapat dalam pensil warna,dan
penyakit berjangkit yang dibawa oleh bakteria dan virus seperti begok,
deman campak, demam panas,dan sebagainya.
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
22


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
d. Hyperbilirubinaemia
Ianya berlaku melibatkan komplikasi yang terdapat dalam factor Rd
darah iaitu kurang merbahaya pada kandungan pertama seterusnya
antibodi mencukupi akan terbentuk pada kandungan kedua atau ketiga
untuk merbahayakan fetus ( Fundenberg et al.,1980) mengakibatkan,
erythroblastosisi fetalis akan berlaku iaitu sel darah fetal rosak. Ini
memberi kesan kepada otak bayi, selain keadaan kepekaan, cerebral
palsy, aphasia dan retardation juga boleh berlaku.

e. Meningitis
Penyakit teruk yang disebabkan oleh selaput yang meliputi otak dan
tulang belakang menjadi bengkak dan merah. Walaupun kebanyakan
kes meningitis kehilangan pendengaran disebabkan jangkitan bekteria,
meningisti juga boleh disebabkan oleh virus. Kadar penyumbang
meningitis kepada kepekakan telah berkurangan namun mereka
berisiko untuk mendapat kecacatan neurologikal yang teruk selain
daripada kepekakkan.









HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
23


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
2.4 MASALAH PERTUTURAN

Masalah pertuturan boleh dikaitkan dengan masalah bahasa dan komunikasi. Masalah
bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan kelemahan dalam bentuk
bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa. Manakala, komunikasi ialah proses
penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ianya juga
merupakan proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang
disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.
Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan
ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan
ayat. Bahasa pula merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan
menggambarkan dalam pemikiran bentuk simbolik seperti perkataan ataupun
pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin berpunca dariada
masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun keduanya sekali.
Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan atau dihasilkan
oleh alat-alat artikulasi dan dapat diungkapkan dengan sempurna. Ia berlaku pada
peringkat penglahiran atau produktif level. Ia berlaku setelah si penutur dapat
mendengar dan memahami dengan baik apa yang diperdengarkan. Individu lebih
banyak bertutur melalui pengalaman daripada kecergasan otak. Kemahiran bertutur
merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan,
serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta
penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Namun begitu,
murid berkeperluan khas mengalami masalah bahasa.
Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap
bunyi yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu
masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain
seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran.


HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
24


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
Antara ciri-ciri kecacatan ini ialah :

i. Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan
bunyi dalam perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun
fonologi.
ii. Mempunyai suara yang kasar.
iii. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap.
iv. Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak
tidak menghadapi penyakit lain.
v. Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa
kali.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan
keperluan, kehendak dan perassan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya
menjejaskan pembelajaran dan interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang
sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka sampaikan, mereka akan merasa
kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif. Biasanya kanak-kanak
yang mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana
diabaikan rakan-rakan yang lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan.
Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan bahasa kanak-kanak lambat
terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka
berinteraksi terhad.








HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
25


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
Masalah perkembangan bahasa pula mungkin terjadi dalam bahasa reseptif
iaitu kemampuan memahami dan mengingat apa yang dikatakan oleh orang lain atau
dalam bahasa ekspresif iaitu kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan
ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa terbahagi kepada dua iaitu :

1. Perkembangan lambat
Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat
tetapi dalam urutan normal bagi aspek bahasa seperti pembentukan perkataan,
ayat dan perbualan. Keadaan persekitaran rumah yang tidak menyumbang
kepada masalah perkembangan bahasa meruapakan salah satu faktor lewat
perkembangan bahasa.

2. Kecacatan bahasa
Ia dapat dikesan semasa aktivti pengajaran dijalankan. Kanak-kank ini dapat
dikesan dengan tanda-tanda seperti ayat yang digunakan tidak berkaitan
dengan perbualan misalnya memberi jawapan yang tidak sesuai dengan
soalan. Mereka juga tidak menggunakan tatabahasa yang tidak tepat, sukar
mengingat sesuatu nama dan percakapan mereka terganggu kerana tidak
mengetahui perkataan untuk disebut.











HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
26


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
2.5 MASALAH PEMBELAJARAN

2.5.1 LEMBAB (SLOW LEARNER)

Brennan (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid yang gagal
melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka
tetapi kegagalan mereka tidak boleh dikatakan disebabkan oleh kecacatan.
Murid lembam selalunya kurang aktif dan kurang berminat untuk
menyertai kegiatan pelajaran di dalam bilik darjah. Jamila (2005) pula
menyatakan kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini
dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat
menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan.
Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah
yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-
kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka
tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan
permasalahan mereka dapat dikesan. Kanak-kanak ini tidak boleh
mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum atau belajar di sekolah biasa.
Mereka ini terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran
yang mudah atau objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya
rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah.
Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia,
keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada
tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga
mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau
memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping
itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat
kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan
kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran
matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
27


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian
matematik (Jamila 2005). Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar
memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi
menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku
kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK LEMBAB
Pendiam, tidak aktif dan tidak banyak cakap dan sukar menerima
arahan.
Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa.
Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat dan salah dan selalu
bertukar-tukar huruf.
Ketika membaca dan menulis, mereka akan meninggalkan
huruf,sukukata atau perkataan dan kerap melakukan kesalahan
dalam ejaan dan tanda bacaan.
Tulisan kanak-kanak lembam selalunya buruk dan sukar dibaca
apabila mereka menulis tanpa ketetapan sama ada menaik dan
menurun, menulis huruf terbalik atau turutan dan arah yang salah.
Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.









HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
28


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
2.5.2 PINTAR CERDAS

Ahli biologi mengatakan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang
dimiliki oleh seorang individu yang melakukan adaptasi dan manipulasi
terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Menurut Stanford Binet
(1916), pintar cerdas merupakan kepada keupayaan seseorang untuk
memahami, membuat pertimbangan dan penakulan dengan bijak.
Manakala, Lewis Terman (1916) pula menyatakan bahawa pintar cerdas
sebagai individu yang berkebolehan berjiwa secara abstrak iaitu lebih jauh
daripada orang biasa. Mengikut pendapat Marland (1972) pula, kanak-
kanak yang dikenalpasti oleh pihak yang berkelayakan profesional sebagai
individu yang memiliki kebolehan tinggi dan berkeupayaan mencapai
kecemerlangan. Di samping itu, menurut Pusat Perkembangan Kurikulum
Malaysia , pintar cerdas adalah kanak-kanak yang maju dalam
pembelajaran dan menerima pelajaran lebih awal dan cepat daripada
kanak-kanak normal. Mereka dapat membuat kerja sekolah dengan cepat,
sempurna serta mempunyai bakat menyeluruh dalam bidang yang tertentu.
Kesimpulannya ialah pintar cerdas merangkumi satu kombinasi yang
istimewa dan tinggi (Superiol General Abilities), pencapaian kreatif pada
tahap yang lebih bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya.










HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
29


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
PUNCA-PUNCA PINTAR CERDAS

1. Faktor Genetik
Perwarisan daripada ciri-ciri fizikal ibu bapa, boleh dibeza-beza jika di
lihat persamaan dan perbezaan anak-anak dalam keluarga.
Kebanyakan pakar bersetuju bahawa asas potensi mental seseorang
sememangnya diwarisi daripada ibu bapa. Namun begitu, masih tiada
alat yang dapat mengukur kebenaran faktor genetik ini.

2. Faktor Persekitaran
Pengalaman melalui asuhan merupakan salah satu daripada faktor
yang lebih dominan dan membantu dalam perkembangan serta
meningkatkan kepintaran seseorang. Keadaan sekeliling seseorang
individu yang membesar adalah faktor penentu untuk menentukan
sejauh mana bakat dan kepintaran yang diwarisi berkembang.















HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
30


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
CIRI-CIRI MASALAH FIZIKAL PINTAR CERDAS

Mempunyai semangat inkuiri dan perasaan curiga yang tinggi.
Kebolehan yang luar biasa, suka bertanya dan berminat untuk
mendapatkan jawapan yang terkini.
Sangat kreatif terutamanya dalam menguasai dalam kemahiran
yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang abstrak dan
mempunyai idea-idea yang kreatif.
Kadangkala, dianggap pelik.
Suka mencuba sesuatu yang dianggap sukar oleh orang lain.
Boleh bercakap, membaca, menulis dan memahami percakapan
orang dewasa pada peringkat umur yang awal.
Mempunyai perbendaharaan kata yang kemas
Mempunyai tahap penumpuan yang lama terhadap sesuatu perkara
terutamanya dalam aspek kemahiran.
Mempunyai tenaga yang banyak dan sangat aktif
Berkemampuan bersosial dalam tempoh yang singkat.
Mempunyai daya keistimewaan yang hampir sama dengan kanak-
kanak normal yang biasa.
Mempunyai daya kepimpinan dan ketua yang lebih dominan serta
superior dalam kalangan rakan sebaya.









HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
31


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
2.5.3 DISLEKSIA

Perkataan Disleksia ataupun dyslexia adalah gabungan dua perkataan
Greek iaitu dys bermaksud kesukaran dan lexia bermaksud
perkataan dan jika diterjemahkan secara terus bermaksud kesukaran
dengan perkataan bertulis. Istilah lain yang digunakan untuk
menunjukkan masalah ini ialah buta huruf. Perkataan Disleksia telah
diperkenalkan oleh Profesor Berlin, seorang pakar perubatan dan
ophtalmotologis pada tahun 1887 (Hammond & Hughes, 1996). Dari
sudut pengistilahan, penggunaan perkataan disleksia amat terhad kerana
istilah tersebut merujuk kepada murid-murid yang mengalami kesukaran
untuk menguasai kemahiran membaca. Penulisan Barat mentakrifkan
disleksia sebagai kesukaran atau ketidakbolehan menguasai kemahiran
membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan
yang mencukupi.
Manakala mengikut British Psychological Society (1999)
Dyslexia is evident when accurate and fluent word reading or spelling
develops very incompletely or with great diffculty, iaitu disleksia terbukti
wujud apabila ketepatan dan kelancaran membaca perkataan atau mengeja
berkembang secara amat tidak lengkap atau dengan kesukaran yang amat
sangat. Bagi Payne dan Turner (1999), Hammond dan Hughes (1996)
lebih cenderung menggunakan istilah Specific Learning Difficulties
(masalah belajar spesifik) bagi murid yang menghadapi masalah belajar
disleksia. Menurut mereka, murid disleksia bukan sahaja mempunyai
masalah dalam menguasai kemahiran membaca sahaja tetapi
berkemungkinan menghadapi masalah secara menyeluruh dalam
kemahiran literasi dan numerasi.



HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
32


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
CIRI-CIRI FIZIKAL
Lemah dalam bacaan.
Fasih bertutur dan boleh bercerita tetapi kerja tulisan lemah.
Tampak cerdik dan berkemampuan seperti murid lain tetapi
sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah.
Pakaian mereka sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor, butang
baju salah butang, tali kasut tidak diikat rapi dan kidal.
Kelihatan tidak berminat dalam pelajaran dan dilabelkan pemalas
atau bodoh.
Perhatian dan pengamatan singkat dan lemah.
Degil, agresif, memberontak, suka menyendiri dan suka membuat
bising.
Mempunyai masalah dalam menggunakan sudu garfu sewaktu
makan.
Sukar menggunakan gunting terutama jika kidal.
Sukar untuk menekap.
Memegang pensil secara ganjil.
Sukar mengikat tali leher.
Koordinasi yang lemah.
o Sukar untuk melompat dan skipping keseimbangan.
o Sukar untuk menangkap, membaling dan menyepak bola.
o Sering terlanggar orang lain dan objek.
o Selalu menjatuhkan barang.
o Sukar untuk naik tangga.
o Sukar belajar menunggang basikal.
o Sukar untuk berenang.
o Sukar dalam permainan yang menggunakan perkataan kiri
atau kanan, atas atau bawah, depan dan belakang, undur
atau maju.
o Sukar untuk belajar menari.
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
33


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
JENIS-JENIS DISLEKSIA

1. Disleksia Pandangan
Murid-murid ini dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat
membezakan, membuat interpretasi atau mengingati perkataan yang
dilihat. Ada yang begitu teruk sehingga tidak dapat membaca
langsung, ada yang hanya mengalami masalah penyebutan perkataan
yang mempunyai sukukata yang banyak sahaja. Ciri-ciri yang selalu
dikaitkan ialah kekeliruan mengenal perkataan atau huruf yang sama,
seperti beg untuk bog, snip untuk ship. Kecenderungan kebalikan
seperti dig untuk big, kecenderungan songsang contohnya spa untuk
sap. Lukisan yang rendah mutunya kerana banyak butiran yang
penting ditinggalkan walaupun pada benda yang biasa. Tidak dapat
menjalani latihan permainan sukan yang kompleks. Kepayahan
membuat analisis dan sintesis pandangan, tetapi tinggi daya kebolehan
dalam aktiviti kemahiran mendengar yang mana menutup kekurangan
dalam aktiviti berkaitan dengan pandangan.

