Anda di halaman 1dari 11

APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN

1.0 Pengenalan kepada seni



Menurut John Ruskin dalam pendahuluan bukunya Modern Painter edisi pertama
yang diterbitkan sejak 1888 menyatakan bahawa seni adalah bahasa visual yang sukar
difahami tetapi indah untuk direnungi. Pandangan serta kesimpulan yang sama turut
dinyatakan oleh seorang lagi penyair dan pengkritik seni dari negara itu, Herbert Read dalam
bukunya The Meaning of Art dan The Philosophy of Modern Art. Dalam The Philosophy of
Modern Art, Read menghuraikan makna yang paling mendasar tentang seni yang
disimpulkan daripada sebuah penelitian panjang serta terperinci. Namun, biar apapun
kesimpulan yang dibuat oleh Ruskin dan Read, makna seni itu sendiri cukup menarik untuk
dilihat dan direnungi dalam konteks perkembangan mutakhir seni tampak di negara ini.

Seni bukan sahaja sebagai elemen yang memaparkan estetika dan kehalusan tetapi
sebuah medium yang boleh menghubungkan antara masyarakat, bangsa dan negara. Dengan
lain perkataan, jika dapat disimpulkan daripada pandangan kedua-dua pemikir tersebut, seni
mampu memikul pelbagai fungsi termasuk sebagai medium komunikasi dan persatuan.
Melalui seni juga kita dapat berbicara tentang dunia yang tidak pernah dibatasi oleh politik,
geografi, bahasa dan kebudayaan.

Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang
diolah secara halus dan sederhana. Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu
pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan
dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang
pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam
mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta
sabar. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan
pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam
setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi
impak yang positif untuk seseorang individu. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan,
pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

2.0 Aplikasi seni dalam pengajaran

Aplikasi seni dalam pengajaran ialah menggunakan aktiviti yang berkaitan dengan
seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar pelajarnya
menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang itu. Hal ini demikian kerana,
aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat para pelajar mengikuti
proses pembelajaran di samping dapat meransang minat pelajar untuk memberikan fokus
yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat
memperkembangkan kemahiran meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap
pelajar. Di samping itu, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah
menyokong agar seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya,
manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan
logikmatematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual,
interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis.

Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi membantu
perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu,
ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan dengan pengetahuan dan juga
kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni dalam
pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting.
Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni
visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan
ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang
terhadap muzik yang didengari.

Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di
sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari
sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga
digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dengan dibantu oleh guru sebagai
pembimbing. Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa
warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada
hanya warna hitam dan putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik.
Warna juga turut digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni
Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder
dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita. Contoh-contohnya
adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna warni yang terdapat pada pelangi
dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada manusia. Warna
yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang.
Terdapat juga warna panas dalam seni visual. Sebagai contoh, warna merah yang
menggambarkan perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri
seseorang. Misalnya, jika seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang
seperti oren dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana
memilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang
dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi sedih dan
juga sayu seseorang.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka muzik
tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak
yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar
muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk
mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya
akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh, bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung,
bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling
kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu
menghasilkan irama mereka sendiri. Ini dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk
tangan, mengetuk meja dan sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan
menghasilkan muzik yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai
sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,
melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk
memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah
semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain
itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat
kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-
kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut
irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan
menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang
mereka dengar.

Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang
dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan
kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita memerlukan ruang
untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna
akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut Howard
Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial
dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang
yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan
berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut.

Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang
komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan
kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami
dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada
perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan
pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka
lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan.
Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani dan
menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan
proaktif.

Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli
piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu
ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara
aktif.Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah
digalakkan.Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan
mengolahbahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut
akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka
untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak
boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif.
Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi
semuamatapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-
kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demimenjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guruhendaklah memainkan
peranan dengan menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka
disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan
memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.
Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga
pergerakanperlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru
perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan
baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan
ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam
pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih
aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya
lebih berpusatkan kepada guru.
Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan
denganmenggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (seni visual),
irama (seni muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran
matapelajaran sains dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan
peliharaan kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains
sekolah untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak
akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat
dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga
boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan daripada guru
kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Kebebasan
perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan
untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan
daya imaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya
dapat meningkatkan daya kreativiti mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah selesai
dijalankan, guru boleh mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan kajian yang
mereka telah perolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan
boleh menggunakan setiap ruangyang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan
menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan
kreatif.