2. Disleksia Pendengaran
Dapat melihat persamaan antara perkataan tetapi menghadapi masalah
dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fungsi
pendengaran. Contohnya membezakan persamaan dan perbezaan
antara bunyi, mengenal pasti bunyi dalam setiap perkataan satu
pengadunan bunyi untuk menjadikan perkataan dan membahagikan
perkataan ke dalam suku kata tertentu. Murid-murid ini akan
menghadapi masalah dalam belajar membaca.
Ciri-ciri yang selalu dikaitkan ialah kecelaruan diskriminasi
pendengaran dan pengamatan yang menyebabkan sukar belajar bacaan
mengikut kaedah analisis fonetik. Mereka juga seringkali mempunyai
masalah dengan analisis dan sintesisi pendengaran. Ini menyebabkan
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
34


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada sukukata atau bunyi
tertentu, tidak dapat menggabung bahagian-bahagian perkataan
menjadi satu yang lengkap.
Kanak-kanak ini juga tidak dapat membunyikan semula bunyi
dalam perkataan, contohnya tidak dapat mengingati bunyi huruf atau
tidak dapat menyebut perkataan walaupun ia tahu makna perkataan itu.
Selain itu, terdapat kekacauan dalam memahami bunyi secara
berurutan seperti penyebutan yang tidak betul semasa menulis,
mengubah urutan huruf kerana tidak dapat mengingat atau
mengekalkan urutan bunyi. Dari segi perlakuan, murid-murid ini lebih
cenderung untuk memilih aktiviti yang memerlukan kemahiran
pandangan.












HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
35


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Mereka yang menghadapi disleksia biasanya susah untuk
menguasai kemahiran membaca dan menulis tetapi memiliki bakat,
kepintaran atau kecerdasan yang lain. Ini disebabkan oleh perbezaan
dalam cara otak memproses maklumat terutama sekali berkenaan
dengan bunyi , simbol dan makna. Kanak-kanak disleksia cenderung
menggunakan otak kanan. Ini menimbulkan cara disleksik berfikir dan
cara belajar berlainan. Cara anak disleksia memerhati dan berfikir
boleh dianggap satu anugerah bukan satu masalah.
Program kemahiran keibubapaan seperti Program Peningkatan
Akademik. Sebelum persekolahan, ibu bapa hendaklah peka dengan
memerhatikan simptom-simptom disleksia, beri bantuan bacaan dan
latihan pembelajaran sebelum tadika, perhatikan dan beri bantuan
sosial, beri pengalaman luaran meningkatkan pengetahuan seperti
melawat zoo, muzium dan lain-lain. Ketika bersedia untuk memasuki
alam persekolahan, ibu bapa hendaklah berbincang dengan guru besar
dengan memberitahu masalah melalui maklumat berkenaan penilaian
psikologi dan pendidikan, mengenali guru yang mengajar anak dengan
menjelaskan masalah anak dan meminta kerjasama membantu dan
memahami masalah anak sepanjang persekolahan.
Ibu bapa juga perlu meluangkan masa untuk mengajar dan
membantu anak melalui mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anak-
anak, mengenal pasti bakat kebolehan dan kemahiran khusus yang
dimiliki, mencuba berbagai cara untuk menarik minat dan menambah
motivasi serta memahami gaya pembelajaran kanak-kanak disleksia.
Selain itu juga mengadakan program perkongsian mengajar berhasil.
Program ini dapat membantu ibu bapa membantu anak mereka di
rumah dengan menggunakan pendekatan secara bersama dengan guru.
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
36


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
Di samping itu juga, mengadakan program kerjasama antara
pelbagai disiplin. Termasuklah terapi bahasa, terapi pertuturan, ahli
psikologi, guru pendidikan khas, pentadbir dan ahli-ahli lain akan
mampu membina modul serta pendekatan pengajaran yang boleh
digunakan oleh ibu bapa mengembang potensi anak-anak ini. Individu
disleksia harus digalakkan mempamerkan kekuatan luar biasa terutama
dalam pemikiran kreatif secara visual. Kebolehan mereka yang unik
harus digunakan supaya mereka juga boleh berjaya dalam bidang seni,
sains dan teknikal. Nama-nama hebat yang tergolong dalam kumpulan
istimewa ini termasuklah Thomas Edison, Leonardo De Vinci,
Winston Churchill, George Pattorn dan William Butler Yeats.

















HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
37


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
2.6 AUSTISMA

Menurut Thevarthen Aitken, Papoudi dan Robert (1998) perkataan autisme
merupakan gabungan dua huruf Greek iaitu aut yang bermakna diri dan ism yang
membawa makna orientasi atau keadaan. Oleh itu, autisma boleh didefinisikan
sebagai kedaan seseorang yang tidak biasa dengan dirinya. Autisma berasal daripada
perkataan Yunani bermaksud autos atau tiada keupayaan dan tidak boleh
berinteraksi sosial. Autisme, autisma dan autistik adalah perkataan yang digunakan
bagi menerangkan tentang sejenis penyakit dimana pesakitnya tidak sedar akan
keadaan persekitarannya dan berada seolah-olah seperti di dalam dunianya. Autisma
adalah ketidakmampuan yang mungkin dihidapi seumur hidup oleh seseorang yang
menyebabkan mereka tidak dapat mengerti tepat apa yang mereka lihat, dengar dan
juga melalui panca indera mereka. Hal ini mengakibatkan masalah yang cukup berat
pada hubungan sosial, komunikasi dan perilaku. Nama-nama yang lain yang
diberikan untuk menjelaskan autism bagi kanak-kanak adalah autisme infatil, psikosi
infatil, autisme kanak-kanak, psiko simbiotik, skizofrenia kanak-kanak dan sindrom
skizofrenia kanak-kanak.














HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
38


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
CIRI-CIRI FIZIKAL

Sekarang ini sering mendengar tentang autisma, yang banyak terjadi kepada anak-
anak. Ini disebabkan ibu bapa lebih peka dan mengambil berat akan pekembangan
anak-anak. Perkembangan yang bermula dari kelahiran sehingga pra sekolah. Ibu
bapa kini amat sensitif jika anak-anak mereka tidak seperti kanak-kanak lain. Autisma
adalah gangguan kognitif atau gangguan sukar untuk gangguan tingkah laku sosial
dan sukar untuk berbicara. Data statistik menyatakan, 50% terdapat gejala gangguan
mental retardasi.
Sehingga kini, para ahli belum dapat memberi keputusan yang tepat
penyebabnya. Tetapi, dari penelitian kanak-kanak autisma ini mempunyai kelainan
pada otak yang disebabkan gangguan perkembangan pada saat kehamilan dan
gangguan hati yang menimbulkan gangguan saraf dan jiwa. Dengan itu, ciri-ciri yang
boleh kita perhatikan dapat membantu kita mengesan lebih awal untuk memberi
perhatian yang sewajarnya kepada kanak-kanak ini. Antaranya termasuklah berlaku
sebelum berumur dua puluh dua tahun, berlaku berkekalan, sukar berhubung secara
bermasyarakat, sukar berkomunikasi dan sukar menerima perubahan dari kebiasaan.
Selain itu, mereka juga sukar memberhentikan dari perlakuan yang berulang, gemar
menyendiri, tidak mengendahkan keadaan sekeliling dan suka hidup bersendirian. Di
samping itu, mereka juga berkecenderungan kepada objek yang bergerak, serang yang
pendiam, sangat menyayangi sesuatu objek yang disukai dan sangat susah untuk
mengubah sesuatu yang telah dilakukannya setiap hari.









HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
39


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Punca gangguan autisma ini masih belum difahami begitu mendalam. Oleh itu,
bentuk rawatan untuk kanak-kanak autisma belum ada lagi yang boleh dikatakan
memberi kesan. Hanya yang boleh diubah setakat ini ialah tingkahlaku sahaja
mengikut terapi tingkahlaku yang sedia ada. Ini bertujuan menggalakkan
perkembangan yang sihat dan seberapa normal yang boleh mengikut keperluan setiap
kanak-kanak autisma. Perkara utama yang perlu dilakukan adalah membuat diagnosis
dengan teliti dan tepat bagi mengesahkan sama ada kanak-kanak ini mengalami
autisma atau tidak. Setelah pasti, barulah diberitahu kepada ibu bapanya. Ini kerana
rawatan awal perlu diberikan seawal yang mungkin supaya latihan dan didikan untuk
membolehkan kanak-kanak ini menggunakan dan memahami bahasa dapat
dilaksanakan sebelum berumur lima tahun. Oleh itu, rawatan dalam bentuk
pendidikan awal dan terapi tingkahlaku amat penting bagi kanak-kanak ini.
Segala didikan perlu diberi sedikit tetapi berulang-ulang. Rawatan perlu dibuat
bersama ahli lain seperti jurupilih tatacara, guru-guru dan ibu bapa. Rawatan didapati
lebih berkesan sekiranya dilakukan di rumah sendiri atau di sekolah khas yang
berdekatan dengan kediaman sendiri serta sekumpulan murid autisma lain. Namun
begitu, setiap kumpulan mestilah tidak melebihi empat atau lima orang murid sahaja.
Dari segi komunikasi pula, kanak-kanak ini perlu diberi peluang bergaul dengan
kanak-kanak normal apabila keadaan mereka lebih baik. Kanak-kanak ini tidak
digalakkan duduk disekolah berasrama kerana dikuatiri akan lebih memburukkan
keadaan mereka, seterusnya boleh menyebabkan interaksi bersama-sama ahli
keluarga mereka akan terjejas.
Manakala dari segi rawatan pula, terdapat dua jenis rawatan menerima
sokongan emperikal adalah modifikasi tingkahlaku atau Applied Behavior Analysis
(ABA) dan penggunaan vitamin B6 dengan tambahan magnesium. Modifikasi
tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi tingkahlaku seperti peneguhan positif dan
time out, untuk meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian seperti komunikasi dan
tingkahlaku yang tidak bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri. Lebih
kurang 45% daripada kanak-kanak autisma dapat meningkatkan kesedaran dan
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
40


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
tumpuan perhatian setelah mengambil vitamin B6 dengan magnesium. Terdapat juga
beberapa zat makanan pelengkap dan Di- Methy-Iglycine (DMG). DMG banyak
membantu kearah tingkahlaku yang baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk
menggalakkan kemahiran komunikasi.
Selain itu, terdapat juga ubat-ubatan seperti Haloperidol untuk mengawal
tingkah laku yang tidak diingini boleh diberi tetapi sekiranya kanak-kanak autisma ini
terlalu lasak ataupun mempunyai ciri-cirir hiperaktif sehingga boleh mengganggu
tidurnya. Dari segi peranan ahli keluarga, mereka juga perlu memberi bantuan agar
kanak-kanak ini tidak terabai. Mereka boleh mengikuti pertubuhan seperti NASOM
(Nasional Autistic Society of Malaysia) untuk membantu keperluan kanak-kanak
autisma dan keperluan keluarga boleh ditubuhkan. Hal ini kerana kebanyakan ibu
bapa akan mendapat manfaat setelah menjadi ahli dalam pertubuhan ini.


















HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
41


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
2.7 SINDROM DOWN

Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang dilahirkan mempunyai
tiga salinan kromosom ini. Sebab itu jugalah, Sindrom Down di rujuk dengan nama
Trisomi 21. Dengan erti kata lain, mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang
menyebabkan mereka dikategorikan Sindrom Down dan lain-lain kromosom mereka
adalah normal. Kromosom adalah struktur yang terdapat nukleus sel-sel yang
mengandungi maklumat yang di warisi daripada ibu dan bapa. Ia mengandungi kod
genetik yang mengawal dan mengarah pembahagian pertumbuhan dan fungsi sel.
Seorang individu normal mempunyai 46 kromosom, setiap 23 di warisi daripada ibu.
Manakala bakinya di warisi daripada bapa. Setiap individu mempunyai kod genetic
yang unik kecuali kembar seiras. Keunikan inilah yang menyebabkan penampilan
fizikal setiap individu yang berbeza-beza.
Penyakit ini sebenarnya sudah diketahui sejak 1860 oleh Dr.Langdon Down
dari Inggeris, tetapi baru pada awal tahun 60-an ditemukan diagnosisnya secara pasti
iaitu dengan pemeriksaan kromosom. Dahulu nama penyakit ini dikenal dengan nama
Mongoloid atau Mongolism kerana penderitanya mempunyai gejala klinik yang khas,
iaitu wajahnya seperti bangsa Monggol dengan mata yang sepet dan bujur ke atas.
Tetapi setelah diketahui bahawa penyakit ini terdapat pada seluruh bangsa di dunia
dan adanya tuntutan dari perintah negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai
terhadap pemberian nama tersebut , maka dianjurkan untuk mengganti nama tersebut
dengan Sindrom Down. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para
saintis luar negara. Pada tahun 1866, seorang ahli fizik berbangsa Inggeris, John
Lagdon Down ( 1828 1896 ) telah menerbitkan penerangan pertama dalam dunia
perubatan mengenai individu yang dilahirkan sebagai Sindrom Down. Kajian
seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh Jerome Lejuene, seorang ahli fizik dari
Perancis. Beliau telah menemui penambahan kromosom pada kromosom yang ke -21.
Bagi orang normal , bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi pengidap Sindrom
Down mempunyai 3 kromosom. Pada tahun 1990, kromosom 21 adalah kromosom
pertama yang dirajahkan secara penuh.

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
42


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
CIRI-CIRI FIZIKAL SINDROM DOWN

1. Kepala

Mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Monggol.
Mempunyai pangkal hidung yang kemek.
Jarak di antara dua mata jauh.
Mata mereka sentiasa berair dan merah.
Mempunyai mata yang sepet.
Terdapat lipatan pada kedua- dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam
mata.
Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
Saiz lidah yang tebal, kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir.
Pertumbuhan gigi mereka adalah lambat dan tidak teratur.
Paras telinga adalah lebih rendah.
Saiz kepala yang lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang.
Leher yang pendek.


2. Tangan
Mempunyai jari- jari yang pendek.
Jari kelingking membengkok ke dalam.
Tapak tangan yang lebar dan pendek.
Hanya terdapat satu garisan pada tapak tangan.
Jari dan tangan mereka adalah lebar, pendek dan berbonggol.

3. Kaki
Kaki agak pendek.
Jarak di antara ibu jari kaki kedua agak jauh terpisah dari tapak kaki.
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
43


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
4. Otot
Mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik.
Menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

5. Ciri-ciri lain
Berbadan gempal dan rendah
Agak bongkok .
Berambut lurus dan lembut.
Suka bermanja, bermain dan bergembira.
Mudah mesra dan dapat bergaul dengan baik.
IQ mereka adalah di antara 30-80.
Sudah dapat dikesan sebaik selepas kelahiran.



















HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
44


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
JENIS-JENIS SINDROM DOWN

1. Trisomi
Kanak-kanak Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah
fizikal, emosi dan intelek. Kanak-kanak jenis ini berlaku disebabkan penambahan
pasangan kromosom 23+1 (pada kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46
menjadi 47. Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku dalam sesebuah keluarga.
Menurut kajian nisbah kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah
1:2000 kelahiran manakala nisbah kelahiran bagi ibu yang berusia 35-39 tahun
adalah 1:50 kelahiran dan bagi ibu yang berusia 40 tahun nisbah kelahiran adalah
pada nisbah 1:30 kelahiran. Darjah kecerdasan Sindrom Down jenis trisomi ini
adalah antara 50%-80%.

2. Translocation
Kelahiran jenis ini tidak membabitkan kebaikan kromosom dalam darah ibu
hamil. Sindrom Down (translocation) ini terjadi dalam dua cara. Cara yang
pertama ialah apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan
kromosom nombor 21. Jika ibu pembawa, kebarangkalian mendapat anak
Sindrom Down adalah 10%-25%. Jika bapa pembawa, kebarangkalian untuk
mendapat anak Sindrom Down adalah 3%-5%. Cara kedua pula terjadi apabila
secebis kromosom yang bernombor 21 bercampur dengan nombor yang sama.
Oleh itu, jika ibu adalah pembawa kebarangkalian mendapat anak Sindrom Down
ini ialah di antara 50%-80%.

3. Mosaic
Sindrom Down jenis ini adalah tidak ketara pada wajah murid-murid dan tidak
100% Sindrom Down. Kerosakan mental bagi murid-murid ini tidak teruk. Hal ini
kerana darjah kecerdasannya adalah 80%-90%.


HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
45


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
2.8 ATTENTION DEFICIT DISORDERS (ADD)

Hiperaktif dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf pusat
ataupun central nerves system. Punca permasalahan ini adalah disebabkan oleh
beberapa faktor. Faktor-faktornya termasuklah genetik, infeksi, kerosakan pada
otak dan juga masalah persekitaran rumah. Selain itu, ia juga berpunca daripada
keracunan (toksin), kekurangan zat makanan, alahan kepada makanan dan alahan
kepada bahan kimia. Kanak-kanak hiperaktif mempunyai ciri-ciri tingkah laku
seperti tumpuan perhatian yang singkat, sentiasa resah dan tidak boleh duduk
diam. Mereka tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan
menunjukkan kedegilannya serta susah dikawal. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif
sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka
merayau-rayau, tidak boleh duduk diam dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya, kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri
perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak
digemari oleh kanak-kanak lain dan mereka sering terasa terasing. Kanak-kanak
yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga
empat puluh orang murid dalam satu kelas. Mereka tidak boleh menerima
perhatian yang khusus pada murid ini sahaja. Selain itu, kanak-kanak hiperaktif
ini juga mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah
dan perangai impulsifnya, mereka sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa.
Kank-kanak seperti ini memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah
laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan
pendekatan satu dengan satu. Guru-guru perlu sering meberikan peringatan
kepada murid-murid ini sama ada isyarat atau mengetuk meja untuk
mendapatkan perhatiannya dari semasa ke semasa. Adakalanya, pakar kanak-
kanak perlu memberi ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan
keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih
berkesan lagi.

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
46


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
Walau bagaimanapun, hiperaktif ini mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri. Ciri-ciri khususnya ialah aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan
serta tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi, dan warna.
Selain itu, mereka ini tidur tidak tetap dan terlalu kerap menangis atau ketawa.
Disamping itu, mereka sukar memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja
yang dilakukan dan mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Malah,
mereka sering mengamuk bila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan
diri serta berinteraksi dengan rakan sebaya.






















HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
47


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
3.0 CARA UNTUK MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Pengesanan merupakan proses yang memerlukan teknik dan prosedur yang sesuai dan
tepat. Proses pengesanan ini juga harus dilakukan dalam situasi sebenar seperti di bilik
darjah ataupun di rumah supaya tingkah laku kanak-kanak ditunjukkan tanpa sebarang
lakonan. Oleh itu, teknik yang bersesuaian harus dipilih oleh pemerhati dalam melakukan
pengesanan ketidakupayaan dan keperluan kanak-kanak khas agar pengesanan yang
dilakukan membuahkan hasil yang sepatutnya diperoleh.
Antara beberapa teknik pengesanan ketidakupayaan dan keperluan kanak-kanak khas
yang boleh digunakan adalah cacatan anekdot, catatan berterusan, catatan spesimen,
mensampel masa, mensampel peristiwa dan senarai semak.

3.1 CACATAN ANEKDOT

Catatan anekdot merupakan catatan yang dibuat oleh penyelidik mengenai kelakuan-
kelakuan yang luar biasa (Sutrisno Hadi, 1985). Catatan ini menggambarkan dan
menjelaskan tentang naratif tingkah laku yang penting kepada pemerhati. Anekdot
ini menghuraikan apa yang berlaku secara fakta dan objektif. Pemerhati tidak
membuat andaian sendiri berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-
kanak. Catatan ini juga menerangkan bagaimana tingkah laku berlaku, bila dan di
mana ia berlaku, dan apa yang dikatakan dan dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.
Selain daripada itu, catatan anekdot bersifat selektif iaitu penyelidik memilih
peristiwa yang bermakna dan mempunyai hubungan dengan perkembangan
individu. Kebiasaannya, catatan anekdot ditulis selepas peristiwa tersebut berlaku
dan ditulis oleh orang yang rapat dengan kanak-kanak tersebut. Rekod ini dapat
menyediakan gambaran yang lengkap tentang kemajuan seseorang kanak-kanak
apabila ditelitikan secara kumulatif. Catatan anekdot mengandungi perincian tentang
ekspresi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak, intonasi suara dan pergerakan badan.


HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
48


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
3.2 CATATAN BERTERUSAN

Antara yang kerap digunakan untuk melakukan pengesanan ketidakupayaan dan
keperluan kanak-kanak khas ialah catatan berterusan. Catatan berterusan merupakan
satu catatan naratif yang terperinci tentang tingkah laku kanak-kanak mengikut urutan
ia berlaku. Catatan berterusan ini merupakan catatan yang lengkap tentang tingkah
laku kanak-kanak kerana catatan ini melihat kesemua tingkah laku yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak dalam masa yang telah ditetapkan.
Catatan berterusan dilakukan sewaktu tingkah laku tersebut
berlangsung. Kebiasaannya, pemerhati hanya menggunakan ayat-ayat yang ringkas
dan pendek bagi menerangkan tingkah laku yang ditunjukkan supaya pengekalan
penumpuan kepada perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut berjalan
dengan baik. Data yang ditulis juga harus berbentuk fakta dan objektif. Pemerhati
tidak dibenarkan menggunakan perkataan-perkataan atau frasa-frasa yang deskriptif
dan bersifat menghakim.


3.3 CATATAN SPESIMEN
Catatan spesimen merupakan catatan yang lebih panjang dan mengandungi maklumat
tambahan seperti peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas tingkah laku yang ingin
diperhatikan ditunjukkan oleh kanak-kanak. Melalui catatan spesimen, pemerhati
menumpukan perhatian kepada tingkah laku yang ingin diperhatikan. Satu tingkah
laku yang ingin diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu.
Kanak-kanak dijadikan sebagai spesimen untuk menguji sesuatu tingkah laku
yang telah dikenal pasti. Kanak-kanak diletakkan dalam sesuatu situasi seperti di
dalam bilik darjah dengan peristiwa atau keadaan tertentu. Rekod akan dicatatkan
jika kanak-kanak tersebut menunjukkan tingkah laku yang telah dikenal pasti untuk
diperhatikan.



HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
49


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
3.4 MENSAMPEL MASA
Pemerhati perlu mencatatkan kekerapan berlakunya sesuatu tingkah laku yang
dipamerkan dalam masa yang telah ditentukan. Satu sela masa akan ditetapkan dalam
tempoh masa tersebut. Tingkah laku telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum
pemerhatian dijalankan ke atas kanak-kanak tersebut. Di samping itu, tingkah laku
yang direkod ialah tingkah laku overt iaitu yang dapat dilihat dengan jelas dan boleh
dikira. Tingkah laku berjaya menyelesaikan masalah merupakan contoh tingkah laku
yang tidak sesuai kerana tidak jelas untuk diperhatikan oleh pemerhati. Teknik ini
efektif untuk dijalankan kerana ia bersifat lebih objektif dan terkawal kerana tingkah
laku adalah terhad dan telah ditentukan terlebih dahulu.



Nama kanak-kanak : Rahimi Umur : 6 tahun Tarikh : 8 Ogos 2008

Pemerhati : Norafiza

Tingkah laku : Bercakap sendirian dan mencubit rakan

Pemerhatian bermula : 8.30 pagi

Sela masa : 5 minit

Pemerhatian tamat : 9.00 pagi




Kekerapan
Sela masa
5 5 5 5 5 5
I I I I I I I I I I I I I I I

I Bercakap sendirian

I Mencubit rakan





HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
50


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
Berdasarkan contoh di atas, pemerhati ingin memerhatikan kekerapan Rahimi
bercakap sendirian dan mencubit rakan dalam tempoh setengah jam. Tempoh ini
akan dibahagikan kepada sela masa selama 5 minit. Oleh yang demikian, pemerhati
akan merekodkan berapa kali Rahimi bertingkah laku sedemikian dalam setiap 5
minit. Bagi memudahkan pemerhati mengecam kekerapan yang tingkah laku yang
ditonjolkan oleh Rahimi, pemerhati boleh menggunakan pen yang warnanya
berlainan bagi setiap tingkah laku seperti pen berwarna biru bagi tingkah laku
bercakap sendirian dan warna merah untuk mencubit rakan.
Justeru dapat di kesan bahawa Rahimi bercakap sendirian sebanyak dua kali
pada 5 minit pertama, tiga kali pada 5 minit ke dua, dua kali pada 5 minit ke empat
dan sekali pada 5 minit ke lima. Namun pada 5 minit terakhir Rahimi tidak bercakap
sendirian. Kekerapan ini berbeza untuk tingkah laku mencubit rakan. Rahimi hanya
mencubit sekali pada 5 minit pertama, dua kali pada 5 minit ke dua, sekali pada 5
minit ke tiga, dua kali pada 5 minit ke empat dan sekali pada 5 minit ke lima. Teknik
ini akan membantu pemerhati merekodkan kekerapan berlakunya tingkah laku yang
ingin diperhatikan itu. Pemerhati juga boleh mengulang teknik ini pada hari
seterusnya. Justeru, pemerhati akan memperolehi satu data yang lengkap tentang
kekerapan tingkah laku untuk seminggu dan seterusnya.













HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
51


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
3.5 MENSAMPEL PERISTIWA

Teknik ini merupakan teknik yang memerlukan pemerhati menunggu dan merekod
tingkah laku yang telah dipilih. Oleh sebab itu, pemerhati perlu menentukan tingkah
laku yang ingin diperhatikan terlebih dahulu. Pemerhati juga perlu memastikan
kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Perkara penting apabila pemerhati
menggunakan teknik ini ialah pemerhati perlu mencatatkan perkara yang berlaku
sebelum dan selepas tingkah laku itu ditunjukkan. Oleh itu, pemerhati perlu
mengambil peluang terhadap sesuatu situasi yang berlaku kerana kanak-kanak
mungkin menunjukkan tingkah laku tersebut pada masa itu. Maka pemerhati hanya
perlu menunggu dan merekodkan tingkah laku tersebut. Menerusi peristiwa dan
tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak ini, guru dapat menghasilkan suatu
rancangan bagi mengatasi masalah yang berlaku.


















HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
52


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
3.6 SENARAI SEMAK

Senarai semak merupakan satu senarai yang mengandungi item-item spesifik
berkenaan tingkah laku yang disusun secara teratur. Di samping itu, tingkah laku
yang terkandung dalam senarai semak mestilah tingkah laku yang jelas dan senang
diperhatikan. Senarai semak ini dijadikan alat untuk merekod tingkah laku yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak. Teknik ini menjadi sangat bermanfaat apabila
pemerhati ingin merekod banyak tingkah laku terhadap kanak-kanak. Guru hanya
perlu menandakan pada atau tingkah laku atau kemahiran yang disenaraikan untuk
memastikan sama ada kanak-kanak telah mempamerkan mahupun menguasai tingkah
laku atau kemahiran berkenaan.
Di samping itu, teknik ini sangat mudah untuk dianalisis kerana masa dan
tarikh sesuatu tingkah laku berlaku dapat dicatatkan untuk membuatkan rekod
menjadi lebih lengkap. Senarai semak yang berbeza boleh digunakan untuk
pemerhatian yang berlainan. Selain itu, senarai semak juga boleh boleh dikumpul
sekiranya pemerhati ingin memerhatikan kanak-kanak yang sama pada tahun-tahun
yang berikutnya namun tarikh perlu direkodkan pada item-item tersebut. Satu senarai
semak boleh digunakan oleh seorang pemerhati dan boleh juga digunakan oleh ramai
pemerhati. Senarai semak lazimnya didasarkan pada objektif pengajaran. Hal ini
dapat membantu guru mengenal pasti kelemahan yang dialami oleh kanak-kanak
dalam kelasnya.
Senarai semak juga senang untuk diinterpretasi berbanding satu perenggan
ayat yang panjang dan mengandungi deskripsi yang kompleks. Walau
bagaimanapun, senarai semak perlu disediakan dengan berhati-hati dan
teliti. Sekiranya pemerhati ingin menggunakan senarai semak yang dibuat sendiri
atau senarai semak yang sedia ada, pemerhati perlu memastikan setiap item adalah
objektif dan jelas. Namun item-item yang terkandung dalam senarai semak mestilah
satu pernyataan yang tidak menghukum. Ayat yang digunakan perlulah positif dan
tidak berulang-ulang.

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
53


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
4.0 AKTIVITI P&P YANG BERTEPATAN DENGAN KEPERLUAN SETIAP INDIVIDU
KHAS

4.1 MASALAH FIZIKAL

Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya.
Misalnya guru mesti mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang
murid yang diserang penyakit sawan atau asthma.
Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan
psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak
memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian.
Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya seseorang
kanak-kanak cerebral palsy boleh menggunakan komputer atau pen ataupun
pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya ada tugasan
melibatkan penulisan.
Penggunaan pemegang buku (book holders) ataupun buku teks elektronik
dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku.
Guru juga boleh memperbanyakkan aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan
kemahiran motor kasar dan halus kanak-kanak.
o Genggam, pegang dan lukis.
o Bermain sesuatu yang bermanfaat.
Masukkan bentuk ke dalam lubang
Pancing ikan







HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
54


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
4.2 MASALAH PENGLIHATAN

Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar
dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Sebagai
contoh, Big Book.
Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan
warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan
atau ayat dalam satu muka surat.
Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang tulis
untuk kemudahan kanak-kanak ini.
Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka
aktiviti hands-on.



















HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
55


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
4.3 MASALAH PENDENGARAN

Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik
di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak
normal yang lain.
Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas.
Jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau
mengajar.
Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk
memudahkan mereka melihat wajah guru.
Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh
diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman
murid.
Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising
atau gangguan bunyi lain.
Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi
dengan kanak-kanak ini.
Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan
untuk mengeja.
Komunikasi secara keseluruhan juga digalakkan dengan melibatkan
pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.








HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
56


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
4.4 MASALAH PERTUTURAN

Guru boleh melakukan aktiviti yang menggunakan kemahiran membaca dan
menulis.
Namun begitu, kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk
memberi respon.
Guru juga boleh menggalakkan mereka memberi respon secara bertulis.
Selain itu, guru boleh menggunakan aktiviti mahupun pendekatan yang
melibatkan penggunaan pelbagai deria.
Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai,
misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan menggunakan alat
audio.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantu
melalui terapi.

















HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
57


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
4.5 MASALAH PEMBELAJARAN

4.5.1 DISLEKSIA
Guru boleh menggunakan pelbagai deria dalam aktiviti P&P
seperti sebut, dengar, lihat, rasa dan sentuh. Contoh :
o Menulis atas pasir.
o Bina bentuk huruf.
o Mengulangi dengan kerap melalui cara yang berbeza-beza
untuk mengukuhkan fahaman dan ingatan.
Guru juga boleh menggunakan kaedah kumulatif iaitu mengaitkan
maklumat baru dengan apa yang telah dipelajari dengan
menggunakan contoh yang berbeza untuk pengukuhan dan
pembinaan yakin diri seperti menggunakan strategi ingatan atau
hafalan seperti peta minda, lukisan dan carta.
Kanak-kanak disleksia mudah berasa letih, jadi kurangkan beban
kerja mereka.
Kaedah yang lebih baik untuk meningkatkan kemahiran membaca
mereka adalah melalui menggunakan hanya sebelah mata sahaja
bagi mengelakkan kedua-dua mata melihat huruf yang kelihatan
bersilang antara satu sama lain.
Guru juga boleh menggunakan modifikasi tingkah laku bagi
mengukuhkan perlakuan positif di samping melancarkan proses
pemulihan kanak-kanak istimewa ini.








HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
58


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
4.5.2 PINTAR CERDAS
Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis
program:
i. Pengasingan
Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan
daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan
kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan
istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan
kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat
membantu perkembangannya secara optima.
ii. Pemecutan (acceleration)
Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua
cara. Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan
daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik.
Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka
mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih
tua daripada mereka.Cara kedua pula adalah murid tersebut
disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama.
Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang
kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding
rakan sebaya.
iii. Pengayaan
Program pengayaan pula melibatkan pendekatan yang
menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam
atau di luar kelas.Sebagai contoh, aktiviti tambahan seperti
lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu,
guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang
memerlukan murid mencari maklumat yang lebih
mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid
secara bersendirian.

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
59


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
4.5.3 SLOW LEARNER
Guru hendaklah menggunakan bahasa yang mudah.
Arahan yang diberikan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu
diulang.
Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan
hitam atau papan kenyataan kelas.
Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam
langkah-langkah yang pendek dan ringkas.
Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina
keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta
seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan
manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A
& Margetts K, 2007).
Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak
tersebut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang
kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih lama
boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan
mereka.
Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh
ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan.
Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.










HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
60


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
4.6 AUTISME
Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran:
o Kesediaan untuk belajar, misalnya duduk dan memberi perhatian
kepada guru.
o Kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting.
o Kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.
Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak
berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang
permohonan.
Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu mereka
menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu
dilakukan pada hari itu.
Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajari
misalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari.
Kanak-kanak ini memerlukan rutin. Perubahan ialah sesuatu yang sukar
diterima oleh mereka.
Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah.














HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
61


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
4.7 SINDROM DOWN
Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang
mempunyai masalah Sindrom Down.
Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut
kebolehan kanak-kanak tersebut.
Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan
meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya.
Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi.
Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.
Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan
perkataan.
Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci.
Contohnya: Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa
buku itu kepada cikgu.
Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa
pengajaran akademik.
Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat
dan memproses maklumat.
Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh
dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai.
Guru boleh memasukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam
kurikulum mereka.
Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya
mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.







HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
62


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
4.8 ADD
Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh
menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh
mengalihkan perhatian mereka.
Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat
duduk guru.
Hal ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi
motivasi kepada murid-murid ini.
Guru juga boleh menggunakan modofikasi tingkah laku di mana kanak-kanak
ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang
dikehendaki.
Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan
dengan jelas.
Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut.
Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid
diberi maklum balas dengan segera.
Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang.
Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti yang aktif.
Beri tugasan yang lebih ringkas.
o Problem Based Learning
o Project Based Learning








HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
63


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
5.0 KEPERLUAN FIZIKAL DAN INFRASTRUKTUR

Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B)
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai kaedah
atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata
pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi
mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu. Pendekatan yang diambil dapat
menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk murid bermasalah dalam pembelajaran.
Mereka yang tidak kurang dari segi attitud atau intelek turut diberi sokongan untuk
menguasai kurikulum arus perdana agar potensi mereka dapat dipertingkatkan secara
menyeluruh dan optimum.
Bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan
sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping
mengekalkan minat belajar. Selain itu bahan bantu mengajar juga dapat menjelaskan mesej
yang ingin disampaikan. Proses pengajaran yang disertakan juga dapat menjelaskan mesej
yang ingin disampaikan. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan
dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan.
Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran.
Analisis dapatan kajian yang dilakukan oleh Charlie Anak Ungang berkenaan Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas Pemulihan menunjukkan
bahawa nilai min yang tinggi iaitu 3.60 dan peratus sebanyak 60% bersetuju dan 20% amat
bersetuju menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan pengajaran.
Keputusan ini bertepatan dengan pendapat Mohd Daud Hamzah (1990) yang
menyatakan bahawa semakin banyak pancaindera yang dilibatkan semakin banyak
pengalaman pembelajaran yang diperolehi bagi mengembangkan keintelektualan pelajar
dengan berkesan. Keputusan ini menunjukkan bahawa guru bukan lagi menggunakan kata,
suara, isyarat, papan tulis dan kapur sahaja dalam menyampaikan pengajarannyaterutama
sekali kepada pelajar-pelajar pemulihan dalam menguasai kemahiran asas bacaan.


HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
64


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
Menurut Tan Ai Goh (1998), penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja membantu guru mencapai objektif pedagoginya, malah ia
memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba cara pembelajaran yang baru. Sokongan
daripada pihak pentadbir juga banyak memainkan peranan sejauh mana penerimaan
komputer di kalangan guru dan pelajar pendidikan khas. Ia turut dinyatakan oleh Zoraini
Wati Abas (1995) di mana sikap positif yang diterapkan oleh pentadbir terhadap penggunaan
komputer dalam pengurusan sekolah merupakan laluan terhadap penggunaan komputer
dalam pentadbiran sekolah di masa akan datang. Melalui sikap positif yang ditunjukkan oleh
pentadbir sekolah, ia akan mempengaruhi sikap semua kakitangan sekolah.
Antara contoh penyediaan bahan batu mengajar yang sesuai digunakan di semua bilik
darjah pendidikan khas bermasalah pembelajaran ialah kelas hendaklah dilengkapi dengan
bahan-bahan asas untuk melicinkan pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini berubah
mengikut kemampuan dan kepentingan individu dan cara pengendalian bahan tersebut.
Tanpa pengetahuan dan cara pemakaian, Bahan tersebut akan menjadi gajah putih dalam
kelas dan membazir sahaja. Bahan-bahan ini dapat dikategorikan sebagai:


i. Bahan Keperluan Asas
Bahan ini digunakan untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah dan
rencam bertujuan untuk menarik minat murid-murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan.
Bahan carta : wall pocket: RPI, data murid dan lain-lain.
Kelengkapan menulis, bahan dinding dan bahan tekapan getah.








HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
65


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
ii. Bahan Pusat Sumber
Bahan buku yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan, bahan bacaan, atau
bahan pengulangan dalam bacaan dan sebutan untuk membina pengamatan
yang baik terhadap subjek pengajaran dan pembelajaran.
Bahan-bahan maujud yang boleh mendekatkan kefahaman murid-murid
kepada sesuatu topik semasa atau tolik silam.
Bahan hasil kerja murid yang boleh dipamer untuk meransang proses
pembelajaran.
Bahan rakam-OHP, VCR, VCD, TV dan komputer.
Bahan pengemas-sarung plastik, laminator dan lain-lain.

iii. Bahan-bahan Matematik
Bahan yang boleh digunakan untuk mengenal bentuk, warna dan nilai.
Bahan yang meransang kepada mengenal nombor, waktu, berat, tinggi dan
panjang.
Bahan yang boleh melatih murid mengira wang dan nombor.
Bahan pengamalan tambah, tolak, baki, darab, bahagi.

iv. Bahan-bahan Bahasa Melayu
Bahan mengenal bentuk dan nama, sudut bercerita, bahan-bahan potongan
akhbar dan bahan-bahan bacaan yang lain, bahan bacaan bergred, kad dan
lain-lain.

v. Bahan-bahan Pendidikan Seni
Sudut penghayatan seni.
Bahan-bahan melukis dari pelbagai jenis.
Alatan pembancuh warna.
Apron.
Bahan kerja tangan dari bahan terbuang, rotan, kertas dan sebagainya.
Bahan-bahan lukisan tentang haiwan.
HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
66


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
vi. Bahan-bahan Pendidikan Muzik
Radio
VCD
Kaset-kaset
Kastenet
Tamborin

vii. Bahan-bahan urus diri
Sinki
Cermin muka.
Bahan-bahan pembersih diri yang sesuai.

viii. Bahan-bahan Pendidikan Agama Islam
Papan rehal
Sejadah
Tasbih
Al-quran
Kitab
Telekong
Songkok
Kaset nasyid dan bacaan ayat-ayat al-quran.
Buku-buku cerita nabi.

ix. Peralatan Pendidikan Jasmani
Bahan-bahan permainan padang.
Skital
Gelung rotan
Pundi kacang/ beg pasir
Bola berbagai saiz.

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
67


JEMILAH BT HJ AHMAD [650917025790]
x. Bahan-bahan rekreasi luar/dalam
Trampoline
Gelongsor
Petak pasir
Tali lompat

xi. Bahan-bahan permainan dalam
Catur
Dam
Dam ular
Monopoli dan lain-lain.

xii. Peralatan vokasional
Peralatan yang boleh meransang kognitif dan memajukan daya pemikiran.
Peralatan dapur.
Peralatan jahitan.
Peralatan berkebun.
Peralatan bengkel/pertukangan kayu.

xiii. Bahan-bahan latihan mengikut keupayaan murid
Peralatan pengawalan pernafasan.
Bahan-bahan terapi pertuturan.
Bahan-bahan latihan untuk murid selebral palsy yang ringan.
Bahan latihan pergerakan yang difikirkan perlu.

Anda mungkin juga menyukai