3.0 Peranan seni dalam pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk
sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf R adalah satu kata
yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu.
Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama, seni perlu
dijadikan R keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana,
Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam matapelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik
dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni
Dalam Pendidikan ialah:

i. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis
sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok.
Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk
yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan
perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat
bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan.
Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan
motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.


ii. Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat
dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-
dua matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid
mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama
memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian
sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka
mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid
dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru
dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

iii. Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan
dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai
bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran.
Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan
pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara
pengolahan dan manipulasi idea dan isi kandungan.

vi. Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber
manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid
melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti
permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan
membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai
pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada
keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu
diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama.
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang
tajuk-tajuk yang diajar.

4.0 Contoh spesifik pengintegrasian bidang seni dalam pengajaran dan pembelajaran.

Matapelajaran :Bahasa Melayu (Tahun 2)
Tajuk :Mari Bertani
Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:
1) Muzik :Nyanyian lagu Pak Mamat Tukang Kebun
2) Pergerakan :Membuat gaya membanting padi, merumput dan menyemai.
3) Seni Visual :Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami,
guru perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang merangkumi
bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata pelajaran yang diajar.
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilih untuk menggunakan cara
pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang
dipilih iaitu Mari Bertani. Dalam tajuk ini, guru memilih untuk mengintegrasikan tajuk
dengan Seni Visual dengan melakukan aktiviti melukis dan mewarna. Guru akan
menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan meminta murid-murid menyebut nama-nama
sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudian murid-murid diminta melukis gambar sayur-
sayuran yang mereka tahu menggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak
langsung, integrasi dalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan
ingatan tajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.

Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk Mari Bertani dengan
menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid lebih mudah untuk
mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh memilih untuk menyanyikan lagu
Pak Mamat Tukang Kebun beramai-ramai sambil membuat gaya pergerakan berdasarkan
dengan lagu yang dipilih. Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni
pergerakan dalam tajuk dan sekali gus memberi kecekapan psikomotor dalam kalangan
murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar.

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran sememangnya amat penting
untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat para pelajar mengikuti
pembelajaran, ia juga dapat meningkatakan perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila
terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana,
dengan penggunaan seni dalam pengajaran, sesuatu pengajaran dapat dilakukan dengan lebih
berkesan dan menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi seni dalam pengajaran juga dapat
membantu meningkatkan kreativiti dan minat seseorang pelajar untuk terus kekal sepanjang
proses P&P berlangsung.


Bibliografi

1. Kesan-kesan positif mengikuti pendidikan seni (2008). Diperoleh pada Oktober
2, 2010 daripada http://www.scribd.com/Modul-Seni


2. Menilai seni: subjek seni di masa hadapan (2009). Diperoleh pada Oktober 1, 2010
daripada http://www. sitihayatimohdyusoff.blogspot.com

3. Peranan seni dalam pendidkan (2008). Diperoleh pada Oktober 1, 2010 daripada
http: //www.slideshare.net/.../peranan-seni-dalam-pendidikan -United States


4. Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Oktober 2, 2010 daripada http://www.
www.scribd.com/.../Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-Dalam-


Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Pergerakan
kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan
sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup
angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan rnengangkat kedua-dua belah tangan
sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam
melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang memperkembangkan kesedaran
dan kefahaman tentang konsep pergerakan.


PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan
daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi.
Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau
tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan.
Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau
berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang
berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam
pergerakan kreatif bukan berunsurkanpertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan
adalah mengikut interpretasi dan penilaian kendiri.
Terdapat empat unsure utama dalam pergerakan kreatif. Kesemua unsur yang
dinyatakan ini akan dapat membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat unsur
tersebut itu ialah:
Tubuh badan
Ruang
Masa
Daya


OBJEKTIF

Objektif pergerakan kreatif adalah untuk:
Meningkatkan prestasi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti,
kebebasan dan pengucapan.
Pergerakan kreatif memberi fokus kepada penggunaan pancaindera untuk
mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan.
Supaya pelajar akan berasa seronok dan riang ketika belajar.
Pelajar dapat berkomunikasi melalui pergerakan.
Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan
pemikiran, idea atau perasaan.

Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia
ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan


TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF

1. Kesedaran Tubuh Badan
Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan diberi kepada pergerakan
bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan
melahirkan idea atau perasaan.

(a) Keseluruhan Tubuh Badan
Dalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan keseluruhan
tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas atau terkawal.
Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor tubuh
badan. Misalnya, pergerakan berjalan dan buka-tutup boleh dilakukan secara bebas atau
terkawal. Pergerakan boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut
rangsangan yang diberi, misalnya muzik.

(b) Bahagian Tubuh Badan
Pergerakan ini dapat dilakukan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.
Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan
menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan
perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan
mengikut rangsangan yang diberi. Misalnya, bagi pergerakan merangkak seperti kucing
berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut.
Tapak tangan dan lutut menjadi sokongan kepada berat badan.

Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan
seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.


2. Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa
Tema ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak dan
membantu individu mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan mereka
melalui pergerakan.

(a) Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan,
misalnya beban. Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan
berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Misalnya, seseorang yang sedang
mencangkung akan sukar untuk berdiri iika pergerakannya adalah berat-kuat iaitu
seolah-olah dia memikuk benda berat. Namun adalah mudah untuk berdiri jika
pergerakan adalah halus dan ringan contohnya menyelam.

Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan
dan berat kuat kepada pergerakan yang dilakukan

(b)Masa
Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan
bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat.
Contohnya pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai seorang peninju
menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Sementara pergerakan kawal
lambat ialah membayangkan cara burung terbang tinggi.



3. Kesedaran Ruang

Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan. Kesedaran
ruang ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah dalam menontonkan sesuatu
pergerakan.

(a) Kawasan
Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan kepada ruang diri dan
ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh badan digunakan
untuk meneroka ruang dengan cara melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat.
Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan pergerakan ini juga melibatkan
penggunaan arah.

(b) Arah
Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke
sisi, ke atas dan ke bawah. Contohnva dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-
lompat dari satu tempat ke satu tempat akan melibatkan juga arah pergerakan tersebut.
Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah dengan menggunakan
peta.

Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke
sisi, ke atas dan ke bawah.


4. Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa

Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan dengan
menggunakan ruang dan masa

(a) Aliran
Aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa dalam
melakukan gerakan.
Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu

Aliran bebas
Pergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan tubuh badan berada di
udara dan sukar diberhentikan.

Aliran terikat
Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah
berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang.


(b) Ruang

Salah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi tumpuan kepada
kesedaran tenang cara menggunakan ruang untuk melakukan pergerakan. Daya cipta
kreatif dapat dihasilkan dan dipertontonkan apabila individu itu dapat menunjukkan cara
menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus.
Ruang terus ialah ruang yang digunakan secara langsung dengan berada dalam
klingkungan kawasan yang tidak luas aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah.
Contoh berjalan menggunakan pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag.
Ruang tidak terus ialah kawasan atau ruang yang digunakan secara tidak langsung
digunakan dalam gerakan pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih
luas berbanding ruang terus.


5. Penyesuaian terhadap rakan

Penyesuaian terhadap rakan ialah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau
berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti dala
kemahiran ini ialah:
Kerja Berkumpulan
Dalam kerja berkumpulan, penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan perlu
dilakukan leh pelaku. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilaksanakan seperti
yang berikut:
Ketua dengan pengikut
Kumpulan bekerjasama
Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan
Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah cara-cara
penyesuaian terhadap rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan menyedari
kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan
dengan bahagian badan dengan bahagian badan yang lain.


6. Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat

Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan menggunakan
tubuh badan sebagai alat persembahan secara spontan dan bebas.

(a) Lompatan Asas
Tedapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk membuat
lompatan tidak ditetapkan. Pengalaman lompatan ini berguna untuk membolehkan murid
menyedari bahawa cara lompatan berbeza akan memberi kesedaran yang berbeza.

(b) Bentuk Tubuh Badan
Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaran
bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang. Tumpuan diberikan kepada keadaan
seimbang sebagai satu pergerakan dan perkaitan antara bahagian tubuh badan yang
melibatkan regangan otot. Empat bentuk badan asas ialah lebar (seperti tembok), lurus
(seperti panah), bulat (seperti bola) dan pulas (seperti skru).

(c) Gaya Isyarat
Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak
menyokong beban badan. Contohnya kedua tangan melambaikan sedangkan berat
badan disokong oleh kedua belah kaki.


7. Ritma Berkaitan dengan Pekerjaan

Salah satu ritma yang terkenal dalam pergerakan kreatif ialah ritma yang berkaitan
dengan pekerjaan. Setiap pelbagai bidan pekerjaan sama ada dalam industry pertanian,
perkhidmatan atau perindstrian mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh digunakan
sebagai rangsangan pergerakan. Antara cirri untuk mengenalpasti lakuan pergerakan
yang berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut;
Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat
Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan
Peralihan antara dua pergerakan
Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan


Kesedaran kumpulan
Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama kumpulan sebagai satu unit
yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli kumpulan
mempunyai peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua atau pengikut kumpulan
tersebut untuk membentuk pergerakan.
Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau
pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik sebagai ketua. Ahli
kumpulan akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli kumpulan akan bergerak
berpandukan pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh disesuaikan mengikut peranan
masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai